FASAL PERTAMA
AGAMA ISLAM
MENGAPA AGAMA INI DINAMAI ISLAM
Ada pun bermacam-macam agama yang ada di muka bumi ini memperoleh namanya masing-masing ada kalanya dibangsakan
kepada nama seorang lelaki yang khas, atau kepada ummat yang tertentu yang menumbuhkan dan menyuburkan agama yang berkenaan.
Agama Masehi misalnya mengambil namanya daripada A1-Masih a.s. Agama Budha di ambil daripada nama pembawanya, Gautama Budha.
Dan agama Zarathustra dimasyhurkan demikian kerana pendirinya dan pembawa panji-panjinya bernama Zarathustra. Demikian juga
agama Yahudi muncul di atas pangkuan suatu kabilah yang dikenal dengan nama kabilah Yahuda, maka agama itupun dinamai Yahudi.
Demikian seterusnya.
Berlainan dengan agama Islam. Ia tidak dibangsakan kepada seorang lelaki yang khas dan tidak kepada
ummat yang tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat yang khas yang dikandung oleh makna perkataan Islam itu sendiri. Nyatanya,
nama ini tidak menunjukkan pembawa dan pengasasnya yaitu seorang lelaki di antara manusia. Ia bukan khas bagi ummat yang tertentu
melainkan seluruh bangsa-bangsa. Ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam. Siapa
saja yang bersifat dengan sifat ini, baik manusia zaman lampau atau manusia masa kini, ia adalah Muslim: juga orang yang berhias
dengannya pada masa depan adalah seorang Muslim.
MAKNA PERKATAAN ISLAM
Apabila anda memeriksa kitab-kitab kamus, anda akan mengetahui bahawa makna perkataan Islam ialah tunduk dan patuh
kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan. Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan
kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah.
HAKIKAT ISLAM
Adalah dimaklumi bahawa tiap sesuatu yang ada di alam ini tertakluk kepada kaedah tertentu dan undang-undang yang
khas. Matahari, bulan dan bintang-bintang menjalani peredarannya mengikut suatu kaedah yang tetap. Ia tidak menyimpang dan
kaedah itu dan tidak terkeluar meskipun sesimpul rambut. Bumi beredar di sekeliling kutubnya, tidak bergerak lebih daripada
kadar yang ditentukan baginya. Pergerakan dan perjalanan gerakannya tidak berlain dan tidak bertukar. Air, udara, cahaya dan
panas, semuanya berlaku mengikut peraturan yang khas. Benda-benda beku, tumbuh tumbuhan dan binatang-binatang, semuanya mengikut
cara yang tetap, tidak mengembang dan tidak menyusut, tidak hidup dan tidak mati melainkan dengan kehendak pengaturNya. Bahkan
manusia sendiri, apabila anda perhatikan ke adaannya, nyatalah kepada anda bahawa ia tunduk kepada ketentuan tabii sepenuhnya.
Ia tidak bernafas dan tidak merasakan hajatnya akan air, makanan, cahaya dan panas melainkan mengikut undang-undang tabii
yang berkenaan dengan hayatnya. Dan kerana adanya undang-undang inilah, dengan sendirinya hati manusia terpandu dalam gerak-gerinya,
dalam peredaran darahnya, dalam keluar masuk nafasnya. Kepadanya tertakluk seluruh anggota tubuhnya, seperti otak, perut,
paru-paru, urat-sarap, urat-urat daging, dua tangan, dua kaki, lidah, dua mata, hidung dan telinga. Segala pekerjaan yang
dilakukan oleh anggota-anggota ini tidak akan berlaku melainkan mengikut apa yang ditentukan oleh tabii. Mereka tidak akan
berbuat apa-apa melainkan sejauh jalan yang telah ditetapkan baginya.
Adapun undang-undang semesta, yang kepadanya
Seluruh alam maujud ini menyerah, dan tiada kuasa baginya menghindarinya, mulai danipada planet yang terbesar di langit, sampai
kepada butir pasir yang paling kecil di bumi, adalah ciptaan maha pemiik, maha agung dan maha berkuasa. Apabila setiap yang
ada dilangit, di bumi, dan di antara keduanya tertakluk kepada undang-undang ini maka alam seluruhnya tunduk kepada pemilik
yang maha berkuasa itu, yakni yang menciptanya; ia mengikut akan segala perintah Nya. Dan sudut ini, nyata bahawa Islam itu
adalah agama sejagat semesta, kerana Islam bermakna takluk dan mengikut segala perintah Maha Pemerintah dan menjauhi laranganNya
tanpa bantahan sebagai yang anda ketahui terdahulu. Mata hari, bulan dan bumi adalah benda-benda Muslim (yang menundukkan
din pent). Udara, air,cahaya, kegelapan dan panas adalah benda-benda Muslim. Pohon, batu dan haiwan adalah benda-benda Muslim.
