Assalamualaikum warahmatullah..
Sahabat-sahabat yang dikasihi fillah; semoga semua nya dalam kemanisan iman dan ketinggian amal, insha-Allah.
Sedikit tazkirah untuk pagi ini. Semoga dapat memberi manfaat bersama.
Sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
Hadis Sayidina Othman bin Affan r.a:
Diriwayatkan
daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau
terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian
beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu
beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan
hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya.
Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah
mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang
dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu (Sahih
Muslim).
Dan sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi wa Sallam lagi:
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah
s.a.w bersabda: Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan
wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia
berbuat demikian (Sahih Muslim)
Sangat
besar fadhilat wudhu' yang kadang2 kita ambil ringan. Walaupun ia amat mudah dilakukan, tetapi kita selalu melepaskan peluang
meraih pahala amalan ini. Terdapat lagi beberapa janji2 Allah yg telah Nabi kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam
sampaikan melalui hadith2nya. Malahan baginda sendiri telah mempastikan dirinya berwudhu' meskipun masih dalam keadaan
berjunub.
Hadis Aisyah r.a:
Apabila Rasulullah s.a.w ingin tidur, sedangkan baginda
masih dalam keadaan berjunub, baginda berwuduk sebagaimana yang dilakukan ketika ingin mendirikan sembahyang sebelum tidur
(Sahih Muslim)
Ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa Rasulullah
amat memberati amalan wudhu' ini. Kita sebagai ummat yang mengaku mahu mengikut jejak baginda yg dikasihi, seharusnya melihat
perkara ini sebagai suatu yang besar. Insha-Allah semoga ianya merupakan salah satu sebab kita layak untuk mendapat
syafaat baginda di akhirat kelak.
Sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi wa Sallam lagi:
"Apabila namaku diseru oleh malaikat, maka ummatku pun
turut berada di belakangku dengan keadaan wajahnya putih bersih kerana bekas air wudhu' mereka."(Hadith Riwayat........?)
Kesan dan tanda ini hanya diperolehi oleh ummat Muhammad
sahaja. Tidak ada pada ummat2 lain. Oleh itu, janganlah kita mengambil ringan dan cuba bersungguh2 melaksanakannya dengan
cermat sepertimana yang dikehendaki oleh syara'.
Sebaik-baiknya ia dijadikan amalan, walaupun ketika berada
di luar waktu solat. Kerana selama mana org mukmin itu dalam keadaan wudhu' yang sempurna, maka selama itu lah wajahnya akan
berseri di sisi Allah.Insha-ALlah.
haqirfillah.