BULAN REJAB
Oleh: Ust Jamaluddin Bin Hj Johari
Kalau diperhatikan kepada masyarakat kita Malaysia dalam bulan Rejab , ramai dikalangan kita
mempunyai kepercayaan terhadap fadhilat bulan Rejab serta mereka melakukan amal ibadat tertentu dalam bulan Rejab berdasarkan
hadith-hadith yang lemah lagi munkar ( palsu) .
Kata Qadhi Al-Fadhil bin Ayadh rahimahullah - :"sesungguhnya sesuatu amalan itu sekiranya dilakukan
dengan rasa ikhlas tetapi tidak betul dan tepat maka ia tidak akan diterima dan sekiranya amalan itu dilakukan dengan betul
dan tepat tetapi tidak dengan niat ikhlas maka ia tidak diterima juga, sehinggalah amalan itu dilakukan dengan rasa ikhlas
dan betul serta bertepatan barulah ia diterima oleh Allah. Katanya lagi : yang dikatakan ikhlas ialah semata-mata kerana Allah
swt dan yg dimaksudkan dengan betul atau betetapan itu ialah mengikut sunnah Nabi".
{sila lihat kita Jami' Ulum dan Hikam Ibnu Rejab : ms 72 }
Syarat diterima sesuatu amalan itu oleh Allah ada dua syarat:-
Niat ikhlas kepada Allah . Dalilnya firman Allah maksudnya : "Pada hal mereka
tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid
dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar" ( surah Al-Baiyinah
:5)
- Mengikut Sunnah Nabi. Dalilnya sabda Nabi maksudnya: "Barangsiapa yang beramal dengan
satu amalan yang bukan dari pertunjuk kami maka ia tertolak" atau hadith :"barangsiapa yang mengreka-reka satu amalan dalam
agama dimana amalan itu bukan dari agama maka ia tertolak ( tidak diterima)" [ hadith dari Aisyah r.aha riwayat Al-Bukhari
dan Muslim , Kitab Syarah Sunnah oleh Al-Baghawi : jz 1/ ms 211 ]
Definisi Rejab Dan Sebab Dinamakannya.
Dari segi bahasa : Rejab makna menghormati dan memuliakan.
Dinamakan bulan Rejab kerana orang-orang jahiliyah dahulu menghormati dan memuliakan bulan ini
dengan mengharamkan peperang dalam bulan ini.
(Kamus Al-Muhid , ms 113 dan Lisan Al-Arabi , jz 1 / ms 411-412
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam dan ia merupakan salah satu
dari 4 bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat di dalam Firmah Allah swt di dalam Surah Al-Taubah ayat 9 maksudnya
: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah
semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati" . Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati
oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan
ini, kecualilah jika mereka diugut.
Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya
peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah
berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad saw.
Diantara perkara-perkara yang menjadi kepercayaan dan amalan yang dilakukan dalam bulan
Rejab iaitu:-
1. Sambutan perayaan sempena Isra' dan Mi'raj pada 27 rejab dengan amalan-amalan
tertentu. Kata Imam Bin Baaz rahimahullah : "pada malam 27 rejab yang dikatakan berlaku peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi saw
, tidak ada satu pun hadith sahih yang menentukan bila berlakunya Isra' dan Mi'raj Nabi . Hadith-hadith yang meriwayatkan
tentang malam belakunya Isra' dan Mi'raj kesemuanya tidak sahih dari Nabi di sisi ahli hadith. Ada hikmah Allah swt yang tertentu
disebalik tidak menyatakan kepada manusia bila hari belaku peristiwa itu .Jika sekalipun peristiwa Isra' dan Mi'raj belaku
pada tarikh yang dikatakan itu , tidak boleh bagi umat Islam menentukan dan melakukan sesuatu amal ibadat pada 27 rejab dan
tidak harus melakukan sambutan perayaan pada hari itu kerana Nabi saw dan para sahabatnya tidak pernah melakukannya dan juga
mereka tidak pernah menentukan sesuatu amal ibadat pun pada hari itu. Kalaulah ia satu perkara yang disyariatkan oleh agama
sudah tentu Nabi saw telah menerangkannya kepada sahabatnya dengan perkataan atau perbuatan .Kalau benar-benar ada sambutan
perayaan dan amal ibadat tertentu dibuat oleh Nabi sudah tentu telah tersebar dengan meluas dan para sahabat telah menyatakannya
kepada kita. ( Risalah At-Tahzir min Bid'ah Risalah peringatan daripada Bid'ah : ms 7 )
Puasa Khas pada 27 Rejab Sempena Isra' dan Mi'raj. Kata Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi
: "antara puasa bulan haram ialah puasa pada 27 rejab yang direka-reka oleh setengah orang mengikut hawa nafsu mereka semata-mata
