FASAL KELIMA
::IBADAT-IBADAT::
Kemudian, anda telah berikrar pula bahawa Al-Quran adalah Kitab Allah. Ini bermakna, anda telah mengiktiraf, bahawa setiap
yang terlukis di dalam Kitab itu adalah benar.
Telah kita terangkan pada fasal yang lepas bahawa Nabi Muhammad
s.a.w. telah memerintahkan agar kita mengimani:
1. Allah Taala sendiriNya, tiada sekutu bagiNya;
2. MalaikatNya;
3.
Kitab-KitabNya, khasnya Al-Quran;
4. Nabi-NabiNya, khasnya penutup segala Nabi iaitu Nabi, Muhammad s.a.w.;
5.
Kehidupan akhirat;
Apabila anda mengimani perkara lima mi, anda telah termasuk ke dalam himpunan Kaum Muslimin dan
jadilah anda seorang di antara mereka. Tetapi Islam anda belum sempurna, dan seseorang tidak akan sempurna Islamnya, melainkan
apabila ia mentaati apa yang didatangkan oleh Nabi s.a.w. berupa hukum dan perintah dan sisi Allah Taala.
Sesungguhnya
keimanan anda akan sesuatu memestikan anda mentaatinya. Dan ketaatan sesudah beriman itulah dia Islam.
Sesungguhnya
anda telah berikrar bahawa Allah sen dirilah Tuhan anda. Ini bermakna bahawa Allah tuan dan anda hambaNya. Ia pemilik anda,
pemerintah dan pelarang anda. Dan anda mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya. Dan anda akan berdiri pada batas-batas
yang ditentukanNya. Apabila selepas itu anda mendurhakaiNya, maka anda telah membuat suatu dosa, menjauhkan diri dan tuan
anda dengan melanggar ikrar anda sendiri.
Kemudian, anda benikrar bahawa Muhammad s.a.w. adalah Utusan Allah. Ini bermakna,
anda telah berikrar bahawa setiap yang disuruhkan kepada anda oleh Nabi sa.w. atau yang ditegahnya anda melakukannya, semua
itu datang dan sisi Allah Taala. Dan ini mewajibkan anda mentaati Nabi s.a.w. itu.
Dengan demikian, tiada sempurna
Islam anda melainkan apabila anda berbuat sesuai dengan keimanan anda. Jika tidak, maka mengikut jarak yang memisah antara
iman dan amal anda, demikianlah kekurangan dan ketidak sempurnaan keimanan anda.
Marilah kita terangkan jalan yang
diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk kita lalui dalam menjalani hidup kita sesuai dengan keridhaan Allah Taala. Dan
yang pertama-tama dalam kitab ini akan ditujukan kepada ibadat ibadat yang diwajibkan.
MAKNAIBADAT
Ibadat: ialah pengabdian, makna dan hakikatnya. Anda adalahabdi, dan Allah adalah tempat pengabdian anda. Setiap yang
dilakukan oleh seorang hamba dalam mematuhi tuannya, adalah ibadat. Misalnya, anda bercakap dengan manusia, anda jauhi dusta,
mengatai-ngatai mengucapkan perkataan keji, mengucapkan cacian dalam perbualan anda dengan mereka, kerana Allah telah melarang
perkara-perkara ini; dan anda mengemukakan kebenaran, keadilan, keramahan dan kebaikan dalam perbualan anda dengan mereka,
kerana Allah menyukai perbuatan-perbuatan ini; maka ucapan-ucapan anda ini adalah suatu ibadat kepada Allah Taala, meskipun
semuanya memperkatakan hal-ehwal dunia.
Demikian juga, jika anda melakukan hubungan muamalat dengan manusia, anda berjalan
di pasar-pasar berjual-beli, anda bergaul dengan ibu-bapa anda saudara mara dan keluarga anda, anda bermajlis dengan kawan
kawan dan kerabat anda, dan pada semua mi anda pelihara hukum dan undang-undang Tuhan, anda tunaikan hak-hak kepada yang mempunyai
hak kerana Allah menyuruh anda menunaikannya, anda tiada memperkosa hak seseorang, kerana Allah menegah anda daripada berbuat
demikian, maka sesungguhnya anda telah menjalani seluruh hidup ini dalam beribadat kehaderat Allah Taala.
Demikian
juga, jika anda berbuat baik ke atas orang miskin, atau anda tolong orang yang teraniaya, atau anda memberi makan orang lapar,
atau anda melawat orang sakit, dan semua itu anda lakukan kerana mengharap wajah Allah Taala, bukan mencari manfaat atau pujian
ke atas diri anda, maka semua itu diperkirakan sebagai ibadat kehaderat Allah Taala.
Demikian juga, jika anda berkecimpung
di dalam bidang perniagaan atau pertukangan, atau melakukan perkhidmatan, dan anda tunaikan kewajipan anda dengan seluruh
amanah dan kebenaran kerana bertaqwa kepada Allah, kemudian anda mengusahakan yang halal dan anda jauhi yang haram, maka segala
kegiatan dan usaha anda pada jalanNya ini adalah ibadat kehaderat Allah Taala, meskipun semuanya anda lakukan untuk mencari
rezki bagi diri anda.
