Al-faqirah Ilallah

b. Menghilangkan Najis Hakiki
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

Cara Menghilangkan Najis dan Bersuci Daripadanya

 Najis dapat dihilangkan, dan kesuciannya dapat dicapai melalui berbagai cara, dan kebanyakannya telah disepakati para ulama, dan sebahagian cara lainnya dipertikaikan oleh mereka. Berikut ini kami ingin menyebutkan berbagai cara untuk itu seraya menjelaskan kedudukan kesepakatan antara ulama dan kedudukan perselisihan pendapat mereka.

1.     Menghilangkan Najis dengan Air atau dengan Cairan yang Lain

a.      Najis yang hakiki dapat dihilangkan dengan air suci yang mutlak. Suci ertinya tidak najis, dan mutlak ertinya tidak bercampur dengan barang-barang lain. Air ini dapat digunakan untuk menghilangkan najis, dan kesuciannya dapat diperolehi dengannya, tanpa ada perselisihan pendapat sama sekali di kalangan para ulama.

b.      Adapun cairan lainnya, selain air, seperti cuka, air mawar, dan lain-lain. Maka menurut pendapat Mazhab Hanbali, Malik, Syafii, Muhammad Ibn Al-Hasan, dan orang yang sepakat dengan pendapat merekabahawa bersuci yang hakiki daripada najis tidakdapat diperolehi melalui cairan-cairan tersebut; kerana sesungguhnyakesucian itu tidak dapat diperolehi melainkan dengan dengan air yang suci dan mutlak.

Abu Hanifah r.a. berkata: Najis boleh dihilangkan dengan setiap cairan yang suci yang dapat menghilangkan kewujudan najis tersebut beserta bekasnya. Seperti cuka, air mawar dan lain-lain. Diriwayatkan daripada Ahmad yang menunjukkan bahawa adanya pendapat seperti itu, kerana sesungguhnya Nabi S.A.W yang mulia bersabda yang bermaksud:

Apabila ada seekor anjing yang menjilat bejana salah seorang di antar kamu maka hendaklah dia mencucinya sebanyak tujuh kali.

 Perkataan mencuci di dalam hadith itu bersifat mutlak, dan pembatasan mencuci dengan air memerlukan dalil, kerana sesungguhnya ia merupakan cairan yang suci dan menghilangkan najis. Sehingga ia berguna bagi penghilangan najis seperti air.

c.       Adapun hal-hal yang tidak dapat menghilangkan najis seperti kaldu dan susu, maka sesungguhnya hal ini tidak diperselisihkan lagi oleh para ulama, iaitu bahawasanya najis dapat dihilangkan dengannya, dan kesucian tidak dapat diperoleh dengannya.

     Pendapat yang benar(rajih) ialah bahawasanya najis dapat dihilangkan dengan cairan yang suci dan dapat digunakan untuk menghilangkannya. Kerana sesungguhnya jesucian daripada najis atau menghilangkannya bukanlah termasuk persoalan ubudiyyah, tetapi ia hanya dimaksudkan untuk kebersihan dan penghilangan kotoran. Oleh sebab itu tidak disyaratkan adanya niat di dalamnya. Sebab, Nabi S.A.W. yang mulia memerintahkan penggunaan air dalam persoalan-persoalan tertentu, dan perintah penghilangan setiap najis dengan air tidak bersifat umum. Di samping itu, sesungguhnya adanya perintah untuk menghilangkan najis dengan air, tidak mengharuskan perintah itu mesti dilakukan secara mutlak, dan juga tidak menjadi dalil terhadap terbatasnya penyucian dengan air, atau menjadi dalil bahawa penhilangan najis tidak dapat dilakukan kecuali dengannya. Adapun hujah sebahagian ulama bahawasanya ulama bahawasanya air memiliki kelembutan yang tidak dimiliki oelh berbagai cairan lainnya, sehingga cairan-cairan itu tidak dapat digolongkan kepadanya sebagai penghilang najis. Syaikh Islam, Ibn Taimiyyah, menolak hujah tersebut seraya berkata: Persoalannya bukanlah seperti yang mereka katakana, tetapi sesungguhnya cuka, air mawar, dan cecair lainnya dapat menghilangkan najis yang terdapat pada bejana sebagaimana yang dilakukan oleh air, dan bahkan lebih kuat daripadanya untuk menghilangkan najis.

