Assalamualaikum wbt
Rancanglah kematian......
Kita selalu mendengar berita tentang
kematian, saban hari, saban waktu, setiap ketika. Kita juga mendengar setiap masa ada insan-insan yang menunggu saat
kematian begitulah juga insan-insan yang tak menanti kematian tetapi telah diragut kehidupan dunia darinya tanpa persediaan.
Sesungguhnya
kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptanya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita
cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi juga.
Pelbagai
bentuk dan cara kematian menjemput insan ada yang kemalangan, ada yang sakit berpanjangan ada yang kena buatan orang
? dan ada yang secara spontan..
Ada yang mati diatas tilam empuk ada yang mati dibunuh dan dihumban dijalanan
atau longkang ada juga yang mati dimedan perang.
Ada yang mati ketika melakukan maksiat ada yang mati ditempat
maksiat tidak kurang juga yang mati semasa melakukan ibadat
Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu kedudukan seseorang
ketika matinya seseorang insan.
Namun begitu kita hendaklah berusaha dan merancang kematian yang perlu kita tempuhi
atau kehendaki. kerana kematian akan menjenguk kita kita akan mati dengan salah satu asbab, cara kematian kematian
yang macamana kah yang kita pilih ? kita tiada pilihan melainkan memilih cara kematian kita kalau kita tidak pilih atau
rancang pun, kematian tetap akan bersama kita akhirnya.
Oleh itu rancanglah dari sekarang kematian kita. sabda
Rasulullah saw bermaksud " Lazimilah oleh kamu dengan berbuat kebajikan, kerana ia dapat menghindarkan kamu dari mati dalam
keadaan yang tidak baik".
Itulah kematian yang kita cari. iaitu kematian yang boleh membawa kepada kebahagian dialam
selepas kematian. Berusahalah dan rancanglah supaya kematian kita adalah dalam keadaan yang baik, cara yang baik. penuh
dengan keimanan dan keredhaan Allah swt. Walaupun begitu sedarilah bahawa kematian yang paling mulia disisi Allah ialah
matisyahid. Sekian, wassalam. Source: Islah-net@yahoogroups.com
|