Kesimpulan perkataan, bahawa takut anda kepada Allah Taala dalam setiap suasana hidup anda, pada
setiap masa, dan jadikan keridhaan Allah tumpuan pandangan anda, dan anda ikuti undang-undangNya, dan anda tolak setiap manfaat
yang anda peroleh atau mungkin anda peroleh dengan memaksiatiNya, dan anda sabar atas setiap mudrat yang menimpa anda atau
mungkin menimpa anda dengan mentaatiNya; semua itu adalah ibadat anda kehaderat Allah Taala, dan kehidupan anda melalui jalan
ini dan pangkal hingga hujungnya adalah ibadat.
Tiada makan, minum, tidur, bangun, duduk, berdiri, berjalan, berkata
dan diam, melainkan termasukibadat dalam kehidupan anda ini.
Inilah dia ibadat. Dan inilah maknanya yang hakiki. Islam
tiada bermksud melainkan menjadikan manusia mengabdi kepada Allah seperti ibadat yang tersebut mi pada setiap masa.
Untuk
maksud ini manusia mempunyai kewajipan mengerjakan sekelompok ibadat khas, yang mempersiapkannya untuk pekerjaan ibadat yang
besar seperti yang telah tersebut ini. Seolah-olah tiadalah ibadat-ibadat khas yang difardhukan itu melainkan dengan tujuan
mendidik melaku kan ibadat yang besar yang dituntut itu. Setiap orang yang melalui pendidikan ini dengan cara yang sebaik-baiknya,
ia akan menunaikan ibadat yang hakiki itu mengikut cara yang dikehendaki. Oleh kerana itu, ibadat-ibadat khas ini dijadikan
kewajipan dalam Islam, dan dinamailah dia rukun-rukun agama, artinya tiang-tiangnya yang diatasnya terletak bangunannya. Sebagaimana
tiap-tiap binaan tiada berdiri melainkan di atas kumpulan tiang, demikian jugalah bangunan kehidupan kelslaman tiada akan
berdiri melainkan di atas tiang-tiang ini. Barangsiapa yang membinasakannya sesungguhnya ia membinasakan binaan Islam itu
sendiri.
SEMBAHYANG
Yang pertama daripada rukun-rukun Islam ialah sembah yang. Pada hakikatnya tiadalah sembahyang itu melainkan anda
ulangi dengan lisan dan perbuatan lima kali sehari semalam, mengingat apa yang telah anda imani.
Apabila anda bangun
pagi-pagi anda letakkan diri anda di hadapan Tuhan dalam keadaan suci dan bersih sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lain.
Kemudian anda berikrar tentang kehambaan anda di hadapanNya, berdiri dan duduk, ruku dan sujud. Anda minta tolong kepadaNya
dan mohon petunjuk daripadaNya. Anda memperbaharui janji taat dan pengabdian di antara anda dan Dia. Anda ulangi keinginan
anda untuk mencapai keridhaanNya dan menjauhi kemurkaanNya, sekali lepas sekali. Anda berulang-ulang meresapkan KitabNya.
Anda saksikan kebenaran RasulNya. Anda mengingatkan anda akan kembali di hadapan mahkamahNya, di mana anda akan ditanya berkenaan
dengan ama! anda. Kemudian anda akan memperoleh balasan yang menjadi hak anda.
Dengan cara seperti inilah anda memulai
hari siang. Kemudian, setelah anda bekerja beberapa jam, muazzin menyeru anda untuk kembali mengingat Allah. Anda ulangi peresapan
anda sekali lagi supaya anda jangan lupa kepada Nya hingga boleh menjadikan anda seorang yang lalai. Maka adapun bangun dan
tempat anda. Dan setelah anda memperbaharui iman, anda kembali ke dunia, semula melakukan pekerjaan duniawi.
Kemudian
muazzin menyeru anda kali yang ketiga untuk mengerjakan sembahyang Asar selepas beberapa jam.
Setelah siang berlalu
dan malam mendatang, anda memulai malam anda sebagaimana anda memulai siang anda. Anda mengingat Allah Taala dan mengibadatiNya,
supaya anda tidak melupakan peresapan agama di malam hari.
Kemudian, apabila waktu, tidur mendekat, anda melakukan
sembahyang Isya. Dan anda mengingat Tuhan untuk kali yang penghabisan.
Maka datanglah waktu bertenang dan tenteram,
anda pun menikmati ketenangan dan ketenteraman itu, ke tenangan dan ketenteraman yang bolehjadi telah luput dan anda dalam
kepanasan siang dan kesibukan kehidupan.
Sesungguhnya sembahyang memperkuat penanaman asas-asas Islam anda dengan lima
kali pada setiap hari, dan mempersiapkan anda untuk menjalankan pengabdian yang luas yang hakiki yang telah kami sebutkan
terdahulu. Ialah yang sentiasa mengingatkan anda kepada akidah-akidah yang di dalamnya terkandung pembersihan diri, peningkatan
roh, dan kebaikan akhlaq serta amalan anda.
Bukanlah anda telah melihat, mengapa anda berwudhu mengikuti cara khas
yang telah diajarkan oleh Rasul s.a.w.? Mengapa dalam sembahyang anda membaca ayat-ayat yang diajarkan oleh Rasul s.a.w.?