Bahkan juga manusia yang tidak mengenal Tuhannya dan yang mengingkari ujudNya dan yang mengingkari tanda-tanda kebesananNya,
atau orang yang bertuhankan selain Allah, atau yang menyengutukan Tuhan dengan yang lainNya, adalah seorang Muslim dan segi
fitrah yang telah difitrahkan kepadanya. Yang demikian itu, kerana ia tidak dilahirkan, tidak hidup dan tidak mati melainkan
sesuai dengan apa yang telah digariskan Allah Taala di dalam undang-undang yang mengatur kelahirannya, yang mengatur hidup
dan matinya. Demikian juga, setiap anggota tubuhnya tidak menganut sesuatu agama melainkan agama Islam: kerana ia tidak terjadi,
tidak menjadi besar dan tidak bergerak melainkan mengikuti undang undang Tuhan itu sendiri. Bahkan pada hakikatnya, lidahnya
yang dipergunakannya untuk menzahirkan pandangan pandangan syirik (menyengutukan Tuhan pent.) dan kufur secara bodoh dan jahat,
tidak menganut agama dalam dirinya melainkan agama Islam. Demikian juga kepalanya yang memaksanya tunduk di hadapan yang lain
daripada Allah tidak menganut sesuatu agama melainkan agama Islam, mengikut fitrahnya yang telah difitrahkan ke atasnya. Demikian
juga hatinya yang mengaliri dirinya dengan cinta kepada selain Allah dan penghormatannya kepada kejahilan dan kejahatan, seluruhanya
ini adalah Muslim dan sisi fitrahnya dan semulajadinya. Maka semuanya itu telah Islam (tunduk pent.) kepada Allah dan mengikut
undang-undangNya.
Jika anda telah memahami ini marilah kita lihat pula dan sudut lain. Bagi manusia, dalam hidupnya
ada dua pihak yang berlainan:
Pertama: Ia tunduk kepada undang-undang fitrah, mengikutinya begitu sahaja. Yang lain,
kepadanya didatangkan akal, kekuatan berfaham ketelitian dan pandangan, maka ia menjadi Islam pada satu pihak dan ingkar pada
yang lain. Ia menyukai satu jalan dan membenci cara.yang lainnya. Diletakkannya dalam dirinya pengawal bagi sudut-sudut ke
hidupan yang bermacam-macam itu. Atau ia menerima peraturan-peraturan kehidupan yang diletakkan oleh orang lain. Ia tidak
terbelenggu di dunia ini. Bahkan ia mempunyai kemerdekaan berfikir dan memilih dalam pandangan dan perbuatan.
Ini adalah
dua golongan yang berlainan yang dijumpai dalam hidup manusia. Setiap orang mengikut apa yang ada padanya. Golongan yang pertama
adalah Muslim yang telah tercipta atas Islam dan telah terfitrah untuk melaziminya. Ia menyertai makhluk lain di alam ini.
Ini telah pun anda ketahui terdahulu.
Golongan yang lain, Islam atau tidaknya adalah dengan piihan. Dan pilihan ini
menyebabkan manusia tergolongan dalam dua golongan:
Manusia yang mengenal penciptanya, beriman kepada Nya sebagai Tuhan,
pemilik dan tuan bagi dirinya. Ia mengikuti undang-undang syaraNya di dalam kehidupan pilihannya (ikhtiyariyyah), sebagaimana
ia menurut kepada undang undang tabiiNya dalam kehidupan paksaannya (al-jabariah). Inilah orang Muslim yang sempurna, yang
telah menyempurnakan Islamnya, kerana kehidupannya sekarang telah menjadi Islam itu sendiri. Ia telah menundukkan diri secara
gemar dan taat kepada yang dipatuhinya dan yang ia terikat kepada undang-undangNya tanpa perasaan sebelumnya. Dan jadilah
ia sekarang secara qasad dan sengaja taat kepada Tuhannya, yang sebelum itu dipatuhinya tanpa qasad dan kemahuan. Dan jadilah
ilmunya itu benar, kerana ia mengenal Allah penciptanya dan Tuhannya yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan ilmu dan belajar.
Dan jadilah akalnya matang dan pandangannya kemas, kerana dia mengamalkan fikirannya, kemudian ia menetapkan hokum bahawa
ia tidak akan mengabdikan dirinya melainkan kepada Allah yang telah memberinya kemuliaan dengan kebijakan berfaham dan berfikir
di dalam perbagai perkara. Dan jadilah lidahnya benar, memperkatakan yang hak, kerana ia sekarang tidak berikrar melainkan
kepada Tuhan yang esa, ialah Allah yang maha tinggi yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan berucap dan berkata. Tiadalah
yang tinggal lagi sekarang di dalam kehidupannya melainkan kebenaran, kerana ia terikat kepada undang-undang Allah, kerana
ia telah memilihnya di dalam urusannya. Dan menjadi panjanglah tonggak perkenalan dan keramahtamahan antara dirinya dengan
semua makhluk di alam ini, kerana ia tidak mengabdi melainkan kepada Allah yang maha bijaksana dan maha mengetahui. Tuhan
yang kepadaNya seluruh makhluk ini memperhambakan diri, tunduk kepada penintah-Nya dan terikat kepada undang-undang Nya Sekarang,
jadilah ia khalifah Allah, yaitu naib-Nya di muka bumi ini. Setiap benda didunia ini adalah untuknya. Dan dirinya adalah untuk
Allah Taala sendiri-Nya.
HAKIKAT KUFUR
Berhadapan dengan golongan ini ada manusia lain. Ia dilahirkan Muslim, hidup muslim sepanjang hayatnya, yang kelslamannya
tidak diketahui atau disadarinya, tetapi ia tidak menggunakan kekuatan ilmu dan akalnya untuk mengetahui siapa yang menciptakannya,
siapa yang membukakan pendengaran dan penglihatannya. Ia mengingkari wujud Tuhan. Ia merasa bongkak untuk memperhambakan din
kepada Tuhan. Ia enggan mengikatkan dirinya kepada undang-undang syara dalam menggunakan haknya untuk berbelanja dan memiih
pekerjaan dalam hidupnya. Atau djsekekutukannya Tuhan dengan yang lain. Ia enggan beriman kepada ayat-ayat yang menunjukkan
kemahaesaan Tuhan. Inilah dia orang kafir.
