Pendahuluan dan Metodolgi Pengkajian Taharah Haqiqiyyah
Saya telah mengatakan: Sesungguhnya taharah haqiqiyyah taharah daripada
najis. Oleh sebab itu, kita mesti mengetahui jenis-jenis najis. Dan hal-hal yang dikhuatirkan termasuk ke dalamnya tetapi
sebenarnya bukan daripadanyam serta cara menghilangkan najis tersebut. Selain itu, terdapat beberapa hal yang amat berhubung
rapat dengan taharah haqiqiyyah ini, kerana ia berkenaan dengan kebersihan badan,
dan menghilangkan kotoran yang menempel padanya. Seperti istinja dan lain-lain, yang disebut dengan sunan al-fithrah.
Perbahasan mengenai masalah ini kami bahagikan kepada tiga bahagian:
a.
Jenis-jenis najis
b. Menghilangkan najis hakiki
c. Sunan (Khishal) al-fitrah.