FASAL KEEMPAT
IMAN SECARA TERURAI
Patutlah bagimu wahai penuntut, sebelum anda lebih maju lagi, supaya anda meruju sedikit dan mengkaji sekali lagi maklumat
yang telah anda peroleh pada fasal-fasal yang lalu:
(1) Tiada syak bahawa Islam itu ialah taat akan Allah Taala, mematuhi
titah-perintahNya. Tetapi tiada jalan untuk mengenal Zat Allah serta sifat-sifatNya, tiada jalan yang diridhaiNya bagi hambaNya
untuk melalui hidup ini, dan tiada cara yang benar untuk mengetahui pahala dan dosa di akhirat, melainkan melalui Nabi yang
diutus dan sisi Allah Taala. Dengan demikian maka tarif agama Islam yang benar ialah bahawa kita beriman akan pengajaran Nabi
dan kita mengabdikan din kepada Allah mengikut cara yang sesuai dengan petunjukNya. Barangsiapa yang menolak petunjuk Nabi
dan tidak menjadikannya wasilah untuk mengenal Allah dan mengenal undang-undangNya maka ia bukan Muslim, meskipun ia mengaku
taat akan Allah dan patuh kepada undang-undangNya.
(2) Para Nabi datang kepada berbagai ummat di muka bumi ini di masa
yang lepas. Setiap Nabi diturunkan kepada sesuatu ummat mengikut ketentuannya. Kadang-kadang kepada suatu ummat itu diutus
beberapa orang Nabi, yang satu datang selepas yang lain. Islam adalah nama agama yang dibawa oleh para Nabi itu kepada ummat
yang manapun juga. Islam itu meskipun pada hakikatnya hanya satu pada sepanjang masa dan pada semua ummat, tetapi ada berbagai
perbedaan dalam syariah-syariah yang diturunkan kepada berbagai ummat itu, perbedaan dalam hukum dan cara ibadat. Maka suatu
ummat itu tidak akan mengikut ummat yang lainnya, meskipun wajib baginya beriman kepada seluruh Nabi Allah.
(3) Tatkala
Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam diutus ke muka bumi mi, dengan kedatangannya Allah telah menyempurnakan pengajaran Islam,
yang diturunkan Nya kepada seluruh manusia, supaya jadilah mereka dengan sendininya mempunyai syariah yang satu. Kerasulannya
s.a.w. bukan khas untuk sesuatu ummat sahaja, atau untuk sesuatu zaman yang tertentu sahaja, tetapi ia adalah untuk seluruh
manusia sepanjang masa. Dengan risalahnya ini menjadi mansukhlah berbagai syariah Islam yang telah lahir sebelumnya yang dibawa
oleh para Nabi yang berbeza yang diutus kepada berbagai ummat.
Kepada manusia tidak akan datang seorang Nabi lain dan
tidak juga syariah yang lain sesudah Nabi Muhammad s.a.w., sampai kepada han kiamat. Dengan demikian, tiadalah Islam itu melainkan
mengikut Nabi Muhammad s.a.w. yang tiada lagi seorang lelaki datang selepasnya yang wajib diimani, dan manusia yang tidak
beriman kepadanya adalah kafir.
Sekarang, marilah kita terangkan perkara-perkara apakah yang diperintahkan kepada kita
oleh Nabi s.a.w. untuk kita imani:
IMAN AKAN ALLAH
Yang pertama, dan yang paling mustahak daripada perintah Nabi s.a.w. ialah tiada Tuhan melainkan Allah. Kalimah ini
merupakan fundasi bangunan islam. Ia membedakan seorang Muslim daripada seorang kafir, musyrik dan mulhid. Ialah yang menunjukkan
perbedaan di antara manusia yang percaya kepadaNya dan manusia yang menolakNya. Mereka yang beriman kepadanya ialah golongan
yang mendapat kejayaan, kebahagiaan, kelepasan dan ketinggian di dunia dan di akhirat.
Perbezaan besar antara dua orang
lelaki mi bukanlah kerana semata-mata yang seorang mengucapkan kata-kata yang tersusun daripada huruf lam, alif, dan ha dan
huruf-huruf lainnya dengan lidahnya. Jika anda menderita penyakit malaria mithalnya, anda tidak akan sembuh dengan hanya menyebut
kuinin.. .kuinin, walaupun anda ulangi beribu-ribu kali tetapi tidak anda makan. Demikian jugalah, tiada akan memberi manfaat
kepada anda kalimah tiada Tuhan melainkan Allah apabila anda ucapkan dia tanpa meresapkan maknanya, atau anda mengetahui apa
yang anda ikrarkan, atau anda memahami tanggungjawab yang besar bagi diri anda dengan mengucapkan ikrar itu.
Yang benar
ialah, bahawa perbedaan hakiki tidak akan berlaku melainkan apabila makna kalimah ini meresap ke dalam lubuk hati anda, anda
sungguh yakin kebenarannya, itikad anda tentang kebenarannya tidak kurang kuatnya daripada itikad anda bahawa api membakar,
atau racun adalah suatu benda yang membinasakan. Artinya, itikad anda itu hendaklah seperti anda mengenal pembinasaan api
boleh menjadi penghalang bagi anda mencelupkan tangan ke dalamnya. Demikianlah, pengenalan anda kepada tiada Tuhan melainkan
Allah boleh menghalang di antara anda dengan syirik besar atau kecil, di antara anda dengan kufur atau penentangan agama,
baik daiam aqidah mahupun dalam amal.
MAKNA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
Anda patutlah mengetahui apa yang dipanggil Tuhan (= al-ilaah. pent.). Mengikut ilmu bahasa ia bermakna yang berhak
diibadati; ertinya, orang yang kerana kebesaran dan kemuliaan keadaannya, dan ketinggian darjatnya, patut di ibadati oleh
manusia, dan mereka menundukkan kepala kepadanya, dalam pengabdian.
Juga makna tuhan itu meliputi orang yang padanya
berkumpul kekuatan yang menggagahi yang akal manusia sukar memahaminya. Juga kata itu melingkupi orang yang tidak berhajat
kepada sesuatu, sedangkan semua orang berhajat kepadanya, semua orang terpaksa meminta tolong kepadanya dalam seluruh kehidupannya.
Juga
termasuk dalam makna tuhan ialah orang yang terlindung kepada manusia, ertinya kekuatannya tidak dapat dilihat.
Kata-kata
Khoda dalam bahasa Parsi, Devata dalam bahasa Hindi, dan God dalam bahasa Inggeris, Semuanya kata sama ( sinonim. pent.) bagi
kata Tuhan ini. Demikianlah dijumpai juga dalam berbagai bahasa dunia yang lain kata-kata yang sama maksudnya dengan kata
ini.
Adapun kata Allah adalah nama bagi Yang Benar Yang Maha Tinggi. Maka makna Tiada Tuhan melainkan Allah, ialah
tiada satupun di alam sejagat ini yang layak diibadati manusia, yang patut disujudi dengan taat dan pengabdian melainkan Allah
Taala. Bagi alam jagat in tiada pemilik, tiada pengatur, melainkan Ia sendiriNya. Tiap sesuatu berhajat kepadaNya, dan terpaksa
memmta pertolonganNya. Ia tiada dapat dicapai oleh pancaindera. Akal manusia lemah daripada memahami ZatNya.
HAKIKAT TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
Itulah makna Tiada Tuhan melainkan Allah mengikut ilmu bahasa. Marilah pula kita terangkan hakikat kalimah ini
Sesungguhnya,
apa yang sampai kepada kita mengenai hal-ehwal manusia sejak zaman dahulu dalam perjalanan sejarahnya, dan apa yang disaksikan
di alam ini tentang kesan-kesan bangsa-bangsa manusia, dan zaman lama dan zaman baru, semuanya menunjukkan kepada kita bahawa
manusia dalam setiap masa telah mengambil tuhan untuk dirinya lalu diibadatinya.
Demikian juga apa yang dijumpai pada
hari ini diberbagai pelusuk bumi, pada berbagai ummat dan bangsa, primitifnya dan yang modennya, mereka mengitikadkan tuhan
untuk dirinya lalu diibadatinya.
Ini menunjukkan bahawa kepercayaan akan ujud Tuhan telah tertancap dalam diri manusia.
Dan bahawa dalam dirinya ada suatu pendorong yang memaksanya untuk mempercayai satu Tuhan di antara tuhan-tuhan, lalu diibadatinya.
Apakah
sebab semua mi? Anda mungkin mengetahu dengan melontarkan pandangan ke dalam diri anda sendiri dan ke dalam hal-ehwal seluruh
manusia.
Ssesungguhnya, manusia itu tidak diciptakan melainkan dengan sifat-sifat kehambaan. Mengikut semulajadinya
ia adalah makhluk miskin, berhajat dan lemah. Ada banyak perkara yang diperlukannya untuk mengekalkan hidupnya yang tidak
ada dalam pegangan tanganya, yang terkadang-kadang sekali diperolehnya tetapi tiada didapatinya lagi pada kali yang lain.
Banyak perkara yang hendak dicapai dan dimanfaat. Sekali ia berjaya memperolehnya tetapi pada kali yang lain ia gagal. Ini
disebabkan oleh kerana pencapaian kehendaknya berada di luar kudratnya.
Berapa banyak pula perkara yang mendatangkan
mudarat kepadanya, yang menggagalkan cita-citanya, yang menyempitkan usahanya, dan yang menimpakan musibah kepadanya, kekacauan
dan penyakit, dan dia sendini mahu menghindarkannya; memang ia terhindar satu kali, tetapi tidak pada kali yang lain.
Ini
semua menunjukkan bahawa berlaku atau tidaknya sesuatu kejadian, atau terhindarnya sesuatu dan dirinya, bukanlah ketentuan
manusia itu sendini.
Berapa banyak pula benda yang menggentarkan manusia kerana besar dan hebatnya: Ia melihat gunung-ganang,
sungai-sungai, binatang berbahaya dan menakutkan. Ia menyaksikan tiupan angin, aliran air, goncangan bumi, gemuruh petir yang
menggementarkannya, kepekatan awan yang menyekap, pancaran kilat dan hujan lebat. Alangkah besar, alangkah kuat, alangkah
hebatnya benda-benda ini di dalam pandangan manusia? Dan alangkah lemah dirinya, hinanya dan lembiknya?
Demikianlah
yang terbayang padanya tatkala ia melihat benda.benda ini dan memperhatikan keadaannya.
Dengan menyaksikan berbagai
pemandangan yang berlainan, dengan memperhatikan kelemahan dan kelembikannya, timbul perasaan dalam hatinya bahawa ia adalah
seorang hamba yang lemah yang berhajat kepada orang lain. Dengan kemunculan perasaan ini dalam hatinya, muncul pulalah gambaran
tuhan yang mempunyai dua tangan yang menguasai benda-benda besar ini, dan tumbuh pulalah perasaan tentang kebesaran kedua
tangan itu dan keagungan, keadaannya sehingga ia menundukkan kepala kepada keduanya dengan pengabdian dan kepatuhan. Tumbuh
pulalah perasaan adanya kekuatan yang memberi manfaat pada kedua tangan itu, sehingga ditadahkannya tangannya kepadanya, mengharap
kurnianya. Tumbuhlah dalam dirinya perasaan tentang kekuatan ke dua tangan itu yang boleh memberi mudrat, sehingga ia takut
kepada keduanya dan berlindung daripada kemarahan keduanya.
