PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAM
OBJEKTIF
1.
Ahli usrah
mengetahui bagaimana membentuk akhlak menurut Islam
2.
Ahli usrah mengetahui peri-pentingnya berakhlak
dengan akhlak Islam
KANDUNGAN
1.
Pembentukan
akhlak menurut Islam
2.
Akhlak
yang baik ialah kesempurnaan Islam
3.
Kepentingan
akhlak dalam peribadi Muslim
4.
10 sifat
mahmudah
5.
10 sifat
mazmumah
6.
Muslim
terhadap Tuhannya
Sedar dan taat akan perintah Tuhan
Sentiasa bertaubat dan mencari redha
Allah
7.
Muslim
terhadap dirinya
Memurnikan aqidah
Memiliki ilmu yang mantap
Memiliki bidang pengkhususan
8.
Muslim
terhadap ibu bapa dan keluarganya
Mentaati kedua ibu bapanya
Berlemah lembut
9.
Muslim
terhadap saudara dan sahabat-handai
Mencintai kerana Allah di atas dasar
iman dan aqidah
Tidak membelakangi mereka
Memenuhi keperluan apabila diperlukan
Berpesan
di atas kebenaran dan kesabaran
PEMBENTUKAN AKHLAK MENURUT ISLAM
Akhlak dapat dibentuk dengan baik sekiranya kita benar-benar mengikut lunas-lunas yang telah disyariatkan
oleh Allah dan Rasul-Nya. Akhlak yang dibentuk berasaskan kesedaran dan hidayah dari Allah yang mampu dimiliki oleh setiap
manusia yang mahu digelar hambaNya.
Antara jalan terbaik untuk membentuk akhlak yang mulia ialah:
Ilmu pengetahuan
Setiap mukmin perlu
mempelajari apakah akhlak yang terpuji (akhlak mahmudah) dan apakah akhlak yang dikeji (akhlak mazmumah). Al-Quran telah menggariskan
akhlak yang utama yang mesti dihayati oleh setiap orang mukmin. Sennah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pula telah memperincikan
serta telah menterjemahkannya ke dalam reality kehidupan sebenar.
Menyedari kepentingan akhlak yang
diamalkan
Akhlak adalah cermin
bagi individu Muslim itu sendiri, malah daya tarikan Islam juga bergantung kepada akhlak yang mulia.
Keazaman yang tinggi
Melalui keazaman yang
kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan untuk benar-benar menghayati sifat yang mulia.
Ibadah yang kuat dan ikhlas
Ketekunan dan keikhlasan
melakukan ibadah mampu menangkis serangan mazmumah terutamanya bisikan hawa nafsu.
Bergaul dengan orang yang baik akhlak
Pergaulan boleh mempengaruhi
diri untuk berubah. Ini adalah kerana manusia cepat meniru orang lain. Dalam masa yang sama menjauhi orang-orang yang melakukan
maksiat dalam erti kata uzlah syuuriyah (pengasingan jiwa) yang mana kita tetap meneruskan usaha untuk membawa mereka kembali
ke jalan yang benar.
Membiasakan diri dengan kebaikan
Menggantikan akhlak
mazmumah dengan akhlak mahmudah serta senantiasa membiasakan diri dengannya agar ia tetap kekal di dalam jiwa.
Sentiasa berlapang dada untuk menerima
nasihat
Kadang-kala seseorang
itu tidak menyedari kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri sendiri. Oleh itu ia perlu berlapang dada dan menerima nasihat-nasihat
yang bertujuan untuk membaiki dirinya.
Umar Ibn Al-Khattab
pernah berkata: Mudah-mudahan Allah memberikan hidayah kepada orang-orang yang menunjukkan kekurangan-kekuranganku.
AKHLAK YANG BAIK IALAH KESEMPURNAAN ISLAM
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan akhlak sebagaimana yang
dinyatakan dalam hadeeth Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Dengan akhlak Rasulullah memenuhi kewajipan dan menunaikan
amanah, menyeru manusia kepada tauhid dan dengan akhlak jualah baginda menghadapi musuh di medan perang. Dengan akhlak baginda memimpin rakyat dalam perjuangan mencapai cita-cita
serta membangunkan Negara yang berdaulat dan merdeka. Sesungguhnya akhlak yang mulia melengkapkan sendiiman untuk menuju kepada
kesempurnaan keperibadian manusia sebagai mana keterangan hadeeth yang berbunyi:
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Paling sempurna keimanan orang-orang mukmin ialah yang
lebih baik akhlaknya. (Hadeeth Riwayat At-Tirmizi dari Abu Hurairah).
