Make your own free website on Tripod.com

Al-faqirah Ilallah

Golongan yang berpengaruh dari segi ugama
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

    1. Mereka ini terdiri daripada alim ulama, tok guru, para ustaz, cikgu ugama, para imam serta mereka yang memainkan peranan yang besar dalam ugama.
 

    1. Ziarah mereka adalah semata-mata untuk mendapatkan doa, nasihat, buah fikiran dan ilmu agama.
 

    1. Hendaklah lebih banyak mendengar daripada berkata-kata ibarat kita tutup mulut dan buka telinga sahaja.
 

    1. Bawalah hadiah yang bersesuaian dengan mereka seperti minyak wangi, tasbih dan lain-lain.
 

    1. Berilah laporan kerja-kerja dakwah kepada mereka jika mereka bersedia mendengarnya.
 

    1. Berilah perhatian apabila mereka bercakap atau menyampaikan sesuatu perkara.
 

    1. Jangan ada perasaan yang tidak baik kepada mereka yang masih belum faham atau belum ada perasaan simpati terhadap usaha ini malahan teruskan khidmat, ikram dan tunjukkan akhlak terbaik kepada mereka.
 

    1. Sebelum pergi sebaik-baiknya bersolah dua rakaat dan berdoa kepada Allah subhanahu wa taala supaya kita mendapat berkat kerohanian dan kasih saying daripada mereka.
 

    1. Sebelum pergi digalakkan bermuzakarah dan setelah balik beri karguzari (laporan) tentang apa yang telah berlaku.
 

    1. Ulamak yang masih menentang usaha agama adalah tetap orang-orang mulia. Oleh itu menjadi tugas kita untuk menghormati dan memuliakan mereka. Mereka seumpama sebuah al-Quran yang telah usang, walaupun ianya tidak boleh digunakan untuk membaca tapi wajib untuk kita memuliakannya.