Make your own free website on Tripod.com

Al-faqirah Ilallah

BAB 1: SOLAT
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

Pendahuluan dan Metodologi Pengkajian

 

 Saya mulai dengan solat dan saya tempatkan dalam Bab 1, kerana sesungguhnya solat merupakan kesinambungan daripada iman. Solat sentiasa dikaitkan dengan iman dan selalu disebutkan bersama-sama dengannya di dalam al-Quran al-Karim. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

  (Iaitu) Mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat

(Surah Al-Baqarah 2:3)

 Solat menempati kedudukan yang amat tinggi dalam Islam, sehingga apabila ia ditinggalkan maka ia menyebabkan kekufuran (daripada segi amaliah). Nabi S.A.W. yang mulia bersabda yang bermaksud:

  Sesungguhnya batas antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekufuran itu adalah meninggalkan solat.

(Shahih Muslim Bi Syarh An-Nawawi)

Diriwayatkan daripada Buraidah r.a daripada Nabi S.A.W. yang bersabda yang bermaksud:

  Sesungguhnya perjanjian yang ada di antara kami dan mereka adalah mendirikan solat. Maka sesiapa yang meninggalkannya, bererti dia telah menjadi kafir.

 (Sunan An-Nasai)

 Diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Syafiq berkata yang bermaksud:

  Dahulu para sahabat Rasulullah S.A.W. tidak melihat suatu amalan yang ditinggalkan dan menyebabkan kekafiran kecuali solat.

(Diriwayat oleh At-Tirmizi)

 

Metodologi Pengkajian

 Atas dasar itu saya membahagikan bab ini kepada dua bahagian:

1.      Taharah (bersuci)

2.     Hal-hal yang berkaitan dengan solat itu sendiri; cara melaksanakannya, penjelasan mengenai jenis-jenis dan hukum-hukumnya.

 Alasan saya untuk mendahulukan perbahasan mengenai taharah lebih dahulu daripada solat adalah kerana sesungguhnya taharah merupakan syarat sahnya solat. Ia adalah kuncinya. Dalam sebuah hadith Nabi S.A.W. yang mulia disebutkan yang bermaksud:

  Kunci solat adalah bersuci; pengharamannya adalah bertakbir, dan penghalalannya adalan mengucapkan salam.

(Diriwayatkan oleh Abu Dawud, At-Tirmizi, Ibn Majah)

 Dan sesuatu yang menjadi anak kunci dan syarat bagi sesuatu yang lain maka ia berhak untuk didahulukan pengkajian dan perbahasannya.