TAKLIM: ADAB-ADAB DAN KELEBIHAN:
TUJUAN TAKLIM:
Untuk kita mendengar berulang-ulang kali kalamullah dan kalamur rasul kisah-kisah sohabat dan kisah para salafus soleh
sehingga Allah taala mengurniakan kepada kita NUR yang akan mendatangkan hidayah sejati, semangat dan kekuatan untuk kita
mengamalkan secara sempurna akan perintah-perintah Allah mengikut cara Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
FADHILAT TAKLIM
1. Tidak ada jemaah yang duduk sambil mengingati Allah melainkan dikerumunilah mereka oleh malaikat, diliputi mereka
dengan rahmat, diturunkan keatas mereka ketenangan dan Allah taala menyebut nama-nama mereka dihadapan para malaikat yang
berada disisinya.
2. Orang-orang yang berkumpul untuk mengingati Allah taala hanya dengan tujuan mendapatkan keredaanNya maka satu malaikat
akan mengumumkan di langit bahawa dosa-dosa kamu telah diampunkan dan kejahatan-kejahatan kamu telah diganti dengan kebajikan.
3. Mereka-mereka yang keluar untuk menuntut ilmu 70,000 malaikat menghamparkan sayap di bawah telapak kakinya.
4. Setiap makhluk Alah baik ikan di laut, semut di lembah, burung di udara akan berdoa dan memohon keampunan keatasnya.
5. Ilmu tanpa zikir adalah lebih merbahaya dari kejahilan, zikir tanpa ilmu adalah lebih merbahya dari kelalaian.
ADAB-ADAB TAKLIM:
Taklim adalah satu amalan yang amat penting dan utama. Jika kita menghadirinya dengan menghormati adab-aabnya yang sempurna
nescaya majlis itu akan dilingkungi oleh para malaikat, dengan itu ahli majlis akan mendapat taufik untuk mengamalkan hakikat
ugama yang sebenarnya.
1. Berwudulah terlebih dahulu dan jika mampu maka solah dua rakaat memohon kekuatan dan kemanisan dalam mendengar kalamullah
dan kalamur rasul.
2. Duduklah dengan perasan hormat yang paling tinggi, sebaik-baiknya duduk secara tahiyat dan jangan
sekali-kali duduk bersandar.
3. Jangan tinggalkan majlis kerana desakan tabiat kita. Jika terpaksa maka segerakanlah sempurnakan
keperluan dan duduk semula ke dalam majlis dengan rasa rugi kerana kita tidak tahu di masa bilakan Allah Taala akan memasukkan
NUR ke dalam hati kita.
4. Janganlah berbual-bual semasa taklim sedang berjalan.
5. Pakailah wangi-wangian dan pakaian
yang bersih dan sempurna.
6. Duduk rapat-rapat dan mengangkat muka memandang ke arah pembaca taklim.
7. Janganlah
bermain-main dengan jari, janganlah mata liar memandang ke sana sini dan janganlah fikiran mengelamun ketempat lain.
8.
Syaitan menggunakan tiga alatnya untuk mengganggu kita dari mendapat menafaat yang sebenarnya dari majlis taklim iaitu tongkat
digunakan supaya kita tidak senang duduk, gincu supaya kita hendak bercakap sahaja dan celak supaya kita rasa mengantuk.
9.
Hadirkan hati dengan lima cara:
a. Tasdiq ertinya membenarkan kalamullah dan kalamu rasul.
b. Tazim ertinya memlulia
dan merasakan kehebatan majlis Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
c. Taasur ertinya medatangkan kesan harap dan takut
terhadap janji Allah.
d. Tawajjuh ertinya memberi sepenuh perhatian di dalam majlis.
e. Tabligh ertinya berniat untuk
beramal dan sampaikan kepada seluruh ummat.
10. Pembaca Taklim hendaklah membaca dengan kuat dan jelas dan tidak perlu
mengemukakan pendapatnya sendiri. Tetapi di dalam memberi galakkan orang ramai untuk beramal maka sepatah dua kata dibolehkan.
11.
Taklim dimulakan dengan membaca kitab fadhail al-quran, kemudian hendaklah mengadakan halqah tajwid supaya dapat membaiki
bacaan terutamanya surah-surah lazim dibaca di dalam solah.
12. Usahakan supay adapat membaca tiga-empat muka surat pada
semua kitab fadhail. Baca hanya kitab-kitab Hadrat Maulana Zakaria rahmatullah alaih.
13. Setelah selesai taklim kitabi
hendaklah diadakan muzakarah enam sifat sohabat dalam masa lebih kurang satu jam.
MASJID: ADAB DAN KELEBIHANNYA
1. Di dalam dunia, tempat yang paling dicintai oleh Allah ialah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah taala
ialah pasar.
2. Barangsiapa yang membina masjid kerana Allah taala di dunia ini Allah taala akan membina untuknya satu
mahligai di dalam syurga.
3. Barangsiapa yang menghamprkan tikar atau permaidani di dalam masjid, sentiasalah akan memohon
ampun baginya selama mana tikar itu terhampar.
4. Barangsiapa memasang pelita atau lampu di dalam masjid maka para malaikat
memohon rahmat dan maghfirat untuknya.
5. Barang siapa menyapu sampah di dalam masjid maka itu sebagai mas kahwin bidadari
dan mengeluarkan sesuatu yang menyakiti atau najis dari dalam masjid maka Allah taala akan membina untuknya sebuah rumah di
dalam syurga.
6. Hati dunia ini ialah orang Islam dan hati sesebuah tempat penempatan seperti kampung, bandar dan sebagainya
ialah masjid. Makmur masjid bermakna makmurlah tempat itu dengan rahmat Allah.
7. Hak masjid ada dua:
a. Hak orang yang
datang ke masjid maka perlu disediakan segala kemudahan yang termampu seperti lampu, kipas, tikar, tempat wudhu, tempat solat
dan sebagainya.
b. Hak masjid ialah menyempurnakan amalan-amalan masjid terutamanya melaungkan azan dan solah berjemaah
lima kali sehari semalam.
8. Amalan-amalan masjid ialah:
a. Membesar dan menagongkan zat Allah
b. Membicarakan mengenai
tuntutan iman dan hal ehwal akhirat.
c. Menceritakan kepentingan amalan yang akan memberikan keuntungan di dunia dan akhirat.
d.
Mengadakan halqah taklim.
e. Mengadakan majlis-majlis zikir.
f. Mengadakan tasykil dan tabligh mengenai iman dan amalan
soleh.
g. Mementingkan soal bantu-membantu, tolong menolong, bersimpati antara satu sama lain dan melakukan pengorbanan
untuk agama.
ADAB-ADAB MASJID
1.