Dalam kejahilan peringkat bawah, manusia menyangka bahawa
benda-benda yang diihatnya mempunyaj kekuatan besar, atau yang dirasanya boleh memberi manfaat atau mendatangkan mudrat kepada
dirinya dengan berbagai cara, adalah tuhan-tuhan mengikut ukuran zatnya. Oleh kerana itu anda lihat manusia menyembah binatang
buas, sungai, gunung-ganang. Ia sujud kepadanya. Ia mengabdi kepada bumi, api, hujan, angin, bulan, matahari, bintang-bintang;
demikian seterusnya.
Tetapi, manakala terangkat sedikit kejahilan itu, dan memancar sedikit sinar ilmu dan cahaya,
iapun mengetahui bahawa benda-benda ini semuanya adalah makhluk yang lemah dan lembik, sama dengan dirinya juga; dan bahawa
kematian akan mencapai binatang besar dan perkasa sebagai mana ia mencapai haiwan kecil dan hina; dan bahawa sungai sungai
yang besar, airnya sentiasa mengalir dan berlari, terkadang naik dan terkadang surut; dan bahawa manusia boleh memecah gunung-ganang
dan menarahnya; dan bahawa bumi tidak dapat dengan sendirinya menumbuhkan dan menyuburkan sesuatu dan perutnya dan untuk itu
ia memerlukan air, dan ia akan menjadi kering kersang apabila tidak mendapat air yang cukup; dan bahawa air tidak datang dengan
sendirinya dan langit, melainkan udaralah yang menyebabkannya terjadi dengan menolak awan dan mengumpulkannya; dan bahawa
udara tidak dengan sendirinya berkuasa bertiup dan memberi manfaat atau tidak kepada manusia. Semua itu berkehendakkan kepada
sebab-sebab yang lain. Demikian juga manusia menyaksikan matahari, bulan dan bintang-bintang di langit beredar mengikut undang
undang yang tetap yang sentiasa tidak terkeluar dan tiada berganjak daripadanya meskipun sebesar rambut.
Dan sini timbul
dalam fikirannya bahawa semua benda yang nyata ini di dalam menjalani tugasnya berpegang kepada suatu kekuatan yang tersembunyi
di dalam alam jagat, kekuatan yang menguasai dan mengaturnya, kekuatan yang menguasai segalanya. Dan sini muncul di dalam
fikiran manusia kepercayaan akan adanya beberapa tuhan yang tersembunyi. Disangkanya, bagi cahaya, udara, air, sakit, sihat,
keindahan dan kekejian ada tuhan tersendiri. Terbayang dalam otaknya gambaran khayali. Ditundukkannya dirinya, dan ia bersujud
kepadanya.
Manakala bertambah pada manusia cahaya ini, cahaya ilmu dan pengenalan, dijumpainya di dalam susunan alam
jagat ada undang-undang yang badi yang terpelihara, dan ketentuan yang kuat lagi kemas. Ia menyaksikan bagaimana udara bertiup,
hujan turun, planit-planit beredar di langit, musim berubah, pokok dan tumbuhan berbuah, mengikut kaedah yang tetap. Ia menyaksikan,
bagaimana berbagai kekuatan yang berlainan berpadu bekerjasama bertolong tolongan di antara mereka untuk melaksanakan peraturan
ini. Ia menyaksikan bagaimana kemas dan rapinya undang-undang ini. Bahawa masa yang ditentukan bagi sesuatu pekerjaan di alam
jagat mengumpulkan sebab-sebab dan saling membantu di antara mereka tanpa berselisih dan terkemudian.
Demikianlah,
dengan menyaksikan alam jagat dan peraturannya yang tetap lagi rapi, terpaksalah orang musyrik mengakui adanya satu Tuhan
bagi alam jagat ini. Ialah Tuhan yang paling besar yang mengatur dan mengetuai mereka semua. Kerana andaikata tuhan-tuhan
itu berpecah-belah, masing-masing berdiri sendiri dengan urusannya, nescaya terungkailah peraturan alam jagat mi: Kebinasaan
dan kekacauan akan melingkupinya. Maka dinamakannya Tuhan yang maha besar itu dengān Allah, atau Barmisyur, atau Khodaya Khodayakan.
Tetapi ia masih menyengutukannya dalam pengabdiannya dengan tuhan-tuhan yang kecil itu. Ia menyangka bahawa ketuhanan itu
seperti kerajaan duniawi. Jika seorang raja di dunia mempunyai banyak menteri tempat raja itu menyerahkan urusannya, bermesyuarat
dengan mereka dalam menjalankan pekerjaannya, dan menggantungkan kepada mereka kebanyakan urusannya, demikian jugalah mengikut
anggapan mereka, bahawa Tuhan yang maha besar itu minta tolong kepada tuhan-tuhan kecil dalam menjalankan pentadbiran alam
jagat ini. Manusia tidak mungkin sampai kepadanya atau mendekatinya selama tidak mendapat keridhaan daripada tuhan-tuhan kecil.
Kerana itulah manusia mesti mengibadati mereka, menundukkan din kepada mereka, takut akan kemurkaan mereka. Manusia menjadikan
tuhan-tuhan itu wasilah untuk sampai kepada Tuhan yang maha besar. Ditadahkannya dua tangannya ke pada tuhan-tuhan itu untuk
memperoleh perkenan dan pertolongan. Maka beramallah ia mencari keridhaan mereka dengan berbagai nazar dan bermacam korban.
Tatkala
makin tinggi ilmu manusia dan bertambah pandangannya, dikuranginyalah jumlah tuhan itu sedikit demi sedikit. Mereka fikirkan
tentang tuhan-tuhan yang ada pada orang-orang jahil. Diperhatikannya satu persatu. Maka tahulah ia bahawa mereka itu bukan
Tuhan. Bahkan semua mereka ini adalah hamba-hamba seperti hamba-hamba yang lainnya juga meskipun kekuatan mereka tidak tambah
berkurang dan tipudaya mereka tidak tambah lemah. Maka ditinggalkannyalah tuhan-tuhan ini, ditahannya dirinya daripada mengabdi
kepada mereka satu demi satu. Pada akhirnya tiada yang tinggal lagi melainkan Tuhan yang esa, meskipun dalam fikirannya masih
tinggal banyak perkara jahil mengenai Tuhan yang esa mi.
Sebahagian manusia menyangka bahawa Allah itu tubuh seperti
badan kita. Ia duduk di satu sudut memperhatikan manusia mengabdi dan sujud kepadaNya.
Sebahagian mereka menyangka
bahawa bagi Allah itu ada isteri dan anak-anak. Ia berketurunan sebagaimana manusia berketurunan.
Sebahagian mereka
menyangka bahawa Allah itu turun ke muka bumi dalam rupa manusia.
Sebahagian mereka berkata: Allah membiarkan urusan
alam jagat ini selepas diciptakanNya dan dijadikanNya bergerak sendiri. Ia sekarang berehat di satu tempat.
Sebahagian
mereka berkata: Tidak dapat tiada pada sisi Allah itu ada syafaat daripada orang-orang yang mensyafaatkan yang terdiri dan
pada wali-wali dan roh-roh suci, lalu menjadikan mereka ini wasilah ( perantara. pent.).
Sebahagian mereka membayangkan
di dalam otaknya gambar Allah dan menganggap sebagai suatu kemestian meletakkan gambar itu dihadapannya ketika beribadat.
Demikianlah,
tinggal dalam otak manusia berbagai sangkaan karut, meskipun ia mengitikadkan keesaan Tuhan. Dan inilah yang menyebabkan manusia
terperangkap di dalam lumpur syirik dan kekafiran. Semua itu adalah natijah kejahilan manusia itu sendiri.
Darjat yang
paling akhir dan tertinggi adalah Tiada Tuhan melainkan Allah. Itu adalah ilmu yang diturunkan oleh Yang Benar Yang Maha Tinggi,
dibawa oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasulNya, kepada hamba-hambaNya pada setiap tempat dan masa. Pertama kali diturunkan kepada
Adam, kemudian kepada Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, dan para Nabi alaihimussalatu Wassalam lainnya. Kemudjan diturunkanNya pula
kepada kesudahan segala Nabi, Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam.
Itu adalah ilmu yang murni tiada bercampur dengan
kejahilan. Dan tiadalah manusia itu ditimpa oleh perkara perkara yang telah kami sebutkan berkenaan dengan berbagai bentuk
kufur, syirik dan pengabdian berhala melainkan kerana penentangannya terhadap pengajaran para Nabi dan perpegangannya kepada
pancaindera dan fikirannya sendiri.
Marilah kita terangkan kepada anda apa yang dikandung oleh bahagian singkat mi
berkenaan dengan hakikat yang ada dan makna-makna yang tinggi:
(1) Pertama-tama dan yang paling penting ialah gambaran
ketuhanan. Bahawa alam jagat yang besar ini, yang akal manusia lemah untuk mengikutinya, lemah daripada mengetahui permulaan
dan kesudahannya, alam yang telah dicipta dan yang di dalamnya sentiasa terjadi ciptaan yang tidak dapat dihitung, yang pada
setiap hari terjadi banyak benda dan ciptaan baru yang mengalahkan akal manusia, tidak mungkin dicipta melainkan oleh Tuhan
yang hidup, yang tidak mati dan tiada terbatas, Tuhan yang menjadi tumpuan sedangkan ia tidak berhajat kepada yang lain, yang
berkuasa atas segala-galanya bijaksana tidak pernah tersalah, mengetahui tiada tersembunyi kepadaNya sesuatu, yang berjaya
tidak pernah gagal dalam pekerjaanNya, menguasai kekuatan yang tiada terhad, daripadaNya semua yang ada di alam jagat mi memerlukan
sumbar kehidupan dan rezki, suci dan segala kecemaran dan kekurangan, dan tiada peluang bagi sesiapapun untuk mencampuri urusanNya.
(2)
Semua sifat ketuhanan tidak dapat tiada berkumpul pada Zat yang esa sendiriNya. Tiada mungkin dua zat berbagi padanya, kerana
tiadalah mungkin yang menang ke atas semua dan yang mengatur semua melainkan Zat yang esa sendiniNya. Demikian jugalah, mustahil
sifat-sifat mi tersebar di antara tuhan-tuhan yang berlainan; kerana apabila yang ini memerintah, yang itu mengetahui, dan
yang Lainnya membeni rezki tanpa kerjasama di antara mereka nescaya dunia ini tak dapat tiada akan menjadi binasa dan hancur.
Demikian
juga, tiada mungkin sifat-sifat ini beralih dan satu tangan ke tarigan lain. Ertinya, pada satu kali yang itu menjadi Tuhan,
dan pada kali yang lain yang ini pula. Bagai manakah Tuhan yang tiada berkuasa mengekalkan hidupnya dapat memberi kehidupan
kepada orang lain? Dan orang yang tiada sanggup memelihara sifat ketuhanannya boleh mengatur dan mengendalikan alam jagat?
