|
|
|
|
FASAL KETIGA
::KENABIAN::
Pada fasal terdahulu anda telah pun mengenali tiga perkara:
Pertama: Manusia itu berhajat kepada ilmu yang benar
berkenaan dengan Zat Allah Taala, sifat-sifatNya, jalan yang diridhaiNya, perhitungan amal di akhirat dan balasan-balansan
yang diterima kerana taat akan Allah dan mengerjakan perintah serta hukumNya, dan bahawa sayogianyalah kekuatan dan kekemasan
ilmunya itu telah mencapai peringkat yakin dan kepercayaan.
Kedua: Allah Taala tidak membebankan kepada hamba Nya untuk
mencapai pengetahuan ini dengan susahpayah, tetapi telah melantik beberapa orang lelaki di antara hamba ya - mereka itu ialah
para Nabi - dan mengurniakan Nabi nabi itu ilmu ini dan memerintahkan mereka untuk menyampaikannya kepada semua hambaNya di
muka bumi ini.
Ketiga: Ke atas manusia dewasa ini tiada dibebankan sesuatu pengenalan melainkan pengenalan akan Nabi-nabi
Allah yang benar. Dan jika mereka mengetahui yang seorang lelaki itu adalah Nabi Allah untuk mereka, wajiblah mereka beriman
kepadanya, mendengarkan kata-katanya, mematuhi ucapannya, tunduk kepada perintahnya, meneladani contoh nya dalam setiap sudut
kehidupan mereka.
Sekarang kita akan terangkan hakikat kenabian dan jalan apakah yang ditempoh untuk mengenal para
Nabi.
HAKIKAT KENABIAN
Sesungguhnya Allah Ta ala menciptakan segala yang diperlukan oleh manusia di alam ini. Manusia itu sejak lahirnya
diperlengkapi dengan dua mata untuk melihat, dua telinga untuk mendengar, hidung untuk bernafas dan mencium, kuasa perasa
di kulit untuk merasa, dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk bekerja, otak untuk berfikir, dan beberapa anggota tubuh
lamnya yang menaburi badannya yang kecil itu. Allah memperlengkapi manusia seperti itu dengan melihat berbagai keperluannya
yang berbagai ragamnya.
Kemudian, tatkala manusia itu masuk ke dalam dunia ini, memulai hidupnya di sini, di hadapannya
ia menjumpai berbagai sebab kehidupan dan bermacam-macam peringkatnya. Di hadapannya ada udara, ada air, ada cahaya dan ada
panas, ada susu di dada ibu, ada kasihsayang di dalam hati ibubapa, kaum kerabat dan lain-lainnya. Kemudian, dalam pertumbuhan
dan perkembangannya bertambah pulalah sebab-sebab penunaian keperluannya di dunia ini. Seolah-olah setiap kuasa yang ada di
langit dan di bumi tidak dijadikan melarikan untuk menyantuni manusia dan untuk memberi khidmat kepadanya sahaja.
Kemudian,
anda maju selangkah lagi ke depan. Anda dapati Allah s.w.t. telah menghibahkan kepada manusia segala yang diperlukannya berupa
berbagai kurnia, kemampuan dan kuasa untuk bekerja di dunia ini. Maka setiap peribadi manusia sedikit sebanyak mengumpulkan
di dalam dirinya kekuatan tubuh dan akal, kekuatan berfaham, kecerdikan dan kekuatan berucap.
Dan bagi Allah pada ciptaanNya
ada beberapa keadaan yang tiada memujinya melainkan Ia. Ia tidak menyamakan semua peribadi manusia dalam membagi kurnia dan
kemampuan di antara mereka. Andaikata disamakannya mereka dalam pembahagian itu nescaya setiap orang tidak memerlukan saudaranya
yang lain. Dan oleh kerana itu Allah telah mengkadarkan keperluan jenis manusia - secara menyeluruh - yang terdiri daripada
berbagai kurnia dan kemampuan, kemudian membagi-baginya di antara peribadi-peribadi yang berlainan. Ia berikan sesuatu kemampuan
kepada seseorang yang tidak diberiNya kepada yang lain. Sebaliknya. ia berikan kepada orang lain itu apa yang tidak diberikanNya
kepada orang yang pertama. Oleh kerana itulah anda lihat sebahagian manusia lebih kuat badannya daripada yang lain. Sebahagiannya
pula mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang atau sesuatu kecenderungan yang tidak dipunyai oleh orang lain. Sebahagiannya
mempunyai kecerdasan, akal dan kekuatan memahamkan yang tidak ada pada orang lain. Sebahagiannya, secara semulajadi mempunyai
kecenderungan keaskaran. Sebahagiannya dilahirkan mempunyai kemampuan yang khas dalam bidang hukum dan pimpinan. Sebahagiannya
dilahirkan mempunyai bakat berpidato yang luarbiasa. Sebahagiannya mempunyai bakat mengarang yang tidak dijumpai pada orang
lain. Sebahagiannya tajam dalam berfikir, terang otaknya di dalam sesuatu bidang kemahiran, maka diuraikannya dengan mudah
banyak perkara musykil dan ganjil, dan mengherankan dunia menyaksikan ciptaan-ciptaannya. Sebahagiannya mempunyai otak yang
mahir yang melebihi orang lain dalam bidang undang-undang, dan dengan segera pandangan-pandangannya tersebar mendahului pandangan
orang lain hinggakan beberapa tahun. Semua itu adalah kurnia Allah yang diberikanNya kepada hamba yang dikehendakiNya. Tiada
seorangpun yang berkuasa memperoleh kemampuan itu dengan sendirinya. Dan tiada mungkin juga perkara itu datang ke dalam dirinya
melalui pelajaran dan pendidikan. Tetapi ia adalah bakat fitrah yang dikhaskan oleh Allah Taala dengan hikmahNya kepada hamba
yang dikehendakiNya.
Apabila anda perhatikan adanya kemampuan dan bakat yang berlainan pada peribadi-peribadi manusia
nescaya anda ketahui bahawa Allah Taala mempunyai hikmah yang leng kap dalam lapangan ini. Ia telah menjadikan segenap kemampuan
dan bakat pada mereka mengikut kadar keperluan jenis manusia. Ia menjadikan laki-laki tentera. Demikian juga mereka yang bekerja
dalam bidang pertanian, tukang kayu, tukang besi, tukang potong, dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain yang hampir tidak
terbilang jumlahnya.
Adapun orang yang mempunyai kekuatan ilmu, fikiran dan yang mempunyai kemampuan politik dan pimpinan,
jumlahnya kecil. Dan yang paling kecil jumlahnya dan semuanya ialah orang yang mempunyai kecerdasan yang sempuma dan kemahiran
yang tunggal dalam sesuatu bidang yang khas. Ini disebabkan oleh kerana amal mereka akan membebaskan manusia berabad-abad
lamanya daripada berhajat kepada ahli-ahli yang serupa dalam bidang ini.
Tetapi, apakah telah memadai bagi memenuhi
keperluan jenis manusia dan kebahagiaan hidupnya di dunia ini jika sudah ada di antara manusia itu orang-orang yang mahir
di dalam ilmu kejuruteraan, ilmu pasti (hisab dsb.nya), ilmu kimia, undang-undang, politik, ekonomi dan ilmu-ilmu yang lainnya?
Sekali-kali
tidak! Ada satu perkara yang manusia berhajat kepadanya lebih besar dan lebih kuat daripada hajatnya kepada seluruh ilmu yang
tersebut itu. Iaitu, hendaklah ada di kalangan manusia orang yang membimbing tangannya dan mengajarinya kepada jalan Allah
yang lurus. Benar, bahawa semua cerdik-pandai dalam ilmu yang tersebut itu mengajar manusia mengenal apa yang diperlukannya
di dunia ini, mengajarna jalan yang harus ditempuh untuk mengambil manfaatnya, tetapi keperluannya yang lebih kuat dan lebih
besar ialah kepada orang yang menerangkan kepadanya siapa pemiliknya, siapakah yang telah mengurniakan ke padanya benda-benda
yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan apakah keridhaan pengurnia itu, sehingga ia mencapai kejayaan yang abadi yang
diyakini dalam menjalani hidupnya yang bersesuaian dengan keridhaanNya.
Di antara yang ditolak oleh akal manusia ialah,
bahawa Allah Taala yang menjadikan benda-benda kecil dan besar untuk manusia yang mungkin diperlukannya dalam hidup ini, telah
lupa akan satu keperluan manusia dan tidak memperhatikan keperluan itu dan mula, sedangkan ia adalah hajat manusia yang paling
besar dan yang paling tua sebagai mana telah anda ketahui.
Benar! Yang demikian itu takkan mungkin terjadi. Bahkan
Allah telah menjadikan dan kalangan manusia itu sendiri beberapa orang yang bersedia melakukan tugasnya kerana Tuhan telah
mengenal keperibadian mereka. Maka dari sisiNya diberiNya mereka ilmu agama, akhlaq dan syariah, dan membebani mereka dengan
kewajipan mengajarkannya kepada hamba Allah dalam dunia ini. Tokoh-tokoh itulah yang. kita namai Rasul-rasul Allah dan Nabi-nabiNya,
salawat Allah dan kesejahteraanNya untuk mereka.