Dengan demikian maka erti kufur ialah tutup, dinding dan terlindung. Kata
orang (ia menutupi baju besinya dengan bajunya): yang bermakna:
apabila ditutupinya dan baju dipakainya di atas bajubesi.
Maka lelaki seperti itu disebut sebagai kafir kerana ia menutupi fitrahnya dan melingkupinya dengan tudung ke jahilan dan
kejahatan.
Sesungguhnya anda telahpun mengetahui bahawa orang itu tidak dilahirkan melainkan dalam fitrah Islam. Dan
setiap anggota tubuhnya tidak bekerja melainkan sesuai dengan fitrah Islam. Dan dunia sekelilingnya tiada beredar mengikut
edarannya melainkan menurut Sunnah Islam. Tetapi semua ini terlingkup oleh hijab kejahilan dan kejahatan yang menutupi, sehingga
terluputlah dan pandangannya fitrah dunia dan fitrah dirinya. Anda menyaksikannya tiada menggunakan kekuatan fikiran dan ilmunya
melainkan mengenai perkara perkara yang berlawanan dengan fitrahnya. Ia tiada melihat sesuatu melainkan yang bertentangan
dengannya. Dan ia tidak mengusahakan sesuatu melainkan apa yang membatalkannya.
Anda boleh membayangkan sendiri sekarang
apa yang diputarbalikkan oleh orang kafir tentang kesesatan yang jauh dan kesalahan yang nyata.
KEMUDRATAN KUFUR DAN KESAN-KESAN JAHATNYA
Kufur itu adalah jahil bahkan jahil yang hakiki itu adalah kufur. Ertinya: Kejahilan manakah yang lebih besar
dan lebih hina daripada kejahilan orang yang tidak mengenal Tuhannya? Ia menyaksikan penciptaan alam yang besar ini, berkenalan
dalam pekerjaannya, siang malam tetapi ia tidak mengenal siapa yang menciptakannya dan yang memerintah kepadanya untuk bergerak
terus menerus.
Siapakah yang telah menumpuk batubara, hidrogen, oksigan, sodium dan kalsium, dan benda-benda lainnya
yang tidak mempunyai hidup dan akal? Dan siapakah yang mengeluarkan daripada alam ini benda besar dan mustahak seperti manusia?
Atau, tidakkah ia merasa ajaib ketika menyaksikan beragam-ragam benda di setiap pelusok alam ini? Semua itu dengan sendirinya
menunjukkan hajat kepada pertukangan dan pengindahan rupabentuknya, yang mempunyai kemahiran satu-satunya yang tiada saingannya
dalam ke juruteraan, keahlian, ilmu kimia dan ilmu-ilmu lainnya. Meskipun demikian akalnya tidak menunjukinya kepada pengenalan
akan Yang Maha Mulia, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui yang telah menukangi dan menyusunnya.
Fikirlah sedikit: Adakah
mungkin terbuka pintu ilmu yang benar pada diri orang seperti ini orang yang telah sesat dan sejak pangkal pengetahuannya
lagi? Orang seperti ini, meskipun telah sampai kepadanya pemikiran dan penelitian, dan telah menambah pembahasan dan penyelidikan,
tidak akan mendapat petunjuk kepada jalan yang lurus dan benar yang menyampaikannya kepada ilmu yang benar di dalam sesuatu
bidang kehidupan, kerana ia menghadapi kegelapan ke sejak permulaan. Demikian seterusnya, ia tidak menghadapi yang lain melainkan
kegelapan kejahatan sampai kepada akhirnya.
Kufur itu adalah suatu kezaliman! Bahkan kezaliman yang paling besar dan
paling jahat adalah kufur. Yang demikian itu, kerana makna kezaliman ialah anda letakkan sesuatu pada bukan tempatnya yang
layak, dan anda gunakan dia secara paksa untuk sesuatu yang tidak wajar mengikut fitrahnya. Andapun telah mengetahui bahawa
segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi terikat kepada perintah Allah, difitrahkan dengan fitrah Islam (penundukan diri
pent.). Sehingga pun manusia dan tubuh badannya dan segala anggota tubuh yang melingkupinya tidaklah dilahirkan melainkan
atas fitrah ini. Ya, tiada syak lagi, bahawa sesungguhnya Allah pada satu pihak telah memberi haq kepada manusia untuk menggunakan
anggota-anggota tubuhnya. Tetapi mengikut kehendak fitrahnya manusia tidak boleh menggunakannya melainkan sekadar yang diredhai
oleh penciptanya.
Adapun orang yang kafir kepada Allah menggunakan anggota tubuhnya itu tanpa bersesuaian dengan fitrahnya.