Yang betul ialah, bahawa manusia mengikut kadar pencapaiannya akan cahaya ilmu, bertambah keyakinannya bahawa sifat-sifāt
ketuhanan tidak boleh dikenakan melainkan ke atas Zat yang esa sendirinya.
(3) Apabila anda tanamkan dalam otak ada
gambaran ketuhanan yang lengkap lagi benar ini, kemudian anda tilik alam jagat, nescaya anda ketahui bahawa setiap yang anda
lihat atau anda capai dengan salah satu alat pancainderia atau anda ketahui dengan ilmu anda, tidaklah bersifat dengan sifat-sifat
ketuhanan ini. Semua benda yang wujud di alam jagat ini berhajat kepada yang lain, kalah dalam urusannya. Ia hidup dan mati.
Ia menjadi baik, dan Ia menjadi binasa. Ia tidak kekal dalam keadaan yang sama yang berdiri sendiri. Ia tiada berkuasa melakukan
sesuatu perbuatan dan pihak dirinya dan mengikut kemahuannya. Tiada peluang baginya untuk keluar daripada undang-undang yang
dikuatkuasakan ke atasnya dan kuasa yang lebih tinggi. Ia menyaksikan dengan lisan halnya bahawa benda-benda itu bukanlah
Tuhan: Tiada dijumpainya padanya sesuatu yang mendekati ketuhanan. Dan tiada masuk ke dalam ketuhanan, baik sedikit mahupun
banyak. Inilah makna tiada Tuhan.
(4) Apabila semua ini ternafi daripada ketuhanan, yang kecil atau yang besar di alam
jagat ini, maka tidak dapat tiada mesti diakui adanya suatu Zat yang mengatasi segala galanya. Dan tiada yang menanggung sifat-sifat
ketuhanan melainkan hanya Zat itu sahaja. Dan inilah makna Tiada Tuhan melainkan Allah. ini adalah ilmu yang amat besar dan
pengenalan yang sempuma. Manakala pembahasan ditambah, nescaya anda ketahui bahawa ini adalah permulaan ilmu, dan ini jugalah
kesudahannya. Apabila anda mempelajari salah satu ilmu yang membahas hakikat alam jagat ini, seperti ilmu tabii, ilmu kimia,
ilmu alam, ilmu bumi, ilmu hayat, ilmu haiwan dan ilmu kemanusiaan dan anda selami hakikatnya, nescaya bertambah iman anda
dan pembenaran anda bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan terbukalah bagi anda bahawa setiap langkah yang dilangkahkan di
dalam gelanggang mencari hakikat ilmu bahawa tiada makna bagi sesuatu di alam mi jika hakikat yang murni dan penting mi diingkari.
KESAN AQIDAH TAUHID BAG! KEHIDUPAN MANUSIA
Sekarang, marilah kami terangkan bagaimana pengakuan tauhid rnemberi kesan kepada kehidupan manusia, dan mengapa
kegagalan dan kerugian tertimpa ke atas orang yang tidak beriman dengan kalimah mi.
(1) Orang yang beriman dengan kalimah
mi tidak mungkin mempunyai pandangan yang sempit. Sesungguhnya, ia telah beriman kepada yang mencipta langit dan bumi, yang
memiliki belahan bumi sebelah barat dan sebelah timur. Ialah Tuhan sekalian alam. yang memberi rezeki kepada mereka dan yang
mengasuh rnereka. Baginya tiada suatu keganjilan pun di alam ini setelah ia beriman, kerana segala yang ada padanya adalah
milik dan rakyat bagi yang memilikinya. Tiada suatu apa pun di alam ini yang dapat berdiri di hadapan mukanya, menghalangi
perasaan kasihnya, pengorbanannya dan perkhidmatannya. Bahkan ia menjadi orang yang mempunyai pandangan luas, tidak ada seusuatu
yang menyempitkan miik Allah Taala. Yang demikian itu adalah suatu perkara yang tidak mungkin dicapai oleh seseorang yang
mengatakan Tuhan berbilang, atau orang yang mengitikadkan Allah mempunyai sifat-sifat manusia yang mempunyai kekurangan dan
yang terhad, atau orang yang tidak mengenal Allah sama sekali.
(2) Sesungguhnya percaya akan kalimah mi boleh membina
kemurnian dan kemuliaan jiwa di dalam diri manusia, yang tidak akan berlaku ke atas orang yang lainnya. Ia mengetahui Allah
itu esa. Allah adalah pemilik hakiki setiap kekuatan yang ada dalam alam ini. Tiada yang memberi mudrat dan tiada yang memberi
manfaat melainkan Dia.
Tiada yang menghidupkan dan tiada yang mematikan melainkan Dia. Tiada yang menjadi tuan kepada
hukum, kekuasaan dan pimpinan melainkan Ia sendiriNya. Maka ilmu yang yakin ini akan membuatnya terkaya daripada sesuatu selain
Allah. Akan hilanglah dan hatinya perasaan takut melainkan kepadaNya. Tiada ditundukkannya kepalanya di hadapan sesuatu mahkluk,
dan tiada dihinakannya dirinya di muka makhluk itu. Tiada ditadahkannya tangannya kepadanya. Ia tiada gentar akan kebesaran
dan keagungan makhluk itu.
Sifat-sifat seperti ini tidak mungkin dipunyai oleh manusia yang tiada mengimani kalimah
ini. Dan adalah perbuatan yang didorong oleh syirik, kufur dan penentangan Tuhan jika seseorang itu menundukkan kepalanya
kepada makhluk dan memandangnya sebagai orang yang berkuasa mendatangkan manfaat kepadanya dan menghindarkan mu drat daripadanya.
Ia gentar menghadapinya. Ia menggantungkah cita-cita kepadanya.
(3) Pada waktu yang sama, ertinya bersamaan dengan
kemurnian dan kemuliaan jiwanya, mengimani kalimah ini akan menimbulkan tawadhu dalam diri manusia. Orang yang mengatakan
tiada Tuhan melainkan Allah, tiada mungkin menjadi orang yang angkuh dan takabbur. Ia sentiasa murka kepada syaitan tipuan
dan akan dilawannya dengan kekuatan dan keupayaannya. Ia mengetahui dan menyakini bahawa Allahlah yang telah menghebah kepadanya
semua yang ada padanya. Dan Allah berkuasa menghilangkannya jika dikehendakiNya.
Adapun manusia yang mulhid yang tidak
beriman akan ujian Allah, adalah orang yang angkuh, takabbur dan mencongakkan hidung apabila ia menerima kurnia dengan segera,
kerana ia mengira bahawa nimat itu natijah daripada ke sungguhan dan dayaupayanya.
Demikian juga tingkahlaku seorang
musyrik tatkala menerima nimat duniawi. Ia menyangka bahawa tuhan tuhanyalah yang mengurniakan kepadanya nimat itu, yang tidak
diberikan kepada orang lain.
(4) Sesungguhnya orang yang mengimani kalimah ini, mengetahui dengan yakin bahawa tiada
baginya jalan menuju kejayaan dan kemenangan melainkan membersihkan diri dan beramal salih. Ia percaya kepada Tuhan yang kaya,
tempat bergantung, yang adil, yang tidak akan dapat dicapai melalui perantara, dan tiada seorangpun yang dapat menyer tai
atau mempengaruhiNya dalam ketuhananNya.
Adapun orang musyrik dan orang kafir, mereka menjalani masa hayatnya di dalam
angan-angan yang dusta. Sebahagian mereka berkata: Bahawa anak Allah telah menjadi penebus dosa kita pada sisi ayahnya.
Sebahagian
mereka berkata: Kami putera Allah dan kekasihNya. Ia tidak akan menyiksa kami atas dosa kami.
Sebahagian mereka berkata:
Kita akan ditolong pada sisi Allah oleh orang-orang besar dan orang-orang taqwa kita.
Sebahagian mereka mempersembahkan
nazar dan korban kepada tuhan-tuhannya dan menyangka bahawa ia telah mendapat keringanan untuk beramal mengikut sesuka hatinya.
Maka
itiaqad-itiqad yang salah serta sesat dan yang serupa ini sentiasa menceburkan manusia ke dalam dosa dan maksiat, sedangkan
mereka menghendaki dengan menuntutnya pembersihan diri dan perbaikan amal.
Adapun mereka yang mulhid yang mengitiqadkan
dari semula bahawa di atas mereka tidak ada pencipta yang meminta pertanggungjawapan atas perbuatan mereka dan yang memberi
balasan ke atasnya, jahat dibalas jahat dan baik dibalas baik, mereka sangka diri mereka di dunia ini merdeka tiada terikat
kepada undang-undang yang datang dan atas, dan bahawa nafsusyahwat itu adalah tuhan mereka dan mereka menjadi budaknya.
(5)
Mereka yang mengucapkan kalimah ini tidak akan mengalami putus asa dan patah hati dalam setiap suasana. Ia beriman kepada
Zat yang bagiNya perbendaharaan langit dan bumi, Zat yang tidak dapat dihitung nimat dan kurnia nya dan tiada dapat diukur
kekuatanNya.
Iman seperti ini mengurniakan ke dalam hatinya rasa tenang luar biasa, dan memenuhinya dengan rasa tenteram
dan penuh cita-cita. Jikalau ia dihina di dalam dunia dan diusir dan setiap pintunya, sempit baginya jalan kehidupan, terputus
daripadanya punca penghasilan, maka pandangan Allah tiada pernah lupa daripadanya dan tidak membiarkan nya terserah kepada
dirinya sahaja. Sentiasalah ia berusaha dengan sungguh-sungguh, terus menerus menyerahkan din kepada Allah dan memohon pertolongan
daripadaNya dalam setiap keadaannya.
Ketenangan hati dan ketenteraman ruhani, takkan dapat dicapai melainkan melalui
aqidah tauhid. Adapun orang kafir, musyrik dan mulhid, mereka mempunyai hati yang lemah.. Mereka berpegang kepada kekuatan
yang terhad. Putus asa akan segera menyerang mereka. Patah hati akan menyertai mereka dalam keadaan sukar. Kadang-kadang penderitaan
menyebabkan bunuh din.
(6) Mengimani kalimah ini dengan kekuatan yang besar mendidik manusia untuk mempunyai keazaman,
maju ke depan, sabar, tetap pendirian dan tawakkal dalam mengusaha kan perbuatan-perbuatan besar di dunia ini untuk memperoleh
keridhaan Allah. Ia mempunyai keyakinan yang sempurna bahawa di belakangnya berdiri kekuatan pemilik langit dan bumi, yang
menolong dan membimbing tangannya pada setiap perjalanan yang ditempohnya.
Ketetapan sikapnya, keteguhan dan kekerasannya
yang diperolehnya dan keyakinan ini, tidak kurang daripada ketetapan, keteguhan dan kekerasan gunung. Setiap musibah dunia
dan setiap kekuatan yang tidak biasa hampir-hampir tiada dapat menyimpangkannya daripada tekad keazamannya. Dan pastilah,
kesyirikan, kekufuran dan ilhad tidak akan mempunyai kekuatan dan ketetapan hati yang seperti ini.