MENGENAL NABI
Para cendekiawan dalam berbagai ilmu dan pengetahuan dilahirkan dengan bakat yang istimewa dan tabiat luarbiasa, yang
dengannya mereka terbeza daripada orang lain. Sebagaimana mereka ini, demikian jugalah para Nabi dilahirkan dengan tabiat
yang khas, yang dengannya mereka terbeza daripada orang lain.
Anda akan mengetahui bahawa seseorang itu penyair handalan,
jika anda mendengar ucapannya semata-mata. Dan anda pun mengetahui bahawa ia dilahirkan dengan bakat yang istimewa dalam bidang
puisi, orang lain takkan sanggup menyusun syair seperti itu meskipun untuk itu dihabiskannya segenap kesungguhannya.
Demikian
juga, anda mengenal seorang juru pidato yang handal, seorang penulis yang handal, seorang pemimpin yang handal, daripada perbuatan
mereka. Setiap mereka melakukan pekerjaannya dengan bakatnya sendiri, bakat yang tidak dimiliki oleh manusia yang lain.
Demikian
juga anda jumpai pada keistimewaan Nabi. Anda dapati dalam otaknya fikiran-fikiran semula jadi yang tiada tergetar dalam hati
seorang manusia pun. Dikemukakannya dan diterangkannya kepada manusia masalah-masalah dan tajuk-tajuk yang orang lain tidak
sanggup menerangkannya. Ditajamkannya pandangannya kepada perkara-perkara halus yang pandangan seluruh manusia tidak akan
mendapat petunjuk ke situ. Mereka tidak memahaminya, meskipun untuk itu mereka menghabiskan semua usahanya bertahun tahun
lamanya. Akal yang sehati akan menerima apa yang dikatakannya. Hati menyaksikan alam membenarkan seluruh perkataanya Tetapi,
apabila seseorang hendak mengemukakan sesuatu yang bersamaan dengan perkataannya, orang itu tiada sanggup buat selama-lamanya.
Adalah
Nabi itu suci fitrahnya, bersih tabiatnya. Dalam setiap keadaan tidak dijalaninya sesuatu jalan melainkan jalan kebenaran,
kesucian dan kemuliaan. Ia tidak akan berkata atau berbuat sesuatu yang tidak sesuai dengan hak dan kebenaran. Ia menunjuki
manusia kepada kebijaksanaan. Dalam mengamalkan sendiri apa yang disuruhnya ia mendahului manusia lain. Tiada pernah dijumpai
dalam hidupnya suatu contoh yang perbuatannya berlawanan dengan perkataannya. Ia menderita untuk kemaslahatan orang lain.
Dan ia tidak akan menimpakan penderitaan ke atas orang lain bagi kepentingan dirinya sendiri. Seluruh hidupnya adalah kebenaran,
amanah, kehormatan, keikhlasan yang mulia, fikiran yang tinggi dan marwah yang agung. Tidak ada keaipan padanya dan tidak
pula kekurangan. Semua ini adalah saksi yang berkata bahawa Nabi Allah yang benar ini telah diutus ke pada manusia untuk menunjuki
mereka.
TAAT KEPADA NABI
Apabila anda mengenal bahawa seorang lelaki itu adalah Nabi yang benar daripada Allah Taala, wajiblah anda mentaati
setiap suruhan ataupun larangannya. Bahawa di antara yang ditolak oleh akal manusia yang umum ialah anda percaya keNabian
seseorang tokoh tetapi anda tidak mematuhinya. Tiada erti bagi kepercayaan anda mengenai keNabiannya melainkan apabila anda
beriman bahawa ia tiada memperkatakan sesuatu mengikut hawa nafsunya, bahawa ia tidak mengatakan Allah, bahawa ia tidak melakukan
sesuatu melainkan meng ikut keridhaanNya. Maka sekarang, setiap yang anda ucapkan dan amalkan jika bersalahan dengan ajaran
Nabi, ucapan dan perbuatan anda itu adalah bertentangan dengan Allah sendiri. Dan apa yang bertentangan dengan Allah sentiasa
ia bukan yang benar.
Yang lazim timbul daripada keimanan anda akan Nabi ialah anda mentaatinya dengan sempurna tanpa
kecaman atau membeku. Anda mestilah taat dalam setiap suruhannya dan setiap larangannya, sama ada memhikmah dan faedah yang
terkandung di dalam perintah dan larangan itu ataupun tidak. Seluruh yang dibawanya semata-mata datang daripada Allah. Itu
telah merupakan saksi yang maha besar tentang kebenaran dan tentang pengandungannya akan semua hikmah dan faedah.
Apabila
anda tidak memahami hikmah demi hikmah dan faedah demi faedah yang terkandung di dalamnya, ini bukanlah suatu aib bagi kesuciannya,
tetapi ia lahir daripada kelemahan atau kekurangan anda dalam daya faham anda. Adalah nyata, jika seseorang tidak mahir dalam
sesuatu bidang pengetahuan dan tidak dapat memahami butir-butirnya yang kecil atau hampir tidak tahu, orang itu adalah sangat
buruk apabila ia menolak perkataan seorang yang mahir kerana semata-mata hampir tidak dapat difahaminya atau ia tidak mengerti
hikmah dan faedah yang terkandung di dalamnya.
Setiap perkara di dunia ini berhajat kepada tokoh yang mahir di dalam
bidang perkara itu, yang melingkupi butir butir terperinci. Dan manakala manusia menjumpai tokoh mahir seperti itu, mereka
bertumpu kepadanya, mereka benarkan dia dan mereka berpegang kepadanya, mereka tidak mengecam apa yang dikatakannya, mereka
tidak menggangu perbuatannya, kerana tidak mungkinlah semua orang yang mahir dalam semua bidang ilmu dan pengetahuan sanggup
memahamkan semua urusan dunia. Maka yang wajib anda tumpukan kekuatan akal dan faham anda ialah menentukan tokoh yang mahir.
Jika anda menjumpanya dan anda mempercayai kemahirannya, anda wajib memegangnya dengan sungguh-sungguh dan anda tidak menentang
perbuatannya dengan kecaman dan tidak menyalahkannya mengikut pendapat anda.
Adalah suatu kejahatan jika anda berkata
kepadanya:
Aku tidak mempercayai engkau, dan aku tidak percaya akan kemahiranmu melainkan apabila engkau jadikan aku
mengetahui kandungan perbuatanmu, mengetahui hikmah dan faedahnya.
Pernahkah anda menyerahkan kes (= kasus - pent.)
anda kepada peguam bela pada waktu anda dihadapkan di hadapan mahkamah? Katakanlah kepadaku, tidakkah peguam ini akan mengusir
anda dan pejabatnya apabila anda mengganggu pekerjaannya dengan campurtangan ke dalam urusannya?
Demikian juga, katakanlah
kepadaku, tidakkah doktor menolak mengubati anda jika anda minta daripadanya ke terangan mengenai semua seluk beluk penyakit
anda?
Demikian jugalah perkara ugama. Anda berhajat akan ilmu Allah dan pengenalan jalan yang benar untuk melalui hidup
anda sesuai dengan keridhaanNya. Tetapi bagi anda sendiri tiada jalan untuk mencapai ilmu ini dan mengenal jalan ini. Oleh
kerana itu kewajipan anda sekarang ialah anda cari semua itu dan Nabi Allah yang benar. Dan dalam mencari ini anda gunakan
semua kekuatan akal, pandangan, faham dan kebijaksanaan yang telah dikurniakan Allah kepada anda. Kerana apabila tokoh itu
bukan Nabi yang diutus oleh Allah Taala ia akan menyesatkan anda daripada jalan yang benar, dan membawa anda melalui jalan
yang terpesong. Tetapi apabila - selepas pembahasan, penyelidikan dan pengujian - anda yakin bahawa tokoh itu adalah Nabi
yang diutus dan sisi Allah Taala, maka wajiblah anda berpegang teguh kepadanya, dan mentaatinya dengan sempurna dalam setiap
suruhan dan larangannya.
KEPERLUAN IMAN KEPADA NABI
Apabila anda mengetahui bahawa jalan Islam yang lurus ialah jalan yang diajarkan oleh Nabi dengan perintah Tuhan nya,
tahulah anda bahawa manusia itu semua berhajat kepada iman akan Nabi, mengikutnya dan mematuhi perintahnya. Dan bahawa mereka
yang menyalahi Nabi dan membangkang untuk mematuhinya lalu mengikut jalan sendiri, maka ia adalah orang yang sesat tanpa disangsikan
lagi.
Dalam lapangan ini ada beberapa keganjilan pada manusia. Sebahagiannya mengakui kebenaran Nabi, tetapi tidak
beriman kepadanya dan tidak mentaatinya. Mereka ini bukan saja kafir tetapi juga orang jahat. Kerana tiada makna membenarkan
Nabi dan mengakui kehadirannya dan sisi Allah Taala kemudian tidak mahu mematuhinya. Mereka memilih yang batal dan yang hak.
