Make your own free website on Tripod.com

Al-faqirah Ilallah

ADAB SAFAR (PERJALANAN)
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

  1. Sesuatu perjalanan itu sama ada yang bermaksud dunia atau agama hanya dibenarkan dalam 10 maksud sahaja:
 

    1. Safar untuk mengambil iktibar diatas kekuasaan dan kebesaran Allah subhanahu wataala.
    2. Safar untuk mengerjakan fardu haji.
    3. Safar untuk berjihad di jalan Allah.
    4. Safar untuk menuntut ilmu agama.
    5. Safar untuk menziarahi tanah suci.
    6. Safar untuk ziarah sesama saudara Islam untuk mencari keredaan Allah.
    7. Safar untuk menjaga benteng negara bagi maksud ribat di sana.
    8. Safar untuk mencari rezeki yang halal.
    9. Safar untuk menjalankan perniagaan.
    10. Safar untuk mencari kerehatan.
 

  1. Sesungguhnya Allah taala sangat kasih kepada orang Islam yang pergi keluar untuk menziarahi saudaranya semata-mata kerana mencari keredhaan Allah.
 

  1. Sebelum memulakan perjalanan eloklah pastikan barang-barang keperluan yang mencukupi.