Make your own free website on Tripod.com

Al-faqirah Ilallah

ADAB DAKWAH INFRADI
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah


  1. Dakwah infradi boleh dijalankan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian orang yang akan menerima dakwah itu.
 

  1. Dakwah infradi tidak memerlukan kepada keputusan mesyuarat kerana ianya memanglah tugas kita yang sebenarnya sebagai umat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
 

  1. Ulama kita menganjurkan supaya kita menjalankan dakwah infradi kepada manusia sebanyak 25 kali setiap hari dan sekurang-kurangnya dua setengah jam.
 

  1. Sebelum memulakan dakwah, usahakan supaya kita telah memenangi hati mereka dengan berbagai cara seperti bawa buah tangan, bertanya khabar, beri hadiah dan beberapa cara yang bersesuaian dengan keadaan pada masa itu.
 

  1. Pintu hati manusia akan terbuka dengan tiga cara:
    1. Dengan memberi hadiah,
    2. Dengan ikram dan
    3. Dengan perkataan yang lemah-lembut.
 

  1. Dakwah manusia kepada tiga perkara:
      1. Dari yakin dengan makhluq kepada yakin hanya kepada Allah taala.
      2. Dari cinta dunia kepada cinta kepada kehidupan akhirat.
      3. Dari berebut harta dunia kepada berebut amalan soleh
 

Dakwah yang terbaik ialah mengajak manusia kepada kalimah 

 

 

  1. Jalankan dakwah dengan melihat kepada tigak perkara:
      1. Keadaan orang yang akan menerima dakwah kita
      2. Keadaan tempat yang mereka sedang berada.
      3. Keadaan masa yang boleh diberi oleh mereka.
 

  1. Semasa menjalankan dakwah infradi jangan terkesan dengan kehebatan dunia mereka dan jangan menangguhkan sebarang kesempatan yang ada.
 

  1. Perkataan dan misalan yang diguna biarlah mudah dan bersesuaian dengan keadaan orang yang akan menerima dakwah kita misalnya, jangan menggunakan bahasa sastera kepada orang kampung dan sebagainya.
 

  1. Jangan sekali-kali kita berdebat atau bertentangan pendapat dengan mereka, berilah mereka masa untuk menyuarakan pendapat dan jika sesuai maka teruskakan dakwah sebaliknya jika kurang sesuai maka berdiam diri, atau mengundur diri adalah jalan terbaik.
 

  1. Seorang pendakwah hendaklah bersifat seperti seorang doctor yang berinteraksi dengan pesakitnya sehingga pesakit tanpa segan silu akan ceritakan penyakit yang dihadapinya dengan harapan untuk mendapat ubat dari doctor.
 

  1. Apabila meminta masa dari mereka yang kita dakwah, kita perlu membawa sifat seperti orang pengemis yang merendakan diri untuk mendapatkan sesuatu.
 

  1. Dakwah perlu dijalankan dalam dua keadaan:
      1. Tafakkarul hal bagi orang yang tidak beriman atau langsung tiada pengetahuan ugama maka dakwah dijalankan dengan datangkan misalan atau contoh-contoh yang lojik atau kisah-kisah atau buat perbandingan sahaja.
      2. Tafakkaruddeen bagi mereka yang berima dan mempunyai ilmu pengetahuan ugama maka dakwah dijalankan dengan membawa dalil dari Al-Quran dan Hadith dan atsar sahabat.
 

  1. Dakwah perlu dijalankan dengan kesungguhan sehingga tergambar diwajah kita akan kepentingannya seumpama orang yang hendak membeli barang di kedai maka tuan kedai akan melayani kita dengan kesungguhan sebaliknya kalau setakat bertanya sahaja, tuan kedai pun akan layan acuh tak acuh sahaja.
 

  1. Dakwah yang berkesan ialah dakwah dengan apa yang kita sendiri telah mengamalkannya. Sebaliknya jika berdakwah dengan apa yang kita sendiri belum dapat beramal dengannya maka niat kita adalah untuk mendapatkan kekuatan.