Mereka membeli kesesatan dengan petunjuk secara sengaja. Adalah nyata, tiada kesesatan fikiran yang lebih melampau danipada
kesesatan fikiran ini Sebahagian mereka berkata: Kita tidak perlu mengikut Rasul kerana kita mempunyai akal yang boleh mengajar
kita melalui jalan yang lurus. Ini juga suatu kesalahan besar dan kesesatan yang jauh. Anda telah belajar ilmu pasti (hisab
dsbnya - pent.) dan anda telah pun tahu bahawa garis lurus yang menghubungkan dua titik hanyalah satu, dan bahawa setiap garis
yang lain adakalanya tidak lurus atau bukan penghubung antara dua titik. Demikian jugalah, tidak mung kin jalan hak - mengikut
istilah Islam disebut jalan yang lurus - yang menghubungkan di antara hamba dengan TuhannYa melainkan satu sahaja. ini adalah
mengikut hukum kaedah ilmu pasti.
Anda maju selangkah lagi. Anda telah mengenal bahawa jalan yang menyampaikan kepada
Allah itu adalah satu, ialah jalan yang telah diajarkan kepada NabiNya. Barangsiapa yang tidak menyukai jalan ini dan mengusahakan
dirinya mencari jalan yang lain, perkara ini tidak terkeluar danipada salah satu rupa:
Adakalanya, sejak mula lagi
ia tidak menemui jalan yang menyampaikan kepada Allah. Atau ia menemui jalan panjang yang berbelok-belok.nya.
Pada
gambaran pertama tiada diragukan lagi kebinasaan Pada gambaran yang lainnya, juga tiada diragukan, paling sedikit ia menghadapi
kekeliruan dan kesesatan. Tidakkah anda lihat bahawa seekor haiwan yang tersalah jalan jika hendak sampai ke tempat yang khas
ia akan memiih jalan yang lurus untuk sampai kepadanya? Bagaimanakah anggapan anda sekarang tentang seorang manusia hamba
daripada hamba-hambanya yang menyerunya kepada jalan Tuhannya dan menunjukkan jalan yang rata dan balk, tetapi dijawabnya
dengan: Tidak! Sekali-kali aku tidak mengikut engkau, aku tidak akan melalui jalan yang engkau tunjukkan, akan tetapi aku
akan mencari dengan kesungguhanku sendiri dan akanku hadapkan wajahku ke dalam jalan-jalan gelap yang sukar sehingga aku sampai
kepada matlamatku!
Jawaban semacam ini adalah mengikut pendapat orang yang melakukan pengamatan jarak dekat. Tetapi
apabila anda gunakan fikiran sedikit sahaja nyatalah bahawa yang enggan beriman kepada Rasul tidak mungkin sampai kepada Allal
Taala, baik mengikut jalan yang lurus, mahupun melalui jalan yang tidak lurus. Sesungguhnya, tidak dapat tiada akalnya telah
mengalami suatu penderitaan yang mencegahnya daripada menerima yang hak: Adakalanya ia kurang faham, atau ia seorang yang
bongkak. Pada tabiatnya ada suatu cacat yang menyebabkannya tidak suka menerima yang hak. Atau ia tenggelam di dalam taqlid
buta kepada nenek moyangnya. Ia tidak mahu mendengar perkataan yang menggunakan sedikit fikiran atau sedikit kesukaran, yang
semua ini diwarisinya dan nenek moyangnya. Atau ia seorang hamba yang mempertuhankan hawa nafsu. Dalam dirinya tiada kecenderungan
untuk menerima pengajaran Rasul. Ia berpendapat, jika diterimanya pengajaran Rasul itu akan tiada lagi peluang bagi dirinya
untuk berbuat maksiat dan kemungkaran yang telah terbiasa dilakukannya dalam hayatnya.
Setiap orang yang memiiki salah
satu sebab-sebab ini, tidak mungkin mendapat petunjuk kepada jalan Allah. Dan, barangsiapa yang bersih daripada sebab-sebab
ini mustahillah ia menentang untuk taat kepada Rasul yang benar dan pasti ia tunduk kepada pengajarannya.
Mengenai
perkara ini jangan pula dilupakan, bahawa Nabi itu diutus oleh Allah Taala. Dialah yang menyuruh manusia beriman kepadanya
dan mengikut ajarannya. Orang yang tidak beriman kepada Nabi dan menolak mematuhinya seolah-olah dengan sendirinya menjauhi
Allah Taala. Yang demikian itu, wajib anda mentaati seorang pemerintah yang ditauliahkan ke atas anda oleh negara yang anda
menjadi rakyatnya. Apabila anda enggan mengakumya sebagai pemerintah diri anda, maka seolah-olah anda telah keluar daripada
negara itu sendiri. Penundukan diri anda kepada negara dan penentangan anda kepada pemermtah yang di tauliahkanya ke atas
anda adalah dua perkara yang bertentangan yang tidak dapat disatukan.
Demikianlah tamsil hubungan antara Allah dengan
orang yang diutusNya dan sisiNya. Allah adalah raja yang hakiki bagi seluruh manusia. Setiap orang yang diutusNya kepada manusia
untuk menunjuki, mengajari dan menyuruh mereka mengikutnya, wajiblah diimani oleh manusia itu dan hendaklah mereka mentaatinya
dalam segala-galanya. Siapa yang menolak mentaatmya, ia adalah kafir, samada ia percaya kepada Allah atau tidak.
SINGKATAN SEJARAH KENABIAN
Sekarang, kami hendak menerangkan kepada anda, bagaimana bermulanya silsilah kebangkitan Nabi-nabi dan perkembangannya
di kalangan ummat manusia, sehingga silsilah itu berakhir dengan keNabian Nabi yang agung, ketua dan penutup seluruh Nabi.
Adalah
suatu perkara yang tiada tersembunyi bahawa Allah Taala pada mulanya telah menciptakan seorang manusia. Danipadanya diciptakannya
isterinya. Kemudian, dan keduanya dibiakkannya semua manusia yang anda lihat pada hari ini yang mendiami berbagai pelusuk
bumi dan segala Sudutnya, yang terbahagi ke dalam berbagai bangsa dan Ummat.
Sesungguhnya telah sekata tokoh agama
dan tokoh sejarah bahawa silsilah jenis manusia ini telah bermula dari diri yang satu. Demikian juga ilmu sains tidak mensabitkan
adanya beberapa peribadi asal yang berlainan di berbagai rantau dan kawasan muka bumi ini, yang dan mereka itu terpecah berbagai
cabang ummat yang tersebar di muka bumi pada masa kini. Bahkan apa yang diperoleh kebanyakan sarjana ilmu ini ialah bahawa
pada mulanya dijadikan hanya seorang manusia, dan manusia yang satu itu terpecah cabang cabang manusia yang ada pada han mi.
Diri
tunggal asal-usul pecahan ummat manusia itu dalam bahasa kita disebut: Adam. Dan kata itulah terbentuk perkataan Keturunan
Adam, yang bererti: manusia.
Adam alaihissalam yang telah diangkat darjatnya. oleh Allah, dan dijadikanNya Rasul yang
pertama di bumi, diperintahkanNya untuk mengajarkan Islam kepada zuriatnya. Ertinya, hendaklah diterangkannya bahawa bagi
kamu dan bagi seluruh alam ini tiada tuhan melainkan Tuhan yang esa. Maka janganlah kamu mengabdikan din dan jangan minta
tolong melainkan kepadaNya. Jangan kamu sujud melainkan kepadaNya. Dan jangan kamu pergunakan hari-hari kehidupan kamu melainkan
bersesuaian dengan keridhaanNya. Hendaklah kamu berlaku adil dan beramal salih. Jika kamu lakukan yang demikian itu akan dibalasiNya
kamu dengan balasan bagi orang baik. Dan jika kamu membangkang untuk taat kepadaNya akan diganjaniNya kamu dengan ganjaran
bagi orang jahat.
Adapun zuriat Adam yang salih, mereka mengikut datuknya. Mereka berpegang kepada petunjuknya berupa
tali yang kemas dan jalan yang lurus. Adapun mereka yang zálim, mereka enggan mentaatmya. Mereka ikut hawa nafsu. Sehinga
berlakulah pada mereka kejahatan dan mungkar dengan segala cawangannya, sedikit demi sedikit.
Sebahagian mereka mengabdi
kepada matahari, bulan dan bintang Sebahagian manusia mengambil sebangsa haiwan. Sebahagian mereka menyangka bahawa bagi setiap
benda seperti air, api, penyakit, kesihatan, dan kekuatan alam kurnia Tuhan, rnasing mempunyai tuhan yang khas. Demikianlah
manusia itu mengibadati semua yang dianggap tuhan dan mengusahakan keridhaanya sehingga ia meliputi semua kehidupan manusia
dan mereka mengharap memperoleh kurnia dan nimat
Demikianlah kebodohan itu muncul bukan hanya satu macam, dalam rupa
syirik dan pengabdian kepada berhala dan patung Daripadanya terpecah beberapa ugama di muka bumi ini. Semua ini berlaku pada
waktu tersebarnya zuriat Adam di pelusuk dan ceruk rantau bumi yang berlainan. Mereka terpancar menjadi beberapa bangsa dan
ummat yang berbeza. Maka jadilah untuk setiap ummat itu ugama yang khas. Bagi setiap agama ada perintah dan syiar-syiarnya
sendiri yang tidak ada pada agama lain.