, yang tidak disyariatkannya oleh Allah dan tidak dilakukan oleh Nabi kita saw serta para Khulafa Rasyidin dan juga tidak
ada para ulama yang menyuruh melakukannya . Dikalangan kita beranggapan bahawa pada 27 rejab itu berlaku satu peristiwa besar
terhadap Nabi kita saw iaitu Isra' dan Mi'raj, oleh itu kita harus bersyukur atas nikmat besar ini yang dikurnia oleh Allah
kepada Nabi kita dengan cara kita berpuasa pada hari itu. Tidak ada dalil yang mensyariatkan berpuasa pada hari itu. Kata
Ibnu Qaiyim dalam kitabnya Zaadil Mi'aad didalam menerangkan tentang malam Isra' dan Mi'raj yang diambil dari kata Syeikh
Islam Ibnu Tiamiyah : tidak diketahui seorang pun dari kalangan muslimin yang menentukan kelebihan malam Isra' dan Mi'raj
daripada malam yang lain. Jika ada kelebihan malam itu sudah tentu para sahabat telah menerangkannya oleh kerana tidak diketahui
bilakah malam belaku Isra' Mi'raj dan tidak ada dalil yang jelas menerangkan Isra' Mi'raj belaku pada bulan Rejab terutama
malam 27 . Oleh itu tidak harus kaum muslim menentukan apa pun jenis ibadat pada malam 27 rejab atau malam selainnya. (Islam
Online.net , Fatwa Dr Yusuf Qardhawi bertarikh 22 /09 / 2003 )
Solat Raghaaib ( solat-solat sunat) . a) Sifat solat raghaib : Hadith yang meceritakan
sifat solat sunat dalam bulan Rejab adalah hadith dusta terhadap Nabi saw . Antara hadithnya yang dikatakan dari Anas bin
Malik ra berkata , bersabda Nabi saw: " Bulan Rejab bulan Allah , bulan Sya'ban bulanku , bulan Ramadhan bulan umatku" ..sehingga
sabdanya "tidak sesorang pun yang berpuasa pada hari Khamis yang pertama dalam bulan Rejab , kemudian ia bersolat pada malam
jumaat antara waktu isyak 12 rakaat .. kecuali Allah akan mengamponi kesemua dosanya sekalipun dosanya seperti buih dilaut
dan sebanyak daun-daun pohon kayu serta diberi syafa'at pada hari kiamat sebanyak 700 dari ahli bait.sehingga akhir hadith
. Kata Ibnu Al-Jauzi rahimahullah : "hadith-hadith ini adalah hadith maudhu' ( palsu) terhadap Nabi saw. Kerana dalam riwayat
hadith ini terdapat orang yang bernama Ibnu Juhaim dimana para ahli hadith menyifatkannya sebagai pendusta . Aku telah mendengar
dari syeikhku Abdul Wahab Hafiz menyatakan :"perawi-perawi hadith itu tidak diketahui siapa mereka dan aku telah berusaha
mencari dalam semua kitab perawi hadith tidak seorang pun nama-nama mereka yang aku temui" [ sila lihat kitab hadith-hadith
palsu ( Maudhu'at) oleh Ibnu Al-Juazi : jz 2 / ms 123-125 ]
Begitu juga kata Imam As-Syaukani rahimahullah : " hadith-hadith itu adalah hadith maudhu (
palsu) dan para perawinya majhul ( tidak dikenali) ,inilah solat-solat sunat yang menjadi mahsyur dikalangan umat Islam ,
kesemua ahli para hafiz hadith bersepakat mengatakan bahawa hadith itu palsu . ( Kitab Al- Fawaeid Al-Majmuah dalam hadis-hadis
palsu :ms 48)
b) Hukumnya, kata Iman An-Nawawi : "Sesungguhnya solat-solat raghaib itu adalah bid'ah munkarah
daripada bid'ah yang sesat" ( Kitab Sahih Muslim Syarah Imam An-Nawawi : jz 8 / ms 20 )
Kata Syeikh Islam Ibnu Tiamiyah : " Solat raghaib dalam bulan Rejab tidak ada asalnya dari agama
malah ia dari perkara bid'ah yang direka-reka dengan sepakat para ulama , tidak disunahkan oleh Nabi saw dan tidak ada seorang
pun dari kalangan Khulafa Rasyidin yang melakukannya dan tidak juga para ulama seperti Imam Malik , Syafei, Ahmad, Abu Hanifah
, Thauri, Auza'ei, Laith dan selain dari mereka . Hadith-hadith yang diriwayat tentangnya kesemuanya palsu lagi dusta. ( Majmuk
Fatawa Syeikh Islam Ibnu Tiamiyah : jz 23 / ms 123)
Begitu juga kata Hafiz Ibnu Rejab :"Solat raghaib ini adalah bid'ah di sisi jumhur ulama. Solat
ini tidak disebut oleh para ulama dahulu kerana ia direka dan awal timbulnya selepas zaman mereka sesudah 400 tahun". ( Kitab
Lataeif Al-Ma'arif Ibnu Rejab : ms 228 )
4. Puasa Bulan Rejab keseluruhannya atau sebahagiannya dengan berkeyakinan ada ganjaran-ganjaran
pahala tertentu ( fadhilatnya). Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar Asqalani : "tidak ada hadith sahih yang menceritakan tentang kelebihan
bulan Rejab dan tidak juga tentang puasa Rejab atau pun puasa yang tertentu dan juga tentang solat qiamulail yang khas dalamnya".