(7) Kalimah ini
menggalakkan manusia dan memenuhi kalbunya dengan keberanian.
Adapun yang membuat manusia menjadi pengecut dan yang
merendahkan kezamannya, ada dua perkara: (i) kecintaannya kepada diri sendiri, kepada harta dan kepada keluarga; atau (ii)
itiqadnya bahawa ada orang selain Allah yang boleh mematikan manusia, dan berkuasa menolakkan kematian dan dirinya dengan
sesuatu cara.
Maka keimanan seseorang bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah akan menghilangkan dan hati manusia ke dua
macam sebab ini dan membersihkannya sebersih-bersihnya daripada segala daki.
Ia menghilangkan yang pertama dengan menjadikannya
yakin bahawa Allah adalah pemilik tunggal dininya dan hartanya. Ia bersedia berkorban pada jalan keridhaanNya dengan segala
kesukaran dan kemudahan yang ada padanya.
Ia menghilangkan yang ke dua dengan melontarkan ke dalam lubuk hatinya bahawa
tiada manusia dan haiwan yang sanggup menghilangkan hayatnya. Tidak juga bom dan tidak meriam. Tidak juga pedang, tidak batu
dan tidak pula kayu. Yang berkuasa berbuat demikian hanyalah Allah sendiriNya. Ia telah menetapkan waktu tertentu bagi kematiannya,
yang seluruh kekuatan dunia tidak berkuasa menyegerakannya. Oleh kerana itu tiada di dunia ini orang yang lebih berani dan
lebih gagah daripada orang yang beriman kepada Allah Taala yang esa. Ia tiada merasa takut kepada serbuan tentera, tidak kepada
pedang yang terhunus, dan tidak kepada hujan peluru dan bom. Apabila ia maju untuk berjihad pada jalan Allah ia akan maju
dengan kekuatan yang sepuluh kali lebih besar daripada kekuatannya sendiri. Apakah kekuatan sernacam ini ada pada orang musyrikin,
orang kafir dan orang rnulhid yang menganggap dininya paling mulia, dan yang mengitiqadkan kematian akan datang di depan musuh,
dan kematian akan lari bersama musuh yang berpaling?
(8) Mengimani Tiada Tuhan rnelainkan Allah, mengangkat darjat
manusia dan rnenanamkan ke dalam dirinya perasaan mulia, memadakan, dan perasaan terkaya. Ia membersihkan hatinya daripada
kekotoran tamak-haluba, kecenderungan ke arah kejahatan, hasad dengki, kekejian, caci maki, dan sifat-sifat jahat serta berbagai
perasaan rendah yang lain. Tiada pernah terdetik dalam hatinya kecenderungan untuk sampai kepada kejayaan dengan melalui jalan-jalan
yang kotor yang tidak dikehendaki. Ia beritiqad bahawa tiada rezki rnelainkan di tangan Allah sendiri, dikurniakan Nya dan
dikadarkanNya ke atas orang yang dikehendakiNya. Tiada kemuliaan, kekuatan, kemasyhuran, kekuasaan, pengaruh dan kemenangan
melainkan di tangan Allah sendiri. DaripadaNya diberikanNya apa-apa yang dikehendakiNya kepada orang yang dikehendakiNya mengikut
kehendak kebijaksanaanNya. Bagi manusia hanyalah melakukan usaha yang dibenarkan mengikut kadar kelapangannya. Kejayaan dan
kegagalan ada pada perkenan Allah sendiri. Tiada yang dapat memberikan apa yang ditahanNya. Dan tiada yang dapat rnenghalangi
apa yang diberikanNya. Adapun orang kafir, musyrik dan rnulhid, mereka percaya bahawa kejayaan dan kegagalan terletak pada
ada atau tidaknya kekuatan duniawi yang membantunya. Mereka itu adalah hamba tamak dan keinginan. Kejayaan yang mereka capai
tidak terlepas dan rasywah, kekejian dan mufakat jahat, dan jalan-jalan jahat yang lain. Mereka mernaki orang lain kerana
dengki atas kejayaan orang itu. Dengan segala tipu helah mereka berusaha rnenjatuhkan orang yang mereka dengki atau lawan-lawan
mereka. Mereka menyampaikan maksudnya dengan berbagai cara yang keji.
(9) Yang paling penting dan yang paling patut
diingat dalarn perkara ini ialah bahawa mengimani Tiada Tuhan melainkan Allah menjadikan manusia terikat kepada undang-undang
Allah dan memeliharakan undang-undang itu. Seorang Mumin kerana itiqadnya bahawa kalimah ini sesungguhnya meyakini bahawa
Allah mengetahui segala galanya, dan Ia lebih dekat kepadanya danipada urat lehernya sendini. Dan bahawa apabila dilakukan
suatu perbuatan di dalam kegelapan malam atau ketika bersendirian, Allah akan mengetahuinya. Dan bahawa apabila terdetik dalam
hatinya sesuatu yang tidak baik maka sesungguhnya ilmu Allah melingkupi detik hati mi. Dan bahawa, andaikata mungkin baginya
menyembunyikan perbuatannya danipada semua orang di dunia ini ia tidak akan sanggup menyembunyikannya daripada Allah Azza-wa-Jalla.
Dan bahawa, jika pun ia sanggup melepaskan din daripada ganjaran mana-mana pihak, ia tidak akan sanggup mengelakkan din daripada
ganjaran Allah Azza-wa-Jalla. Maka apabila iman itu telah tetap dalam din manusia, ia akan mengikut hukum Allah, berdiri pada
sempadannya. Ia tidak akan melakukan apa yang diharamkan Allah. Ia akan bersegera berbuat kebaikan dan mengamalkan apa-apa
yang diperintahkan Allah, walaupun di dalam malam yang gelap atau dalam keadaan bersendiri dan terasing. Bersertanya ada polis
yang tidak akan meninggalkannya pada setiap masa. Sentiasa terbayang di ruang matanya mahkamah agung yang manusia tidak dapat
membebaskan din daripada lingkungan perkiraannya. Oleh kerana itu, iman akan Tiada Tuhan melainkan Allah, telah menciptakan
suatu syarat yang maha penting pula untuk menjadikan manusia itu seorang Muslim. Seorang Muslim, yang maknanya telah kami
terangkan pada fasal pertama nisalah mi, ialah hamba yang taat yang terikat kepada Allah Taala. Dan tiada mungkin seorang
manusia itu menjadi hamba yang taat yang terikat kepada Allah Taala melainkan apabila ia beriman dan hatinya bariman tiada
Tuhan melainkan Allah.
Iman bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah adalah rukun yang penting yang bersifat asasi dalam
pengajaran Nabi s.a.w. Ia adalah pusat dan asal Islam. Ia adalah sumber kekuatannya. Itiqad-itiqad Islam yang lain, hukum
dan undang-undangnya, berdiri di atas asas ini. ia tiada memperoleh kekuatannya melainkan dari asas ini. Kekuatan Islam tiada
akan tinggal sedikitpun apabila asas ini tanggal dari tempatnya.
IMAN AKAN MALAIKAT ALLAH
Perkara kedua yang disuruh Nabi s.a.w. untuk kita imani setelah Allah Azza-wa-Jalla, ialah adanya Malaikat. Faedah
rukun iman ini yang paling besar ialah supaya anda bersihkan aqidah tauhid anda daripada syirik dan daki dakinya, daripada
getaran -getarannya semuanya.
Andapun telah mengetahui sebelum ini bahawa orang musyrikin menyengutukan dengan Allah
dua macam makhluk:
Yang pertama ialah makhluk yang mempunyai wujud jasmani yang dapat dicapai oleh penglihatan seperti
matahari, bulan, bintang, api, air, tokoh-tokoh manusia yang besar, dan seterusnya.
Yang kedua, ialah makhluk yang
baginya tiada wujud jasmani, makhluk yang tersembunyi dan pandangan, yang mentadbirkan penjalanan alam dan sebalik layar,
yang sebahagiannya meniup udara dan angin, sebahagiannya mengendalikan awan dan menurunkan hujan, sebahagiannya memancarkan
cahaya, demikian seterusnya.
Makhluk golongan pertama, iaitu yang terpampang di depan mata manusia, ternafilah ketuhanannya
dengan semata mata lafaz Tiada Tuhan melainkan Allah. Adapun makhluk dan golongan kedua yang tersembunyi dan pandangan, yang
tidak dapat dicapai oleh pancaindera, itulah yang menghanyutkan orang musyrikin pada amnya. Mereka memandangnya sebagai Tuhan
dan menjadi tumpuan pengabdian din mereka. Atau mereka menganggapnya zuriat Allah Ta,ala. Makhluk seperti ini mereka gambarkan
dengan gambaran khayali. Mereka sujud kepadanya. Mereka merapatkan din kepadanya dengan nazar-nazar.
Untuk ini, Islam
telah menenangkan aqidah yang lain yang berdiri sendini, agar dibersihkannya aqidah manusia dengan tauhid daripada cawangan
syirik yang ke dua ini.
Sesungguhnya Rasul s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa makhluk nurani itu, yang oleh
sebahagian manusia dianggap sebagai Tuhan mereka, atau mereka memandangnya sebagai zuriat Allah Taala, pada hakikatnya tidak
lah mempunyai sifat ketuhanan. Mereka taat akan Allah Taala dan tiada mendurhakaiNya. Dengan mereka ini Allah mentadbirkan
kerajaanNya. Mereka menjalankan perintahNya dengan sungguh-sungguh. Mereka tiada mempunyai kuasa dan diri mereka sedikitpun.
Mereka pun tiada mampu dengan kekuatan mereka untuk memajukan sesuatu cadangan kepada Allah. Dan merekapun tiada sanggup menolong
seseorang.
Adalah suatu kehinaan dan keaiban bagi manusia mengabdikan diri dan minta tolong kepadanya. Sesungguhnya
Allah telah pun mensujudkan mereka di hadapan Adam a.s. pada hari penciptaannya. Dan Allah telah memberikan ilmu kepada Adam
yang tiada diberikanNya kepada Malaikat. Allan telah menjadikan Adam, khalifahNya di bumi yang tiada diberikanNya kepada makhluk
lain. Maka, keaiban manakah pada manusia yang lebih besar daripada kesujudan mereka kepada Malaikat yang telah pun sujud kepada
manusia di zaman dahulu?
Pada satu pihak, Nabi s.a.w. telah menegah kita menyembah Malaikat dan menyengutukan mereka
dengan Allah dalam ketuhananNya. Dan pihak lain pula, ia menerangkan kepada kita bahawasanya para Malaikat itu adalah hamba
Allah yang mulia. Mereka suci daripada kesalahan dan dosa. Kepada mereka telah difitrahkan supaya tidak mendurhakai Allah,
dan supaya mereka mengerjakan setiap yang disuruhkan kepada mereka dan pihak atas. Mereka diciptakan untuk mengabdi. Dan Allah
Taala telah memberi kelebihan kepada seorang Malaikat yang mulia di antara mereka ialah Jibril a.s. yang membawa wahyu kepada
Rasul-rasul dan Nabi nabiNya. Ialah yang menurunkan Al-Quran kepada Nabi kita Muhammad s.a.w.