 Kita dapat melakukan tarjih bahawa kalau iar dapat diperolehi dengan mudah, maka kita tidak harus mencari-cari cecair lainnya, agar kita terhindar dari perselisihan pendapat sebagaimana dikatakan oleh As-Syawkani walaupun sebenarnya kita dibolehkan untuk menghilangkan najis tidak dengan air, seperti yang telah dijelaskan pada permulaannya.

 

Cara Mencuci Tempat yang Terkena Najis agar Menjadi Suci

   Cara mencuci tempat yang terkena najis agar ia menjadi suci kembali adalah amat bergantung kepada perbezaan tempat yang terkena najis tersebut. Jika tempat yang terkena najis adalah benda yang tidak menyerap najis, seperti halnya bejana yang diperbuat daripada besi dan kaca, maka cara mencucinya hanyalah dengan mengalirkan air ke atasnya. Setiap kali aliran dihitung satu kali cucian, sama ada air itu dialirkan oleh manusia ataupun dilakukan oleh yang lainnya; seperti turunnya hujan, kerana sesungguhnya niat utidak disyaratkan untuk menghilangkan najis atau memperolehi kesucian.

    Kalau tempat najis itu adalah benda yang dapat ditembusi atau diresapi najis, maka cara mencucinya tidak cukup dengan mengalirkan air di atasnya, tetapi haruslah diperah. Dan cara memerahnya bergantung kepada bendanya. Kalau yang diperah adalah permaidani yang berat. Maka cara memerahnya adalah dengan menbalik-balikkannya dan mengetuk-ngetukkannya.

 

  Jumlah Basuhan Untuk Menghilangkan Najis

   Jumlah basuhan yang wajib untuk menghilangkan najis dan untuk memperolehi kesucian adalah tujuh kali basuhan. Pada permulaannya basuhan tersebut dimulai dengan tanah. Itulah cara membasuh dan mencuci bejana yang airnya diminum anjing. Berasaskan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

    Apabila seekor anjing yang minum pada bejana salah seorang di antara kamu, maka cucilah ia sebanyak tujuh kali.

    Imam Muslim dan Imam Ahmad meriwayatkan bahawasanya Nabi SAW yang mulia bersabda yang bermaksud:

    Sucinya bejana salah seorang di antara kamu sekalia ketika ia dijilat anjing ialah sebanyak tujuh kali, yang diawali dengan basuhan air tanah.

 

2.      Menyucikan Tanah yang Bernajis dengan Air dan Mengeringkannya

Diriwayatkan dari Anas Ibn Malik berkata yang bermaksud:

 Ketika kami berada di dalam masjid bersama Rasulullah SAW tiba-tiba seorang arab badwi berhenti dan membuang air kecil di salam masjid. Maka para sahabat Rasulullah SAW berkata kepadanya: Hus, hus (shah, shah). Lalu Rasulullah SAW memerintahkan mereka mengambil satu timba air dan menyiramkannya pada bekas air kencing tersebut.

Dalam riwayat yang lain daripada Abu Hurairah r.a. berkata yang bermaksud:

 Ada seorang Arab Badwi berdiri dan membuang air kecil di dalam masjid, kemudian orang-orang berdiri untuk menghentikannya. Maka Nabi SAW bersabda: Biarkanlah orang itu, dan alirkanlah di atas kencingnya satu timba, kerana sesungguhnya kamus eklaian di utus sebagai orang-orang yang membawa berita gembira, bukan pembawa kesulitan. (Hadith ini diriwayatkan oleh al-Jamaah kecuali Muslim).

Dalam riwayat yang lain disebutkan bahawasanya Nabi SAW yang mulia memanggilnya atau memanggil orang lelaki yang kencing di masjid lalu berkata kepadanya yang bermaksud:

 Sesungguhnya masjid ini tidak boleh dikencingkan atau untuk membuang air besar, kerana sesungguhnya masjid ini digunakan untuk berzikir kepada Allah, soalt dan membaca Al-Quran al-Karim.