Anda lihat ia memenuhi hatinya dengan kegelapan, membesarkan yang lain daripada Allah, cinta dan gemar kepada yang lain daripada
Allah, sedangkan fitrah yang difitrahkan dalam kalbunya menuntutnya supaya memenuhinya dengan cahaya membesarkan Allah, cinta
dan gemar kepadaNya, Allah tempat bergantung, yang esa sendiriNya. Dan dengan demikian ia menggunakan sëluruh anggota tubuhnya
dan segala yang ada di bawah kekuasaannya di alam ini untuk sesuatu yang bertentangan dengan keredhaan Allah Taala, manakala
hukum tabii yang menguasai anggota tubuhnya dan segala yang dipunyainya itu menghendaki agar ia tidak mempergunakannya melainkan
sesuai dengan apa yang ditentukan oleh undang-undang Tuhan yang maha tinggi. Demi Allah, anda jawablah kepadaku: Siapakah
yang lebih zalim danipada orang yang menghendaki hidupnya untuk menzalimj segala yang ada di dunia ini sekalipun dirinya sendiri?
Bukan,
kufur itu bukan hanya zalim. Tetapi lebih daripada itu, ia adalah juga suatu pemesongan, suatu penentangan, pengingkaran dan
kekejian yang dilakukan terhadap peraturan Allah.
Atau, adakah anda lihat manusia itu menjadi pemilik bagi sesuatu
yang ada di hadapannya? Siapakah yang men jadikan akal dan otaknya? Adakah dirinya sendiri atau Allah Azza wa Jalla? Dan siapakah
yang menciptakan kalbu dan lisannya, dua mata dan dua telinganya, dua kaki dan dua tangannya, dan seluruh anggota tubuhnya?
Adakah dirinya sendiri atau Allah Tabaraka Wa Taala? Dan siapakah yang mempermolek ciptaan benda-benda itu dan menjadikannya
berguna bagi pemiliknya dan menetapkannya untuk dipergunakan dan mengambil faedah daripadanya? Dia sendirikah atau Allah s.w.t.?
Tidak
dapat tiada jawapan anda ke atas pertanyaan pertanyaan ini ialah, bahawa seluruhnya ini adalah kepunyaan Allah sendiriNya.
Ia yang menciptakannya dan Ia pula yang memolekkan rupanya. Dia pemiliknya dan Dialah yang telah memberi nimat kepada manusia
dengan benda benda itu. Apabila inilah hakikat, dan memang demikianlăh yang benar tanpa disangsikan, maka siapakah orang yang
paling banyak kezalimannya, yang paling derhaka dan yang paling menentang di antara orang-orang yang menggunakan akalnya untuk
berfikir mengenai sesuatu yang berlawanan dengan keridhaan Allah Taala dan memenuhi kalbunya dengan fikiran yang boleh menimbulkan
kemurkaanNya, dan dia memaksa lidahnya, dua matanya, dua tangannya dan dua kakinya untuk beramal dengan perbuatan yang menafikan
hukum-hukum Allah dan titah perintahNya? Anda akan menghukum seorang hamba yang hidup dengan rezki dan pada tuannya tetapi
tiada dipeliharakannya hak-hak tuannya itu sebagai manusia yang ingkar. Demilkian juga, anda akan menuduh seorang pegawai
yang menggunakan kuasa pentadbir yang ada padanya berlawanan dengan maslahat kerajaan sebagai seorang yang menderhaka dan
terkeluar daripada pemerintahan. Dan anda akan mengatakan bahawa seseorang itu ingkar apabila ia melengah-lengahkan hak tuannya
untuk menenima sesuatu kebaikan.
Tetapi, apakah hakikat kekafiran, kederhakaan dan pelalaian hak-hak manusia lain seumpamanya?
Dan manakah datang rezki manusia sehingga ia mesti berbuat baik dengan hartanya itu kepada manusia lain? Adakah tidak, Allah
Taala sendiri yang memberinya kekuatan, kekuasaan dan pemerintahan? Mengapakah manusia itu mesti memberi nimat kepada manusia
seperti dia dan berbuat baik kepadanya? Adakah tidak Allah Taala yang telah menetapkannya untuk semua itu? Sesungguhnya hak
yang paling besar pada manusia dalam dunia ini ialah kewajipan ke atas ibu-bapanya.
Siapakah yang telah menanamkan
rasa kasih mesra terhadap anak-anak di dalam hati ibu-bapanya? Atau, siapakah yang telah menjadikan seorang ibu penyayang
kepada anak yang dikandungkannya secara bersusah payah dan dilahirkanya secara bersusah payah pula? Atau, siapakah yang telan
menanamkan di dalam hati ayah untuk dengan suka-rela dan tenang memberi nafkah daripada usaha titik peluhnya kepada segumpal
daging yang hina, dan kemudian berusaha dengan menghabiskan banyak waktu, harta dan kelemah lembutannya untuk mendidik dan
mengajar anak itu?
Demi Allah, katakanlah kepadaku: Adakah lagi kekafiran yang lebih keji daripada kekafiran orang
yang tidak beriman kepada Allah dan enggan mengakui kellahian dan keRabbian Nya dan membangkang ke atas titah perintahNya?
Mungkinkah anda jumpai suatu kederhakaan yang lebih dahsyat daripada kederhakaannya; dan pengkhianatan yang lebih hebat daripada
pengkhianatannya; dan keingkaran yang lebih tebal daripada keingkarannya?