Sebahagian Malaikat itu
mendampingi manusia dalam setiap waktu dan ketika. Mereka menyaksikan apa yang dibuat oleh manusia, gerak-geri yang baik dan
yang tidak baik. Mereka mendengar dan mendaftarkan perkataan manusia, yang baik dan yang tak baik. Pada mereka ada daftar
yang memuat amal dan perkataan setiap orang. Daftar itu akan mereka tunjukkan kepada manusia itu pada waktu ia berdiri di
hadapan Allah Taala dalam mahkamahNya. Kepadanya akan mereka tunjukkan apa-apa yang telah dilaku kannya dalam hidupnya di
dunia, pekerjaan jahat atau baik, dengan sembunyi atau terang-terangan.
Adapun hakikat Malaikat dan bagaimana mereka
dijadikan, kita tiada mendapat berita mengenainya. Hanyasanya kita disuruh mengimani ujudnya. Dan tiada jalan untuk mengetahui
bagaimana kejadiannya. Termasuk kejahilan apa bila kita berkhayal tentang bagaimana kejadian Malaikat itu. Dan termasuk kekafiran
jika kita mengingkari ujud mereka. Sesungguhnya tiada alasan bagi seseorang untuk mengingkaninya. Dan tiada makna mengingkari
ujud Malaikat itu melainkan mendustakan Nabi s.a.w. yang benar dan yang dibenarkan, yang menyuruh kita mengimaninya.
IMAN AKAN KITAB-KITAB ALLAH
Perkara ketiga yang disuruh kita mempercayainya melalui Nabi s.a.w. ialah Kitab-Kitab Allah yang telah diturun
kanNya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-RasulNya.
Sebagaimana Allah taala telah menurunkan A1-Quran kepada Nabi kita Muhammad
s.a.w., maka Ia pun telah menurunkan Kitab-KitabNya di zaman dahulu kepada para Nabi yang telah mendahului Muhammad. Allah
telah memberitahu kita nama-nama sebahagian Kitab-Kitab ini; seperti Lembaran-lembaran Ibrahim a.s.. Taurat yang di turunkan
kepada Musa a.s., Zabur yang diturunkan kepada Daud a.s., dan Injil yang telah didatangkan kepada Isa a.s.
Adapun Kitab-Kitab
lainnya yang diturunkan kepada semua Nabi, kita tiada mendapat khabar mengenai nama namanya. Dan kita tidak mengetahui dengan
pasti apakah suatu kitab agama yang lain daripada yang tersebut itu datang daripada Allah atau tidak. Walau bagaimanapun kita
hendaklah percaya bahawa semua Kitab yang datang dan sisi Allah taala adalah benar.
Sesungguhnya Kitab-Kitab yang namanya
diberitahu kepada kita itu, Lembaran Ibrahim alaihissalam sekarang ini tidak ujud lagi di dunia. Adapun Taurat, Zabur dan
Injil, meskipun dewasa ini masih ada pada orang Yahudi dan Nasrani, mereka telah banyak mengubahnya. Mereka tukarkan ayat-ayatnya
dan tempat-tempatnya. Sebahagian ayat mereka hilangkan. Mereka masukkan ke dalamnya beberapa banyak pandangan yang berasal
dan diri mereka sendiri. Orang Yahudi dan Nasrani sendiri dewasa ini mengakui bahawa Kitab-Kitab asli yang diturunkan kepada
Musa, Daud dan Isa a.s. tidak ada lagi di sisi mereka. Yang ada pada tangan mereka ialah terjemahan-terjemahannya, yang sentiasa
mengalami perubahan, pertukaran, bertambah dan berkurang. Demikian juga, jika kita membaca Kitab-kitab ini kita jumpai padanya
banyak perkara yang tidak mungkin datang dan Allah. Teranglah bahawa kitab-kitab yang ada sekarang di dunia ini bukanlah Kitab-Kitab
yang telah di turunkan Allah kepada Musa, Daud dan Isa a.s. itu. Padanya telah bercampurbaur kalam Allah dengan kalam manusia.
Di tangan manusia sekarang ini tidak ada sesuatu cara untuk membedakan kalam Allah dengan perkataan manusia itu. Oleh kerana
itu kita tiada disuruh beriman akan Kitab-Kitab yang terdahulu itu melainkan sekadar percaya bahwasanya Allah telah mengutus
Rasul-RasulNya membawa hukumNya kepada setiap ummat yang terdahulu sebelum Al-Quran. Dan bahawa tiadalah hukum ini melainkan
datang daripada Allah yang telah menurunkan Al-Quran kepada Muhammad s.a.w.
Dan bahawa Al-Quran itu datang untuk menghidupkan
petunjuk yang telah menjangkau manusia pada zaman yang lampau, kemudian mereka menyingkirkannya atau mereka tukar atau mereka
campurbaur dengan perkataan manusia.
Adapun Al-Quran adalah Kitab yang akhir yang turun dan sisi Allah Taala.
Adapun
perbezaan antara Al-Quran dengan Kitab Kitab yang lampau itu ada beberapa perkara:
(1) Kitab-Kitab yang datang sebelum
A1-Quran telah lesap naskhah aslinya. Yang tinggal ditangan manusia hanyalah terjemahannya, seperti telah anda ketahui sebelum
ini. Adapun Al-Quran, ia sentiasa terpelihara dalam ayat-ayat dan huruf-hurufnya yang asal sebagaimana diturunkan dan sisi
Allah Taala, tiada sedikitpun perubahan pada huruf atau harakatnya.
(2) Dalam Kitab-Kitab ini manusia telah mencampur
baurkan perkataannya sendiri dengan kalam Allah. Dalam kitab yang satu dijumpai perkataan manusia, sejarah kebangsaan, riwayat
hidup orang-orang besar dan Nabi-Nabi, tafsir, masalah-masalah syara mengikut pendapat para ahli hukum, sehingga tak mungkin
lagi diketahui yang mana di antaranya kalam Allah dan mana yang bukan.
Adapun Al-Quran, kita jumpai padanya kalam Allah
murni dan bersih, tiada bercampur dengan sesuatu per kataan lain. Apa-apa yang ditulis oleh orang Islam berkenaan dengan tafsir,
hadith, fiqh, riwayat hidup RasuluLlah s.a.w., riwayat hidup para sahabat, atau sejarah Islam, mereka tidak campurkan denian
Al-Quran. Semua itu dituliskan dan dipelihara dalam Kitab-kitab yang lain daripada Al-Quran.
(3) Semua kitab selain
A1-Quran yang sekarang ini dijumpai pada berbagai bangsa di muka bumi ini, tidak satu pun yang dapat dipertanggungjawabkan
dan segi sejarah. Memang ada yang turun kepada Nabi yang berkenaan, tetapi banyak pula kitab agama yang tidak dikenal asal-usulnya,
kepada siapa ia turun, dan pada masa mana ia datang.
Adapun A1-Quran, sesungguhnya telah dipastikan oleh saksi-saksi
sejarah yang kuat dan tetap, bahawa ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., yang tiada dapat disangsikan oleh sesiapapun.
Bahkan lebih daripada itu, ketiadaan kesangsian itu berlaku pada setiap ayatnya, bila dan di mana ia diterima oleh Muhammad
s.a.w.
(4) Mengenai bahasa yang digunakan oleh Kitab-Kitab yang terdahulu itu, sesungguhnya telah dimakan-minum oleh
masa, dan jadilah ia kisah sejak masa yang lama. Dewasa ini tiada orang yang berucap dengan bahasa itu lagi di mana mana pe1usuk
muka bumi ini, dan hanya sedikit orang yang mengerti bahasa itu. Andaikata Kitab-Kitab yang seperti ini masih ada lagi dengan
rupanya yang asal pada masa kini, mustahillah manusia memahaminya dan mengikuti hukum hukumnya.
Adapun bahasa yang
digunakan oleh AI-Quranu l Karim ialah bahasa yang hidup, yang diucapkan oleh berpuluh-puluh juta manusia dan difahami oleh
beratus-ratus juta lagi pada masa ini. Ta dikaji dan dipelajari di seluruh pelusuk dunia. Dan adalah mudah bagi setiap orang
yang mahu belajar untuk mempelajarinya. Dan adalah mungkin bagi mereka yang tidak mempunyai waktu belajar menjumpai orang
yang boleh memahami makna-makna A1-Quran dan hukum-hukumnya.
(5) Seluruh kitab agama yang sekarang ini ada pada herbagai
ummat di muka bumi ini isinya ditujukan kepada sesuatu ummat yang khas, tidak kepada semua ummat.
Demikianlah, jika
seseorang memperhatikan hukum hukum yang terkandung dalam Kitab-Kitab itu, nescaya diketahuinya tanpa ragu-ragu bahawa kebanyakannya
di untukkan bagi sesuatu masa yang khas. Ia didatangkan sesuai dengan keadaan, sesuai dengan tuntutan dan keperluan pada masa
itu, sedangkan manusia masa kini tidak berhajat kepadanya dan tiada mungkin mengamalkannya.
Yang nyata ialah, bahawa
Kitab-Kitab ini adalah khusus untuk sesuatu masa, tidak untuk semua zaman; khusus untuk sesuatu ummat, tidak untuk semua bangsa.
Dan tiada satu Kitab pun di antaranya ditujukan untuk seluruh manusia.
Demikianlah, ummat-ummat yang kepadanya diturunkan
Kitab-Kitab ini bukanlah ummat yang kekal, melainkan terhad pada sesuatu masa.
Tetapi, apabila anda perhatikan A1-Quran,
nescaya anda ketahui bahawa ucapan-ucapan di dalamnya ditujukan kepada jenis manusia di setiap tempat. Tiada akan terdetak
dihati seseorang yang membaca ayat-ayat A1-Quran, bahawa ianya diturunkan khas bagi sesuatu ummat, tidak untuk seluruh ummat.
Yang demikian itu, adalah mungkin untuk mengamalkan tiap-tiap hukum yang terlukis di dalam Al Quran pada setiap tempat dan
pada setiap zaman. Dan adalah disaksikan oleh saksi yang berkata bahawa Al-Quran itu diturunkan untuk seluruh alam dan untuk
sepanjang zaman.
(6) Kitab-Kitab yang terdahulu itu meskipun masing masing mengandung perkara-perkara kebenaran dan
kebaikan, mengajar manusia akan asas-asas akhlaq dan kebaikan, dan menunjuki manusia melalui jalan yang lurus dalam menjalani
hidupnya sesuai dengan keridhaan Allah, tetapi tiada satu Kitabpun yang melingkupi seluruh kebaikan dan kelebihan sehingga
tiada yang tertinggal walau sedikit.
Dan yang membezakan Al-Quran daripada seluruh Kitab-Kitab itu ialah bahawa A1-Quran
telah mengumpulkan dalam kandungannya semua yang termuat dalam Kitab Kitab yang terdahulu yang terdiri dan sifat-sifat kelebihan.