Dalam konteks pengamalan syariat iaitu yang meliputi pengabdian hamba terhadap Allah, dapat dilihat pada
rukun Islam yang lima dan juga dalam bab muamalah, akhlak berperanan untuk melengkapinya.
Manakala dalam bab ibadat, kita akan dapati antara hikmah ibadah-ibadah yang dianjurkan oleh Islam terdapat
pertautan yang erat antara akhlak dan ibadah meskipun ibadah itu berlainan pada rupa dan bentuknya tetapi kesemuanya menuju
kepada satu sasaran yang digariskan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam sabdanya: Aku diutuskan untuk menyempurnakan
akhlak.
Sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain amalan yang diperintahkan di dalam Islam adalah merupakan anak
tangga untuk mendaki kemuncak kesempurnaan dan sebagai strategi untuk melindungi diri dai kerosakan dan kerendahan moral.
Dengan sebab ciri-ciri itu maka ibadah-ibadah tersebut terletak di tempat yang tinggi dalam agama.
Persiapan umat Islam untuk menjadi Ummatan Wasathon harus dilengkapi dengan tuntutan untuk dijadikan alat
komunikasi dengan sesame manusia. Tuntutan itu berupa ajaran akhlak mulia, yang diharapkan untuk mewarnai segala aspek kehidupan
manusia. Kerana itu, sesungguhnya ilmu komunikasi yang paling hebat adalah ilmu yang didasarkan kepada akhlak yang mulia.
KEPENTINGAN AKHLAK DALAM PERIBADI MUSLIM
Bidang akhlak adalah bidang yang amat penting dalam system hidup manusia. Ini adalah kerana nilai manusia
itu pada hakikatnya terletak pada akhlak dirinya. Semakin tinggi nilai akhlak diri seseorang itu maka makin tinggi pula nilai
kemanusian pada dirinya. Akhlak ini jugalah yang membezakan antara insan dengan haiwan dari segi perilaku, tindak-tanduk dan
tanggungjawab dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang yang tidak berakhlak adalah sama tarafnya dengan haiwan malah lebih
rendah dari itu lagi.
Firman Allah subhaanahu wa taaala:
Dan sesugguhnya kami telah sediakan untuk neraka banyak sekali golongan jin dan manusia yang mana mereka
mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya, mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya, mempunyai telinga
tetapi tidak mahu mendengar dengannya, mereka itu seperti binatang malah lebih sesat, mereka ialah orang-orang yang lalai.
(Al-Araf:179).
Akhlak mempunyai kedudukan paling tinggi dalam hirarki tamadun ummat manusia. Oleh itu, masyarakat yang
tidak mempunyai nilai akhlak tidak boleh dianggap sebagai masyarakat yang baik dan mulia walaupun mempunyai kemajuan yang
dalam bidang ekonomi, teknologi dan sebagainya.
SIFAT MAHMUDAH
Sabar
Syukur
Khauf (takutkan kemurkaan Allah)
Roja (mengharapkan keredhaan Allah)
Benar
Jujur
Pemaaf
Pemalu
Tawadhu (merendahkan diri sesame muslim)
Tawakkal (meletakkan pergantungan kepada Allah)
SIFAT MAZMUMAH
Tergesa-gesa
Riya (melakukan sesuatu dengan tujuan ingin menunjukkan kepada orang lain)
Dengki (hasad)
Takabbur (membesarkan diri)
Ujub (kagum dengan diri sendiri)
Bakhil
Buruk sangka
Tamak
Pemarah
Sumah (melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapatkan kemasyhuran )
MUSLIM TERHADAP TUHANNYA
Sedar dan taat akan perintah Tuhan
Menyedari dia senantiasa
memerlukan pertolongan Allah serta mentaati perintah Allah sekalipun bertentangan dengan kehendak nafsunya.
