Al-faqirah Ilallah

IBADAT
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

1.      Pendahuluan dan Metodologi Perbahasan

 

 Ibadat merupakan tujuan utama diciptakan jin dan manusia. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

  Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.

(Surah ad-Dhariyat 51:56)

 Ibadah di dalam Islam mencerminkan suatu kehinaan diri sekaligus ia puncak kecintaan kepada-Nya. Pertandanya ialah adanya ketundukan  yang mutlak untuk Allah S.W.T., patuh dan taat kepada-Nya dalam perkara-perkara yang diperintahkan dan dilarang oleh-Nya; dengan ketaatan yang tidak dipaksakan, disertai dengan keredaan yang sempurna, yang tidak bercampur dengan sesuatu kecacatan, kesempitan dan ketidaksenangan. Oleh yang demikian, ibadat dengan makna yang luas seperti ini mencakupi seluruh hal yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-Nya.

 Akan tetapi kebiasaannya para fuqaha Muslim menggunakan istilah ini (ibadat) dalam tulisan dan buku karangan mereka dengan makna solat, zakat, puasa, dan haji. Dalam buku karangan mereka, kitab Ibadat dan Bab Ibadat, disebutkan makna ibadat dengan empat perkara tersebut. Hal ini bukan bererti bahawa ibadat menurut mereka hanya meliputi ibadat-ibadat tersebut sahaja. Mereka pasti mengetahui bahawa makna ibadat itu sangat luas daripada itu, dan mencakupi semua hal yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. untuk para hamba-Nya. Mengamalkan semua yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. sebagai ketaatan kepada-Nya merupakan ibadat.. Akan tetapi mereka menggunakan kata itu sebagai suatu istilah daripada mereka dalam fiqh, dengan tujuan agar penulisan fiqh Islam dan topik-topiknya teratur dan tertib. Dan kami sepakat dengan mereka mengenai penggunaan istilah ini.

 Oleh sebab itulah saya menulis buku yang pertama ini dengan membahaskan hal ibadat. Yang saya maksudkan ialah solat, zakat, puasa dan haji.

 Atas dasar itulah, sesungguhnya metadologi dan langkah perbahasan ini, mengharuskan kami membahagikan jilid satu ini kepada 4 bab:

1.      Bab Solat

2.      Bab Zakat

3.      Bab Puasa

4.      Bab Haji