Di dalam hadith yang mulia ini terdapat suatu dalil yang menunjukkan bahawasanya menyiramkan air di atas tanah yang terkena najis akan membuatnya suci kembali. Akan tetapi Mazhab Shafii, Malik dan Zafr berpendapat bahawa hadith tersebut menunjukkan penyucian tanah yang terkena najis tidak dapat dilakukan kecuali dengan air; tidak boleh dilakukan dengan cara pengeringan melalui tiupan angin atau dengan panas matahari. Abu Hanifah dan Abu Yusuf berkata: Pengeringan melalui tiupan angin atau panas cahaya matahari dapat disiramkan air ke atasnya. Dan begitulah salah satu pandangan Imam Ahmad, di mana Ibn Al-Qayyim rahimahullah berkata: Ahmad menyatakan bahawa tali yang dibentangkan untuk menjemur pakaian yang terkena najis, kemudian ia kering kerana panas matahari; lalu ia digunakan untuk menjemur pakaian suci adalah tidak apa-apa. Begitulah pula pendapat Abu Hanifah yang menyatakan bahawasanya tanah yang terkena najis akan menjadi suci kerana angina dan panas matahari. Dan ini merupakan pandangan pengikut Imam Ahmad. Bahkan mereka membolehkan penggunaan tanah itu untuk bertayammum. Hadith Ibn Umar r.a. adalah seperti nas tersebut, yang menyatakan: Dahulu anjing-anjing datang dan pergi serta kencing di dalam masjid, dan para sahabat tidak pernah menyiramkan air ke atasnya. Pandangan seperti itu tidak akan muncul kecuali jika menerima kenyataan bahawa tanah dapat suci kembali setelah ditiup oleh angina atau terkena panas cahaya matahari.

  Pendapat yang dapat diterima (rajih) adalah pendapat Abu Hanifah dan Abu Yusuf; kerana seseungguhnya hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang mulia menunjukkan bahawa tanah masjid menjadi suci kembali daripada kencing orang Arab Badwi itu setelah disiram dengan air di atasnya. Hal ini menunjukkan bahawasanya air boleh dijadikan alat untuk menyucikan tanah yang terkena najis. Di samping itu, hadith Nabi sallallahu 'alaihi wasallam yang mulia juga tidak melarang penyucian tanah yang terkena najis itu tidak dengan air, sebagaiman ia menunjukkan penyucian najis itu mesti dengan air. Bahkan terdapat hadith Nabi sallallahu 'alaihi wasallam yang menunjukkan bahawasanya penyucian tanah itu dilakukan dengan melalui proses pengeringan. Abu Dawud meriwayatkan di dalam Sunan-nya daripada Ibn Umar radiAllahu 'anhu bahawasanya dia berkata yang bermaksud:

  "Dahulu saya pernah bermalam di sebuah masjid pada zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Pada masa itu saya masih muda dan bujang. Anjing-anjing liar kencing, datang dan pergi di masjid tersebut, tetapi para sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tidak ada yang menyiramnya pada bekas kencing itu."

 Riwayat ini begitu jelas menyatakan bahawasanya tanah masjid itu menjadi suci dengan proses pengeringan, kerana sesungguhnya tanah itu tidak dibasuh dan tidak juga disiram  dengan air, sehingga boleh dikatakan ia bahawa ia menjadi suci dengan air. Inilah yang ditegaskan oleh Ibn Al-Qayyim yang kami petik pada para terdahulu. Di samping itu, pemberi syarah Sunan Abi Dawud juga menjelaskan: "Hadith itu menunjukkan bahawa sesuatu bidang tanah apabila terkena najis, kemudian kering dengan panas matahari atau atau kerana ditiup oleh angin. sehingga tidak ada bekasnya, maka tanah itu menjadi suci. Kerana sesungguhnya tidak adanya siraman menunjukkan kering dan sucinya tanah tersebut. Syaikh Islam, Ibn Taimiyyah, berkata: "Sesungguhnya najis yang menghilang dengan cara apapun, maka hilang pula hukumnya; sama ada hilangnya itu melalui proses pengeringan, atau melalui panas matahari, atau melalui proses perubahan kepada bentuk yang lain yang tidak najis seperti debu dan garam.

 

  3. Menyucikan Bahagian Bawah Kasut/Selipar dengan Mengusapkannya ke Tanah

  Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radiAllahu 'anhu berkata bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

  "Apabila kasut/selipar salah seorang di antara kamu terkena/terpijak kotoran (al-adza), maka sesungguhnya tanah telah memiliki kesucian. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam Sunan-nya)

 Kotoran (al-adza) di dalam hadith tersebut bermaksud segala sesuatu yang membuatmu kotor yang berasal daripada najis, kotoran, duri dan lain-lain. Diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Maqbari bahawasanya Nabi sallallahu 'alaihi wasallam yang mulia bersabda yang bermaksud:

  "Jika ada salah seorang di antara kamu datang ke masjid, maka hendaklah dia membalikkan kedua selipar/kasutnya sambil melihatnya. Apabila dia melihat kotoran padanya maka hendaklah dia mengusapnya ke tanah, kemudian menggunakannya untuk solat." (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, sebagaimana disebutkan oleh As-Syawkani dalam Nayl al-Awthar)