Assalamualaikum warahmatullah.
Sedikit tazkirah hari ini, semoga dapat memberi manfaat bersama, Insha-Allah.
******
Berdasarkan tafsir surah An-Nisaa' (89-90), orang kafir terbahagi kepada tiga:
1. Al-Muharribun
Iaitu orang kafir yang memerangi orang Islam; kerana orang Islam memeluk agama Islam. Maka diketika ini kita
diperintahkan supaya memerangi mereka, seperti mana mereka memerangi kita; demi untuk mempertahankan agama Allah. Peperangan
ini dinamakan peperangan Sabil; iaitu peperangan semata-mata mempertahankan Agama Allah (ayat 89). Tetapi jika mereka mengajak
kepada perdamaian, maka kita diperintahkan supaya tidak memerangi mereka dan tidak membunuh mereka.(akhir ayat 90).
2. Al-Mu'ahidun
Iaitu orang kafir yang telah mengadakan perjanjian dengan orang Islam, bahawa mereka tidak akan memerangi
orang Islam. Maka orang-orang kafir ini tidak boleh diperangi atau dibunuh melainkan sekiranya mereka melanggar perjanjian
tersebut. Dan juga tidak boleh memerangi orang kafir yang memerangi orang Islam, tetapi telah lari dari medan peperangan dan
meminta perlindungan dari orang kafir mu'ahidun ini (awal ayat 90)
3. Al-Musalimun
Iaitu orang kafir yang yang neutral. Iaitu yang mengatakan mereka tidak akan memerangi orang Islam dan
tidak pula akan memerangi orang kafir Muharribun. Orang kafir ini tidak boleh dibunuh atau diperangi.
*Sekiranya orang kafir telah meminta perlindungan di bawah kerajaan Islam maka mereka tidak boleh disakiti atau dicaci
dan sebagainya. Ini merupakan dalil bahawa Islam tidak memerintahkan supaya semua orang kafir diperangi, melainkan mereka
yang memerangi Islam.
Rujukan: Tafsir Surah An-Nisaa'
******
Sedikit mengenai kisah kasihnya Saidina Abu Bakar terhadap Rasulullah sallallahu 'alalaihi wa sallam dan saudara
mukminnya.
Dalam perjalanan hijrah menuju ke Mekah bersama Rasulullah yang diselubungi dengan suasana cemas, Abu Bakar
adakalanya berjalan di belakang Rasulullah, adakalanya pula beliau berjalan di hadapan, di kiri ataupun di kanan Rasulullah.
Rasulullah yang hairan dengan gelagat Abu Bakar bertanya, dan beliau menjelaskan dengan tenang kepada Rasulullah:
"Ya Rasulallah, sekiranya aku merasakan bahawa bahaya ada di hadapanmu, maka akan berjalan di hadapan bagi melindungimu
dari bahaya itu. Begitu juga sekiranya aku merasakan bahaya akan datang dari kiri, kanan atau belakang Rasulullah maka aku
pergi pula ke kiri, kanan atau belakang mu bagi melindungi Rasulullah dari bahaya itu."
Semasa beliau berada di Makkah pula, hartanya habis digunakan untuk membebaskan hamba-hamba di kalangan mukmin yang
bertuankan kafir. Hamba-hamba ini bukanlah dibebaskan untuk kepentingannya, atau untuk disuruh bekerja di bawahnya, kerana
hamba-hamba ini sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama di dera. Sebaliknya hamba-hamba yang telah menjadi saudara mukminnya
ini, dibebaskan kerana itulah kewajipan seseorang mukmin terhadap saudaranya.
Rujukan: Tazkirah tuk guru. (Janji-janji Allah)
Wallahu a'lam.
haqirfillah