Bukankah itu kerana anda merasa wajib mentaati Rasul s.a.w.? Mengapakah anda tidak membuat kesalahan dengan sengaja dalam
ayat-ayat Al Quran yang anda baca dalam sembahyang? Tidakkah itu kerana anda yakin bahawa Al-Quran itu Kitab Allah? Siapakah
yang anda takuti andaikata anda membaca di dalam sembah yang ayat-ayat yang bukan diajarkan oleh Rasul atau anda tidak membaca
apa-apa jua, sedangkan tiada seorang manusia pun yang mendengar anda membaca atau tidak membaca sama sekali di dalam sembahyang
anda? Tidakkah itu semata mata kerana anda tahu bahawa Allah mendengar anda, dan tiada tersembunyi bagiNya segala perbuatan
anda ketika anda membaca dengan diam-diam dalam din anda? Apakah yang membangunkan anda dan tidur dan menyeru anda melakukan
sembahyang meskipun tiada seorangpun melihat anda? Apakah itu bukan kerana itikad anda bahawa Allah melihat anda? Apakah yang
menyeru anda tatkala anda meninggal kan kesibukan, lalu anda pergi bersembahyang apabila sampai waktunya? Bukankah itu kerana
perasaan anda bahawa Allah telah mewajibkan anda mengerjakan sembahyang ini? Apakah yang memaksa anda melakukan sembahyang
pada waktu Subuh musim dingin, dan pada waktu Zhuhur musim panas, dan waktu bermain dan bercengkerama pada setiap petang hari?
Bukankah ini perasaan anda tentang kewajiban? Kemudian, mengapa anda takut tidak sembahyang, atau anda melakukan kesalahan
dengan sengaja didalam sembahyang? Apakah untuk itu ada sesuatu sebab yang lain daripada takut akan Allah dan tahu bahwa anda
akan kembali kepadaNya dan akan berdiri di hadapanNya pada Hari Kiamat?
Setelah semua ini demi Allah, katakanlah kepadaku.
Mungkinkah di dunia ini ada suatu pendidikan yang lebih baik danipada sembahyang yang boleh membuat manusia menjadi seorang
Muslim yang sejati? Dan adakah mungkin bagi manusia suatu pendidikan yang lebih baik daripada memperbaharui ingatan kepada
Allah dan takut kepadaNya, meyakini bahawa Ia mengetahui dan melihat, membenarkan akan kehadiran di mahkamahNya di Han Kiamat,
meniru Rasul beberapa kali sehari semalam, dan membiasakan mengerjakan kewajiban selepas beberapa jam pada siang dan malam?
Sesungguhnyalah, diharapkan dan manusia ini takut akan Allah tatkala ia sibuk mengerjakan pekerjaan-pekerjaan yang bertali
dengan kehidupannya selepas keluar dan masjid, diharapkan mengikut undang-undangNya, dan di harapkan pada setiap kesalahan
yang dialirkan syaitan ke dalam hatinya ia teringat bahawa Allah melihatnya, dan tiada suatu perkara pun yang tersembuyi danipadaNya.
Adapun
jika seseorang itu tiada takut kepada Allah dan tiada menahan tangannya danipada memaksiati Allah serta menyalahi hukumNya
meskipun telah melalui pendidikan yang tinggi ini, yang demikian itu bukanlah salah pada asal pendidikan, kesalahan terletak
pada tabiat pribadiNya yang mengandung kebinasaan, kekejian dan kejahatan.
Kemudian, Allah telah menguatkan perintahNya
agar Kaum Muslimin melakukan kewajiban sembahyang dengan berjamaah. Ia pun mewajibkan mereka untuk melakukan sembahyang Jumat
seminggu sekali dengan berjamaah mengikut cara yang tertentu. Sembahyang berjamaah akan membentuk persatuan, kasih-sayang
dan persaudaraan di antara Kaum Muslimin. DijadikanNya mereka tubuh yang kuat. Pada waktu mereka berkumpul dan berdiri bagi
Tuhan mereka, sujud dan ruku kepadaNya bersama-sama, menjadi tersusun hati mereka, timbul perasaan dalam diri bahawa mereka
bersaudara antara sesamanya.
Kemudian, sembahyang dalam jamaah melatih mereka untuk taat kepada pemerintah yang mereka
pilih di antara mereka. Ia mendidik mereka untuk hidup teratur, memegang dan memelihara waktu, menghidupkan tolong-menolong,
kasih-sayang, persamaan dan ikatan di antara mereka. Anda melihat mereka seluruhnya, yang kaya dan yang miskin, yang tua dan
yang muda, yang tinggi dan yang rendah, berdiri bertemu sisi. Pada mereka tiada yang mulia dan tiada yang hina, tiada yang
tinggi darjat dan tidak yang rendah.
Ini hanyalah kesan ringan yang diberikan sembahyang ke atas diri anda, bukan ke
atas Tuhan. Allah Taala tidak mewajibkan anda bersembahyang melairikan untuk ke maslahatan anda juga. Ia marah ketika anda
tidak menunai kan sembahyang, bukan kerana anda telah menimpakan sesuatu kemudratan ke atasNya, melainkan kerana anda telah
menzalimi din anda sendiri. Perhatikanlah, bagaimana besar kekuatan yang telah dikurniakan Allah ke atas anda melalui sembahyang.
