Make your own free website on Tripod.com

Al-faqirah Ilallah

Wanita dan Pakaian
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

Enter subhead content here

WANITA DAN PAKAIAN

Aurat dan pakaian merupakan aspek yang penting dan amat ditekankan ke atas umat Islam baik lelaki atau wanita. Namun begitu disebabkan keistimewaan dan kelebihan kejadian wanita itu menjadikan mereka lebih diutamakan dalam soal pemakaian. Wanita yang difitrahkan kejadiannya itu, dari sudut pembinaan tubuh badan yang mempunyai susun galur tulang temulang yang pelik dan menarik sesuai fungsinya melahirkan anak, pembentukan tubuh, iras wajah, gerak laku yang boleh dikatakan hampir keseluruhannya kejadian wanita itu adalah menarik dan boleh menyebabkan orang tertarik kepadanya terutamanya lelaki.

Sudah difitrahkan lelaki menyukai perempuan dan begitu juga sebaliknya. Namun kuasa penarikan itu lebih banyak datang daripada wanita berbanding dari lelaki. Bagi menjamin fitrah ini sentiasa terpelihara dari unsur-unsur maksiat, maka aspek pencegahan sangat ditekan dalam Islam iaitu dari segi pakaian. Pakaianlah yang melindungi pandangan lelaki dari melihat tubuh wanita dan sebaliknya. Antara objektifnya adalah untuk menjaga nafsu syahwat manusia dari bermaharalela.

Menyedari hakikat ini, maka pihak kufartelah menyusun strategi untuk menyelewengkan apa yang telah disyariatkan dengan menghapuskan kekuatan Islam. Maka mestilah dihapuskan dahulu hijab dari muka wanita islam, ditutup Al-Quran dengan membawa masuk bahan yang memabukkan, dadah dan benda-benda mungkar kedalam negara Islam. Seperti mana yang ditunjukkan oleh dua orang wanita Mesir iaitu Huda Sya'rawi dan Niza Nibrawi yang telah dijemput untuk menghadiri satu muktamar wanita sedunia pada tahun 1923 dan seterusnya mereka kembali dengan mencabut jubah dan hijab sambil melaung lalu memijak mijak pakaiannya. Mereka ini adalah wanita pertama Mesir yang mendedahkan tubuh mereka di khalayak ramai.

Jika kita lihat kepada cara pemakaian wanita dewasa ini, konsep pakaian wanita Islam telah jauh berbeza dengan cara pemakaian wanita Islam yang sebenarnya. Mereka ini tidak menjadikan pakaian itu sebagai alat perlindungan dan keselamatan tetapi lebih berkonsepkan kepada perhiasan dan seksual. Dengan ini, menjadikan mereka lebih megah dan mendapat perhatian ramai. Amat menyedihkan hari ini, pereka-pereka fesyen ramai dari golongan lelaki, jadi tidak hairanlah jika wanita hari ini memakai pakaian yang mempunyai ciri-ciri yang disukai oleh lelaki.

Kesimpulannya, kesan mudharat yang diterima oleh umat Islam adalah besar khususnya dalam akhlak, kes rogol dan sebagainya. Maka, hilanglah kini identiti dan simbol umat Islam dari wanita itu. Justeru, sebagai wanita Islam yang mempunyai maruah diri yang sempurna , kita perlu peka dengan segala tektik dan serangan dari pihak kristian yang ingin menghancurkan Islam melalui seorang yang bernama wanita.

Enter supporting content here