Semuanya itu dapat dikatakan, bahawa manusia tatkala melupakan Allah sebagai
Tuhan mereka, melupakan juga agamaNya yang telah didatangkan dan diajarkan oleh datuk mereka Adam alaihissalam. Mereka mengikut
hawa nafsu. Mereka dikuasai oleh perintah dan taqlid yang buruk dan berbagai jenis. Berkembang1ah di antana mereka fikiran
yang batil dan pandangan jahiliyyah. Mereka tersalah dalam membezakan antara yang memberi manfaat dan yang memberi mudrat,
di antara yang haq dengan yang batil.
Oleh kerana itu Allah bertindak mengutus Rasul-rasul dan Nabi-nabiNya kepada
setiap ummat. Mereka mengajarkan manusia dan menerangkan kepadanya ajanan yang telah di turunkan - sebelumnya - oleh Nabi
Adam alaihissalam. Mereka mengingatkan apa yang telah dilupakan manusia.
Mereka mengajar manusia untuk mengabdikan
diri kepada Tuhan yang esa. Dilarangnya mereka daripada syirik dan mengibadati berhala serta patung. Dipalingkannya mereka
daripada rangkuman taqlid yang jahat dan perintah yang batil. Ditunjukinya mereka kepada jalan yang diridhai pada isi Allah
untuk menjalani hidup manusia. Diterangkannya kepada mereka undang-undang yang betul dan disuruhnya mereka mengikutinya.
Tiada
suatu negeri pun di dunia in sejak dan India, Negeri Cina, Iran, Iraq, Mesir, Afrika atau Eropah, melainkan telah turun padanya
Rasul-rasul Allah dan Nabi-nabiNya., Semua Nabi itu, tidak berugama melainkan dengan ugama yang satu, yaitu yang kita namai
dengan Islam, meskipun ada perbedaan kecil mengenai cara-cara para Nabi yang berlainan itu dalam menyampaikan ajarannya dan
undang undang kehidupan yang dikemukakannya ini disebabkan oleh kerana setiap Nabi menghadkan perjuangannya khusus untuk memerangi
suatu kejahilan yang khas yang bersebar di kalangan kaumnya, dan memperbaiki fikiran-fjkjran yang batil yang teristimewa tertanam
di tengah-tengah kaumnya, dan pada waktu ummat-ummat ini masth di dalam peringkat perjalanan permulaannya dalam kemajuan,
tamaddun, ilmu dan akal. Dalam hal demikian telah datang kepada mereka Nabi-nabiNya dengan pengajaran dan syariah yang luas.
Dan manakala ummat-ummat ini meningkat di dalam bidang-bidang yang tersebut, makin maju pulalah pengajarannya, syariah.syariahnya
dan rancangan Kemudian, tiadalah perbezaan-perbezaan ini melainkan pada zahirnya sahaja. Adapun jiwa yang mengaliri seluruh
syariah dan pengajaran ini adalah satu yaitu mentauhidkan Tuhan dalam aqidah, kebénaran dan keikhlasan dalam beramal, dan
iman akan kehidupim akhirat.
Adalah mengherankan perlakuan manusia ke atas para Rasul dan Nabi. Mereka sakiti Nabi-nabi
itu. Mereka bongkak danipada mentaatinya. Mereka bunuh sebahagian daripadanya. Mereka usir pula sebahagiannya. Sehingga sebahagian
Nabi tiada yang beriman kepadanya meskipun mereka telah menghabiskan umurnya untuk dawah, melainkan beberapa orang sahaja.
Tetapi hamba-hamba Allah yang utama ini tidak merasa rendah dan tidak berhenti daripada perjuangan mereka sehingga dawah mereka
berkesan dan kebanyakan manusia mengikutinya.
Dan ada pula yang di dalam pertumbuhan sesuatu agama, kesesatan masuk
ke dalam pengajarannya. Sebahagian ummat menukar pengajaran Nabi-nabi setelah wafatnya. Di masukkannya sangkaan dusta di dalam
kitab-kitab para Nabi itu. Diciptakannya cara untuk mengabdikan diri kepada Allah yang dibuatnya sendiri.
Sebahagian
manusia mulai menyembah para Nabi. Sebahagiannya berkata: Allah turun ke muka bumi dengan rupa NabiNya. Sebahagiannya menganggap
Nabi itu anak Allah. Sebahagiannya menyengutukan Nabi dengan Allah di dalam ketuhananNya.
Demikianlah, manusia yang
hidup pada zaman yang berbeza dari pada seluruh pelusuk bumi mencampurbaurkan ajaran para Nabi setelah wafatnya. Mereka menciptakan
berhala dan patung yang telah dihancurkan oleh para Nabi itu sebelumnya. Mereka pelihara berhala-berhala itu. Mereka ubah
pengajaran dan syariah para Nabi. Mereka campurkan ke dalamnya berbagai macam bidah (= mengada-ngada - Peng.) dan ajaran jahiliyyah,
taqlid-taqlid ( membuta-tuli pent.) yang dusta, kisah-kisah yang karat. Mereka campur baurkan ajarannya dengan undang-undang
yang dibuat oleh manusia yang terbit dari dirinya sendiri. Sehingga selepas berabad lamanya orang tiada mengetahui lagi cara
untuk membedan petunjuk para Rasul dan syariat mereka yang asal dengan apa yang dibaurkan ke dalamnya oleh pengikut yang datang
keinudian . Dengan demikian, pada pertengahan riwayat perjalanan agama itu hilanglah hal-ehwal dan sejarah hidup para Nabi
yang sebenarnya. Sehingga tiada tinggal lagi pada manusia sesuatu yang boleh diperpegangi dan di percayai mengenal Nabi-nabj
itu.
Meskipun demikian, penjuangan dan usaha para Nabi itu tidak hilang seluruhnya. Masih ada tinggal lagi sebahagian
kebenaran dan yang haq pada setiap ummat, meskipun pengajaran Nabi itu telah dicampurbaurkan dan telah diubah mengikut kehendak
mereka sendiri.
Sesungguhnya telah bersebarlak aqidah mengenai Allah dan tentang kehidupan akhirat pada semua ummat
mengikut sesuatu gambaran. Dan sejahteralah dunia ini pada umumnya dengan suatu kumpulan asas kebajikan, kebenaran dan akhlaq.
Setiap Nabi mendidik ummatnya dan menjadikannya berkeadaan baik kerana menerima yang haq. Sehingga kemungkinan untuk melingkupi
seluruhnya, dari suatu kepada suatu sudut yang lain, dengan satu agama sahaja. Dan adalah ia satu agama untuk seluruh manusia,
tanpa berbeza antara berbagai ummat yang beragam-ragam itu.
Demikianlah, kami telah terangkan kepada anda sebelum ini
bahawa Allah tidak mengutus kepada tiap-tiap ummat melainkan Rasul-rasul yang khas untuk mereka, dan kepada ummat itulah terhingga
dawah mereka. ini disebabkan kerana ummat-ummat pada masa itu berlainan, tiada bercampurbaur di antara mereka. Setiap umat
terikat dengan sempadan buminya. Dan adalah sukar dalam keadaan seperti itu untuk menyebankan kepada semua ummat dan semua
bangsa di muka bumi ini pengajaran yang sama yang melingkupi seluruhnya dan yang mempersatukan. Tambahan lagi, bahawa keadaan
setiap ummat itu berlainan antara yang satu dengan yang lain. Dan kejahilan berperingkat-peringkat pula di berbagai bahagian
bumi, sehingga kebinasaan yang muncul daripada kejahilan dalam itikad dan akhlaq ini mempunyai gambaran yang berbeda pada
tempat-tempat dan masa-masa yang berlainan.
Kerana semua inilah makanya kepada setiap ummat di bumi ini dikirim Rasul
yang menumpukan perjuangannya untuk mengajar dan mencerdaskan sesuatu ummat yang khas menuju kepada jalan yang benar, menumpas
sangkaan salah, dan - sebagai gantinya - menyebarkan di kalangan ummat itu fikiran-fikiran sihat sedikit demi sedikit. Dibendungnya
mereka daripada jalan yang batal. Ditunjukinya mereka untuk mengikut undang-undang yang adil yang tinggi nilainya. Didiknya
peribadi-peribadinya seperti seorang ibu mendidik anak-anaknya yang kecil. Tiada seorangpun mengetahui selain Allah berapa
ribu tahun telah berlalu pendidikan manusia di bumi menurut cara ini, sehingga kemanusiaan itu sampai kepada suatu peringkat
dalam perjalanan masa, yang ia telah melampaui masa kanak-kanaknya dan mulai masuk ke hari dewasanya. Dan meningkat naik dalam
berbagai lapangan serta mencapai kemajuan dalam industri dan perniagaan di antara berbagai daerah. Dan jadilah manusia itu
melakukan perlawatan dan Negeri Jepun dan Cina ke Negeri Eropah dan Afrika yang jauh melalui jalan laut dan darat. Berkembanglah
penulisan pada kebanyakan bangsa. Bersebarlah padanya ilmu pengetahuan, terjadilah tukar menukar pandangan, fikiran dan tajuk-tajuk
ilmiah dalam bidang mi. Dan muncullah di muka bumi ini penakluk-penakluk dan tokoh yang berkuasa yang menaklukkan negeri-negeri
jirannya. Mereka menyusun empayar-empayar besar di muka bumi yang melingkupi bukan hanya satu negeri, yang di ke arah kerendahan
dan kehinaan. Dan adalah ummat ini dalam abad ke enam Masehi sedang berada dalam melepaskan diri dengan sempurna daripada
kesan-kesan kejahatan yang tersebar di kalangan bangsa-bangsa dunia lainnya yang bertamaddun. Padanya ada sifat-sifat kemanusiaan
sejagat yang mungkin dimiliki oleh sesuatu ummat yang tidak dibinasakan oleh kemewahan dengan segala bencananya, Bangsa Arab
mempunyai sifat berani, mahu ke depan, tidak gentar dan takut, pemurah, pemegang janji, merdeka berfikir dan berpandangan,
menyukai kemerdekaan dan kebebasan, mereka dulukan kemerdekaan dan kebebasan itu daripada sesuatu yang lain, kuduk mereka
tidak tunduk kepada bangsa asing, dalam urat-uratnya mengalir jiwa perjuangan mati matian untuk mencapai cita-cita. Mereka
hidup tiada mengenal kemewahan dan kesenangan. Memanglah tiada diragukan bahawa pada mereka banyak kejahatan - kemungkaran.