Apakah
anda mahu membangkang? Patutlah kita malu! Anda ikrarkan dengan lisan ketuhanan Tuhan, taat akan Rasul dan percaya akan tanggungjawab
di akhirat, tetapi kemudian anda mengabaikan kewajipan yang paling besar yang telah difardhukan Tuhan ke atas anda.
Bagi
pengabaian sembahyang ada dua kemungkinan:
(i) Adakalanya anda ingkar wajibnya sembahyang datang dan
Allah;
atau
(ii) anda mengakuinya sebagai kewajipan daripada Allah tetapi anda enggan menuaikannya.
Jika anda
mengingkari wajibnya, anda mendustakan Al Quran, dan mendustakan Rasul s.a.w. Jika demikian, maka pengakuan anda bahawa anda
beriman kepada Allah dan Al-Quran adalah pengakuan yang dusta. Dan jika anda tidak menunaikannya, tetapi mengakui wajibnya
daripada Allah, itu sudah cukup untuk menghilangkan kepercayaan dan hati manusia ke atas kejujuran anda. Bagaimana manusia
boleh mengharap anda tidak akan mengkhianati hak-hak dan amanah mereka?
PUASA
Rukun Islam yang kedua ialah puasa. Apakah puasa? Apabila sembahyang dikerjakan lima kali sehari-semalam, maka puasa
dikerjakan pada suatu masa selama sebulan penuh dalam setahun. Apabila datang bulan Ramadhan, anda menahan diri daripada makan
dan minum sejak fajar sampai ke petang.
Pada waktu anda sedang makan dan minum, apabila Subuh mulai mencerah dan anda
mendengar azan, serentak hendaklah anda menahan tangan anda daripada makan dan minum. Selepas itu, jika makanan yang lazat
dan minuman yang menggiurkan terhidang di hadapan anda, anda tidak akan mendekatinya sehingga terbenam matahari. Di sepan
jang masa ini - sejak fajar hingga maghrib - janganlah anda meminum seteguk air pun, dan janganlah menelan sepotong makanan
pun. Tetapi pelarangan makan dan minum tidaklah berkepanjangan melainkan hingga suatu masa yang tertentu. Apabila matahari
terbenam dan anda mendengar azan maghrib hendaklah anda segera berbuka. Dan pada malam itu anda boleh makan dan minum mengikut
yang patut dan baik.
Fikirlah! Apakah yang anda lakukan itu? Tak diragukan bahawa latarbelakangnya adalah takut kepada
Allah Taala, yakin bahawa ia mengetahui dan melihat, iman akan Han Akhir dan akan kehadiran di mahkamah Allah, taat yang kuat
kepada A1-Quran dan kepada Rasul, perasaan kuat Untuk menunaikan kewajipan, menguji kesabaran dan ke sanggupan untuk mengalahkan
hawanafsu.
Bulan Ramadhan mendatangi anda setiap tahun. Ia berusaha mendidik anda selama tiga puluh hari penuh untuk
mempunyal sifat dan akhlaq yang tinggi. Sehingga jadilah anda Muslim yang sungguh-sungguh sempurna. Dan dengan sifat dan akhlaq
ini jadilah anda mampu mengekalkan ibadat yang hakiki yang wajib ditunaikan oleh seorang Muslim pada setiap detik hidupnya.
Kemudian,
Allah Taala tidak mewajibkan puasa ke atas semua orang Muslim melainkan pada bulan yang satu itu sahaja. Pada bulan itu mereka
semua hendaklah melakukan puasa tanpa perbezaan. Di situ juga dijumpai banyak manafaat.
Apabila datang bulan Ramadhan,
seluruh masyarakat Muslimin diingkupi oleh udara kesucian, kebersihan, keimanan, takut akan Allah, taat kepada hukumNya, kelembutan
akhlaq dan amal-amal baik. Dan tertutuplah pasaran perbuatan mungkar. Penyebaran kebaikan dan keindahan menjadi umum. Hamba-hamba
Allah yang salih bertolong tolongan sesama mereka untuk melakukan perbuatan baik dan memberi kebaikan. Penjahat-penjahat pun
mulai merasa malu mengerjakan yang mungkar. Pada orang kaya timbul perasaan hendak menolong saudara mereka yang fakir miskin.
Mereka membelanjakan harta pada jalan Allah. Jadilah seluruh Kaum Muslimin dalam keadaan yang sama. Dalam h.ati mereka tumbuh
perasaan bahawa mereka seluruhnya adalah satu kelompok. Dan ini adalah jalan yang mantap untuk menumbulkan dalam diri mereka
perasaan kasih sayang, persaudaraan, tolong-menolong dan persatuan.
Semua manfaat ini kembali ke atas diri kita juga.
Tuhan tidak mengambil faedah dan pelaparan kita. Ia tidak mewajibkan kita berpuasa Ramadhan melainkan bagi kemaslahatan kita.
Barang siapa yang tiada menunaikan kewajipan ini tanpa sesuatu sebab sesungguhnya mereka telah menzalimi diri sendiri.
