Make your own free website on Tripod.com
Catatan Seorang Musafir

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamu'alaikum warahmatuLLah...semoga sahabat semua dalam keadaan sihat. Sama2 bermujahadah memelihara iman yg sentiasa turun dan naik. Iman sgt 'fragile' jika dibiarkan, tanpa diberikan sesuatu yg dapat memeliharanya. Mudah2an Allah sentiasa memberikan bantuan kepada hambaNya yg sentiasa harap dan takut. Dan yg pastinya lebih diharapkan..Allah memilih kita menjadi hambaNya yg harap dan takut..aamiin.

Catatan Musafir 

1. AlhamduliLLah...smlm selamat sampai ke bandar sapporo semula. Suatu perjalanan yg memenatkan. Mulanya dijangkakan cuma pergi dua hari satu mlm shj. Tapi rupanya, sensei (pensyarah) lab buat arahan mengejut...student tahun empat..sila sambung musafir; buat lawatan sambil belajar di Sekolah Teknik dan Mirai Dai (Future University). Perjalanan dari tempat kami berombongan ke tempat nak buat lawatan sambil belajar makan masa lebih kurang 4-5 jam. Biar betul sensei ni...kami duk pikir. Masa sensei bagi tahu tu, kami tengah sarapan pagi, hari kedua. Mlm tu dah nak balik sepatutnya. Pakaian yg dibawa pun cuma pakaian utk dua hari tu. Pelajar tahun 4 ada 5 org, termasuk saya. Semua lelaki. AlhamduliLLah, kakak satu lab nak menemankan sehingga ke tempat lawatan tu. Kalau saya seorg saya tak pergi...(Tolak punya tolak...akhirnya kakak lab tu fhm maksud tersirat saya...tempat lawatan tu antara tempat yg saya berhajat utk sampai setelah sekian lama..Syukur, akhirnya dapat sampai ke tempat tu dalam keadaan yg tak diduga..) Lepas selesai makan tengah hari (barbeque ikan bakar...mereka makan daging..:d ngeri juga... tp terpaksa buat tak tahu...Kalau kita tunjukkan 'geli' terhadap makanan mereka, saya rasa secara psikologinya.. tak patut..(ni cuma pendapat peribadi). Contoh saya nak beri, kita makan ayam. Tiba2 dtg seorg kawan agama lain yg tak blh makan ayam. Lps tu dia tunjukkan kegelian pada ayam kita tu. Tentu kita rasa tak patut. Itu secara psikologinya sahaja.

Malam selepas selesai buat lawatan sambil belajar tu, kami menginap dirumah family seorg sahabat lab..yg tahun 4 juga. Kami pergi 2 buah kereta utk lawatan sambil belajar...satu kereta balik mlm tu juga dan satu kereta lagi bermalam di rumah sahabat tu. Mereka hantar saya ke situ, kemudian mereka pergi ke tempat mandi awam. Sementara menunggu mereka pulang, banyak juga berbual dgn ibu sahabat tu. Baik, orgnya. Miliki ciri2 keibuan! Rupanya ayahnya dah tak ada sejak kecik. Meninggal dunia dlm satu kemalangan. Dalam perbualan tu, banyak juga di 'temuramah'...Antaranya dalam perbualan tu, sangat ternyata kebenaran tauhid rububiyyah. Ibu tu kata, walaupun sana sini banyak tuhan, tapi mesti ada satu tuhan yg semua org percaya. Terkejut juga saya bila dia kata mcm tu. Mudah2an satu masa nanti hidayah sampai. Nampak ibu tu juga, seorang yg lembut hatinya. Dia bercerita pernah ke Malaysia...masa di Malaysia, tengok org macam2. Ramai yg tak pakai tudung, walaupun beragama Islam. Nampak mcm kecewa cara dia cakap. (Siapa yg sepatutnya lebih kecewa...?). Saya cuma mampu bg tahu, dalam ramai2 tu...ada yg taat dan ada yg tak taat. Saya sendiri ...cuba utk jadi org Islam yg taat..(Aamiiin..mudah2an begitu). Dia kata baguslah..dlm usia yg muda mcm ni. Dia sendirinya, percaya...ada tuhan..di rumahnya diletakkan berhala...tp katanya tak hari2 dia sembah tuhan dia. Dengan nada bergurau..Kami sama gomen nasai..(Tuhan, minta maaf) Kalau dia tak pergi sembah tuhannya hari tu...Saya gelak...Dari hasil perbualan tu, alhamduliLLah...apa yg dapat disimpulkan...manusia walaup mcm mana hebat sekali pun, di dalam fitrahnya dia tetap memerlukan tuhan. Waktu susah biasanya manusia sedar. "Oh My God!"...Jadinya...kita yg telah diberi kesedaran oleh Allah ini, mudah2an tak melupakan Allah walau dalam susah mahupun senang. Banyak perkara yg menyebabkan manusia lupa dengan Allah. Bila hati dipenuhi dunia, bila jiwa terasa mahu mengejar dunia.. ia akan terlupa kehadiran Allah. Bila ruang hatinya dipenuhi dengan cinta dunia..maka tiada tempat untuk meletakkan cinta kepada ALlah. Bahkan..hakikat cinta kepada Allah itu...tak dapat/tak blh disatukan dengan cinta yg lain....sukar, tapi itulah hakikatnya. Semoga kita terpilih menjadi insan yg mengejar cinta Allah. Sudah ada, tapi jika masih belum terasa...moga diberi perasaan itu suatu hari nanti.

2. Sepanjang tiga hari musafir bersama mereka, antara yg paling banyak kene sabar, bab makanan. Mereka sedaya upaya utk memenuhi keperluan saya. Tapi mcm catatan saya sebelum ni, hampir 90% makanan mereka ada barang2 yg haram. Jadi kena mujahadah, bila bersama dalam majlis mereka. Kadang kesian juga, bila diorg offer makanan, mereka rasa mcm ok... tapi bila tgk kepada ingredient makanan tu, ada bahan2 kecik yg diragui. Contohnya emulsifier (pembaur lemak) dan sebagainya. Saya harap mereka tak kecik hati. Gomen nasai2..Nak cerita pasal syubhah..peringkat ni...tinggi sgt rasanya. Apa yg saya mampu bg tahu, emulsifier ni ada dua jenis..Kalau tak ada tulis jenis apa..saya cuma hati2 dan tak makan. Kalau tak tahu tak apa makan pun. Tapi saya cuma hati2. Harap mereka faham. Bukan saja2 nak sakitkan hati mereka dengan tak makan. Kalau saya blh makan, saya cuba makan. Walaupun tak sedap...mcm ikan mentah tu:d.. AlhamduliLLah 'ala kulli hal..masa musafir, teringat juga nasi kat rumah..:d.. tapi takpe..sabar..cuma tiga hari.

3. Terharu bila mereka tanya tentang solat. "Tak apa ke kita sampai lambat ni." "Nor san solat mcm mana?" Dan ada beberapa lagi soalan. Kadang terpk juga.. kalau berjalan dengan kawan2 Msia yg tak berapa nak jaga solat pun tak mcm ni. SubhanaAllah, Allah jadikan mereka org yg tahu hormatkan agama org, meraikan sahabat dan sebagainya.