Make your own free website on Tripod.com

Al-faqirah Ilallah

Golongan yang telah buat usaha agama
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah


  1. Apabila jemaah sampai ke sesuatu tempat maka ziarahlah mereka ini dan berikan karguzari serta minta mereka bersama-sama dalam menjalankan kerja-kerja di situ.
 

  1. Jika mereka tidak mampu bersama kita secara tunai, maka minta pandangan mereka tentang bagaimana hendak menjalankan usaha di tempat tersebut.
 

  1. Hargailah masa yang telah diberikan kepada jemaah walaupun sedikit manapun masa yang telah diluangkan.
 

  1. Ikram orang lama ialah dengan memberi perhatian kepada pandangan dan teguran mereka dan ikram orang baru ialah dengan memberi kemudahan dan kelebihan dari keperluan zahiriah.
 

  1. Jika berjumpa mereka yang sedang ehatdari usaha jemaah maka lihat dulu keadaannya dan jika perlu maka beri karguzari serta semangat kepadanya untuk meneruskan usaha tetapi berhati-hatilah, jangan sampai menambah masalah yang dihadapinya.
 

  1. Muliakan dan ikramlah mereka ini lebih dari kita ikram seseorang yang belum mengenali usaha jemaah mengikut taraf kerohanian dan bukan taraf keduniaannya sahaja.
 

  1. Usahakan supaya kita dapat melibatkan mereka semaksima yang mungkin di dalam usaha-usaha jemaah tetapi jangan memaksa atau mendesak mereka.
 

  1. Jika mereka telah melibatkan diri di dalam pertubuhan lain maka tidak perlu lagi untuk kita tasykil atau bayan, memadai dengan ikram dan doa sahaja.
 

  1. Janga mengkritik atau mengumpat atau menjatuhkan hukum ke atas mereka ini tetapi lahirkan di dalam hati kita perasaan sedih, kasihan dan bersalah kerana kurangnya ikram kita maka kita telah kehilangan tenaga dalam usaha dakwah yang amat mulia.
 

  1. Jika jemaah mempunyai kemampuan maka kumpulkan mereka-mereka yang aktif di dalam usaha dan yang pernah buat usaha, berilah jamuan untuk meraikan mereka, jika ada peluang maka adakan juga majlis targhib dan tasykil.