Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang
Selawat kepada Nabi Junjungan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
"(Ya Allah) Tunjukkan aku jalan yang lurus!" (Qur'an 1:6)
Sahabat yang dirahmati Allah sekelian,
Bertemu kembali setelah lama tidak menulis untuk menjadi tazkirah dan tazkiyah diri dan rakan sekelian.
Kekadang kita teralpa bahawa kita memohon Allah minimum 17 kali sehari untuk ditunjukkan jalan yang lurus. Namun kekadang
kita terlupa bahawa bagaimanakah jalan yang lurus tersebut?
Allahu a'lam. Allah Maha Mengetahui jawapan tersebut. Cuma dalam kita menerawang dan meneruskan kehidupan, maka kita perlulah
menggunakan akal yang ada untuk mengkaji ayat ini lantaran Fatehah itu adalah surah yang merangkumi segala ajaran di dalam
Quran dan ia dikenal sebagai Ummul-Kitaab. Jika kita melihat kepada konsep UMM, maka ia adalah pusat asal segala-galanya.
Dan kalau kita melihat kepada konsep IMAM, maka ia membawa implikasi bahwa Fatehah itu adalah pemimpin yang perlu dibereskan
pemahamannya
dan praktisnya agar terang jalan Islam yang kita lalui.
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan
dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." ( Qur'an 3:31)
Maka jalan yang lurus itu adalah jalan Nabi Muhammad sebagaimana diterangkan dalam ayat di atas. Cuma dalam perjalanan
di atas muka bumi, terlampau banyak manusia yang mengatakan mereka mengikut Rasul, maka bagaimana kita berdepan dengan hal
ini?
Perlulah kita memahami bahawa kita disatukan atas kalimah Tauhid(laila ha illallah) berasaskan minhaj Rasulullah (muhammadan
rasulullah), maka ia perlu diletakkan sebagai kalimatul-ulya (kalimah yang diatas) dalam menaakul hal ini agar amal yang kita
teruskan adalah dalam kehatian laksana melalui jalan yang berduri ( definisi taqwa Saidina Umar).
Bila memahami kalimah tauhid dan melaksanakannya, sudah pasti kita akan lebih menuju kaedah Rasulullah sebagai satu-satunya
jalan selamat dan lurus menuju Allah. Pemahaman kalimah tauhid ini penting lantaran pertelagahan yang banyak berlaku di kalangan
umat Islam sekarang ini adalah disebabkann pemahaman berbeza dalam kalimah tauheed ini yang menjadi asas perubahan (asas-ul-inqilaab)
dalam masyarakat, sebagaimana yang ditunjukkan generasi di zaman Rasulullah.
Cukuplah untuk renungan kita hari ini untuk mencontohi kaedah sahabat Rasulullah: Huzaifah yang sentiasa bertanyakan sesuatu
yang buruk dari Rasulullah agar beliau terjauh dari melaksanakannya. Konsep al-bara' (berlepas diri dari sesuatu) yang wujud
dalam kalimah tauheed, sebagai asas penaakulan kita, adalah paralel dengan kaedah ini.
Sebagai seorang Islam, seseorang perlu berlepas diri dan jauh dari individu serta kumpulan yang mempunyai ciri-ciri di
bawah yang tercatat dalam Surah Ibrahim (Quran, 60:4) dan Surah Al-A'raf (Quran 7:59)
1) Melakukan kekufuran
2) Menimbulkan permusuhan
3) Menimbulkan kebencian sesama sendiri
4)Memutuskan silaturrahim
Itulah antara perkara yang perlu kita perhatikan dalam kita memohon kepada Allah jalan yang lurus. Tiada seorang pun manusia
yang boleh mengaku dia berada di jalan yang lurus kecuali setelah dia disaksikan oleh ALlah. Lantaran itu kepada sahabat sekelian,
marilah kita bertolongan atas kebajikan dan taqwa, dan kita tidak akan membantu sama sekali hal yang membawa dosa dan permusuhan
agar jalan lurus yang satu daripada 72 golongan itu adalah milik kita.Kita wajib mencari dan mengkaji hal ini lantaran menuntut
ilmu
adalah wajib dan kita akan disoal di akhirat nanti masa yang ada samada digunakan untuk mempelajri ilmu Allah atau disiakan
dalam ilmu duniawi semata-mata.
Ameen!
tasbeeh kaffarah