Al-faqirah Ilallah

Golongan yang berpengaruh dari segi keduniaan
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah


  1. Mereka ini terdiri daripada para pemimpin masyarakat, ketua kampung, para professional seperti doctor, guru, ahli korporat, ahli perniagaan dan sebagainya.

  1. Ziarah mereka atas maksud ikram dan jalankan dakwah dengan hikmah.
 

  1. Dalam menyampaikan dakwah kepada mereka, jangan takut kepada kehebatan dunia mereka tetapi terus jalankan dakwah ibarat kita tutup mata dan buka mulut.
 

  1. Jangan terkesan dengan kehebatan keduniaan mereka tetapi berhati-hatilah, jangan sampai kehebatan itu masuk ke dalam hati kita.
 

  1. Bersolah hajat dan berdoa, bermuzakarah sebelum pergi dan memberi karguzari setelah pulang adalah cara yang akan mendatangkan kesan yang sangat baik.
 

  1. Sebelum pergi sebaik-baiknya kita telah makan dan minum sebagai mengalas perut supaya kita tidak mengharap akan hidangan darinya.
 

  1. Jika hidangan disediakan maka makan atau minum setelah tuan rumah memulakan atau mempelawa kita dan berhenti sebelum tuan rumah habis makan. Jangan habiskan semua hidangan kerana ini akan menyebabkan tuan rumah menyangka sebenarnya kita hanya berhajat kepada makanannya sahaja.
 

  1. Pastikan akhir perbualan kita ialah perbualan mengenai ugama kerana ini akan meninggalkan kesan dan fikir yang mendalam di hati mereka.
 

  1. Jagalah akhlak, tutur kata dan mata kita kerana ini semua akan diperhatikan oleh orang-orang yang ada kepentingan masing-masing. Jika bertemu dengan mereka yang telah menceburkan diri di dalam mana-mana pertubuhan, parti atau badan, maka kita hanya ikram dan jangan sekali-kali kita berlawan hujah dengan mereka.
 

  1. Di malam hari semasa solah tahajjud sebutlah nama-nama mereka di dalam doa untuk maksud hidayat.