Janganlah anda menyangka bahawa manusia boleh
mendatangkan mudrat kepada Allah jika ia mengkafiriNya. Bagaimana boleh jadi seperti itu, Allah Taala mempunyai kerajaan yang
besar yang tidak diketahui jauh dan dekatnya meskipun manusia telah mencuba bersungguh-sungguh secara terus menerus, dan untuk
maksud itu mereka mempergunakan alat peneropong yang besar. Bumi ini sujud kepada Allah s.w.t. Demikian juga matahari, bintang
Marikh dan planit-planit besar lainya, yang semuanya itu adalah benda benda tak berharga. Anda lihat benda-benda ini seperti
bulatan-bulatan kecil yang hina di dalam kerajaanNya. Dan bagi Allah Azza wa Jalla perbendaharaan langit dan bumi tanpa saingan
dan tanpa penentang. Ialah tempat bergantung yang maha pemurah dan maha mulia yang kepadaNya semua berhajat, sedangkan ia
tidak berhajat kepada sesiapapun.
Bagaimanakah manusia ini? Ia adalah makhluk yang lemah dan hina, yang tidak dapat
mendatangkan sesuatu mudrat kepada Allah meski ia kafir kepadaNya. Sesungguhnya, jika ia beriman, itu adalah untuk kepentingannya;
dan jika ia kafir, kesannya akan tertimpa kepadanya.
Di antara natijah kufur dan kemaksiatan yang tidak boleh tidak,
ialah rakaman kemenyesalan dan kegagalan bagi manusia. Ia tidak akan mendapat petunjuk kepada jalan ilmu yang lurus selama-lamanya,
kerana ilmu yang tidak mengenal Tuhannya tidak mungkin mengenal yang lainnya dengan benar. Dengan demikian tidak dapat tiada
ia akan menjalankan akalnya melalui jalan-jalan yang tidak rata dalam setiap keadaan hidupnya. Sesungguhnya akal yang tidak
menunjuki untuk mengenal penciptanya, bagaimana pula ia boleh mengenal yang lainnya secara sihat? Demikianlah, tak dapat tiada
ia akan menjadi orang yang tak tentu hala. Ia menempuh kegagalan demi kegagalan dalam setiap pekerjaannya. Akan menjadi biasalah
akhlaqnya, kemajuannya, pergaulannya, kehidupannya, pemerintahannya dan politiknya. Jadilah ia manusia perusak di muka bumi
ini menumpahkan darah, mempermain-mainkan hak manusia. Mereka akan berona dengan warna-warni kezaliman dan kekasaran. Demikianlah,
ia mendorongkan dirinya ke dalam kehidupan dengan fikiran jahat dan perbuatan munkar.
Ini dalam hidup dunia.
Adapun dalam kehidupan akhirat, di hadapan wajahnya terpampang segala penyelewengan! yang kecil atau yang besar yang semuanya
akan disaksikannya. Di hadapan mahkamah Allah yang adil, kesnya akan dipertanggungwabkan kepadanya oleh akal dan hatinya,
oleh dua mata dan dua telinganya, oleh dua tangan dan dua kakinya, dan oleh seluruh anggota tubuhnya:
Ya Tuhan! Bahawa
orang yang zalim ini telah lari daripada Engkau dalam hidup dunia enggan mengingati Engkau, dan dipaksanya kami berbuat masiat
kepada Engkau.
Di dalam mahkamah yang adil ini tidak ada tawar menawar, tiada pujuk-rayu dan tiada syafaat. Bumi, yang
di atasnya ia berjalan dan di atas permukaannya ia tinggal, murka kepadanya kerana memasiati Allah Taala. Demikian juga harta
yang diperolehnya dengan jalan yang haram dan dibelanjakannya kepada jalan yang haram pula, dan benda benda yang dipergunakannya
dengan cara penggunaan orang jahat yang mendatangkan perseteruan dan berbuat zalim, dan alat-alat serta kekuatan yang digunakannya
dalam melakukan kezaliman dan perseteruan dengan cara paksa ke atas benda-benda itu, semuanya murka kepadanya. Dan Allah s.w.t.
hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah telah mencatitkan bagi mereka yang melampaui batas ini dan menimpakan
ke atasnya azab yang hina lagi keji, balasan bagi kezaliman dan kemaksiatannya.
FAEDAH - FAEDAH ISLAM
Di atas tadi adalah kemudratan kufur dan kesan-kesan.. nya. Sekarang marilah kita perhatikan faedah-faedah apakah
yang diberi oleh Islam apabila kita mematuhinya dan kita rela mengikutnya.
Dan keterangan yang lampau anda telah pun
mengetahui bahawa alam ini penuh tanda dan alamat yang tersebar pada setiap sudut yang menunjukkan kellahian dan keTuhanan
Allah. Makmal alam yang besar ini, yang kita lihat beredar terus menerus, tunduk kepada peraturan semesta dan undang undang
yang tetap. Dengan lisan-halnya, ia menjadi saksi bahawa pencipta dan pentadbir urusannya adalah pengatur agung, mempunyai
kuasa dan kekuatan yang besar. Tiada sesuatu, baik yang di bumi mahupun yang di langit, yang terkeluar daripada pengaruhNya.
Telah anda ketahui juga bahawa manusia mengikut fitrahnya mestilah mentaatiNya seperti seluruh alam semesta in Anda menyaksikan
bahawa benda-benda alam ini mengikuti peraturan Tuhan siang dan malam tanpa disedaririya. Adalah suatu perkara yang mustahil
bagi manusja untuk tetap tinggal hidup jika ia menyalahj undang-undang tabii.
