Kepentingan baitul
muslim
Khusus |
16 okt |
Maheran Adila |
Kepentingan baitul
muslim |
1)
Makna dan Maksud Baitul Muslim
2)
Kepentingan membentuk dan membina Baitul Muslim (Keluarga
Muslim)
3)
Ciri-ciri dan sifat baitul Muslim(Rumah tangga
Muslim)
4)
Cara memastikan pembinaan keluarga Muslim atau baitul
muslim yang dicita2kan.
a.
Tanggungjawab
Sebelum Berumah-tangga.
b.
Tanggungjawab Selepas
Berumah-tangga.
c.
Tanggungjawab Bersama Dalam
Mendidik Anak-anak.
1)
Maksud Baitul
Muslim
Baitul Muslim = (Rumah Tangga/ Keluarga
Muslim yang beramal dengan Islam dalam keluarganya)
2)
Kepentingan membentuk dan membina Baitul Muslim
(Keluarga Muslim)
KELUARGA merupakan asas kepada
pembangunan negara. Keluarga yang
bahagia akan melahirkan rakyat yang dapat menyumbangkan tenaga kepada
pembangunan negara. Kebahagiaan
sesebuah keluarga pula amat bergantung kepada sejauh mana ahli keluarga itu
berpegang teguh kepada prinsip dan ajaran
agama Islam. Penghayatan terhadap agama dan berpegang teguh kepada etika
hidup yang baik akan menjamin kebahagiaan hidup sesebuah keluarga. Menjadi kewajipan setiap ahli keluarga
mengamalkan nilai murni dan ibubapa
hendaklah konsisten dalam mendidik anak-anak agar sentiasa mengamalkan perintah
serta menjauhi larangan Allah.
3)
Ciri-ciri dan sifat baitul Muslim(Rumah tangga
Muslim)
MEMBINA
PERSEKITARAN BERAGAMA DALAM KELUARGA
a. Memperbanyak koleksi buku,majalah dan
b. Minat kepada ilmu
agama
- Membawa anak-anak mereka ke pesta-pesta
buku Islam.
- Mendedahkan mereka kepada ilmu agama
dalam pelbagai bentuk, seperti konsert-konsert nasyid, kaset dan video (seperti
Jejak Rasul), bahan-bahan multimedia, khemah ibadah dan
sebagainya.
- Sewaktu masa lapang bersama keluarga,
adakan dialog dan perbincangan dengan anak-anak tentang isu-isu semasa. Bincangkan tentang kebijaksanaan Islam
dalam menangani masalah tersebut.
- Bawa anak-anak bermusafir, dalam sebuah
kereta atau van, melancong sambil melihat kebesaran Allah ditepi-tepi pantai,
bukit-bakau dan gunung-ganang.
Sambil itu, ajak mereka memikirkan kebesaran Allah, mencungkil hikmah di
sebalik kejadian alam tersebut.
Atau tamsilkan alam semula jadi dengan kehidupan selepas mati. Umpamanya, mengibaratkan tasik yang
terbentang luas sebagai lautan api neraka.
Ini adalah untuk menimbulkan rasa gerun terhadap api neraka. Sekaligus menambah keyakinan terhadap
pembalasan Allah.
c. Menyertai program peningkatan ilmu
agama
Bawalah
anak-anak menghadiri sebarang program yang boleh meningkatkan ilmu agama seperti
kuliah-kuliah fardhu ain di masjid, surau, atau sebarang khemah-khemah
ibadah. Bagi yang berkemampuan,
bawalah anak-anak menziarahi tempat-tempat peninggalan sejarah Islam seperti di
Turki, Sepanyol dan
d. Membentuk disiplin ibadah di kalangan
ahli keluarga.
Latih anggota
keluarga dan anak-anak dengan disiplin ibadah sejak mereka kecil. Diantaranya
ialah:-
- Membaca al-Quran menjadi aktiviti
harian. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Didiklah
anak-anak kamu atas tiga perkara:
Cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada kaum keluarganya serta membaca
Al-Quran, sesungguhnya para pembaca Al-Quran itu berada didalam naungan Arasy
Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para NabiNya dan
orang-orang suciNya.” (Hadith)
- Mempraktik sembahyang
berjemaah.
Dalam konteks
rumahtangga, sembahyang jemaah berperanan sebagai alat yang mengikat hati ahli
keluarga. Mungkin ianya susah
diterima menurut logik akal. Tetapi
Oleh itu, ibu
dan ayah perlu melaungkan sedikit masa berkumpul sesama ahli keluarga. Diantara caranya ialah menjalankan solat
berjemaah setiap hari. Paling
kurang, ambillah waktu Maghrib, Isyak dan Subuh. Selesai menjalankan solat berjemaah ini,
ibu ayah serta anak-anak bersalam-salaman diantara satu sama lain. Isteri memohon maaf terhadap suaminya.
Sekali-sekala
jika ada kelapangan, atau dihujung minggu, ayah sebagai ketua keluarga
seelok-eloknya memberi beberapa pesanan, nasihat dan peringatan agama untuk ahli
keluarganya.
