Al-faqirah Ilallah

Qatlana Fil Jannah , Wa Qatlakum Fin Naar
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

Ada pun bagi orang bukan Islam tidak apa faedah bagi mereka kecuali kemenangan, pemikiran mereka sibuk memikirkan tenteng kemenangan. Mereka berada antara dua pilihan samada menang didunia atau kerugian didunia dan azab di akhirat. Firman Allah s.w.t bermaksud:

"Sesunguhnya orang-orang kafir membelanjakan harta mereka untuk menghalang/menutup jalan Allah. mereka akan terus membelanjakannya kemudian ia menjadi penyesalan dan kemudian dikalahkan. Dan orang-orang kafir dihimpun di dalam neraka".
 

Penerangan Hadis:
   Sesungguhnya mujahid Islam ketika menyertai peperangan ia meletakkan dalam pemikirannya bahawa ia berada antara dua kebaikan, samada kemenangan atau mati syahid. Muslim tidak akan selamanya kalah dalam peperangan, mereka dalam keadaan baik dan menuju kepada kebaikan. Ini mendorong mereka keluar berjihad. Mereka inginkan kematian sebagaimana musuh mereka inginkan kehidupan. Mereka sentiasa menyanyikan lagu yang mereka pelajari daripada Syeikh Islam Ibnu Taimiah apabila berkata: "apa yang boleh musuhku lakukan kepadaku?, syurgaku ialah taman di dalam hatiku, kemana sahaja aku pergi ia bersama ku, tidak berpisah daripadaku selamanyapemenjaraan bagiku "khulwah", pembunuhan bagi ku syahadah dan pembuangan negeri bagiku pelancungan".

Ketika Abu Sufyan mahu beredar-setelah tamat perang Uhud- ia berhenti megah dengan kemenangan dan berkata dengan suara yang lantang kepada golongan yang beriman; "hari silih berganti, peperangan ada kalah dan menang, hari untuk menebus kekalahan Badar".

Ia dengan kata-katanya itu bermaksud mahu melemahkan keazaman muslimin, lalu Rasulullah s.a.w berkata kepada sahabat-sahabat yang bersama dengannya: Tidakkah kamu mahu menjawab mereka?, mereka berkata; bagaimana kami nak menjawab?, Nabi berkata: katakan kepada mereka, tidak sama sama sekali, yang terkorban dikalangan kami masuk syurga dan yang terbunuh dikalangan kamu masuk neraka. Rasulullah s.a.w cuba mengembalikan keazaman muslimin dan menguatkan kehendak mereka.

Abu Sufyan berkata lagi: Uzza menyebelahi kami dan tidak ada Uzza bagi kamu. Nabi berkata; kenapa kamu tidak jawab?, sahabat bertanya bagaimana kami nak jawab?, Nabi berkata; katakan kepada mereka Allah melindungi kami dan tidak ada pelindung bagi kamu. Abu Sufyan berkata: tinggilah Hubal, dan Rasulullah s.a.w berkata; kenapa kamu tidak menjawab?, sahabat bertanya, bagaimana kami nak jawab?, Katakan kepada mereka : Allah lebih tinggi dan lebih mulia.

Berkata Syeikh Ssyed Qutb pengarang kitab tafsir Zilal al Quran:-

Firman Allah taala yang bermaksud: (jangan kamu rasa hina berlawan dengan musuhkalau kamu sakit mereka juga sakit seperti kamu sakit dan kamu mengharap daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan)

Satu sentuhan yang kuat yang memberi kesan yang sangat mendalam untuk mengobarkan semangat jihad fi sabilillah dan meringankan kesakitan serta kesukaran yang dihadapi oleh mujahidin. Satu gambaran yang cukup jelas mempelihatkan perbezaan keadaan mujahidin yang beriman dan keadaan musuh yang memerangi mereka di persimpangan jalan.

Dengan gambaran ini dua jalan berpecah, tertonjol dua manhaj, segala kesakitan enteng, segala kepayahan menjadi mudah dan tidak ada ruang untuk merasa lemah atau tidak berupaya. Orang lain juga sakit, tetapi mukmin mengharap daripada Allah apa yang mereka (orang kafir) tidak harapkan.

Ia merupaka galakan untuk terus berjihad, menaggung kesakitan, keperitan dan kejerihan. Ia menyentuh hati mukmin dengan sentuhan yang halus dan mendalam, menjamah hingga ke lubuk hati dan menyuluh sinaran/cahaya yang kuat kearah kesudahan, matlamat dan tujuan.

Jangan kamu rasa hina atau lemah dalam menghadapi musuh, jika kamu merasa sakit, mereka juga merasa sakit seperti kamu. Sedang kamu mengharapkan daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan. Allah amat mengetahui lagi maha bijaksana.

Ia hanya beberapa kalimat yang menggariskan jalur penentuan dan menyingkap jurang pemisah yang amat jauh anatara dua pihak yang bersengketa.

Sesungguhnya orang yang beriman sanggup menanggung sakit dan luka dalam peperangan, tetapi bukan mereka sahaja yang menaggungnya..sesunguhnya musuh mereka juga merasa sakit, luka dan pedih. Namun kedudukan antara keduanya sangat jauh. Orang beriman berjihad kerana Allah dan mengharapkan ganjaran daripadannya, manakala orang kafir mereka hilang dan lenyap, berjuang bukan kerana Allah dan tidak mengharapkan daripada Allah apa-apa, samada semasa hidup atau setelah mati.