Berbeza dengan yang lainnya. Allah s.w.t.
telah menghebahkan kepada manusia suatu perkara khas, yaitu kebebasan mempunyai kemahuan, dan telah mengurniainya kelebihan
daripada makhluk alam yang lain, yaitu penguasaan ilmu pengetahuan, kekuatan berfikir dan kesanggupan membeza kan yang baik
dan yang jahat. Manusia itu dengan ilmunya, akalnya dan kekuatan pembezaannya, tunduk kepada ujian dalam kebebasannya ini.
Dengan mata penciptanya, ia sentiasa meljhat betapa dan untuk apa kemerdekaan itu dipergunakan Dalam ujian ini, manusia tidak
dipaksa melaksanahan rancangan yang tertentu. Andaikata ia dipaksa nescaya batallah tujuan dilakukannya ujian itu.
lni
adalah perkara yang nyata. Tiada kemusykilan dalam memahamkanya. Kerana, andaikata di atas kertas peperiksaan yang diletakkan
di hadapan anda termaktub soalan yang anda terpaksa memberi jawapan yang telah ditentukan, apakah gunanya ujian ini dilakukan?
Sebenarnya,
tidak akan nyata kemampuan anda dalam erti yang sesungguhnya melainkan apabila anda boleh memiih jawapan yang anda kehendaki
dalam peluang yang seluas luasnya. Jika jawapan anda itu benar luluslah anda dalam ujian itu. Terbukalah di hadapan anda pintu
kemuliaan dan kesempurnaan di masa depan. Tetapi jika jawapan anda salah, anda gagal dalam ujian itu. Maka tertutuplah pintu
kemuliaan di hadapan anda.
Demikianlah Allah telah mengurniakan kepada manusia ini kemerdekaan dalam menempuh ujiannya
dan memberinya piihan jalan mana yang dikehendakinya dalam menempuh hidupnya.
Jika seseorang tidak mengenal fitrah
dirinya dan tidak pula fitrah alam ini tersalah dalam mengenal khaliqnya serta sifat-sifat khalik itu, memilih jalan masiat
dan kedurhakaan, tidak dapat mengambil manfaat daripada kebebasan menentukan kehendak maka ia akan menghadapi kegagalan yang
nyata dalam ujian ilmu dan akalnya, di dalam kekuatan pembezaan antara yang baik dan yang buruk dan perasaannya tentang kewajipan,
ia akan menyaksikan dirinya sebagai seorang yang duduk di bawah kerak yang paling bawah dalam setiap segi hidupnya, dan patutlah
jika segala pekerjaannya menjadi mereng sebagaimana anda telah pun mengetahuinya.
Seorang lain telah melulusi ujian
ini : Ia menggunakan fikirannya, mengambil faedah yang betul daripada ilmu dan akal yang dikumiakan kepadanya, maka ia mengenal
penciptanya dan beriman kepadaNya meskipun ia tidak dipaksa untuk berbuat demikian. Dengan cara demikian ia tidak tersalah
dalam membezakan yang baik dengan yang buruk. Ia memilih yang baik dengan kebebasan fikirannya, meskipun di hadapannya tiada
sesuatu yang menghalanginya daripada cenderung ke arah kejahatan jika ia mahu. Ia menjadi bijak kerana fitrahnya. Ia mengenal
Tuhannya. Ia melakukan taat-setia meskipun ia boleh memilih di antara patuh dan derhaka.
Apakah yang telah meluluskannya
dalam ujian ini dan yang menyampaikannya kepada tujuan? Semua itu disebabkan kerana ía mempergunakan akalnya dengan baik.
Ia mengambil faedah daripada dua mata, dua telinga dan otak nya. Kalbunya yang hitam itu memerintahnya untuk tidak melakukan
perkataan dan perbuatan melainkan yang benar sahaja. Demikianlah datang kepadanya keterangan yang benar kerana ia mengena
yang benar, kerana pengenalannya akan Tuhannya, dan kerana ia mengikuti yang benar dan langsung memegangnya
Keajaiban
apakah yang terjadi pada orang yang telah mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat itu, orang yang telah dilingkupi oleh
sifat-sifat mulia seperti ini?.
Dalam gelanggang ilmu dan amal tiada pilihannya melainkan jalan yang benar dan lurus.
Kerana orang yang mengenal Tuhannya dan sifat sesungguhnya Ia telah mengenal permulaan ilmu dan kesudahannya. Orang yang seperti
ini tidak mungkin melangkah melalui jalan yang sesat dalam hayatnya kerana langkah pertama yang dilangkahkannya adalah berdasarkan
ilmu dan pandangan, dan baginya tiada tersembunyi akhir jalan yang ditujunya Anda saksikan ia meneliti keajaiban langit dan
bumi. Ia berusaha mengenal rahsla alam dengan cara falsafah, tétapi ia tiada tersesat di dalam kegelapan syak dan ragu-ragu.
Ia menggunakan ilmu pengetahuan sains untuk mengenal undang-undang tabii. Dan alam itu dikeluarkannya perbendaharaan yang
tersembunyi. Terbuka baginya kekuatan yang disimpankan Allah di dalam dunia dan di dalam diri manusia. Ia melahirkan cara-cara
mengambil manfaat daripada berbagai benda di langit dan di bumi. Tetapi taqwanya kepada Allah dan gentarnya akan berdiri di
hadapan Tuhan pada hari Qiamat kelak mencegahnya daripada menggunakan ilmunya ke jalan yang salah pada setiap langkahnya.