Tetapi pokok-pangkal kejahatan itu kerana kesunyian daripada pimpinan Rasul Allah sejak seribu lima ratus tahun, dan tiada
pemimpin yang memberikan mereka yang berjuang meninggikan budi pekerti mereka dan yang mengajar mereka tamaddun dan kemajuan.
Kejahilan telah tersebar di kalangan mereka disebabkan mereka hidup dalam kebebasan di kawasan gurun berabad-abad lamanya.
Kehampaan mereka telah sampai kepada peringkat kejahilan kerana tiada seorangpun sejak dahulu yang menghaluskan sifat-sifat
mereka dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kebinatangan untuk menuju cahaya kemanusiaan.
Tetapi, meskipun demikian
keadaannya, mereka boleh menengak dan mendudukkan dunia andaikata ada seorang tokoh yang bijak yang memperbaiki dan mengajari
mereka, dan mereka akan mengikut kesan-kesan dawahnya dan pengajarannya dengan ini. Kepada ummat yang muda, yang berani, yang
mahu kedepan seperti inilah keRasulan sejagat sangat berhajat untuk menyebarkan kalimahnya, dan untuk menyebarkan dawahnya
di seluruh sudut dan pelusuk dunia.
Kemudian, layangkanlah pandangan anda kepada Bahasa Arab. Apabila anda membaca
bahasa ini dan anda pelajari kesusasteraanya nescaya nyatalah bagi anda tanpa sedikit pun keraguarn, bahawa tidak mungkin
di dunia ini ada satu bahasa yang lebih menasabah daripada bahasa ini untuk mengeluarkan fikiran-fikiran yang tinggi, menjelaskan
makna makna ilmu ketuhanan yang halus-halus dan mengesankan ke dalam kalbu. Dengan sedikit ayat bahasa ini ia boleh menerangkan
tajuk-tajuk penting, dan memberi kesan yang mesra ke dalam hati.
Bahasa yang seperti inilah yang diperlukan oleh makna
makna Al-Quran Al-Karim.
Adalah daripada hikmah Allah yang halus dan kurnia Nya yang rnelingkupi seluruh hambanya bahawa
Ia memiih bumi Arab daripada bumi lainnya bagi menurunkan ke Nabian sejagat.
Marilah kami terangkan kepada anda, apa
yang dilaku kan oleh tokoh yang telah dilantik oleh Allah Taala menjadi Nabi yang tiada taranya di dunia ini.
TETAPNYA KENABIAN MUHAMMAD SA.W.
Tujukanlah pandangan anda kepada masa sebelum 1400 tahun yang lalu dalam perjalanan sejarah perkembangan manusia.
Pada masa itu anda tiada akan menjumpai telegram, radio, keretapi, mobil, dan tidak juga percetakan. Pada masa itu tiada terbit
akhbar, majalah, kitab-kitab tiada tersebar, dan tidak didapati kemudahan perlawatan Seperti yang kita jumpai pasa masa ini.
Setiap orang yang hendak pergi melawat dari satu rantau ke rantau yang lain akan menghabiskan waktu berbulan-bulan lamanya.
Dan Negeri Arab pada masa itu seolah-olah kawasan yang terasing daripada kawasan dunia lainnya. Benar, memang disekitarnya
terbentang negeri-negeri Parsi, Rumawj dan Mesir. Tetapi gunung dan gurun-gurun yang melingkunginya telah memutuskan Negeri
Arab daripada semua negeri ini.
Benar, para pedagang Arab telah pergi berniaga ke negeri ini di atas belakang unta-unta
mereka. Mereka menghabiskan waktu berminggu-minggu dan berbulan-bula untuk menjelajahi negeri-negerj itu. Akan tetapi matlamat
dan maksud perlawatan ini adalah berjualbeli berbagai benda.
Adapun Tanah Arab sendiri, negeri itu tidak mengenal tamaddun
yang tinggi. Padanya tidak ada sekolah, tidak ada perpustakaan, tiada penyebaran ilmu dan pengajaran di antara manusia. Mereka
yang tahu membaca dan menulis dapat dihitung dengan jari. Dan pengetahuan mereka akan tulis-bacaan itu belum dapat menolong
mereka menyedut ilmu pengetahuan yang ada di luar negeri mereka pada masa itu. Pada mereka tiada pemerintah yang mengambil
berat atas persatuan tiada undang-undang yang memerintah dan melarang. Setiap kabilah adalah kelompok yang berdiri sendiri.
Mereka memaksa manusia. Mereka merampas harta manusja dengan bebasnya. Mereka menumpahkan darah di dalam perang saudara yang
berlaku sepanjang zaman. Mereka tidak - menghargaj jiwa manusia. Jika ada saja sedikit alasan mereka akan membunuh sesamanya
dan mereka kuasai hartanya. Mereka tidak disentuh oleh tamaddun. Kejahatan, perbuatan mungkar, arak dan judi adalah permainan
di pasar-pasar Mereka sebarkan kejahatan di antara mereka tanpa malu segan, sehinggakan perempuan mereka melakukaf tawaf di
Baitullahi-Haram dengan berbogel. Mereka tiada mengenal haram dan halal. Mereka hidup begitu bebas sehingga tidak terikat
kepada sesuatu kaedah. Tidak terikat kepada undang-undang dan tidak kepada norma-norma budi pekerti. Mereka enggan patuh dan
tunduk kepada seseorang pemerintah. Tambahkanlah kepada ini semua, bahawa kejahilan telah menghunjamkan akarnya di tengah-tengah
mereka. Mereka mengibadati berhala dan sujud kepadanya. Apabila mereka melawat dan singgah di sesuatu tempat, dan mereka jumpai
di situ batu yang indah, mereka mengambilnya dan menjadikannya tuhan untuk diri mereka, lalu mereka tunaikan hajat beribadat
dan mereka sujud kepadanya. Maka, kuduk yang enggan tunduk kepada seseorang manusia, menundukkan diri kepada batu-batu dan
berhala-berhala. Mereka sangka batu-batu ini boleh menunaikan keperluan mereka, dan boleh memastikan terujudnya cita-cita
dan harapan mereka.
Di tengah-tengah kaum yang serupa ini, yang hidup dalam keadaan semacam ini dilahirkanlah seorang
anak yang telah kematian ayah sebelum ia lahir. Kemudian ibunya pula meninggal dan juga datuknya tatkala ia masih kecil. Ia
mendapat pendidikan tidak sebagaimana mestinya jika ibu baparnya ada, justru di dalam keadaan yang amat diperlukan seperti
itu. Pada waktu kecil ia menggembala kambing seperti teman-teman sebayanya anak-anak Arab yang lain. Tatkala ia menjadi pemuda
ia melakukan pekerjaan berniaga. Dan tiadalah majlisnya, pergaulannya dan lingkungannya melainkan dengan orang-orang Arab,
orang-orang yang telah kita perkatakan hal-ehwalnya. Ia buta huruf, tiada mengenal baca dan tulis. Tetapi adatnya, akhlaqnya,
sikap dan fikinannya amat berlainan dengan adat, akhlaq, sikap dan fikiran kaumnya. Ia tidak pernah berdusta jika berkata.
Ia tiada pernah menyakiti seseorang dengan tangan atau dengan lidahnya. Kelakuannya lemah-lembut. Sikapnya halus. Bahasanya
indah. Pada kali pertama orang berjumpa dengannya nescaya orang mengasihinya dan bersimpati kepadanya. Ia tiada pernah mengambil
sesuatu dan seseorang dengan jalan yang tidak baik meskipun ia miskin. Ia bersifat sangat-sangai amanah, benar dan suci. Ia
menjadikan banyak anak-anak kaumnya mempercayakan kepadanya harta mereka yang berharga. Mereka pertaruhkan harta itu kepadanya
sendiri. Seluruh manusia percaya akan ucapannya. Mereka percaya akan amanahnya. Dan inilah yang mendorong mereka untuk memberinya
gelar Al-Amin ( orang kepercayaan - pent.) Ia pemalu, tiada dibukanya badannya di hadapan orang lain setelah usianya mencapai
remaja. Jiwanya murni, ia segera menjauhi kejahatan dan kekejian meskipun ia dilahirkan di tengah-tengah dan bergaul sepanjang
hayatnya dengan orang-orang jahat dan keji. Ia pembersih dan kemas dalam setiap kerjanya. Hatinya suci. Hatinya sakit ketika
dilihatnya kaumnya menggagahi manusia dan menumpahkan darah. Ia mengusahakan perdamaian di antara sesama mereka manakala api
peperangan dan pertempuran mulai hendak berkobar. Ia pengasih, penyayang dan lembut kelakuannya. Ia berbahagi penderitaan
dengan mereka apabila cubaan datang menimpa Ia menolong anak yatim dan janda. Ia memberi makan orang kelaparan. Ia menjamu
para musafir. Dimuliakannya mereka dan dihindarkannya kesusahan dan kesukaran dan mereka. Hatinya cerdas. Fitrahnya cerah.