Banyak
di antara mereka yang sedikit perasaan malunya dan keji jalan yang ditempuhnya. Mereka itulah orang-orang yang makan dan minum
dalam bulan Ramadhan terang terangan tanpa segan dan malu. Seolah-olah mereka hendak menunjukkan-bahawa kita ini bukan dan
jamaah Muslimin, dan kita tidak berhias dengan hukun-hukum agama Ummat Muslimin itu. Bahkan kita ini termasuk di antara orang-orang
yang tidak merasa berat untuk meninggalkan jamaah Kaum Muslimin dan tiada merasa malu untuk menjauhi Pencipta dan Pemberi
rezki, dan termasuk orang-orang yang tiada merasa salah menentang undang-undang yang diwajibkan ke atas mereka oleh pemimpin
besar s.a.w. Bagaimanakah boleh diharap dan mereka ini penunaian janji, amanah, akhlaq, perasaan akan kewajipan dan memeliharakan
undang undang?!.
ZAKAT
Rukum Islam yang ketiga ialah zakat. Allah Taala mewajibkan ke atas tiap-tiap Muslim, apabila berlebih hartanya
daripada nisab dan sampai haul (tahun)nya yang sempurna, supaya mengeluarkan zakatnya kepada orang fakir, atau miskin, atau
orang musafir, atau orang yang mendapat petunjuk kepada agama Islam, atau orang berhutang, atau pada salah satu daripada jalan-jalan
Allah
Demikianlah Allah Taala telah menjadikan harta orang orang kaya kaum mukminin hak yang tertentu bagi orang fakir
yang kadarnya adalah sebantyak 2½% ke atas bermacam macam golongan harta. Siapa yang hendak berbuat baik lebih banyak dan
jumlah itu dengan mengeluarkan lebih banyak hartanya, adalah lebih baik baginya dan mendapat pahala yang lebih besar.
Hak
ini, atau bahagian yang ditentukan ini, tidak akan sampai kepada Allah Taala. Ia tidak berhajat kepada harta itu. Tetapi Ia
berfirman kepada hambaNya: Sesungguhnya, apabila kamu sedekahkan sesuatu kepada saudara kamu yang miskin kerana Aku dan mengharapkan
wajahKu, dengan hati yang baik dan dada yang lapang, sesungguhnya kamu telah bersedekah kepadaKu; tetapi janganlah kamu harapkan
apa apa daripadanya, jangan kamu sakiti dia, jangan kamu hina kan dia, jangan kamu mengharapkan balasan dan terimakasih daripadanya,
dan jangan kamu melakukannya agar manusia mengetahui sedekah itu supaya mereka menyebut-yebutnya dan supaya mereka menunjuk-nunjuk
kamu; apabila kamu tunaikan kepada orang fakir, miskin dan orang-orang ber hajat, akan bahagian mereka yang kutitipkan kepada
kamu, kamu bersihkan hati kamu dan fikiran yang batal seperti tersebut tadi, dan sangkaan yang rendah, niscaya Ku beri kepada
kamu sejumlah besar harta untuk menjadi bahagian kamu, tiada kering dan tiada habis.
Sesungguhnya Allah telah mewajibkan
zakat ke atas kita, sepertimana Ia mewajibkan sembahyang dan puasa. Ia adalah suatu rukun Islam yang penting, kerana ia menghiasai
Kaum Muslimin dengan sifat-sifat mahu berkorban dan membuat bakti kerana mengharapkan wajah Allah Taala. Ia menanggalkan dan
hati mereka perasaan keakuan, cinta diri, sempit dada, pemujaan harta, dan sifat-sifat keji lainnya.
Bagi Islam tiada
keperluan kepada si kedekut yang bakhil, yang menyembah harta dan melekapkan diri kepadanya, kerana hartanya tiada memberi
manfaat kepadanya, sedikit mahupun banyak.
Dan tiadalah mendapat petunjuk kepada Islam, tiada mengikuti jalannya yang
lurus, dan tiada melaluinya secara terus-menerus, melainkan orang yang apabila datang kepadanya suatu perintah Allah, mengorbankan
harta yang dicarinya dengan peluh-keringatnya pada jalan Allah itu, tanpa sesuatu tujuan keperibadian yang langsung. Dan Zakat,
membiasakan seorang Muslim akan pengorbanan ini, dan menjadikannya tidak memandang berat kepada hartanya. Si Muslim itu tidak
menjadikan tangannya terbelenggu pada tengkuknya apabila keadaan menghendaki usahanya. Dan jadilah ia orang yang bergiat mencari
harta. Bahkan hartanya itu dibelanjakannya dengan hati yang murah dan terbuka.
Sebahagian faedah zakat di dunia ini
ialah agar kaum Muslimin itu tolong-menolong dan bergotongroyong antara sesamanya, sehingga tiada tinggal di tengah-tengah
mereka seorang yang berbogel, yang lapar dan yang terhina.