Dirinya sentiasa tidak terpesong dalam setiap marhalah perjalanan hidupnya, sehingga ia merasa menguasai semua ini, atau ia
merasa menang ke atas tabii, sehingga bolehlah ia mempergunakan ilmunya untuk mengambil manfaat bagi dininya, dan untuk menguasai
dunia, menaklukkan negeri-negeri, sehingga dengan ilmunya itu ia menanamkan ketakutan di dalam hati manusia dengan membinasakan
pertanian, keturunan dan melakukan penumpahan darah.
Kebinasaan seperti itu tidak akan berlaku melainkan oleh perbuatan
saintis yang kafir. Adapun saintis Muslim, setiap kali bertambah ilmu sainsnya dan kemahiran dalam ilmu itu dan pengenalan
akan rahsia langit dan bumi, akan bertambahlah imannya kepada Allah, bertambah keyakinannya akan kemahaesaanNya, bertambah
syukurnya ke atas nimatNya, dan akan bertambah kukuh itikadnya bahawa Tuhannya tidak akan memberinya pengetahuan mengenai
hukum tabii melainkan supaya jadilah ia pelayan kepada hamba-hambaNya, dan mengusahakan sesuatu yang mendatangkan kebaikan
kepadanya dan kepada ummat manusia seluruhnya. Yang demikian itulah kesyukuran yang sebenarnya kepada Allah Taala atas segala
nimat yang dikurniakan Nya.
Demikian juga, tiada berbeza antara seorang Muslim dengan seorang kafir dalam mencari hakikat
dan kesungguhan dalam bidang sejarah, ekonomi, politik, undang-undang dan lain-lain ilmu sains dan sastera. Walau bagaimana
pun ada perbezaan dalam pandangan di antara dua golongan manusia ini. Seorang Muslim mempelajari setiap ilmu dengan pandangan
yang benar dan tujuan yang baik. Dengan ilmunya itu ia mencari natijah yang sihat.
Dalam ilmu sejarah ia mengambil
pelajaran dan pengalaman manusia zaman lampau dan mencari sebab-sebab hakiki bagi ketinggian bangsa-bangsa dan kejatuhannya.
Ia bersungguh-sungguh untuk mengenal sesuatu yang memberi manfaat yang betul di dalam kemajuan dan peradabannya. Ia mengambil
faedah daripada perbuatan tokoh-tokoh sejarah yang salih dalam perbuatan dan perkataan mereka. Ia menjauhi apa saja yang boleh
membinasakan bangsa-bangsa dan menbuang segala sebab yang menimbulkan bencana dan kelemahan.
Di dalam ekonomi, ia memilih
cara-cara pengusahaan mencari kekayaan dan pembelanjaannya yang memberi manfaat kepada manusia, tidak terhad kepada sesuatu
golongan sahaja, melainkan melingkupi seluruh penduduk muka bumi.
Di dalam bidang politik, cita-citanya tertuju kepada
pelingkupan bumi ini dengan asas-asas keselamatan, kesejahteraan, keadilan, kebaikan, kemuliaan dan marwah. Ia tidak akan
berusaha memperbudak manusia dan menghinakannya. Ia tidak berusaha memeras mereka, peribadi oleh peribadi, atau kelompok oleh
kelompok. Baginya kewibawaan alat-alat kerajaan dan pemerintahan adalah perkakas penenteram, kurnia Allah yang dipergunakan
untuk membahagiakan hambaNya dan untuk kejayaan mereka seluruhnya.
Di dalam bidang undang-undang, pandangannya tertuju
kepada penetapan hak dan kewajipan seluruh manusia dengan matlamat menegakkan keadilan, kejujuran dan seorangpun tidak akan
dizalimi dengan sesuatu cara.
Benar, jujur, memelihara diri dan kecemaran, takut akan Allah dan mengikut yang hak,
semua itu adalah kumpulan pekerti seorang Muslim. Ia tidak akan hidup di dunia ini melainkan dengan pengetahuan bahawa Allah
Taala adalah Tuhan seluruh alam dan pemiik setiap yang ada padanya; dan bahawa apa yang ada padanya dan yang ada pada manusia
datang daripada Allah; dan bahawa manusia tidak memiliki dirinya dan kekuatan tubuhnya; dan bahawa tiap sesuatu yang ada padanya
adalah amanah daripada Allah yang tidak halal baginya menggunakannya melainkan mengikut yang ditentukan oleh keridhaan Allah
Taala; dan bahawasanya Allah memperhatikan pelaksanaan amanah ini dan akan membuat perhitungan seteliti-telitinya pada hari
yang tiada disangsikan lagi.
Rujuklah diri anda sendiri, dan berfikirlah sedikit berkenaan dengan pekerti lelaki seperti
ini:
Dibersihkannya kalbunya daripada sangkaan yang salah, dibersihkannya fikirannya daripada angan-angan yang jahat.
Diperjamkannya matanya daripada melihat kekejian. Ditulikannya telinganya danipada mendengar yang buruk-buruk. Dipeliharanya
lidahnya daripada memperkatakan sesuatu yang berlawanan dengan kebenaran. Ia memilih mati kelaparan daripada diisinya perutnya
dengan rezki yang haram. Ditahannya tangannya daripada berbuat zalim dan memperkosa hak orang lain. Ia tidak melangkahkan
kakinya di jalan yang jahat. Ia tidak mahu menundukkan kepalanya di depan kebatilan meskipun ia disalibkan atau tubuhnya dikerat-kerat.