Al-Quran telah menerangkan segala kebaikan dan kebajikan yang tidak diterangkan dalam Kitab-Kitab yang terdahulu itu.
(7)
Oleh kerana manusia telah memalingkan kitab kitab agama yang terdahulu itu, maka masuklah ke dalamnya banyak perkara yang
tidak sesuai dengan akal dan hakikat, menegakkan kezaliman dan kekacauan, membinasakan akidah dan ilmu manusia. Bahkan sebahagian
kitab-kitab ini mengajarkan perkara-perkara yang keji dan mungkar serta keburukan-keburukan akhlaq.
Tetapi Al-Quran
bersih sebersih-bersihnya daripada perkara semacam itu. Tiada padanya sesuatu yang menyalahi akal atau mungkin disalahkan
dengan dalil-dalil atau percubaan. Tiada kezaliman atau perseteruan dalam perkara perkara yang diterangkannya atau di dalam
hukum-hukumnya. Tiada padanya sesuatu yang menyesatkan manusia. Padanya tiada benda-benda kejahatan dan mungkar dan tiada
kesan-kesannya, serta tiada sedikitpun kaitan dengan sifat sifat jahat. Dan awal hingga akhir penuh dengan hikmah yang tinggi,
nasihat yang baik, pengajaran kepada manusia agar berbuat keadilan, menunjuki mereka melalui jalan yang lurus, menunjuki mereka
kepada hukum dan undang-undang yang baik. Ini adaiah perkara-perkara mulia, yang untuknya semua penduduk bumi ini disuruh
beriman kepada Al-Quran, mengikuti hanya Kitab itu bukan Kitab-Kitab lainnya. Sejauh-jauh pengajaran dan petunjuk yang ada
atau yang mungkin manusia berhajat kepadanya dalam menjalani hidupnya mengikut cara yang diridhai Allah telah diterang kan
oleh Al-Quran tanpa kurang dan lebih. Maka manusia tiadalah berhajat lagi kepada suatu kitab yang lain sesudah kedatangan
Al-Quran.
Apabila anda telah megenal perbezaan antara Al Quran dan Kitab-Kitab lainnya, maka mudahlah anda mengerti
apa yang selayaknya menjadi perbezaan di antara iman akan A1-Quran dan iman akan Kitab-Kitab yang lain.
Maka tiadalah
iman akan Kitab-Kitab yang terdahulu itu melainkan setakat pembenaran sahaja. Ertinya, kita percaya bahawa Kitab-Kitab ini
berasal daripāda Allah, merupakan Kitab yang benar, dan tiadalah Kitab-Kitab itu datang melainkan mempunyai tujuan yang sama
dengan apa yang hendak disempurnakan oleh Al-Quran.
Al-Quran itu adalah kalam Allah yang murni. Ia adalah benar. Setiap
lafaz yang ada di dalamnya terpelihara. Setiap kata di dalamnya adalah benar. Mengikut perintah-perintah nya adalah wajib.
Dan setiap yang menyalahi dan menentang hukum-hukumnya patutlah ditolak.
IMAN AKAN RASUL-RASUL ALLAH
Selepas mengimani Kitab-Kitab Allah, kita disuruh untuk mengimani Rasul-Rasulnya.
Dalam fasal yang lepas
telah pun kami terangkan kepada anda bahawa seluruh ummat di muka bumi ini telah didatangi oleh Rasul-Rasul Allah yang menyeru
manusia kepada Islam, yang pada penutupnya mereka telah diseru oleh Muhammad s.a.w. Seolah-olah, tiadalah semua Rasul Allah
dan Nabi NabiNya itu melainkan daripada silsilah yang satu itu juga. Maka barang siapa yang mendustakan seorang di antara
mereka ia telah mendustakan seluruhnya. Dan barang siapa yang membenarkan salah seorang di antaranya, adalah menjadi kehormatan
kepadanya membenarkan seluruh mereka itu.
Jika di sisi anda ada sepuluh orang lelaki yang menyatakan suatu perkara
yang sama, apabila anda membenarkan salah seorang di antara mereka, sesungguhnya anda telah membenarkan seluruh mereka ini.
Dan apabila anda mendustakan salah seorang di antaranya, sesungguhnya anda telah mendustakan seluruhnya; kerana mereka semuanya
mengatakan apa yang dikatakan oleh yang seorang itu.
Sesiapa yang membezakan di antara Rasul-Rasul Allah, mempercayai
sebahagian para Rasul tetapi tidak mempercayai yang lainnya, maka ia adalah kafir sungguh-sungguh.
Rasul kita s.a.w.
telah menerangkan kepada kita bahawa bilangan Nabi yang diutus kepada berbagai ummat adalah sebanyak 124,000 orang. Kalau
anda memikirkan umur dunia ini, serta ummat-ummat dan bangsa-bangsa yang mendiaminya, anda akan melihat bahawa bilangan Rasul
Allah sebanyak itu bukanlah banyak. Adapun Rasul-Rasul yang telah dikisahkan Al-Quran kepada kita, wajiblah kita mempercayai
mereka secara tegas. Adapun mereka yang tidak dikisahkan kepada kita, kita disuruh mengimani mereka, kerana semua orang yang
diutus oleh Allah Taala kepada hambaNya untuk mengajarnya dan menyerunya mengikuti jalan pertengahan, semua rnereka itu adalah
orang-orang benar belaka. Kita hendaklah beriman akan Rasul-Rasul Allah yang datang ke Negeri India dan Cina, Iran dan Mesir,
Afrika dan Eropah, dan semua pelusuk serta ceruk rantau muka bumi ini. Tetapi kita tidak sanggup mengatakan apakah seseorang
tokoh itu Rasul Allah atau bukan, kerana kita tidak diberitahu mengenai itu. Lagipula kita tidak dibenarkan dalam keadaan
bagaimanapun juga mencaci atau menyebut dengan nada buruk seorang tokoh yang diikut dan berbagai agama yang berlainan di muka
bumi in Kita tidak menge tahui apakah mereka itu termasuk di antara Rasul Allah yang sungguh, kemudian dibelakangnya manusia
mengubah agamanya, sebagaimana pengikut-pengikut Nabi Musa dan Isa a.s. telah mengubah agama benar kedua Nabi ini sepeninggalnya.
Andaikata kita mempunyai pendapat yang kita lahirkan mengenai agama-agama mereka dan rupa agama agama itu dalam keadaan sekarang,
maka hendaklah kita berdiam diri tentang tokoh-tokoh yang mengasaskan agama agama ini, supaya tidak terbit dari diri kita
sesuatu yang menyalahi adab kesopanan berkenaan dengan keadaan seseorang Rasul Allah.
Dan tiadalah perbedaan di antara
Nabi Muhammad s.a.w. dengan Nabi-Nabi lain. Semua mereka benar diutus dan sisi Allah, memberi petunjuk kepada jalanNya yang
lurus. Disuruhnya kita agar beriman kepada setiap orang di antara Rasul-Rasul ini.
Jikapun ada perbezaan di antara
Nabi Muhammad s.a.w. dengan Nabi-Nabi yang lain mengikut perbandingan ini maka ia adalah dalam tiga perkara:
(1) Nabi-Nabi
yang lain itu diutus kepada sesuatu ummat yang khas dan untuk masa yang terhad. Adapun Muhammad s.a.w. diutus kepada seluruh
alam, sehingga kepada Hari Kiamat, sebagaimana anda ketahui pada fasal yang lepas.
(2) Pengajaran Rasul-Rasul yang
terdahulu itu telah ter pesong seluruhnya atau tiada lagi terpelihara dalam bentuk nya yang asal walaupun ianya masih ada
di dunia.
Juga, tiada diketahui riwayat-hidup dan hal-ehwal mereka. Maka terbenamlah hakikat keadaan mereka di dalam
riwayat-riwayat dan kisah-kisah yang diciptakan oleh manusia mengenai kehidupan para Rasul itu. Tiadalah mungkin seseorang
dapat mengikuti riwayat-hidupnya meski ia mahu dan berusaha berbuat begitu.
Adapun Muhammad s.a.w., pengajarannya riwayat
hidupnya, perkataannya, perbuatannya, akhlaqnya, kebiasaannya, dan kelebihan-kelebihann semuanya dituliskan dalam buku-buku
yang boleh dicapai oleh tangan manusia. Nyata bahawa yang hidup tunggal di antara semua Rasul Allah dan Nabi-NabiNya adalah
Muhammad s.a.w. Ialah satu-satunya tokoh Nabi yang mungkin diikut oleh manusia dan mendapat petunjuk daripada petunjuk-petunjuknya.
(3)
Sesungguhnya pengajaran Islam yang didatangkan oleh para Nabi yang terdahulu belum merupakan pengajaran yang sempurna. Dan
tiada yang diajarkan oleh seseorang Nabi di antara para Nabi itu melainkan lebih baik daripada pengajaran Nabi-Nabi yang terdahulu,
lebih baik daripada hukum hukum mereka, undang-undang dan cara-cara petunjuk mereka. Ada yang dibuang daripadanya dan ada
yang di tambahkan kepadanya.
Demikianlah karyawan ketinggian, kesempurnaan dan perbaikan itu membaktikan amalnya sebelum
Muhammad s.a.w. Kerana itulah Allah Taala tidak lagi memeliharakan pengajaran Rasul-Rasul itu selepas zaman mereka berlalu.
Manusia tidak berhajat lagi kepada pengajaran lama yang kurang sempurna setelah datang kepada mereka pengajaran baru yang
sempurna.
Akhirnya, didatangkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. pengajaran Islam yang sempurna, yang unggul semua pihaknya.
Demikianlah, syariah segala Nabi menjadi mansukh dengan kedatangan risalah Muhammad s.a.w., kerana menuruti sesuatu yang mempunyai
kekurangan pada waktu benda yang sempurna telah ujud adalah menyalahi tuntutan akal.
Barangsiapa yang mengikut Muhammad
s.a.w. sesungguhnya ia telah mengikut para Nabi seluruhnya. Yang demikian itu, bahawa seluruh ajaran kebaikan yang terkandung
di dalam pengajaran para Nabi yang terdahulu pada saat mi dijumpai dalam ajaran Muhammad s.a.w. Dan barangsiapa yang menentangnya
dan mengikuti Nabi lainnya, maka ia telah mengharamkan banyak kebaikan yang ditambahkan pada masa sesudahnya, yang tidak ada
dalam sesuatu pengajaran masa lampau.
Oleh kerana itu bagi seluruh manusia tak dapat tiada mestilah beriman kepada
Muhammad s.a.w. dan mengikuti ajarannya.
Bagi seorang muslim hendaklah beriman kepada Muham mad s.a.w. itu mengenai
tiga perkara:
(1) Bahawa Muhammad itu adalah Rasul yang benar dan sisi Allah Taala.
(2) Bahawa petunjuk yang
dibawanya adalah sempurna, tiada kekurangan atau kesalahan.