Yang kaya membantu yang miskin. Si miskin tidak perlu menadahkan
tangan meminta pertolongan. Seseorang tidak membelanjakan hartanya dalam perbuatan-perbuatan angkuh dan berpoya-poya. Ia mengetahui
bahawa dalam hartanya ada hak anak yatim, janda-janda, fakir dan miskin daripada anak-anak ummatnya. Ia mengetahui bahawa
pada hartanya ada hak orang-orang yang sanggup bekerja tetapi tiada jalan baginya kerana kekurangan harta. Ia mengetahui bahawa
pada hartanya ada hak anak-anak yang bakat semulajadinya menunjukkan kecerdasan dan kepintaran tetapi tiada mempunyai kemampuan
mencapal ilmu-pengetahuan disebabkan kefakirannya. Ia mengetahui bahawa pada hartanya ada hak orang yang lemah yang sentiasa
tiada sanggup bekerja. Maka setiap orang kaya yang tidak mengitiraf adanya hak-hak ini di dalam hartanya adalah orang zalim.
Kezaliman
manakah yang lebih keji daripada anda yang mempunyai harta kekayaan bertimbun, mempunyai alat alat pencapai kemewahan serta
kemudahan yang boleh anda nimati sendiri, dan anda bersenang-lenang di dalam mahligai anda yang tinggi, dan anda berselesa
menaiki kenderaan kenderaan anda yang megah, sedangkan di sekeliing anda beribu-ribu banyaknya saudara anda yang fakir yang
hampir hampir tiada mendapat jalan untuk memperoleh sepotong roti, dan beribu-ribu banyaknya orang yang sanggup bekerja tetapi
merasa hampa tak tahu ke mana hendak dituju.
Sesungguhnya Islam marah kepada orang yang seperti mi dan menentang perasaan
keakuannya. Tiadalah sifat keakuan melainkan daripada tabiat orang kafir yang diajar oleh tamaddun mereka supaya memelihara
kekayaan yang sampai ke tangan mereka dan membungakannya. Dengan hartanya itu mereka sedut apa yang ada pada tangan manusia
lain.
Adapun orang Muslim, agama mereka mengajar: Apabila Allah menghibahkan rezki kepada kamu lebih daripada keper
luan kamu sendiri, janganlah kamu simpan dalam khazanah, tetapi hendaklah kamu berikan kepada saudara kamu yang ketiadaan
harta. Supaya dengan demikian mereka boleh menunaikan keperluannya agar mereka sanggup mengusaha kan kehidupan mereka, sebagaimana
kamu mengusahakan kehidupan kamu.
NAIK HAJI
Rukun Islam yang keempat ialah mengerjakan haji. Islam tiada mewajibkannya melainkan ke atas mereka yang sanggup pergi
ke Makkah di antara orang-orang Muslim yang kaya. Ia tiada mewajibkan mereka mengerjakan haji itu melainkan sekali sahaja
untuk seumur hidup.
Khalilullah, Nabi Ibrahim a.s., telah membina sebuah rumah kecil untuk beribadat kepada Allah beberapa
ribu tahun dahulu, iaitu rumah yang anda jumpai sekarang ini di Makkah AI-Mukarramah. Allah Taala telah berkenan akan usahanya,
berterimakasih atas kasih dan keikhlasannya, sehingga Allah membangsakan rumah ini kepada diriNya. Allah berfirman: Siapa
yang hendak beribadat kepadaKu hendaklah mengibadati Aku menghadapkan wajahnya ke arah rumah ini; dan barangsiapa yang sanggup
pergi ke rumah ini hendaklah ia menziarahinya sekurang-kurangnya sekali untuk selama hayatnya; dan hendaklah ia tawaf sekeliling
rumah itu seperti tawaf yang dilakukan oleh hamba dan sahabatKu, Ibrahim a.s. yang didorong oleh rasa kasih.
Demikianlah,
Allah Taala telah menyuruh: Jika kamu menunaikan haji, keluar dan rumah kamu menuju Rumah Haram ini hendaklah kamu bersihkan
hati; kamu tahan nafsusyahwat kamu; kamu jauhi perbuatan fasiq, pertengkaran, pertumpahan darah dan perkataan keji; dan hendaklah
kamu lakukan sifat-sifat sopan-santun, hormat, lemah-lembut dan khusyu tatkala membayangkan diri kamu di hadapan Tuhan. Ketahuilah
bahawa kamu menghadapkan wajahmu kepada yang berkuasa yang bagiNya kerajaan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya,
yang kepadaNya berhajat segala yang lainNya. Ketahuilah, apabila kamu membayangkan diri kamu di hadapan Kami dengan menun
jukkan sifat-sifat kelemahan, merendah-diri, khusyu dan ikhlas, dan kamu tunaikan kewajipan ibadat kamu kepada Kami dengan
sepenuh hati dan niat yang suci, maka akan Kami beri kamu upah yang besar.
Apabila anda perhatikan pekerjaan haji dengan
pandangan lain, maka ia adalah pengabdian kehaderat Allah Taala yang paling penting dan paling besar keadaannya. Mengapakah
manusia sanggup meninggalkan pekerjaannya, perniagaannya, anak-anak dan kawan-kawannya, lalu menum puh perjalanan jauh yang
sukar dan berat jika hatinya kosong daripada kasih akan Allah Taala? Bahawa tujuan manusia itu sendiri ketika keluar dan rumahnya
memulai perjalanan menuju Baitullahil-Haram tidaklah sama dengan lawatan lawatan yang biasa. Bahkan seluruh cita-citanya dalam
lawatan haji terpaling kepada Allah Taala. Bertambah ke dalam hatinya perasaan cinta dan rindu kepada Rumah Allah Al-Haram.
