Skima Tarbiyyah IPIJ

Home

Skima Tarbiyyah IPIJ Peringkat Satu | Skima Tarbiyyah IPIJ Peringkat Dua | Skima Tarbiyyah IPIJ Peringkat Tiga | Photo Page/1 Picture | Contact Me
Panduan Untuk Para Naqib/Naqibah 2

Panduan untuk para Naqib/ah

    Para Naqib/ah perlu membezakan diantara apa yang dinamakn Usrah dan Halaqah Usrah. Kekeliruan didalam memahami kedua-dua perkara ini akan meyebabkan Usrah yang sebenarnya hanya menjadi suatu perkara yang tidak bermakna.

    Usrah adalah satu jemaah yang diikat dengan Iman bi Allah dan Ukhuwwah fi Allah, didirikan di atas rukun Ta'aruf (berkenalan), Tafaahum (bersefahaman), dan Takaful (bertolongan) ke arah memahami dan menghayati Islam serta bertindak secara Jama'i.

    Adapun Halaqah Usrah (majlis pertemuan usrah) hanyalah merupakan salah satu aktiviti Usrah ke arah memahami Islam dan meningkatkan diri dari segi thaqafi (pembelajaran)

    Keterangan lanjut berkenaan hal ini boleh didapati dari Lampiran: Silibus Usrah IPIJ 1yang disertakan dalam Skima Tarbiyyah IPIJ Peringkat Satu.

Halaqah Usrah

    Halaqah Usrah adalah bersifat tempatan, dimana ada hubungan terus menerus diantara sesama ahli usrah. Dengan ini apa-apa yang difahami dan dibincangkan bersama-sama didalam Halaqah Usrah, dapat dipraktikkan dihayati bersama-sama juga iaitu adanya penghayatan Islam secara Jama'i.

    Persediaan awal setiap ahli sebelum menghadiri Halaqah Usrah amatlah penting. Dengan ini perbincangan didalam halaqah dapat berjalan lancar dan masa tidak terbuang didalam membincangkan perkara yang boleh dibaca terlebih dahulu.

    Didalam halaqah ini, para naqib/ah bolehlah bertanya soalan kepada para ahli untuk menguji kefahaman mereka.

Halaqah Usrah secara Teleconference

    Sekiranya halaqah secara teleconference terpaksa dibuat atas sebab-sebab yang tertentu, maka beberapa penyesuaian perlu dibuat.

    Oleh kerana kekerapan halaqah secara ini adalah jarang (2-4 minggu sekali), maka para ahli halaqah tersebut perlulah membaca terlebih dahulu bahan perbincangan mengikut kadar yang umumnya boleh diselesaikan oleh halaqah yang bersifat tempatan dan mingguan, dalam masa yang sama (2-4 minggu).

    Dengan ini, halaqah secara "teleconference" ini akan dapat menjadi majlis untuk menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul dalam pembacaan tersebut, dan tidaklah pula ia menjadi "Majlis Pembacaan".