Al-faqirah Ilallah

BAHAGIAN 1: TAHARAH
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

TAHARAH

 

 Definisi, Penjelasan Hukum dan Jenis-jenis Taharah

 Taharah secara etimologinya ialah bersih dan suci daripada berbagai kotoran. Sedangkan taharah menurut syariat ialah bersih daripada segala hadath, atau najis.

 Hukumnya atau konsekuensi hukum yang timbul kerananya ialah dibenarkannya sesuatu yang tidak halal dilakukan tanpa kewujudannya. Atau dengan kata lain, sesuatu itu tidak boleh dan tidak halal dilakukan tanpa adanya taharah tersebut. Misalnya solat. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali setelah adanya taharah yang benar menurut peraturan syariat.

 Daripada definasi taharah tersebut dapat diketahui bahawasanya taharah itu mempunyai dua jenis iaitu taharah daripada najis dan, yang disebut sebagai taharah haqiqiyyah. Dan yang kedua ialah taharah daripada hadath, yang dikenali dengan nama taharah hukmiyyah.

 

 Metodologi Pengkajian

 Atas dasar itu perbahasan mengenai persoalan ini dibahagi menjadi dua bahagian:

A.     Taharah haqiqiyyah

B.     Taharah hukmiyyah