Ia membenci pengibadatan berhala dan patung-patung meskipun ia mempergauli kaum yang keberhalaan telah menjadi fitrahnya yang
kedua dan menjadi agama yang dipusakai dan nenek moyang dulu dulu. Kepalanya tiada tunduk kepada suatu makhluk apa juga, kerana
seolah-olah hatinya mengatakan bahawa tiap tiap yang ada di bumi dan di langit tiada berhak diibadati. Dan bahawa bagi Allah
yang esa tiada dan tidak mungkin mempunyai sekutu. Maka bersinar-sinarlah lelaki itu di antara kaumnya yang jahil, seperti
bersinarnya permata mulia tengah-tengah batu yang banyak, atau seperti bersinarnya lampu di tengah kegelapan malam.
Setelah
ia hidup di antara kaumnya secara bersih dan terhormat, sampailah umurnya empat puluh tahun, terasa sempit di tempat yang
gelap, seolah-olah tekanan datang dan segenap pihak. Ia hendak lepas daripada lautan kehayalan yang dalam, daripada kekelamkabutan,
daripada keruntuhan akhlaq dan amal, daripada syirik dan keberhalaan. Pada semua itu tiada dijumpainya sesuatu yang sesuai
dengan fitrahnya. Ia pun keluar dan Makkah. Dihabiskannya hari-hari yang panjang di alam penyendirian dan sunyi sepi. Dibersihkannya
jiwa dan kalbunya dengan beribadat pada malam hari, menjauhi berhala dan mengalami lapar. Ia bertekun mencari cahaya yang
akan memecah kegelapan pekat yang melingkupi kaumnya. Ia menghendaki sesuatu yang dengannya akan diperbaikinya dunia yang
penuh dengan dorongan kekotoran, kebinasaan dan kekelamkabutaan.
Di sana, berlakulah perubahan keadaannya. Hatinya
disinari cahaya yang memancar daripada nur yang dirindui oleh fitrahnya. Dan penuhlah ia dengan kekuatan yang belum pernah
datang kepadanya sebelum itu. Maka keluarlah ia dan kesepian gua, datang kepada kaumnya dan menyeru mereka: Bahawa sesungguhnya
berhala yang kamu sembah itu dan yang kamu bersimpuh di hadapannya tidak memberi mudrat dan tidak membeni manfaat kepada kamu.
Tinggalkanlah patung-patung itu. Bahawa bumi, bulan, bintang bintang dan segala kekuatan yang ada di langit dan di bumi, tiada
diciptakan melainkan oleh Allah sendiri. Ialah yang menciptakan kamu. Ialah yang memberi kamu rezki. Ialah yang mematikan
kamu, kemudian menghidupkan kamu. Jangan kamu mengabdi kepada selainNya. Dan jangan kamu minta tolong melainkan kepadaNya.
Jangan kamu minta tolong melainkan kepadaNya. Jangan kamu menuntut keperluan kamu melainkan daripadaNya. Dan adalah dosa perbuatan
mencuri, merompak, melakukan kekejian, minum arak dan main judi. Hentikanlah perbuatan-perbuatan itu. Hendaklah benar dalam
berkata dan jujur dalam berbuat. Berlaku adilah kamu. Jangan kamu membunuh manusia melainkan secara hak. Jangan gagahi harta
manusia. Jangan kamu ambil sesuatu dan jangan kamu beri seseorang melainkan dengan cara yang hak. Kamu semua adalah manusia.
Dan manusia semuanya sama. Kemuliaan dan kelebihan bukan dicapai dengan keturunan, dengan warna kulit, dengan pakaian, dan
tidak pula dengan harta dan kekayaan. Kemuliaan dan kelebihan hanya dapat dicapai dengan taqwa, berbuat baik dan kebajikan.
Barangsiapa yang berbuat baik bertaqwa kepada Allah dan mencegah dirinya daripada kejahatan, maka dialah yang mulia dan yang
sempurna kemanusiaannya. Dan siapa yang tidak demikian maka ia tidak sedikitpun memiiki kemuliaan dan kelebihan, dan tiada
tempat baik baginya diakhirat. Semua kamu akan dihimpunkan di hadapan Tuhanmu selepas kehidupan kamu di dunia ini. Tiada syafaat,
persahabatan dan rasywah boleh memberi manfaat kepada kamu di hadapan mahkamahNya yang adil. Jangan kamu kemukakan keturunan
kamu di hadapanNya. Yang memberi manfaat kepada kamu di saat itu hanyalah iman dan amal salih kamu. Setiap orang mumin di
antara kamu yang beramal salih akan masuk jannah, dan siapa yang tidak berbuat demikian akan memperoleh kerugian yang nyata
dan akan menjadi penghuni neraka.
Tetapi kaumnya mulai menyakitinya. Bukan kerana sesuatu melainkan kerana ia telah
merendahkan resam jahiliyyah yang diwarisi dan datuk nenek, dan kerana dicegahnya manusia daripada mengibadati berhala dan
patung-patung, kerana diserunya mereka menyerahkan din kepada Allah sendirinya. Kerana itulah mereka siksa dia, mereka maki,
mereka hinakan dan mereka lontar dia dengan batu, mereka cekik lehernya, mereka cadangkan membunuhnya. Dan sentiasalah mereka
meningkatkan siksaan demi siksaan ke atasnya. Sehingga terpaksalah Nabi sa.w. berhijrah dan kampung halamannya setelah tiga
belas tahun berjuang. Meskipun demikian, mereka tidak juga menghentikan pengkhianatannya. Dan sentiasa mereka menimpakan penderitaan
dan penekanan ke atasnya di negeri tempatnya pergi meski pun ia telah meninggalkan kampung halamannya.
Mengapakah hamba
yang salih ini tahan menanggung semua penderitaan dan musibah yang ditimpakan oleh kaumnya, dan bersabar atas segalanya? Ini
dialaminya kerana ia hendak mengajar mereka jalan haq lagi lurus. Mereka telah mencabarnya untuk menjadikannya raja ke atas
mereka. Atau mereka himpunkan baginya harta, sehingga orang lain akan memilih menjadi kaya dengan meninggalkan pekerjaan menyeru
manusia kepada Allah. Tetapi, ia menolak semua itu dengan sungguh-sungguh. Ia enggan melainkan meneruskan perjuangan dawahnya.
Apakah mungkin ada di dunia seorang lelaki yang lebih baik, lebih benar dan lebih mulia daripada Muhammad Sallallahu alaihi
Wasallam?
Sesungguhnya, ia tidak menahankan semua kepedihan dan kesakitan ini untuk dirinya sendiri, tetapi untuk kebaikan
hamba Allah yang lain. Mereka melontarnya dengan batu dan menyumpahnya dengan kata-kata kotor tetapi ia tidak mendoakan mereka
melainkan dengan kebaikan.
Kemudian, berfikirlah sedikit mengenai perubahan besar yang berlaku selepas beliau keluar
dan gua. Adapun perkataan yang disampaikannya kepada manusia adalah perkataan yang indah, penuh kefasihan dan tinggi nilai
kesusasteraannya, sehingga tidak seorang pun sebelum dan sesudahnya sanggup membuat seperti itu. Seperti anda ketahui, orang
Arab itu berbangga dengan syair, pidato dan kefasihan berucap. Maka Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam mencabar mereka untuk
menyusun satu surat yang bernilai sama dengan kalam Tuhan yang disampaikannya. Ia membuat mereka menjadi lemah, kepalanya
terkulai, kerana tiada sanggup menyusunnya. Yang lebih mengherankan lagi ialah, bahawa lisan yang dipergunakannya dan yang
dengannya diucapkannya perkataannya sendiri dan pidato-pidatonya kepada manusia tidak dapat menandingi lisan kalam Allah dalam
nilai kesusasteraan dan kefasihannya. Jika anda membuat perbandingan antara kalam Allah dengan khutbah Nabi, dengan hadith
dan perbualannya dengan manusia, nyatalah bagi anda adanya perbedaan yang terang dan jelas antara keduanya.
Telah teranglah,
lelaki yang ummi ( tak tahu tulis-baca.-pent.) ini - s.a.w. - yang dilahirkan dan tinggal sepanjang hayatnya di gurun pasir
di kalangan mereka yang buta huruf, mengemukakan hikmah-hikmah dan nasihat-nasihat yang tidak pernah diucapkan oleh seorangpun
sebelumnya, dan tiada sanggup seorangpun bercakap demikian sesudahnya. Bahkan manusia tidak pernah mendengarnya dan lidah
lelaki itu sendiri sebelum beliau mencapai usia 40 tahun.