Manakala makin jauh ia berjalan dan merasa makin mendekati Kabah, bertambah dalam dirinya perasaan kasih, makin berganda rindunya,
menjauhlah kalbunya daripada dosa dan maksiat, ia menyesali dosa-dosanya yang lampau, ia mendoa kepada Tuhannya, ia memohon
agar Allah melimpahkan taufiq untuk mentaatiNya pada hani-hati yang tinggal daripada kehidupannya; mulailah ia merasa kebahagiaan
yang luar biasa ketika menyebut Allah dan mengibadatiNya; ia sujud lama-lama, tak sedap rasanya nak mengangkat kepala dan
sujud itu.
Demikian juga ketika membaca Al-Qur an. Amat jauh bedanya perasaan bahagia yang dialaminya pada waktu itu
jika dibanding dengan masa yang sudah-sudah. Apabila ia berpuasa ia mengalami perasaan seronok yang tidak pernah dialaminya
sebelumnya.
Kemudian, ketika ia memasuki bumi Hijaz, dipijaknya tanah dengan kakinya, terbayanglah di kedua matanya
S jarah Islam pada zaman permulaannya. Pada setiap potong bumi suci itu ia menyaksikan kesan-kesan tokoh-tokoh orang yang
diridhai Allah dan meridhai Allah, orang-orang yang dikasihi Allah dan mengasihi Allah, orang-orang yang berkorban pada jalan
Allah dengan harta dan dirinya. Setiap butir pasir di bumi ini menjadi saksi bagi kebesaran Islam. Setiap batunya menceritakan
bahawa bumi ini adalah bumi suci yang daripadanya Islam telah muncul, yang danipadanya cahaya Islam telah memancar dan daripadanya
kalimah Islam menjulang tinggi. Seperti inilah hati orang Muslim itu di penuhi kemesraan kepada Allah Taala dan cinta kepada
agamaNya. Dan manakala ia pulang ke tanah airnya, dalam hatinya telah terakam kesan-kesan Islam yang tiada akan hapus sehingga
akhir masa hayatnya.
Pekerjaan haji itu banyak mempunyai manfaat duniawi di samping manfaat keagamaan. Sebahagian daripadanya
ialah, Makkah Al-Mukarramah telah dijadikan pusat Kaum Muslimin, tempat tujuan mereka yang datang dari seluruh pelusuk muka
bumi, dan berbagai macam keturunan dan tanah air. Dengan adanya pertemuan ini mereka merasakan persaudaraan di antara mereka,
dan mereka semua terdiri daripada ummat yang satu.
Pekerjaan haji itu adalah pengabdian kepada Allah Taala pada satu
pihak. Pada pihak lain, ia merupakan muktamar tahunan dunia yang kepadanya berduyun-duyun Kaum Muslimin datang dan seluruh
pelusuk dan sudut muka bumi. Ia merupakan cara yang terbesar dan jalan yang paling berjaya untuk mendidik saudara-saudara
Muslim sejagat supaya bersatu, berkasih-sayang dan tolong-menolong.
MEMELIHARA ISLAM
Kewajipan yang akhir yang diwajibkan Allah k atas hambaNya ialah memelihara Islam. Pemeliharaan ini, meskipun
tidak termasuk sebahagian daripada rukun Islam, ia merupakan salah satu kewajipan penting dan pada kewajipan kewajipan Islam,
yang sesungguhnya telah dinyatakan dan berulang-ulang disebut dalam Kitab dan Sunnah, tidak pada satu tempat sahaja.
Apakah
pemeliharaan Islam itu? Mengapakah Allah mewajipkannya ke atas Kaum Muslimin? Anda mungkin mengetahuinya dengan contoh yang
saya kemukakan untuk maksud ini: Misalkan ada seorang lelaki yang mendakwa dirinya kawan dan kekasih anda. Tetapi perbuatannya
ketika anda menghadapi bencana menunjukkan bahawa ia tidak menya yangi anda. Ia tidak mengambil perhatian ke atas bencana
yang menimpa anda. Ia tidak mengambil perhatian ke atas manfaat atau mudrat yang menimpa anda. Ia tidak turun tangan menolong
anda jika anda mengerjakan pekerjaan yang berat dan berbahaya. Ia tidak mahu melakukan perbuatan yang mendatangkan manfaat
ke atas anda kerana ia tiada melihat jalan untuk mendapat manfaat bagi dirinya. Ia tidak mengulurkan tangan bantuan pada waktu
anda ditimpa musibah. Bahkan ia menyertai dan menggalakkan orang men caci dan menyerang anda. Atau sekurang-kurangnya ia diam
ketika orang mencerca anda. Ia menolong seteru anda ketika mereka menipu anda. Atau sekurang-kurangnya ia tidak berusaha melepaskan
anda daripada terperangkap di bawah kecohan mereka. Apakah anda masih menyangka lelaki seperti itu kawan dan kekasih anda
dan anda benarkah dakwanya? Tentu sekali-kali tidak! Ia hanya mengatakan berkawan dengan anda dengan lisannya. Pada hakikatnya,
hatinya tidak menyayangi anda.