Selang masa
diantara waktu Maghrib dan Isyak boleh juga digunakan untuk mendekati
anak-anak. Menyelami perasaan dan
masalah seharian mereka. Gunakan
pendekatan berbeza ketika
Gunakanlah
pendekatan yang bijaksana. Maka
mereka dengan mudah akan menceritakan masalah mereka. Dengan cara ini, anak-anak lebih
menghormati dan menghargai ibu bapa mereka.
Sekiranya ibu
bapa menggunakan pendekatan yang keras (sebagaimana orang-orang tua dahulu
kala), mereka akan lari. Mereka
akan pergi mendapatkan kawan-kawan mereka untuk meminta nasihat dan
pandangan. Sekiranya mereka bertemu
dengan kawan yang baik, beruntunglah mereka. Tetapi jika sebaliknya, kecelakaanlah
bakal menimpa.
e. Adakan ruang khas untuk solat dalam
rumah
Disatu sudut
pula boleh diletakkan buku-buku agama, kitab-kitab, surah Yasin dan
Al-Quran. Ini untuk memudahkan ahli
keluarga membaca Al-Quran selepas selesai menunaikan
sembahyang.
4)
Cara memastikan pembinaan keluarga Muslim atau baitul
muslim yang dicita2kan.
فَلَا
تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا ءَاخَرَ فَتَكُونَ مِنَ
الْمُعَذَّبِينَ(213)وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ(214)وَاخْفِضْ
جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya:
Maka janganlah
engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya
engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa. 214- Dan berilah
peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. 215- Dan hendaklah
engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.
(Surah Al-Syu'ara' 26: Ayat 213-215).
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ ءَامَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ
وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا
أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Maksudnya:
Wahai
orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka
yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan
dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak
menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan
mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah Al-Tahrim 66: Ayat
6)
4.1-
Tanggungjawab Sebelum Berumah-tangga.
Saya mestlah
memastikan perkahwinan saya adalah kerana Allah atau dengan kata lain membina
rumah-tangga muslim, untuk melahirkan keturunan yang salih, menjadi keluarga
yang mampu menunaikan amanah serta memastikan pelaksanaan hidayah Allah itu
secara berterusan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
ذُرِّيَّةً
بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ
"Satu
keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain" (Surah Ali-Imran 3: Ayat
34)
Saya mestilah
menjadikan tujuan perkahwinan saya adalah untuk menjaga pandangan saya,
memelihara kemaluan saya serta bertakwa kepada Allah sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
ثلاثة حق
على الله عونهم المجاهد في سبيل الله والمكاتب الذي يريد الأداء والناكح الذي يريد
العفاف
"
Dan sabdanya
lagi yang bermaksud:
من
تزوج فقد استكمل نصف دينه فليتق الله في النصف الباقي
"Sesiapa yang
berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka
bertakwalah ia pada separuh yang lain".
(Hadis riwayat
oleh Al-Tabrani Fil-Ausath)
Saya mestilah
memilih bakal isteri yang baik kerana dengannyalah saya berkongsi hidup dan
menjadi teman dalam perjuangan, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud:
تخيروا
لنطفكم فإن العرق نزاع وفي رواية دساس وفي رواية فأنكحوا الأكفاء أنكحوا
إليهم
"Pilihlah
untuk keturunanmu (wanita yang baik) kerana sesungguhnya keturunan itu menjadi
pertikaian. Dalam satu riwayat yang lain dikatakan: Keturunan itu menjadi
desas-desus". Dalam satu lagi riwayat yang lain disebut: "Hendaklah engkau
berkahwin dengan orang sekupu dan kahwinkanlah (anak-anakmu) dengan yang
sekupu.
Saya mestilah
memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanya sekalipun ia mungkin tidak
punya harta kekayaan dan kecantikan kerana sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud:
لا
تزوجوا النساء لحسنهن فعسى حسنهن أن يرديهن ولا تزوجوهن لأموالهن فعسى أموالهن أن
تطغيهن ولكن تزوجوهن على الدين ولأمة خرماء خرقاء ذات الدين أفضل
"Janganlah
kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana bole jadi kecantikan itu akan
membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya, kerana
mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan
agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan hodoh tetapi baik agamanya adalah lebih
utama". (Hadis riwayat Ibnu Majah)
amaran
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
من
تزوج امرأة لعزها لم يزده الله إلا ذلا ومن تزوجها لما لها لم يزده الله إلا فقرا
ومن تزوجها لحسبها لم يزده الله إلا دناءة ومن تزوج امرأة لم يرد بها إلا أن يغض
بصره ويحصن فرجه أو يصل رحمه بارك الله له فيها وبارك لها فيه
"Sesiapa yang
mengahwini wanita kerana memandang kepada kemuliaan (kedudukannya) sahaja, Allah
tidak akan menambah apa-apa kepadanya melainkan dengan kehinaan, sesiapa yang
berkahwin kerana hartanya, Allah tidak akan menambahnya kecuali kefakiran,
sesiapa yang berkahwin kerana keturunannya Allah tidak akan menambahnya kecuali
kerendahan tetapi sesiapa yang mengahwini wanita kerana menjaga pandangannya dan
memelihara kemaluannya (dari perkara haram) atau kerana menghubungkan
silaturahim, Allah akan memberkatinya dan
isterinya".
