Al-faqirah Ilallah

ADAB DAKWAH IJTIMAIE (BAYAN)
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah


    1. Pembayan hendaklah diputuskan di dalam mesyuarat. Orang yang diputuskan untuk bayan ialah orang yang paling faham tentang takaza agama.
 

    1. Pembayan hendaklah memakai pakaian yang bersih dan kemas sebaik-baiknya pakaian mengikut suinnah Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
 

    1. Pembayan sebaik-baiknya telah menyempurnakan amalannya dan banyak tawajjuh kepada Allah.
 

    1. Niat bayan adalah untuk diri sendiri dan tasykil orang juga untuk sama-sama beramal.
 

    1. Bayan hendaklah dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah taala dan berselawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam.
 

    1. Pasa permulaan bayan hendaklah menceritakan tentang kebesaran Allah taala dan nikmat-nikmat Allah taala dan kemudian tentang perkara-perkara yang berkaitan degnan kepentingan usaha ugama.
 

    1. Bayan perkara-perkara yang diyakini sahih sahaja dan perkara yang terbaik ialah perkara-perkara yang disampaikan oleh ulama-ulama Nizamuddin.
 

    1. Membaca ayat-ayat Al-Quran dan hadith hanya digalakkan kepada mereka yang tahu bahasa Arab dan yang benar-benar telah menghafalnya dengan baik.
 

    1. Semasa bayan hendaklah diterangkan tentang keuntungan di dunia dan di akhirat apabila kita dapat memperkukuhkan hubungan kita dengan zat Allah yang maha agong.
 

    1. Sebaik-baik perkara yang disampaikan ialah perkara yang kita telah beramal dengannya. Sebaliknya juga perkara itu masih belum diamalkan, maka hendaklah kita niatkan supaya Allah memberi kekuatan kepada kita untuk beramal dengannya.
 

    1. Begitu juga hendaklah diterangkan kerugian dan kecelakaan yang akan menimpa kita didunia dan di akhirat apabila hubungan kita dengan Allah yang Maha Tinggi terputus.
 

    1. Bayan hendaklah berkisah di dalam menyatakan cara-cara bagaiimana boleh mencapai maksud, kelebihan dan kepentingan sifat-sifat sahabah.
 

    1. Gunakanlah bahasa yang indah, fasih dan mudah difahami. Janganlah menggunakan bahasa dan istilah-istilah yang sukar di fahami oleh orang ramai.
 

    1. Janganlah juga menggunakan perkataan dan istilah yang selalu digunakan oleh pensyarah-pensyarah yang biasa, perkataan ahli politik atau perkataan artis.
 

    1. Jangan sekali membangkitkan masaalah khilafiah, masalah semasa dan masalah politik samada politik tempatan atau politik antarabangsa.
 

    1. Janganlah menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan orang lain.
 

    1. Janganlah mengkritik pendapat atau pendirian orang lain.
 

    1. Bayan hendaklah disampaikan dengan penuh semangat dan kegigihan dengan mencontoih cara-cara bayan yang dilakukan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
 

    1. Ahli jemaah hendaklah duduk dalam bayan dengan penuh minat, tawadhudan tawajjuh kepada pembayan dengan mendengar dan membenarkan di dalam hati Insya Allah iman akan meningkat dan akan memberi semangat untuk beramal.
 

    1. Pada akhir bayan, pembayan hendaklah menggalakkan orang ramai untuk memberi nama untuk keluar ke jalan Allah dalamjangka masa yang lama-lama dan akhir sekali ambillah sebarang jangka masa yang diberikan.
 

    1. Tasykil adalah intisari dakwah, maka hendaklah ianya dijalankan dengan penuh serius dan kesungguhan. Tanpa tasykil, pengorbanan tidak akan dilakukan dan tanpa pengorbanan ROH dakwah tidak akan diperolehi.
 

    1. Setiap ahli jemaah digalakkan memberi dorongan dan perangsang kepada orang yang duduk disebelahnya, tetapi jagalah adab masjid dan janganlah membuat bising.
 

    1. Tasykil dijalankan oleh pembayan. Seorang ahli jemaah bolehlah berdiri untuk mengambil nama orang yang ada azam. Tetapi tidak perlu memberi bayan lain.
 

    1. Pada akhir bayan, hendaklah dikumpulkan mereka yang telah beri azam dan terangkan perkara-perkara yang perlu dan sebaik-baiknya bentuk jemaah tunai.
 

    1. Bagi mereka yang tidak memberi nama, hendaklah diterangkan 5 amalan kerja jemaah masjid iaitu, 2 gasyt setiap minggu, dua taalim setiap hari, hadir di dalam fikir harian, melapangkan sekurang-kurangnya dua setengah jam dan sebaik-baiknya lapan jam untuk maksud dakwah dan keluar tiga hari setiap bulan.
 

    1. Pesana juga pelu disampaikan untuk melakkukan infradi amal secara istiqamah seperti menjagai solat berjemaah, zikir tiga ratus pagi dan petang, tilawah al-Quran satu juz atau setengah jam diluangkan dan memberi khidmat kepada semua.
 

    1. Dakwah tidak sempurna jika ianya dipisahkan dengan doa. Maka bangunlah di akhir malam dan berdoalah supaya dakwah kita diterima dan menjadi asbab tersebarnya hidayat ke seluruh alam.