Persahabatan bermakna seorang manusia mengasihi kawannya dan hatinya. Ia ikhlas terhadapnya,
ditolong dan dibantunya. Disertainya kawannya itu dalam suka dan duka. Ditolongnya menghadapi musuh-musuhnya. Ia tak suka
men dengar seseorang mengucapkan kekejian ke atas sahabatnya. Apabila seseorang itu tidak memiliki semua sifat ini, ia adalah
munafiq, dusta dalam dakwanya.
Kiaskanlah dengan contoh ini apa yang wajib bagi anda apabila anda mendakwa diri sebagai
seorang Muslim. Jika anda mendakwa diri demikian, berarti bahawa dalam diri anda mestilah ada perasaan pembelaan Islam dan
keghairahan Iman. Dalam diri anda mestilah ujud cintakan agama, dan memberi nasihat yang benar kepada saudara-saudara sesama
Muslimin. Dalam setiap perbuatan di dunia ini hendaklah anda letakkan di depan dua mata anda kemanfaatan Islam dan kebaikan
Kaum Muslimin. Dan anda tidak akan terbit perbuatan yang memberi mudrat kepada Islam, perbuatan yang menyalahi hukum dan tujuannya,
kerana hendak men capai kemaslahatan din anda atau hendak menolak bencana peribadi.
Demikian juga, anda berkewajipan
untuk ikut serta dengan diri dan harta anda dalam setiap perbuatan yang mengandung kebaikan bagi Islam dan Kaum Muslimin.
Dan menjauhi setiap perbuatan yang mendatangkan mudrat ke pada Islam dan Kaum Muslimin.
Kemuliaan anda tak dapat dikira
melainkan pada kemuliaan Islam dan Kaum Muslimin. Anda tiada akan sabar menghadapi penghinaan Islam dan Kaum Muslimin, seperti
mana anda tiada sabar menahankan penghinaan ke atas diri anda.
Anda tiada akan menolong musuh Islam dan musuh Kaum
Muslimin, sebagaimana anda tiada akan menolong musuh diri anda sendiri.
Anda akan bersedia melakukan setiap macam pengorbanan
dengan jiwa dan harta anda untuk mempertahankan Islam dan melindungi kepentingan Kaum Muslimin, sebagai mana anda bersedia
menghadapi segala macam pengorbanan untuk mempertahankan diri anda.
Sewajarnyalah setiap orang yang mengatakan aku
ini Muslim bersifat dengan sifat-sifat ini. Jika tidak ia dihitung masuk golongan munafiqin. Perbuatannya menyaksikan kedustaannya
dalam pengakuan lisannya.
Termasuk ke dalam pemeliharaan Islam ialah jihad pada jalan Allah yang dikenal dalam Islam.
Adapun kata jihad mengikut bahasa ialah menghabiskan usaha dan menumpukan kekuatan pada sesuatu pekerjaan. Demikianlah, setiap
orang yang berusaha meninggikan kalimah Islam dengan apa yang ada padanya, dengan harta, jiwa, pena dan lisan, adalah orang
yang berjihad pada jalan Allah tanpa di ragukan, dengan arti jihad yang umum.
Tetapi perkataan ini mempunyai makna
yang khas, iaitu berperang yang dilakukan oleh Kaum Muslimin berhadapan dengan musuh Islam, dengan sesuatu sebab yang tak
lain daripada mengharapkan wajah Tuhan, perang yang bersih daripada setiap tujuan duniawi. Jihad seperti ini mengikut syariah
Islam hukumnya fardhu kifayah ke atas Kaum Muslimin. Artinya, meskipun ia merupakan kewajipan semua kaum muslimin, tetapi
kewajipan itu gugur dan mereka apabila segolongan Kaum Muslimin telah menunaikannya untuk mereka semua.
Tetapi apabila
musuh menyerang salah satu negeri Islam, jadilah jihad itu fardhuain hukumnya bagi penduduk negari itu, seperti sembahyang
dan puasa. Apabila mereka tiada sanggup mempertahankannya dengan din mereka, wajib ke atas setiap peribadi Muslim yang tinggal
di negari-negeri yang berjiran menolong mereka yang dicerobohi itu dengan harta dan dirinya. Apabila tidak juga terpecahkan
pencerobohan musuh itu meskipun telah dibantu oleh negeri-negeri tetangga jadilah membantu mereka itu fardhu ain ke atas semua
Muslim di dunia ini, sebagaimana halnya dengan sembahyang dan puasa. ini bermakna apabila seorang terlambat memberi pertolongan
kepada mereka, berdosalah orang itu. Dalam keadaan semacam mi, jadilah jihad pada jalan Allah lebih banyak dan lebih besar
kepentingannya daripada sembahyang dan puasa.
Keimanan seseorang teruji dalam jihad. Orang yang tidak menolong Islam
dan tidak berjihad bersama Kaum Muslimin meskipun bala dan bahaya telah sampai, diragukan keimanannya, disangsikan kelslamannya.
Jika demikian, faedah apakah yang diperolehnya dan puasa dan sembahyangnya?
Adapun orang Muslim yang menentang Islam
dan memihak kepada seteru kaum Muslimin, adalah orang hina yang tiada diragukan kemunafikannya. Sesungguhnya telah gugur sembahyang,
puasa, zakat dan hajinya.
|