Apabila kafir bersungguh-sungguh untuk berperang, maka orang beriman harus lebih bersungguh lagi, apabila orang kafir sanggup menaggung kesakitan, maka orang Islam harus lebih tahan sabar menanggung kesakitan, mereka harus lebih bersedia untuk meneruskan perjuangan menentang musuh, memerangi mereka, menjejaki saki baki kekuatan mereka sehingga mereka tidak lagi memiliki apa-apa kekuatan dan sehingga dapat dipadamkan api fitnah dan keagamaan kembali kepada Allah.

Inilah dia kelebihan akidah kepercayaan kepada Allah dalam perjuangan. Disana akan berlaku keadaan dimana masyaqqah mengatasi keupayaan, kesakitan lebih berat dari apa yang boleh ditanggung oleh manusia dan hati manusia berhajat kepada bantuan yang melimpah dari luar dan bekalan. Dalam keadaan ini bantuan daripada Allah yang maha menolong akan datang , dan bekalan dari ar Rahman akan muncul.

Bimbingan dan pelajaran ini sesuai dengan keadaan apabila perang terbuka berlaku antara dua pihak yang sama kuat. Peperangan yang mana kedua-dua pihak yang berjuang akan merasai kesakitan, kerana setiap kumpulan berperang dengan menggunakan kekuatan senjata masing-masing.

Namun boleh jadi berlaku satu masa golongan mukminah terlibat dalam pertempuran yang tidak setanding..namun kaedah tetap tidak berubah. Kebatilan tidak tidak selamanya selamat, walaupun ia menang, ia tetapi menghadapi tekanan dari dalam, percanggahan, perbalahan sesama sendiri dan pertembungan dengan fitrah asal kejadian sesuatu dan tabiat(perasaan) semulajadinya.

Pilihan yang ada dihadapan golongan Islam pada masa itu ialah bertahan dan jangan putus asa. Ia hendaklah tahu bahawa walaupun ia merasa sakit tetapi musuhnya juga merasa sakit. Terdapat banyak bentuk sakit dan banyak jenis kesedraan..kamu mengharapkan daripada Allah apa yang tidak diharapkan oleh mereka. Inilah ucapan takziah yang mendalam dan ia lah pemisah antara lua jalan.

Orang yang beriman tidak mengharapkan bala berlaku tetapi memohon daripada Allah supaya diberi keafiatan dan kesihatan. Tetapi jika ia diseru kepada jihad dia keluar-tanpa malas- sambil memohon daripada Allah satu daripada dua perkara; kemengan atau mati syahid. Kedua-dua adalah kurniaan daripada Allah dan kedu-duanya kejayaan yang besar.Lalu Allah memberikan kepadanya as syahadah (mati syahid), dia redha dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya atau gembira dengan kedudukan as syahadah yang tinggi disisi Allah.

Frman Allah lagi yang bermaksud: "berperanglah pada jalan Allah mereka yang menjual kehidupan dunia mereka dengan kehidupan akhirat. Dan barangsiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia di bunuh atau menang, Allah akan berikan kepadanya ganjaran yang besar".

Dalam ayat ini Allah menggesa supaya berperang dan menggalakkannya, kemudian seterusnya cuba mengangkat atau membebaskan mereka yang lambat, berat dan punggung mereka melekat pada bumi, menggerakkan kekuatan dalaman mereka supaya menjengok kepada apa yang lebih baik dan lebih kekal yakni akhirat dan mendorong mereka supaya menjual dunia dengan akhirat serta menjanjikan mereka sebagai balasan kepada itu semua kurnian Allah dalam dua keadaan dan salah satu dari dua kebaikan; kemenangan atau mati syahid.

Oleh itu berperanglah pada jalan Allah, kerana Islam tidak tahu peperangan selain dari jalan Allah, tidak kenal peperangan untuk mendapat harta rampasan, untuk memaksa kekuasaan atau untuk keagongan sesaorang individu atau satu-satu bangsa.

Ia tidak berperang kerana mahu menguasai bumi, menguasai penduduk, untuk mendapat sumber asli untuk industri, untuk memasarkan produk ekonomi, untuk kebebasan pengaliran modal ditanah jajahan atau separa jajahan.

Ia tidak berperang kerana keagungan sesaorang individu, keluarga, lapisan manusia, kemegahan negara, umat atau keturunan. Ia hanya berperang pada jalan Allah, untuk meninggikan kalimah Allah diatas muka bumi, untuk melaksanakan manhajnya dalam menguruskan kehidupan, untuk memberi manusia menikmati kebaikan manhaj ini, keadilannya yang mutlak antara sesama manusia disamping kebebasan setiap individu memilih akidah yang ia yakini..dibawah naungan manhaj rabbani, insani, universal dan sejagat.

Ketika seorang muslim keluar untuk berperang pada jalan Allah dengan tujuan untuk meninggikan kalimah Allah dan melaksanakan manhajNya, lalu dibunuh, ia mati syahid dan mendapat maqam(kedudukan)seorang syahid disisI Allah.
Ada pun jika ia keluar berperang untuk tujuan lain selain dari tujuan ini ia tidak dinamakan syahid dan tidak akan mendapat ganjaran syuhada' disisi Allah, bahkan juga disisi ampuya tujuan lain yang ia keluar kerananya. Sesiapa yang menyifatkan mereka sebagai syahid telah mengada pendustaan terhadap Allah dan memberi gelaran kepada diri mereka atau orang lain dengan gelaran yang palsu.

Maka berperanglah pada jalan Allah, sahaja pada jalan Allah. Barangsiapa yang mahu menjual dunia dengan akhirat dan mendapat kelebihan yang besar daripada Allah, dalam dua keadaan samada ia dibunuh pada jalan Allah atau memperolehi kemenangan, Allah akan memberikan kepadannya ganjaran yang besar.


Allahu akbar..walillahi al hamd
 
Source: Suara Ulama' Malaysia