( Kitab Tabyin Al-A'jab dalam bab menceritkan tentang fadhilat Rejab , Ibnu Hajar : ms 23 )
Kata Ibnu Qaiyim :" hadith-hadith yang menceritakan tentang puasa rejab dan solat sebahagian
malam pada bulan rejab adalah kesemuanya hadith palsu yang diada-adakan" ( Kitab Al-Manar Al-Munif dalam Hadith Sahih dan
Dhaeif , Ibnu Al-Qaiyim : ms 97 )
Diceritakan bahawa Saidina Umar Ibnu Khatab ra telah memukul tangan-tangan orang yang berpuasa
rejab sehingga mereka meninggalkannya serta berkata: bahawasanya bulan rejab ini adalah bulan yang dihormati dan dimuliakan
oleh orang-orang jahiliyah. ( diceritakan oleh Ibnu Dahiyah dalam kitabnya yang berjudul : Adaa' Ma Wajaba Min Bayan Wadh'ei
Al-Wadhaa'ein Fil Rejab, ms 113 . Disahkan cerita ini oleh Syeikh Albaani dalam kitab Irwa' Al-Ghalil : jz 4 / ms 113-114
)
Kata Imam At-Taratusyei : "jika sesorang itu ingin berpuasa dalam bulan Rejab dibolehkan asalkan
bukan puasanya itu kerana bulan Rejab serta jangan berangapan ia adalah wajib atau sunat". ( Kitab Hawadith dan Bid'ah , At-Taratusyei
:ms 110-111 )
Umrah Dalam Bulan Rejab Dengan Berkeyakinan Menuniakan Umrah Dalamnya Ada Fadhilat
Tertentu. Tidak ada hadith yang menceritakan bahawa Nabi saw melakukan umrah dalam bulan Rejab atau mengkhususkan umrah dalam
rejab sahaja tanpa bulan yang lain. Tidak ada beza pahala umrah pada bulan rejab dari bulan yang lain sebagaiman yang disangka
oleh setengah orang. Nabi saw me;lakukan umrah sepanjang hayat sebanyak 4 kali sahaja iaitu : 1- Umrah Hudaibiyah pada tahun
ke 6 hijrah. 2- Umrah Qadha pada tahun selepasnya ( tahun ke7 hijrah). 3- Umrah dari Ja'ranah ketika keluar dalam peperangan
Hunain. 4- Umrah bersama dengan haji ketika Nabi menunaikan haji. ( kitab Zaadul Mi'aad , Ibnu Qaiyim : jz 2 / ms 90-91 )
Syeikh Muhammad
bin Ibrahim Alisyeikh rahimahullah menyatakan bahawa para ulama
Berkata Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz At-Tuwajiri : "pendapat yang kuat disisiku wallahu alam-
ialah mengkhususkan umrah hanya pada bulan Rejab tidak ada asal usulnya dari agama kerana tidak ada dalil syara' ( Al-Quran
dan Sunnah) yang mengkhususkan umrah dalam bulan Rejab , disampin itu terbukti dari sirah Nabawi bahawa beliau tidak pernah
melakukan umrah pada bulan Rejab sama sekali. ( Kitab Bid'ah Hauliyah Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz At-Tuwajiri :ms 238 )
Kalau benar ada fadhilat yang tertentu bagi umrah dalam bulan Rejab sudah tentu para ulama telah
menyebutnya kerana mereka lebih mengambil berat terutama dalam hal-hal ibadat sebagaimana fadhilat umrah dalam bulan Ramadhan
dan seumpamanya .
Sebagaimana yang diceritakan dari Ibnu Umar ra , ketika mana dia ditanya orang :" wahai ayah
Abdul Rahman, adakah pernah Nabi saw berumrah pada bulan Rejab" , jawabnya : ya , bila Aisyah r.aha mendengar jawab Ibnu Umar
itu , ia menafikan yang Nabi pernah berumrah dalam bulan Rejab. Ibnu Umar bila mendengar penafian Aisyah itu , ia terdiam
tidak berkata apa-apa samada tidak atau ya . Kalau betul ada fadhilat umrah dalam bulam Rejab sudah tentu Aisyah telah menyebutnya.
( sila lihat kitab Adab dalam bulan Rejab oleh Mala Ali Qari : ms 49-51 )