Kata Penerbit
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala pujian bagi Allah taala, pemilik sekalian alam dan selawat serta salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat radiallahuanhum dan
sesiapa sahaja yg mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah kehari kiamat.
Syukur kepada Allah taala kerana taufik dan inayahnya telah mengizinkan kai menerbitkan
buku ini.
HIMPUNAN ADAB-ADAB DAN DOA
Serta insyaallah akan meneruskan usaha menerbit dan menterjemahkan bahan-bahan bacaan
terkini yg terbaik, semoga ianya akan medatangkan manfaat serta sesuai untuk keperluan semasa di dalam kehidupan ummat Islam
seluruh alam.
Buku ini diterbitkan adalah sebagai usaha membantu para pelajar dan para Dae
meningkatkan lagi kefahaman dan kemudahan di dalam mengamalkan agama menuruti sunnah-sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
serta di dalam menghidupkan kembali usaha agama yang telah diamanatkan keatas umat ini.
Besar harapan kami semoga buku ini akan memberi manfaat dan bimbingan kepada
sekalian muslim dan muslimat agar memperolehi ilmu untuk menghadapi cabaran bagi meneruskan kehidupan beragama serta mendapat
keredhaan Allah taata di akhirat kelak, insya Allah.
Sebarang kesilapan harap di maafkan dan kami terima keampunan dari Allah taala
aas yg demikian itu kerana tiadalah daya dan upaya melainkan dengan pimpinan dan pertolonganNya.
Teguran yang membina adalah amat dialu-alukan.
Sekian. WaBillahi Taufik Wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Penerbit
Dewan Pengarang dan penterjemah
Madrasatul Quran Kubang Bujuk