4.2-
Tanggungjawab Selepas Berumah-tangga.
Saya mestilah
berlaku baik terhadapnya dan memuliakan dalam hubungan muamalah untuk membina
jambatan saling mempercayai di antara saya dengannya sebagaimana Rasulullah
bersabda:
خيركم
خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي
"Orang yang
paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik perlakuan terhadap
isterinya dan akulah orang yang paling baik perlakuan terhadap
isteri".
Dan sabda
Rasulullah s.a.w:
أكمل
المؤمنين إيمانا أحسنهم أخلاقا وألطفهم بأهله
"Orang-orang
mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik akhlaknya dan
berlemah-lembut terhadap isteri mereka".
Hubungan saya
dengan isteri tidak seharusnya terbatas kepada hubungan di tempat tidur dan
melepaskan keinginan syahwat sahaja. Malah hubungan antara kami itu mestilah
hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih
sayang. Kami sama-sama membaca, menunaikan sebahagian dari 'ibadat bersama-sama
turut mengatur urusan rumah-tangga dan meluangkan waktu tertentuuntuk
bergurau-senda dan bermanja.
Dalam urusan
'ibadah Allah s.w.t berfirman:
وَأْمُرْ
أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا
Maksudnya:
"Dan
perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan sembahyang dan bersabarlah kamu
dalam mengerjakannya..." (Surah Taha 20: Ayat 132)
Dan firman
Allah:
وَكَانَ
يَأْمُرُ أَهْلَهُ بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ وَكَانَ عِنْدَ رَبِّهِ
مَرْضِيًّا
Maksudnya:
"Dan ia (Nabi
Ismail a.s) memerintahkan ahlinya mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan
ia adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya". (Surah Maryam 19: Ayat
55)
Dalam hal
bermesra dengan isteri, Rasulullah s.a.w pernah berlumba-kejar dengan Aisyah
r.a. Manakala dalam hal membantu urusan rumah-tangga, baginda melakukan banyak
kerja, di antaranya baginda menjahit serta memperbaiki
kasut.
Selain dari
perkara-perkara di atas, seluruh hubungan saya dengan isteri saya mestilah tidak
terkeluar dari batas-batas syariat, tidak menjatuhkan nama baik Islam dan tidak
tercebur ke dalam hal-hal yang haram kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w
memberi amaran:
ما
من أحد يطيع امرأة في ما تهوي إلا كبه الله في النار
"Tidak ada
seorang yang tunduk menurut kehendak wanita melainkan Allah mencampakkannya ke
dalam neraka".
Rasulullah
juga bersabda:
لا
يلقي الله أحد بذنب أعظم من جهالة أهله
"Seorang itu
tidak menemui Allah dengan membawa dosa yang sangat besar dari kejahilan
isterinya".
Sabda baginda
lagi:
تعس عبد
الزوجة
"Celakalah
orang yang menjadi hamba isterinya".
4.3-
Tanggungjawab Bersama Dalam Mendidik Anak-anak.
Sebenarnya
kejayaan dalam perkahwinan dengan memilih isteri yang salihah dan membentuk
pasangan suami-isteri yang serasi dengan acuan Islam merupakan saham yang sangat
besar dalam membantu melaksanakan pendidikan Islam kepada anak-anak. Sebaliknya
kegagalan perkahwinan dan tersalah pilih bakal isteri adalah punca kepada
keburukan dan keruntuhan ke atas rumah-tangga
seluruhnya.
Apapun
pertentangan yang berlaku dalam kehidupan suami isteri akan memberi kesan secara
langsung ke dalam pendidikan anak-anak dan jiwa mereka. Ekoran dari ini
sebahagian dari sifat-sifat kekusutan jiwa dan penyimpangan akan diwarisi pula
oleh anak-anak. Oleh yang demikian anasir yang pertama yang dapat menjamin
terlaksananya pendidikan secara Islam ke atas kanak-kanak ialah melaksanakan
perkahwinan menurut yang dianjurkan oleh Islam.
وَالَّذِينَ
يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ
أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya:
Dan juga
mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan
kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam
ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Surah Al-Furqan 25: Ayat
74)
sabda Nabi
s.a.w:
يولد الولد
على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
"Setiap anak
itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu bapanyalah yang
menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. (Muttafaqun
'Alaih)
Oleh sebab itu
Islam memandang berat dalam urusan mendidik anak-anak serta menggesa supaya
mencari sebab-sebab, norma-norma serta udara yang baik untuk menjamin terlaksana
tarbiah yang baik. Rasulullah bersabda:
لأن يؤذب
الرجل ولده خير له من أن يتصدق به بصاع
"Seorang yang
mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah dengan
secupak". (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi).
Sabda
Rasulullah s.a.w:
إذا مات
ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو
له
"Apabila mati
seorang anak Adam, terputuslah segala amalan (dari dia) kecuali tiga (kebaikan):
Sedekah jariah (yang ikhlas), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang salih yang
mendoakan (kebaikan) untuknya".