Sentiasa bertaubat dan mencari keredhaan
Allah
Segera bermohon kepada
Allah apabila menyedari yang dirinya lalai atau berlaku cuai serta memastikan bahawa seluruh gerak kerja adalah untuk mendapatkan
keredhaan Allah.
Firman Allah subhaanahu
wa taaala:
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah,
maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. (Al-Araf:201)
Perlaksanaan ubudiyyah terhadap Allah
Firman Allah subhaanahu
wa taaala:
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka menyembahKu. (Al-Zaariyat:56)
beribadah kepada Allah
dapat dilaksanakan dalam segala gerak-geri manusia selagi niatnya hanyalah semata-mata kerana Allah. Sebesar-besar ibadah
ialah menegakkan hukum Allah dan membangunkan pemerintahan Islam.
MUSLIM TERHADAP DIRINYA
Memurnikan aqidah
Pembersihan keyaqinan,
kefahaman dan pandangan supaya sesuai dan selaras dengan keterangan dan tuntutan Al-Quran dan Hadeeth serta memastikan aqidah
bersih dari dicemari dengan segala bentuk kesyirikan, bidaah, khurafat, dan tahyul.
Memiliki ilmu yang mantap
Perkara pertama yang
patut diketahui dengan lebih mendalam ialah ilmu pengetahuan berkenaan kitab Allah dan diikuti dengan ilmu fardhu ain yang
lain.
Memiliki bidang pengkhususan
Menumpukan seluruh
tenaga dan perhatian kepada jurusan dan perhatian yang menjadi pengkhususan sama ada di bidang agama (fardhu ain) atau bukan.
Kejayaan ilmiyyah yang tinggi menyebabkan seseorang itu dipandang tinggi seterusnya dakwah dan risalah yang dibawa juga akan
dipandang mulia oleh manusia selagi individu itu merealisasikannya dengan ikhlas, bersungguh-sunnguh dan menjaga adab-adabnya.
MUSLIM TERHADAP IBU BAPA DAN KELUARGANYA
Berbuat baik kepada kedua-duanya
Islam mengangkat tinggi
martabat ibu bapa sehinggakan Allah meletakkan keredhaan keduanya sesudah keredhaan Allah.
Firman Allah subhaanahu
wa taaala:
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua
ibu bapa. (An-Nisaa:30)
Mentaati kedua-duanya selagi mana
tidak bertentangan dengan syariat Islam
Melaksanakan tanggungjawab untuk
menyelamatkan mereka daripada api neraka
Firman Allah subhaanahu
wa taaala:
Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu. (At-Tahrim:6)
MUSLIM TRHADAP SAUDARA-MARA DAN SAHABAT-HANDAINYA
Mencintai kerana Allah atas dasar
iman, dan ikatan aqidah
Tidak mencintai seseorang
kerana peribadinya semata-mata sebaliknya kerana kelebihan-kelebihan yang ada padanya yang membawa orang lain menuju keredhaan
Allah.
Tidak membelakangi mereka
Meraikan mereka sama
ada di dalam keadaan senag ataupun susah.
Memenuhi keperluan yang diperlukan
Hendaklah memenuhi
keperluan apabila diperlukan dan mendahului keperluan mereka dari kepentingan diri sendiri.
Berpesan atas kebenaran dan kesabaran
Mengingatkan tentang
suruhan agama yang perlu ditunaikan serta larangan-larangan yang mesti ditinggalkan.
BAHAN RUJUKAN
1.
Keperibadian
Muslim Mohd. Ali Hashimi
2.
Badan
Kendiri PJJ-ILHAM Kertas Seminar ILH 203 (Akhlak Islam-Nota C)
3.
Pekerti Muslim (Siri 1) Muhammad Al-Ghazali
SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN
1.
Bagaimanakah
pembentukan akhlak mengikut pandangan Islam?
2.
Mengapakah
kita perlu berakhlak dengan akhlak Islam?
3. Pekerti Muslim (Siri 1) Muhammad Al-Ghazali
SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN
1. Bagaimanakah pembentukan akhlak mengikut pandangan Islam?
2. Mengapakah kita perlu berakhlak dengan akhlak Islam?