Panduan untuk para Naqib/ah
Para Naqib/ah perlu membezakan diantara apa yang dinamakn Usrah dan Halaqah Usrah. Kekeliruan
didalam memahami kedua-dua perkara ini akan meyebabkan Usrah yang sebenarnya hanya menjadi suatu perkara yang tidak
bermakna.
Usrah adalah satu jemaah yang diikat dengan Iman bi Allah dan Ukhuwwah fi Allah,
didirikan di atas rukun Ta'aruf (berkenalan), Tafaahum (bersefahaman), dan Takaful (bertolongan) ke arah
memahami dan menghayati Islam serta bertindak secara Jama'i.
Adapun Halaqah Usrah (majlis pertemuan usrah) hanyalah merupakan salah satu aktiviti Usrah
ke arah memahami Islam dan meningkatkan diri dari segi thaqafi (pembelajaran)
Keterangan lanjut berkenaan hal ini boleh didapati dari Lampiran: Silibus Usrah IPIJ 1 yang disertakan
dalam Skima Tarbiyyah IPIJ Peringkat Satu.
Halaqah Usrah
Halaqah Usrah adalah bersifat tempatan, dimana ada hubungan terus menerus diantara sesama ahli
usrah. Dengan ini apa-apa yang difahami dan dibincangkan bersama-sama didalam Halaqah Usrah, dapat dipraktikkan dihayati
bersama-sama juga iaitu adanya penghayatan Islam secara Jama'i.
Persediaan awal setiap ahli sebelum menghadiri Halaqah Usrah amatlah penting. Dengan ini perbincangan
didalam halaqah dapat berjalan lancar dan masa tidak terbuang didalam membincangkan perkara yang boleh dibaca terlebih dahulu.
Didalam halaqah ini, para naqib/ah bolehlah bertanya soalan kepada para ahli untuk menguji kefahaman
mereka.
Halaqah Usrah secara Teleconference
Sekiranya halaqah secara teleconference terpaksa dibuat atas sebab-sebab yang tertentu, maka beberapa
penyesuaian perlu dibuat.
Oleh kerana kekerapan halaqah secara ini adalah jarang (2-4 minggu sekali), maka para ahli halaqah tersebut
perlulah membaca terlebih dahulu bahan perbincangan mengikut kadar yang umumnya boleh diselesaikan oleh halaqah yang bersifat
tempatan dan mingguan, dalam masa yang sama (2-4 minggu).
Dengan ini, halaqah secara "teleconference" ini akan dapat menjadi majlis untuk menjelaskan sebarang
kekeliruan yang mungkin timbul dalam pembacaan tersebut, dan tidaklah pula ia menjadi "Majlis Pembacaan".