Al-faqirah Ilallah

Kami Beriman
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

 

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)" 

"Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta."  (al-Ankabutt 2-3) 

Ketika perkara ini dinyatakan,  keadaan di Mekah sangat menekankan.  Sesiapa yang menerima Islam menjadi sasaran penganiayaan, penghinaan dan penyiksaan.  Sekiranya dia seorang hamba atau orang miskin, dia akan dipukul dan disiksa dengan siksaan yang sangat kejam.  Sekiranya dia seorang peniaga, dia akan menghadapi tekanan ekonomi yang sangat berat malah kebuluran.  Sekiranya dia dari kalangan keluarga yang berkedudukan, kaum keluarganya sendiri akan menghina dan menyakitinya dengan pelbagai cara dan menyusahkan kehidupannya. 

Perkara ini menimbulkan suasana ketakutan di Mekah.  Kebanyakan orang takut untuk beriman dengan Rasulullah SAW walaupun mereka percaya bahawa baginda adalah utusan Allah yang sebenarnya di dalam hati-hati mereka.  Malah ada juga mereka yang pada mulanya beriman tetapi kemudiannya tunduk dan mengalah kepada orang-orang musyrik apabila diancam dengan siksaan-siksaan yang kejam.  Namun begitu, perkara-perkara ini tidak dapat mengoncang keimanan para sahabat yang teguh.  Tetapi tetap ada di kalangan mereka yang kadang-kadangnya tidak tertahan dengan ketakutan dan kesusahan yang dihadapi.  Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Abu Dawud dan Nasaie, 

Khabbab bin Arat berkata, "Pada masa kami menjadi sakit akibat penyiksaan oleh orang-orang musyrik, pada suatu hari aku melihat Rasulullah SAW sedang duduk di bawah lindungan bayang dinding Kaabah.  Aku pergi pada baginda dan berkata, `Ya Rasulullah, tidakkah kamu berdoa untuk kami?  Mendengar pertanyaanku ini , muka baginda menjadi merah dan baginda berkata `Orang-orang yang beriman sebelum kamu telah dihadapkan dengan penyiksaan yang lebih berat lagi.  Sesetengah daripada mereka didudukkan di dalam parit di dalam tanah dan digergaji menjadi dua bahagian dari kepala ke kaki..  Sendi-sendi seorang itu digosok dengan sikat besi untuk menghalangnya daripada keimanan.  Demi Allah, misi ini akan terlaksana dan masanya tidak lama lagi apabila seseorang akan bermusafir tanpa apa-apa ketakutan daripada Sana ke Hadramaut dan tidak ada sesuatupun melainkan Allah yang dia takuti." 

" Tidak ada seorang pun yang akan layak menerima janji Allah untuk kejayaan di dunia dan di akhirat semata-mata dengan pernyataan keimanan dari mulut, sebaliknya setiap pengakuan keimanan mesti melalui ujian dan mehnah demi membuktikan kebenaran pengakuannya.  Syurga Allah tidaklah murah, dan kurniaan-kurniaan Allah di dunia ini bukanlah tidak berharga, lantas Allah mesti memberikannya kepada kita sebaik sahaja kita membuat pengakuan keimanan kepada Allah.  Dugaan-dugaan ini adalah syarat-syaratnya.  Kita akan melalui kesusahan semata-mata kerana Allah, menderita kehilangan nyawa dan harta, menghadapi bahaya dan kesusahan; kita  akan diuji dengan ketakutan dan kebakhilan; kita akan mengorbankan segala yang kita sayangi demi keredhaan Allah, dan mengalami segala kesulitan di jalan Allah.  Selepas itu barulah nyata sama ada pengakuan keimanan kita terhadap Allah itu benar atau palsu" 

Perkara ini banyak dikatakan dalam Al - Quran bila mana orang-orang Islam berada dalam kesusahan, kepayahan dan penuh dengan ketakutan dan kebimbangan.  Apabila orang Islam baru sahaja berhijrah ke Madinah, mereka menghadapi tekanan ekonomi yang berat dan bahaya dari luar dan dalam akibat angkara orang-orang Yahudi dan munafik, Allah swt berfirman (mafhumnya), 

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai pada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?  Mereka telah ditimpa kepapaan ( kemusnahan harta-benda ) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada besertanya: "Bilakah(datangnya) pertolongan Allah?"  Ketahuilah, sesungguhnya petolongan Allah itu dekat(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.)"  (al Baqarah 214) 

Begitu juga selepas peperangan Uhud orang Islam sekali lagi menghadapi suasana musibah.  Maka Allah swt berfirman (mafhumnya), 

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad ( yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan?)  (ali Imran 142 ) 

Juga rujuk Ali Imran 179, At Taubah 16, Surah Muhammad 31 

Mati Hanya Sekali, Maka Jadikan Ianya di Jalan Allah