Mengenai yang di atas itu, ada enam perkara, iaitu:
Pertama:
Memejamkan mata dan menahan pandangan daru segala sesuatu yang tercela dan dibenci atau kepada sesuatu
yang menyebabkan kelalaian hati seta melupakan dari berzikir atau ingat kepada ALlah Ta'ala.
Kedua:
Menjaga lidah dari perkara yang tidak bermanfaat, berdusta, mengumpat, mengadu domba, perkataan kotor,
caci maki, permushan, riak (menunjuk-nunjuk kebaikan).
Ketiga:
Menahan pendengaran dari mendengar segala yang dibenci, kerana segala yang haram diucapkan, maka haram
didengarkan. oleh sebab itu Allah Ta'ala menyamakan antara mendengar yang sedemikian itu dengan makan sesuatu yang haram,
sebagaimana firmanNya:
"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah
dan sebagainya)." (Surah Al-Maidah:42)
Keempat:
Menahan anggota badan yang lain-lain dari segala perbuatan dosa, baik tangan atau kaki dan dari segala
yang dibenci. Demikian pula menahan perut dari hal-hal ang syubhat( samar-samar, tidak jelas haram atau halalnya) di waktu
berbuka, sebab tidak ada gunanya berpuasa yang cuma menahan kemasukan yang halal tetapi sewaktu berbuka memasukkan makanan
yang haram atau yang diperolehi dengan jalan yang haram. Perumpamaan orang yang berpuasa sebegini adalah sama seperti orang
yang membina istana yang indah dan besar, tetapi ia juga yang menghancurkannya.
Oleh sebab itu RasuluLlah pernah
bersabda:
"Ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi apa-apa dari puasanya itu melainkan lapar dan dahaga
(yakni pahalanya lenyap sama sekali)."
(Diriwayatkan oleh Nasa'i dan Ibnu Najah)
Ada ualam' yang berpendapat bahawa orang yang bernasib sedemikian
ialah orang yang berbuka dengan makanan yang haram. Ada pula yang mengatakan bahawa orang itu ialah orang yang menahan diri
dari makanan yang halal, lalu berbuka dengan makan daging manusia sebab ia mengumpat orang dan ini adalah diharamkan. Tetapi
ada pula orang yang berpendapat bahawa maksudnya itu ialah orang yang tidak menjaga anggota-anggota tubuhnya dari melakukan
perbuatan yang berdosa.
Kelima:
Janganlah terlampau banyak makan di waktu sesudah berbuk, sekalipun makanan itu halal dan diperolehi
dengan jalan yang halal, sehinga padat perut. Sesungguhnya tidak ada sesuatu bekas pun yang paling dibenci oleh Allah selain
daripada perut yang penuh berisi makanan sekalipun makanan itu halal. Cubalah renungkan apakah manfaat yang dapat diambil
oleh seseorang yang berpuasa, padahal puasa adalah benteng daripada musuh Allah Ta'ala dan juga untuk mematahkan syahwat,
sekiranya orang tadi tiba-tiba sahaja seolah-olah menggantikan apa-apa yang tidak diambilnya pada waktu siangnya. Apa gunanya
puasa kalau di waktu berbuka, ia melakukan demikian. Bahkan kadang-kadang ditambahkan pula dengan berbagai macam makanan,
yang tidak pernah dimakan. Sehingga telah menjadi suatu adat-istiadat yang buruk iaitu bahawa seseorang itu suka menghidang
makanan-makanan yang tidak dimakannya dalam bulan-bulan yang lain.
Dari itu jelaslah bahawa maksud puasa itu ialah
pengosongan perut, mematahkan syahwat agar jiwa itu lebih bertaqwa daripada ada yang sudah ada.
Oleh sebab itu kalau
perut itu hanya ditahan pada waktu siang hari kemudian dilampiaskan nafsu makannya itu pada malam hari, sehingga syahwatnya
melonjak-lonjak sekuat-kuatnya, keinginannya menyala-nyala sehebat-hebatnya, malahan tidak dapat diam kalau hanya dibiarkan
menurut kebiasaannya, jikalau demikian halnya berpuasa maka roh dan rahsia puasa adalah bertentangan dari apa yang dikehendaki.
Dengan cara sedemikian ini, bukannya puasa menahan nafsu dan syahwat, bahkan memberi kekuatan tambahan sepada syahwat, melipat
gandakan keinginan yang semuanya itu tentulah tidak akan disia-siakan oleh syaitan. Ini akan digunakan sebagai jalan untuk
mengembalikan orang itu kepada keburukan dan kejahatan.
Oleh yang demikian, untuk melemahkan syaitan hendaklah makanan
dikurangkan, sebab barangsiapa yang antara mata hati dan dadanya itu dijadikan tempat yang dipenuhi dengan makanan maka jelaslah
bahawa ia tertutup dari alam malakut.
Keenam:hara
Hendaklah setelah berbuka, hatinya masih berharap yakni antara ketakutan kepada Allah Ta'ala
dan harapan penuh agar diterima amalan yang dilakukan seharian. Sebabnya ialah kerana ia sendiri tidak dapat mengetahui, apakah
diterima puasanya itu dan kalau demikian, tentulah ia tergolong di kalangan orang-orang yang mendekatkan diri kepada ALlah
Ta'ala, atau apakah ditolak dan kalau demikian tentulah ia tergolong di kalangan orang-orang yang terkutuk dan dibenci. Hendaklah
perasaan sedemikian tetap ada pada setiap orang apabila telah selesai melakukan ibadat.