Sesuatu perjalanan itu sama ada yang bermaksud dunia atau agama hanya dibenarkan
dalam 10 maksud sahaja:
Safar untuk mengambil iktibar diatas kekuasaan dan kebesaran Allah subhanahu
wataala.
Safar untuk mengerjakan fardu haji.
Safar untuk berjihad di jalan Allah.
Safar untuk menuntut ilmu agama.
Safar untuk menziarahi tanah suci.
Safar untuk ziarah sesama saudara Islam untuk mencari keredaan Allah.
Safar untuk menjaga benteng negara bagi maksud ribat di sana.
Safar untuk mencari rezeki yang halal.
Safar untuk menjalankan perniagaan.
Safar untuk mencari kerehatan.
Sesungguhnya Allah taala sangat kasih kepada orang Islam yang pergi keluar
untuk menziarahi saudaranya semata-mata kerana mencari keredhaan Allah.
Sebelum memulakan perjalanan eloklah pastikan barang-barang keperluan yang
mencukupi.
|