Al-faqirah Ilallah

Catatan 5
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

Assalamualaikum warahmatullah. Sahabat2 yg dikasihi fillah. Sedikit ilmu untuk dikongsi, semoga memberi manfaat bersama.

Objektif untuk memiliki istiqamah:

1. Menghayati peraturan dan arahan perjuangan (jihad fi sabiilillah) yang terkandung di dalam al-Qur'anul Karim dan Sirah Nabawiyyah.

2. Mengambil pengajaran daripada gerakan sirah  perjuangan dan pengorbanan Baginda sallallahu 'alaihi wasallam, dan juga para sahabat Baginda.

3. Memahami matlamat serta arah tuju perjuangan yang didokong dan diperjuangkan. (jangka panjang dan jangka pendek)

4. Menerima motivasi dan bimbingan yang berterusan daripada pimpinan dan juga sahabat seperjuangan.

5. Mengenali realiti dan menginsafi tuntutan perjuangan bagi meginsafi tuntutan perjuangan bagi mengisi keperluan jamaah dan ummah.

6. Bekerja secara amal jama'ie (kolektif) dengan memelihara asas kombinansi tenaga dan fikrah.

7. Memiliki ilmu perjuangan dan kumpulan data maklumat untuk menyusun atau merangka gerak kerja yg bersistematik dan strategi yg efektif.

8. Memahami tabiat atau sunnatullah dalam sebuah perjuangan yg ingin mendaulatkan kalimah Allah dan menegakkan keadilan sejagat.

Rujukan: Pra syarat kemenangan kita

haqirfillah