Demikian juga, lelaki yang ummi ini - s.a.w. - telah melahirkan
undang-undang mengenai akhlaq, masyarakat, politik, dan mengenai seluruh perilaku kemanusiaan, yang membuat para ulama yang
handal-handal dan para failasuf yang besar-besar hampir-hampir tiada memperoleh hikmah dan rahsianya meskipun mereka mempunyai
pandangan jauh dan pengalaman hidup, melainkan setelah menghadapi banyak kesukaran. Bahkan, sampai kepada masa yang akan datang
pun masih banyak lagi akan tersingkap hikmah dan maksud undang-undang yang dibawanya itu, mengikut kadar penyelidikan mereka
sepanjang perjalanan zaman.
Lelaki yang ummi ini telah mengeluarkan undang dan lebih dan tiga belas kurun yang lampau.
Tetapi, sampai dewasa ini tiada dijumpai satu tempat pun yang perlu kepada perubahan dan penukaran pandangan, atau sesuatu
yang mungkin dihilangkan atau digugurkan dan tempatnya. Dibanding dengan undang-undang ciptaan manusia, ia dicipta kan berkali-kali
dan dipinda berkali-kali.
Dalam masa dua puluh tiga tahun yang singkat, banyak seteru yang tadinya menentang beliau,
berpakat hendak membunuhnya, dan sentiasa berusaha menyakitinya, menjadi kawan-kawan yang setia kepadanya sampai kepada jiwanya
sekali. Semua ini boleh berlaku adalah kerana kelebihan akhlaqnya, kemuliaannya, kehormatannya dan pengajarannya yang agung.
Telah berdiri di hadapannya orang kuat, besar dan gagah, maka dipecahkannya kumpulannya dan jadilah orang kuat itu kecil di
hadapannya. Dan tatkala ia ménang ke atas mereka, ia tiada mendendam kepada sesiapapun. Bahkan mereka diperlakukannya dengan
baik kerana sifat kelebihannya, kemuliaannya dan kemurahannya. Diampunkannya orang yang membunuh bapa-saudara dan saudara
sesusunya, Hamzah bin Abdul Muttalib, yang mereka koyak perutnya dan mereka kunyah jantungnya. Dilimpahkannya keampunan dan
kemaafan melingkupi orang-orang yang telah melemparinya dengan batu dan yang telah mengusirnya dan kampung halamannya. Ia
tiada menipu sesiapa. Ia tiada memecahkan janji. Dan ia tiada menganiaya manusia dalam peperangan. Yang demikian itu dibuatnya
ketika musuh rnusuhnya menuduhnya berkhianat, aniaya dan memecahkan janji. Dalam keadaan sedemikian, tanpa mengharap balas
ia berjuang untuk mengeluarkan mereka - dengan pengajaran dan petunjuknya - daripada kelam kejahilan dan keburukan. Dijadikannya
mereka ummat yang bersatu terikat dalam peraturan dan organisasi. Orang Arab yang dulunya tidak pernah terikat kepada undang-undang
dijadikannya suatu ummat yang benar-benar mematuhi peraturan dan undang-undang yang tiada dijumpai tandingannya dalam sejarah
dunia. Mereka yang tidak pernah mahu tunduk kepada perintahnya, dijadikannya tunduk kepada negara besar yang untuknya mereka
bersedia mengorbankan nyawa dan hartanya. Mereka yang tidak sedikitpun berakhlaq dan beradab dimurnikannya adab mereka dan
dihaluskannya akhlak mereka, sehingga dunia hari ini menunjukkan keheranann tatkala membaca peristiwa dan keadaan mereka dalam
kitab kitab sejarah. Mereka yang tadinya merupakan ummat rendah dan lemah, berkat kesan pengajaran dan dawah lelaki ini lebih
kurang 23 tahun lamanya, telah mencapai kekuatan yang menggetarkan Negara Parsi, Romawi dan Mesir. Maka berdirilah mereka
mengajar dunia tentang kemuliaan, kemajuan, akhlaq dan kemanusiaan. Dan bersebarlah mereka pelusuk-pelusuk Asia, Afrika dan
Eropah menyebarka ajaran Islam dan syariahnya.
Itulah dia kesan-kesan yang ditinggalkan oleh tokoh ummi sa.w. di dalam
diri bangsa Arab. Adapun apa yang dilakukan oleh ajaran ini ke dalam diri seluruh bangsa-bangsa di bumi sesungguhnya lebih
banyak lagi daripada ini lebih menunjukkan keajaiban. Ia telah menimbulkan revolusi besar kepada pemikiran penduduk bumi,
dan kepada kebiasaan serta undang-undang mereka.
Apabila anda tujukan pandangan ke arah mereka menolak mengikutinya,
mereka yang menyalahi perintahnyq dan mereka yang menzahirkan perseteruan terhadapnyq lebih-lebih lagi daripada mereka yang
mengikutinya dan menjadikannya contoh bagi diri mereka, anda jumpai mereka ini tiada sanggup mempertahankan diri daripada
terkesa oleh pengajaran lelaki ini.
Ketika dunia telah lupa mengesakan Tuhan datang tokoh ummi - sa.w. - mengingatkan
mereka semula, sehingga agama penyembah berhala dan musyrikin pada hari ini tidak jauh daripada anutan mentauhidkan Allah
Taala. Demikian juga, dasar-dasar akhlaq dan adab yang diajarkannya kepada manusia adalah sangat kuat, sehingga memberi kesan
dan sentiasa memberi kesan kepada akhlaq dan adab seluruh bangsa-bangsa di dunia. Demikian juga dasar-dasar yang telah diletakkannya
dalam undang-undang, politik, tamaddun dan kemasyarakatan, berkenaan dengan kesalahan, kebenaran dan kerapian, menjadikan
pihak lawan dan orang yang mengingkari kebenaran ucapannya, mengambil faedah dan mencuri daripadanya, bahkan mereka sentiasa
mengambil faedah dan mencuri daripadanya sampai kepada hari ini.
Sebagaimana kami terangkan terdahulu, lelaki ini tidak
muncul melainkan beserta fitrah, di tengah-tengah suatu ummat yang telah tenggelam di dalam kejahilan dan kegelapan. Pekerjaannya
sampai umur 40 tahun hanyalah menggembalakan kambing atau berniaga. Ia tiada mendapat pengajaran dan pendidikan. Bagaimanakah
boleh berkumpul padanya sifat-sifat kesempurnaan dengan sekali gus selepas umurnya sampai 40 tahun? Dan manakah datang kepadanya
pengetahuan dan ilmu? Dan manakah diperolehnya kekuatan yang luar biasa?
Anda lihat dia menjadi pemimpin yang tiada
tandingannya di kalangan pemimpin-pemimpin tentera. Anda lihat dia menjadi hakim yang mahir di antana hakim-hakim. Anda lihat
ia pencipta undang-undang yang luarbiasa di antara penggubal-penggubal undang-undang. Ia seorang failasuf yang handal di antara
para failasuf, pembangun akhlaq dan tamaddun yang menonjol di antara pembangun-pembangun lainnya, ahli politik yang bijak
di antara tokoh-tokoh politik semasa.
Kemudian, anda saksikan pula ia menyembah Tuhannya beberapa jam yang panjang
pada waktu malam meskipun banyak melakukan pekerjaan penting pada siang harinya Demikian juga, anda lihat ia menunaikan hak-hak
isteri isterinya, anak-anaknya dan teman-teman sepergaulann Ia berbakti kepada fakir dan miskin. Dibantunya orang-orang yang
berhajat dan anak-anak yatim. Ia tiada hidup melainkan mengikut cara orang fakir meskipun ía boleh mendapat harta yang banyak.
Ia tidur di atas tikar. Ia memakai kain kasa Ia memakan daging keras. Bahkan, kadang-kadang berhari-hari beliau tiada makan
apa-apa.
Selepas beliau melakukan perkara-perkara besar ini andaikata ia mengatakan kepada manusia: Aku tidak seperti
kamu, aku lebih tinggi daripada jenis nescaya tak seorangpun manusia yang mendustakannya menolak dakwaanya itu. Tetapi beliau
tidak berkata demikian. Beliaupun tidak mengatakan bahawa perkara-perkara yang luarbiasa ini lahir dan dirinya sendiri. Bahkan
beliau sentiasa berkata: Bahawa tiada satupun perkara istimewa itu lahir dan diriku; segala-gala yang ada padaku adalah bagi
Allah dan datang daripada Allah; dan bahawa perkataan yang aku sampaikan kepada kamu ini, yang jin dan manüsia tidak sanggup
membuat sepertinya bukan datang dan diriku seni ia bukan buah fikiranku dan bukan natijah semulajadiku bahkan ia adalah kalam
Allah, segala kelebihan hendaki dikembalikan kepada Allah sendiriNya; dan setiap amal yang kulakukan bukanlah danipada kemampuan
peribadiku tetapi Allah Taalalah yang telah menyetujuiku berbuat demikian; aku tidak akan berbuat sesuatu dan aku tidak mengatakan
sesuatu melainkan sekadar apa yang disuruh kepadaku oleh Tuhanku.