(3) Bahawa beliau adalah Nabi yang akhir yang datang kepada
manusia dan sisi Allah Taala kepada seluruh ummat, hingga kepada Han Kiamat. Di belakangnya tiada seorangpun lagi lelaki yang
datang, yang mempercayainya termasuk syarat Islam, dan orang yang tiada beriman kepadanya ter masuk golongan kafir.
PERCAYA AKAN HARI AKHIR
Perkara kelima yang disuruh kita mempercayainya ialah Han Akhir. Apa yang wajib kita percayai berkenaan dengan.
Hari
itu ialah:
(1) Allah akan meleburkan alam dan segala makhluk yang ada di dalamnya pada suatu hari yang dikenal sebagai
Han Kiamat.
(2) Kemudian, Allah subhanahu wa taala menghidupkan mereka semula, dan mengumpulkan mereka di hadapanNya.
Ini adalah perhimpunan dan kebangkitan.
(3) Kemudian, Allah menghadapkan mereka di hadapan mahkamahNya untuk di nilai
semua pekerjaan mereka, yang baik atau yang jahat, selama mereka hidup didunia, tidak kurang dan tidak lebih.
(4) Mereka
yang diampuniNya dimasukkan ke dalam Jannah dan mereka yang dihukum dimasukkan ke dalam api.
KEPERLUAN MEMPERCAYAI HARI AKHIR
Ini adalah akidah mengenai akhirat, dikemukakan oleh Muhammad s.a.w. sebagaimana telah dikemukakan oleh semua
Nabi dan Rasul kepada manusia. Mempercayainya, menjadi salah satu syarat daripada syarat-syarat Islam di sepanjang masa. Seluruh
Nabi telah mengkafirkan mereka yang tidak atau ragu-ragu mempercayainya. Maka, tiadalah erti beriman akan Allah, Kitab-Kitab
dan Rasul-RasulNya, tanpa mempercayai aqidah ini. Ini adalah perkara yang nyata, tiada sukar memahaminya.
Apabila anda
dituntut melakukan sesuatu, pertanyaan pertama yang timbul dalam benak anda: Apakah faedah yang anda peroleh jika anda lakukan,
dan bencana apakah menimpa anda jika anda tinggalkan? Mengapakah timbul soal ini dalam otak anda? Ini disebabkan bahawa manusia
dan semulajadinya merasa bahawa tiada gunanya membuat sesuatu pekerjaan yang tiâda memberi apa-apa kepadanya. Kerana itu,
anda tiada akan bergiat melakukan sesuatu per kara yang tiada harapan akan mendatangkan faedah bagi diri anda. Dan andapun
tiada akan meninggalkan sesuatu pekerjaan yang anda yakin bahawa ianya tidak akan mendatangkan mudrat kepada anda.
Yang
menimbulkan persoalan ialah keraguan dan kesangsian.
Bahawa setiap perkara yang anda sangsi akan mendatangkan faedah
tiada mungkin anda gemar dan giat melakukannya. Demikian juga sesuatu yang anda ragukan mudratnya. Demikian juga sesuatu yang
anda ragukan mudratnya, tiada mungkin anda berusaha munghindari dan menjauhinya. Perhatikanlah anak kerdil; mengapa mereka
masukkan tangan mereka ke dalam api? Ini disebabkan kerana mereka tiada mengetahui dengan ilmu yang yakin bahawa api itu adalah
suatu benda yang membakar. Dan mengapa mereka lari dan belajar dan menuntut ilmu? Ini disebabkan kerana faedah faedah ilmu
yang diusahakan oleh orang-orang dewasa untuk dimasukkan ia dalam otak mereka tidak dapat ditenima oleh diri mereka dan tiada
memenuhi hati mereka.
Demikian jugalah seseorang yang tiada mengimani akhirat. Ia melihat iman akan Allah dan mengikuti
perintah Nya di dunia ini sebagai suatu perkara yang tiada mendatang kan faedah. Dalam pandangannya, tiada berguna taat kepada
Allah dan tiada mudrat mendurhakaiNya. Bagaimanalah dapat diharapkan ia akan mendorong dan memaksa dirinya mentaati perintah
Allah yang diturunkanNya kepada Rasul Rasu!Nya, dan di dalam Kitab-KitabNya? Walaupun ia beriman akan Allah, keimanannya itu
tiada bererti, kerana ia tidak mentaati Allah dan tiada menjalani hidupnya sesuai dengan keridhaan Allah Taala.
Perkara
ini tidak akan terhenti sampai di sini. Keingkaran manusia atau pengakuannya akan kehidupan akhirat akan memberi kesan yang
mendalam pada kehidupannya. Sebagaimana telah kami terangkan terdahulu, telah menjadi fitrah ke atas manusia yang manusia
itu tidak akan mengerjakan sesuatu pekerjaan atau meninggalkannya melainkan sesuai dengan faedah yang datang atau mudrat yang
akan menimpa dirinya. Bagaimanakah seseorang yang mempunyai batas pemandangan yang tidak melampaui faedah atau mudrat yang
langsung, akan berbuat amal salih yang tidak diharapkan akan mendatangkan faedah baginya di dunia ini, atau menjauhi perbuatan
jahat yang tidak dikhawatiri akan mendatangkan mudrat di dunia ini?
Adapun orang yang mempunyai pandangan yang terus
kepada natijah amal dan tidak terhenti kepada yang zahir sahaja, ia tidak melihat manfaat dan mudrat yang segera ini melainkan
sebagai sesuatu yang nisbi. Dipilihnya yang hak daripada yang bathi, dipilihnya kebaikan danipada kejahatan, adalah memandang
kepada faedah akhirat dan mudratnya yang abadi, meskipun kebaikan itu akan mendatangkan bencana berat dan kejahatan akan mendatangkan
manfaat yang besar kepadanya di dunia ini.
Perhatikanlah perbedaan besar dan kelainan yang nyata di antara kedua macam
manusia ini Mengikut pandangan manusia yang pertama, kebaikan itu ialah apa yang menda tangkan manfaat di kehidupan dunia
yang fana ini seperti memperoleh kekayaan, atau tanah, atau kemuliaan dan kedudukan yang baik di tengah-tengah manusia, atau
kelazatan, atau kegembiraan atau sesuatu yang dapat memuaskan nafsu-syahwatnya. Kejahatan pada sisinya, ialah sesuatu yang
dibenci dalam kehidupan dunia ini seperti kekurangan harta, kekurangan diri, kekurangan buah-buahan, atau kehilangan kesihatan,
atau kedudukan yang tidak baik di kalangan manusia, atau hukuman pemerintah, atau sesuatu yang menyebabkan dukacita atau kesedihan.
Sedangkan
kebaikan mengikut pandangan manusia yang kedua ialah sesuatu yang diridhai oleh Allah Taala. Kejahatan ialah sesuatu yang
dibenciNya. Ia berpendapat, kebaikan itu adalah baik dalam setiap keadaannya meskipun tidak memberi manfaat kepadanya dalam
hidup dunia ini, bahkan jikapun mendatangkan kecelakaan. Ia yakin bahawa Allah akan mengurniainya manfaat abadi pada sisiNya
diakhirat. Dan bahawa kejahatan itu adalah jahat dalam setiap keadaannya meskipun ia tidak merasainya atau tidak khawatir
akan merasainya dan merasai bencananya dalam hidup dunia ini, bahkan jikapun ia akan memperoleh man faat daripadanya. Ia mengetahui
dengan yakin bahawa apabila di dunia ini ia luput dan hukuman kerana perbuatan jahatnya, di akhirat ia takkan dapat lari dari
siksaan.
Dengan adanya dua arah yang berlainanini, maka dalam hidupnya manusia memiih salah satu dua jalan yang berbeza.
Manusia yang tidak mengimani akhirat tidak akan dapat melangkah walaupun selangkah di dalam jalan Islam. Apabila Islam berkata
kepadanya: Keluarkanlah zakat hartamu untuk fakir dan miskin, yang dengannya engkau meng harapkan wajah Tuhanmu; ia berkata:
Zakat itu akan mengunangkan hartaku; akan kuambil riba daripadanya ganti pengeluaran zakatnya; akan ku bawa ke mahkamah perkara
pinjam meminjam; manakala mahkamah memperkenankan tuntutanku akan ku ambil rumah-rumah dan tanam-tanaman yang mereka miliki.
Apabila
Islam berkata kepadanya: Berkata benarlah engkau; jauhi perkataan keji, meskipun kebenaran itu akan membawa bencana berat
dan kedustaan akan mendatangkan manfaat yang besar; ia berkata: Aku tidak akan berkata benar jika mendatangkan mudrat kepadaku;
tiada kujauhi perkataan keji jika memberi manfaat kepada ku; aku tiada takut kepada cacian-cacian yang bersebar di kalangan
manusia. Ia melalui jalan yang sepi dan di situ dijumpainya sesuatu yang berharga, lalu Islam berkata kepadanya: Meskipun
benda itu tiada pemiliknya di situ jangan engkau ambil. Tetapi ia berkata: Mengapa aku tinggalkan suatu benda yang ku peroleh
tanpa usaha dan kesungguhan yang bererti? Dijalan ini tiada orang yang melihatku yang boleh menunjuk kan daku kepada polis,
atau menjadi saksi di mahkamah atau yang memburuk-burukkan daku dikalangan manusia. Apakah yang menimpa daku apabila aku memanfaatkan
benda ini dan kupergunakan untuk kemaslahatan ku?
Seorang lelaki menyimpankan hartanya dan mengamanahkannya kepada
orang itu, kemudian lelaki itu mati. Islam berkata kepadanya: Jangan engkau khianati harta sahabatmu yang engkau pegang itu;
kembalikanlah amanah itu kepada orangnya. Ia berkata: Mengapa demikian? Adakah seseorang yang boleh menjadi saksi bahawa si
mati itu menitipkan hartanya kepadaku? Atau apakah ahli warisnya mengetahuinya? Jika aku boleh memakan harta itu de sangat
mudahnya tanpa khawatir akan dihukum, dan tiada juga ocehan orang, apakah yang memaksaku memulangkan harta itu kepada yang
berhak?
Singkat perkataan: Sesungguhnya Islam mengajarnya melalui jalan yang lurus dalam setiap langkah hidupnya, tetapi
ia menentangnya. Tiada dipiihnya melainkan jalan yang sesuai dengan hawanafsunya. Nilai segala-galanya dalam Islam adalah
mengikut natijah-natijah abadi di akhirat, sedangkan pandangannya tidak melampaui akan natijah natijah yang lahir dalam hidup
dunia ini.
Dan sini tahulah anda mengapa manusia itu tidak mungkin menjadi Muslim tanpa percaya akan akhirat. Bah kan,
adalah benar bahawa keingkaran seseorang akan ke hidupan akhirat akan menceburkannya dan darjat kemanusiaan ke dalam kerak
darjat kebinatangan yang paling bawah. Ia takkan boleh tinggal menjadi seorang muslim.