Segala cita-cita dan hajatnya tidak dibawanya ke alam nyata dengan melalui jalan kejahatan, kezaliman dan permusuhan. Yang
paling dimuliakannya ialah yang hak, berkata benar dan berlaku jujur. Ia tidak kedekut terhadap dirinya dan hartanya pada
jalan yang hak. Dalam padanga nya, yang paling dimurkainya ialah kezaliman, dusta dan khianat. Ia tidak rela menggunakan sifat-silat
ini dan ia tidak mahu memilih jalan ini disebabkan takut mudarat menimpa dirinya atau mengharapkan manfaat bagi dirinya.
Orang
seperti ini, ialah juga yang akan berjaya mencapai kemenangan dunia.
Benar! Tidak ada orang di dunia ini yang mempunyai
kemuliaan, kehormatan, kelebihan dan ketinggian lebih banyak daripadanya, kerana kepalanya tidak tertunduk, tangannya tidak
terulur di depan seseorang selain Allah. Manalah ada alasan bagi kehinaan dan kerendahan untuk mencapainya.
Tiada seorangpun
di dunia ini yang mempunyai kekuatan, keberanian dan ketangkasan lebih daripada orang seperti ini kerana tiada yang ditakutinya
selain Allah. Ketangkasaannya tiada tertakluk kepada yang lainNya. Kekuatan manakah yang mampu menyelewengkannya daripada
jalan lurus? Dan harta manakah yang sanggup membeli kekayaan imannya?
Tiada seorangpun di dunia ini yang lebih kaya
dan lebih berharta daripadanya, kerana ia bukan pengejar dunia, dan ia bukan pula pengawal dindingnya yang fana dan bukan
pengikut hawa-nafsu. Ia merasa cukup dengan apa yang diusahakannya mengikut jalan yang benar. Ia tiada menoleh kepada kekayaan
yang diharamkan. Ia meninggalkannya kerana menganggapnya hina dan ringan walaupun dihidangkan kepadanya berlonggok-longgok.
Ini adalah kekayaan sifat memadakan dan ketenangan. Tiada mungkin di dunia ini ada kekayaan yang lebih tinggi nilainya daripada
itu.
Tiada di dunia seseorang yang dikasihi manusia lebih daripada dirinya, lebih mulia pada pandangan mereka, kerana
ia menunaikan hak-hak yang sempurna kepada setiap orang, tiada dikuranginya sedikitpun. Ia berbuat baik kepada mereka, dan
tiada berbuat jahat kepada seorangpun. Ia memperjuangkan kebahagiaan mereka. Ia tiada mengharap balas dan terima kasih dan
mereka. Semua itu dilakukannya kerana ia mendekatkan diri kepada hati manusia. Ia menarik setiap orang untuk mengasihinya,
menghormatinya dan memuliakannya.
Tiada seorangpun di dunia ini yang berkumpul dalam dirinya kepercayaan dan perpegangan
manusia lebih besar daripadanya, kerana ia tidak mengkhianati kepercayaan mereka, dan sentiasa menghadapi mereka dengan berkata
benar dan berbuat baik. Ia menunaikan segala yang dijanjikannya kepada mereka dalam setiap keadaannya. Ia tidak pernah meminta
ganti ke atas kebenaran dan kejujuran yang diberinya kepada manusia. Dalam dirinya ada keyakinan bahawa Allah memperhatikannya,
sehinggapun ke atas perkara-perkara yang tidak dilihat oleh sesiapapun di dunia ini. Jangan anda tanya lagi setakat mana cinta
kasih manusia kepadanya, dan setakat mana pula mereka menjadikannya tempat bertanya bagi semua masalah mereka.
Apabila
anda mengetahui semua riwayat hidup Muslim ini, dan akhlaqnya di dunia ini nescaya anda dengan sendirinya menjadi yakin bahawa
adalah mustahil seorang Muslim itu hidup terhina di dunia; nescaya anda meyakinkan diri anda sendiri bahawa mustahil seorang
Muslim itu hidup hina-dina di dunia gagal dalam menjalankan urusannya. Bahkan tidak boleh tidak ia hidup dalam lingkungan
yang mulia, tegak kepalanya, kerana sifat-sifat yang telah dihiaskan oleh Islam kepada dirinya tidak mungkin dapat dikalahkan
oleh sesuatu kekuatan paksaan di dunia ini selama lamanya.
Ini, adalah pengalaman seorang hamba Muslim dalam hidup
dunianya. Adapun diakhirat Allah melingkupinya dengan keredhaanNya. Dimasukkannya ke dalam taman syurga yang di bawahnya mengalir
sungai-sungai. Untuknya disediakan segala pemuas nafsunya. Semua itu adalah balasan atas perbuatannya menunaikan amanah, dan
kejayaannya dalam ujian yang ditempohnya di dunia.
Itulah dia kemenangan nyata yang abadi, yang dinimati oleh hamba
Muslim di dunia dan di akhirat.
Inilah dia Islam. Ugama manusia yang telah difitrahkan kepadanya. Ia tidak tertentu
untuk sesuatu ummat sahaja. Ia tidak tertentu untuk sesuatu rantau sahaja. Dan ia tidak tertentu untuk sesuatu masa sahaja.
Semua orang yang mengenal Allah menganut agama itu, mematuhi undang undangnya, melalui jalannya yang lurus, pada setiap masa,
setiap bangsa dan setiap rantau. Apakah ia menamai agamanya itu Islam, atau menyebutnya dengan nama yang lain sesuai dengan
lidah kaumnya.
|