Kemudian, cuba anda katakan kepadaku: Mengapa kita
tidak beriman kepada orang benar seperti ini, dan tidak percaya bahawa dia adalah Nabi yang diutus dan sisi Allah Taala? Cuba
anda perhatikan perkara-perkara ini. Pada satu pihak: Sebelum dan sesudahnya, kemanusiaan tiada mendapat kehormatan dengan
kedatangan seorang lelaki yang seumpama dalam kebenaran dan amanahnya. Pada pihak lain: Ia tidak berbangga dengan apa yang
disebarkannya. Ia tidak mencari pujian ke atas dirinya dengan mengatakan bahawa yang diperbuatnya itu timbul dan pihak dirinya.
Ia memulangkan semuanya kepada Allah yang telah mengurniai nya kemuliaan.
Selepas itu, mengapakah tidak kita benarkan
apa yang dikatakannya? Mengapa kita dustakan ketika ia berkata:
Bahawa segala kemampuan dan sifat kesempurnaan ini
seluruhnya datang daripada Allah; dengan mengatakan kepadanya: Bahawa semua itu datang dan dirimu dan tumbuh dan otak dan
fikiranmu!
Bahawa lelaki yang benar dan dipercayai itu enggan mengakui bahawa segala kebaikan yang didatangkan kepadanya
dan diperbuatnya berasal dan dirinya sendiri, sedangkan ia dapat mengakuinya dengan mudah, kerana tiada seorang pun tahu darimana
sumbernya. Andaikata ia mendakwa bahawa ia memiiki keperibadian lebih tinggi daripada manusia umum, tiada seorangpun yang
sanggup membantah dakwaannya itu. Adakah manusia lain yang lebih benar daripada lelaki ini, lebih dipercayai dan lebih suci?
Amboi!
Tokoh yang benar ini ialah junjungan dan Penghulu kita Muhammad ibnu Abdullah sa.w. Kebenarannya adalah dalil bagi keNabiannya.
Sesungguhnya amalnya Yang mulia dan akhlaqnya yang tinggi, segala yang berlaku dalam kehidupannya yang baik itu, semuanya
disebutkan dalam kitab-kitab sejarah, ternukil di dalamnya. Setiap yang membacanya dengan kalbu yang sihat, orang yang hendak
mencari yang hak dan kebenaran, tanpa sangsi hatinya menyaksikan bahawa beliau - s.a.w - adalah Nabi diutus dan sisi Allah
Taala. Dan bahawa kalam yang disampaikannya kepada kaumnya adalah Al-Quranu Al-Karim yan kita baca sekarang ini. Setiap orang
yang membacanya dengan hati terbuka dan memahami maknanya mesti mengakui bahawa ianya adalah kitab yang diturunkan daripa
Allah Taala. Dan bahawa tiada seorangpun manusia yang boleh mendatangkan yang seperti itu.
KESUDAHAN KENABIAN
Setelah anda mengetahui semua ini, sewajarnya apda sekarang mengetahui bahawa tiada jalan untuk mengenal Islam dan
mengenal jalannya yang lurus melainkan pengajara Nabi s.a.w. dan Al-Quranu l-Karim.
Muhammad sa.w. adalah Nabi yang
diutus kepada ummat manusia seluruhnya. Dengan kehadirannya selesailah silsilah wahyu, keNabian dan keRasulan. Allah Taala
telah menyampaikan dengan perantaraan Muhammad s. a. petunjuk dan cahaya yang hendak disampaikanNya kepad manusia. Setiap
orang yang mencari kebenaran dan yang mahu menjadi hamba yang menyerahkan dirinya kepada Allah Taala, mestilah beriman dengan
tokoh yang menjadi kesudahan segala Nabi, dan menundukkan diri setunduk tunduknya kepada petunjuk dan keterangan yang diturunkan.
kepadanya, dan hendaklah ía mengikut jalannya.
DALIL-DALIL MENGENAI KESUDAHAN KENABIAN
Apabila anda telah mengetahui hakikat keNabian, nyatalah bahawa Nabi-nabi itu tidak dilahirkan setiap hari. Dan bukanlah
suatu kemestian bahawa bagi setiap ummat ada Nabi pada setiap masa.
Sesungguhnya kehidupan Nabi itu adalah kehidupan
petunjuk dan pengajaran yang dibawanya. Ia hidup selama petunjuknya hidup. Nabi-nabi yang terdahulu telahpun mati, kerana
manusia telah menukar pengajarannya dan mencampur baurkannya dengan apa-apa yang mereka kehendaki mengikut hawanafsu mereka.
Dewasa ini tiada dijumpai lagi sebuah kitab dan kitab-kitab para Nabi dalam bentuknya yang asal, meskipun para pengikutnya
mengatakan bahawa mereka mempunyai kitab-kitab para Nabi itu dalam bentuknya yang asal.
Demikian juga, manusia telah
melupakan riwayat perjuangan para Nabi. Hampir-hampir mereka tidak mengetahui lagi riwayat yang benar yang boleh dipegang,
sehingga tidak mungkin lagi menentukan masa dan tempat mereka dilahirkan dan apa-apa yang mereka lakukan selama hayatnya.
Juga mustahil bagi manusia sekarang ini mengetahui bagaimana para Nabi itu menjalani hidupnya, apa yang mereka suruh dan apa
yang mereka tegah, demikian juga orang tidak tahu tentang kematiannya.
Adapun Nabi kita Muhammad s.a.w., sentiasa hidup
kerana petunjuknya tetap hidup. Al-Quranu l-Karim, kitab yang diturunkan Allah kepadanya sentiasa ada dalam tangan kita dengan
lafaznya yang asal. Perubahan tiada berlaku meskipun satu huruf atau satu noktah atau satu harakah Sajapun. Riwayat hidup
dan perjuangannya, semua perbuatan dan perkataannya s.a.w. dituliskan terpelihara dalam kitab kitab, meskipun telah berlalu
tahun-tahun yang panjang. Seolah-olah sampaipun dewasa ini kita melihat peribadi Nabi s.a.w. dengan mata kita sendiri. Kita
dengar perkataannya dengan telinga kita. Tiada seorang lelakipun yang telah dihafalkan orang peristiwa-peristiwa yang terjadi
dalam kehidupannya sebagaimana orang menghafal peristiwa peristiwa yang terjadi dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Adalah
mungkin bagi kita untuk mengikuti dan meniru contoh-contoh Nabi dalam setiap keadaan kehidupan kita pada setiap masa. Ini
adalah dalil bahawa pada hari ini tiada keperluan manusia lagi kepada seorang Nabi yang utus dan sisi Allah Taala di belakang
Nabi Muhammad sa.w.
Tiada akan diutus seorang Nabi melainkan kerana salat satu danipada tiga sebab yang berikut ini:
(1)
Bahawa pengajaran Nabi yang terdahulu telah menjadi kabur dan telah nyata keperluan manusia akan kedatangan seorang Nabi untuk
kali yang lain.
(2) Atau pengajaran Nabi yang terdahulu itu tidak sempuma, maka perlulah disempurnakan.
(3)
Atau pengajaran Nabi yang terdahulu itu tidak kepada suatu ummat yang khas, sedangkan ummat yang lain atau semua ummat berhajat
akan kedatangan Nabi yang diutus seperti itu.
Dewasa ini ketiga sebab itu tidak ada dijumpai:
(1) Pengajaran
Nabi Muhammad s.a.w. adalah hidup Di tangan kita sentiasa ada wasilah yang boleh kita pelajari pada setiap masa berkenaan
dengan agamanya s.a.w., mengenai setiap petunjuk yang dibawanya dan sisi Allah Taala dan mengenai setiap jalan kehidupan yang
dibentangkannya. kepada manusia, dan jalan-jalan apakah yang dilarangnya nianusa melaluinya. Jika petunjuknya sentiasa hidup,
maka tiadalah hajat kepada Nabi yang lain yang membaharuinya dan yang membentangkannya kepada manusia untuk kali yang lain.
(2)
Manusia telah mendapat pengajaran Islam yang sempurna dengan kenabian Muhammad s.a.w. Pada masa ini tiada keperluan lagi untuk
menambah atau mengurangi pengajaran itu. Juga tiada dijumpai sesuatu kelemahan yang boleh membuka jalan kepada kelahiran seorang
Nabi sesudahnya s.a.w. Dengan demikian gugur pulalah sebab yang kedua.
(3) Adalah kenabian Muhammad s.a.w. untuk seluruh
alam. Ia tiada terhad untuk sesuatu ummat sahaja, atau untuk sesuatu zaman sahaja. Oleh sebab itu tiada keperluan bagi sesuatu
bangsa untuk mendapat Nabi yang khas dan sisi Allah. Dengan demikian gugur pulalah sebab yang ketiga.
Oleh kerana itu
Nabi Muhammad s.a.w. dipanggilkan: Kesudahan segala Nabi. ini bererti: Ia adalah Nabi yang datang paling akhir.
Dunia
hari ini tidak berhajat kepada Nabi yang lain. Yang mereka perlukan ialah tokoh-tokoh yang mengikut jejak Nabi s.a.w. yang
menyeru manusia untuk mengikutinya, mereka yang faham akan petunjuknya s.a.w. dan yang mengamalkan petunjuk-petunjuk itu,
mereka yang mendirikan di muka bumi ini kedaulatan undang-undang yang didatangkan oleh Muhammad s.a.w. dan sisi Allah Taala.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|