KEBENARAN AQIDAH AKHIRAT
Anda telah mengetahui akidah akhirat, hajat manusia kepadanya, dan faedah yang dapati oleh manusia dan aqidah
ini. Sekarang, kita hendak menerangkan dengan cara yang singkat, bahawa aqidah yang telah diterangkan oleh Rasul s.a.w. mengenai
akhirat adalah benar, juga mengikut pendapat akal. Meskipun kepercayaan kita akan aqidah ini berpegang kepada RasuluLlah s.a.w.
dan membenarkan apa yang diturunkan kepadanya tanpa membawa-bawa akal, tetapi apabila kita pergunakan fikiran kita sedikit
sahaja nescaya kita ketahui bahawa aqidah akhirat ini sangat dekat dengan akal.
Di dunia sekarang ini ada tiga aqidah
mengenai akhirat dan kehidupannya:
(1) Satu golongan mengatakan yang ada hanyalah kehidupan dunia sahaja, kita hidup
dan kita mati, tiada kehidupan selepas mati. Ini adalah aqidah orang mulhid yang menyebut dirinya sebagai pakar sains.
(2)
Golongan lain berkata, bahawa manusia itu berturut turut mati dan hidup, sekali lepas sekali, di dunia ini juga, supaya ia
memperoleh balasan amalnya. Apabila amalnya pada kehidupan pertama adalah jahat, pada kehidupannya yang berikat ia akan menjadi
binatang seperti kera, anjing atau kucing, atau dengan rupa pokok, atau menjadi seorang lelaki yang hina. Apabila amalnya
baik, akan terarigkatlah kedudukannya dan menjadi tinggi darjatnya. ,Aqidah ini dikemukakan oleh sebahagian manusia yang fikiran
keugamaannya tidak berkembang.
(3) Golongan ketiga beriman akan Hari akhir, berkumpul, hadir di hadapan Allah, dan
mengimani pembalasânNya ke atas amal manusia. Ini adalah aqidah yang diajarkan oleh seluruh para Nabi alaihimussalatu Wassalam.
Marilah
kita perhatikan sedikit ketiga aqidah ini:
Apa yang dikatakan oleh golongan pertama, dan aqidah yang mereka pegang,
mereka tiada melihat adanya kehidupan manusia selepas mati, bahkan tanah akan memakannya dan bumi akan memfanakannya setelah
matinya.
Apakah ini merupakan suatu hujjah? Jika anda tidak melihat seseorang itu hidup selepas matinya, yang paling
mungkin anda sebut ialah bahawa anda tidak mengetahui apa yang berlaku selepas mati. Adapun dakwaan anda yang anda mengetahui
tiada kehidupan selepas mati, sebenarnya tiada mempunyai dalil.
Seorang lelaki penduduk sebuah kampung tidak pernah
menyaksikan kapal-terbang dengan matanya. Yang mungkin dikatakannya hanyalah bahawa ia tidak mengetahui benda apa kapal-terbang
itu. Tetapi, jika ia berkata, ia mengetahui bahawa di dunia ini tiada satu benda yang bernama kapal terbang, orang banyak
akan menyalahkannya, kerana ketiadaan melihat suatu benda bukan bererti benda itu tiada. Bahkan andainya seluruh penduduk
bumi sepakat mengatakan tidak melihat benda yang tersebut, mereka tiada boleh mendakwa bahawa benda itu tidak ada atau tidak
mungkin ada.
Adapun aqidah yang kedua, katalah: Bahawa seseorang itu telah menjadi manusia pada kehidupannya yang sekarang
ini kerana ia telah melakukan perbuatan baik ketika ia menjadi haiwan dalam kehidupannya yang pertama; dan bahawa seekor haiwan
itu telah menjadi haiwan pada kehidupannya yang sekarang ini kerana ia telah melakukan perbuatan jahat pada waktu ia menjadi
manusia dulu dalam kehidupan nya yang pertama; dengan perkataan lain, bahawa manusia sekarang ini adalah manusia, dan haiwan
sekarang ini adalah tumbuhan; semua itu adalah natijah perbuatannya yang baik atau yang jahat, dalam kehidupannya yang pertama.
Demikianlah mati dan hidup berturut-turut berlaku padanya di dalam dunia ini.
Mengenai perkara ini timbul soal: Benda
apakah yang ada di dunia ini pada permulaan kejadiannya? Jika anda jawab: Manusia! Tidak dapat tiada ia merupakan hewan atau
tumbuhan sebelum itu. Jika tidak, amal baik manakah yang mengurniainya pertukaran menjadi manusia? Jika anda jawab: Haiwan
atau tumbuhan! Tak dapat tiada ia berujud manusia sebelum itu. Jika tidak demikian, perbuataņ jahat apakah yang telah menceburkannya
bertukar menjadi haiwan atau tumbuhan sebagai ganjaran ke atasnya?
Orang yang mengemukakan aqidah ini tidak mungkin
menentukan permulaan makhluk di alam ini pada suatu masa tertentu. Kerana setiap masa yang ada, tidak dapat tiada didahului
oleh suatu masa sebelumnya, sehingga masa yang akhir merupakan akibat perbuatan pada masa lampau. ini adalah menyalahi akal
dan tiada bersesuaian dengannya.
Ambil sekarang aqidah yang ketiga. Pangkat aqidah ini ialah, bahawa Allah Taala telah
menetapkan suatu hari di mana kiamat akan terjadi. Bumi akan bertukar menjadi bukan bumi dan langit. Ini adalah perkara yang
tidak disangsikan oleh orang yang berakal. Ia membuat seseorang tambah berfikir mengenai kejadian alam ini. Ia menambah pengetahuan
manusia bahawa tiada yang kekal dalam alam ini. Semua kekuatan dan semua alat yang ada padanya adalah terhad, tidak dapat
tiada akan menjadi fana pada suatu hari. Oleh kerana itu, telah sekata seluruh ulama ilmu fisika bahawa matahari akan menjadi
sejuk pada suatu masa kelak, akan hilang cahayanya, dan bahawa bintang-bintang dan planit-planit pada satu masa akan berlanggar
antara mereka dan akan memusnahkan dunia ini.
Kemudian, aqidah ini mengemukakan pula, bahawa manusia akan menghadapi
kehidupan yang lain. Apakah ini mustahil? Jika mustahil, bagaimanakah manusia boleh sampai kepada kehidupan dunia yang sekanang
ini? Tiada syak lagi bahawasanya Allah yang menjadikan manusia di dunia ini, berkuasa menjadikannya pada kali yang lain selepas
matinya.
Kemudian, dalam aqidah ini dikemukakan, bahawa manusia ini dicatitkan amal-amalnya, yang baik dan yang jahat,
dan akan dibentangkan di hadapannya dalam kitab terbuka pada Han Kiamat.
Sekarang inipun boleh kita jumpai sesuatu
yang membenankannya:
Pada masa lampau manusia menyangka bahawa suara yang keluar dan mulut kita menjadi lebur dan bersebar
di dalam udara selepas berlaku pengalunan. Tetapi, pada masa akhir ini orang mengetahui bahawa bagi setiap suara itu ada kesan
yang ditinggalkannya pada benda-benda yang ada disekelihingnya. Dan adalah mungkin mencatitkannya dan menghidupkannya selepas
itu. Atas dasar inilah manusia telah menciptakan gramophon. Ini menunjukkan bahawa setiap gerak yang kita lahirkan di dunia
ini akan terakam pada sesuatu yang mencatitkannya dengan sesuatu cara. Jika ini kita ketahui akan menjadi yakinlah kita bahawa
seluruh perbuatan kita di dunia ini dicatitkan dan terdaftar yang menghidupkaanya semula dan menghadirkannya pada kali yang
lain termasuk perkara mungkin.
Perkara keempat yang datang dalam aqidah inialah, Allah Taala sesungguhnya akan membalas
amal hambanya pada hari Allah mengumpulkan mereka: yang baik dibalas baik dan yang jahat dibalas jahat. Siapakah yang dapat
mengatakan ini perbuatan mustahil? Adakah padanya sesuatu yang menyalahi akal? Bahkan akal itu sendini menghendaki Allah mengumpulkan
hamba-hambaNYa pada suatu hari dan mengadili mereka dengan cara yang hak. Yang demikian itu, kita melihat ada orang yang berbuat
baik sedangkan ia tidak mendapat pahalanya di dunia, atau berbuat jahat sedangkan ia tidak mengalami siksaan di dunia. Bahkan,
kita menyaksikan orang-orang salih kadang-kadang memperoleh mudrat, dan orang-orang jahat kadang-kadang hidup dalam kemewahan
dan tenggelam di dalam kenikmatan. Dalam kejadian-kejadian seperti ini akal dengan sendirinya menuntut, hendaklah orang itu
menerima balasaannya dengan sempurna dalam dua keadaan: atas amal baiknya atau ama! jahatnya.
Perkara yang penghabisan
mengenai aqidah ini ialah adanya Jannah ( syurga pent.) dan api (= neraka pent.). Adanya benda-benda itu bukanlah perkara
mustahil. Apabila Allah Taala berkuasa menciptakan matahari dan bulan, planit marrikh dan bumi, bagaimanakah ia lemah daripada
mencipta Jannah dan api? Tatkala mengumpulkan manusia di mahkamahNya, seyogianya Allah Taala memberi tempat yang mulia, terhormat,
senang dan gembira kepada orang yang dikurniaiNya pahala. Dan bagi mereka yang di azabNya disediakan tempat yang hina, tersiksa,
dukacita dan pedih.
Fikirlah semua perkara ini. Anda ketahui tanpa ragu ragu bahawa aqidah ini adalah aqidah yang paling
hampir kepada akal di antara semua aqidah yang anda jumpai dewasa ini di dunia ini yang berkenaan dengan kehidupan manusia
selepas mati. Tiada padanya sesuatu yang menyalahi akal atau mustahil adanya.
Kemudian, apabila perkara ini telah disampaikan
kepada kita melalui lidah Muhammad s.a.w. dan beliau dalam kebenarannya, dalam keamanahannya, dalam kesuciannya, seperti telahpun
anda ketahui yang padanya kebaikan dan segala kebaikan bagi diri kita bahawa akal menghendaki kita mempercayainya dan tidak
mahu kita menyaksikannya tanpa alasan dan keterangan.
KALIMAH YANG BAIK
Ini adalah aqidah yang lima, yang merupakan asas pembinaan Islam, yang sesungguhnya telah tersimpul di dalam satu
kalimah Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu utusan Allah. Jika anda mengatakan Tiada Tuhan melainkan Allah, anda sebenarnya
mengakui keabdian anda terhadap Tuhan yang esa, tidak terhadap tuhan-tuhan yang batal. Demikian juga, jika anda mengatakan
Muhammad itu utusan Allah, anda telah membenarkan bahawa Muhammad s.a.w. itu adalah utusan daripada Allah kepada HambaNya.
Ini memaksa anda membenarkan risalah Muhammad; bahawa anda mempercayai semua yang diterangkan oleh Muhammad s.a.w., méngenai
ujud Allah, sifat-sifatNya, MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Nabi-NabiNya, dan mengenai Hari Akhir. Anda mestilah melalui jalan
yang ditunjukkannya untuk mengabdi kepada Allah dan mengikut hukum-hukum dan titah-perintahNya.
|