Al-faqirah Ilallah

Asas-asas Islam 7
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

FASAL KETUJUH

::HUKUMHUKUM SYARIAH::


Pada fasal yang akhir ini, kepada anda kami terangkari asas-asas syariah dan hukum-hukumnya yang penting yang daripadanya anda akan rnengetahui bagaimana Syariah Islamiyyah menjadikan hidup manusia terikat dengan ke tetapan yang rapi, dan hikmah-hikmah serta maslahat yang terkandung di dalam ketetapan itu.

ASAS-ASAS SYARIAH

Apabila anda memperhatikan diri anda, niscaya anda mengetahui bahawa anda datang kedunia ini dengan membawa perlengkapan berupa berbagai kuasa yang masing masingnya menuntut untuk dipergunakan dan menuntut untuk tidak dihampakan. Pada anda ada akal, kesungguhan, kegemaran, pemandangan, pendengaran, perasaan, kekuatan dua tangan dan dua kaki, emosi benci, marah, rindu, kasih, takut dan tamak. Tidak ada satupun daripadanya yang tidak berguna. Dan tiada dikurniakan kepada anda melainkan kerana anda berhajat kepadanya.

Adapun kekayaan anda di dunia ini tergantung kepada pengkabulan tuntutan fitrah anda dan tabiat diri anda. Dan itu tidak mungkin melainkan apabila anda gunakan kuasa yang diberi kepada anda dalam diri anda itu.

Kemudian, tiada tersembunyi bahawa anda telah diberi beberapa perantara yang memungkinkan anda mempergunakan kuasa yang ada pada diri anda itu. Perantara yang pertama ialah tubuh anda. Anda jumpai padanya beberapa alat yang seluruhnya amat mustahak. Kemudian, di sekeliling anda adalah dunia yang padanya tersebar berbagai perantara yang berlainan yang tidak dapat dikira banyaknya. Di dunia itu ada manusia yang sejenis anda untuk menolong anda, ada hewan untuk berkhidmat kepada anda, ada tumbuh tumbuhan dan benda-benda beku, tanah, air, udara, panas dan cahaya, dan berbagai benda lainnya lagi yang tidak dapat dibilang melainkan oleh Allah sahaja. Allah Taala tidak menjadikan semua yang ujud di alam jagat ini melainkan untuk anda pergunakan dan anda perlakukan dia untuk memenuhi keperluan anda.

Kemudian, dan segi lain, lihatlah apa yang berlaku!

Tidaklah dikurniakan ke atas anda kuasa-kuasa ini melainkan untuk mendatangkan manfaat atau mudarat ke atas anda. Gambaran penggunaan yang betul ialah gambaran yang melukiskan manfaat, bukan mudarat. Jika padanya ada mudarat, tidak-dapat-tiada ia mempunyai batas.

Berkata akal Bahawa gambaran yang lain daripada gambaran-gambaran ini adalah tidak betul : Jika anda melakukan suatu perbuatan yang memberi mudarat ke atas diri anda, itu adalah suatu kesalahan. Demikian juga, jika anda mempergunakan suatu kuasa anda mengikut cara yang memberi mudarat kepada orang lain, anda adalah orang yang bersalah. Demikian juga, apabila anda pergunakan satu kuasa anda menurut cara yang menghampakan perantara yang ada pada diri anda, anda adalah orang salah. Akal anda menunjuki anda bahawa dan golongan manapun hendaklah anda jauhi. Dan janganlah anda berdiam-diri apabila ia tidak mungkin dijauhi, atau apabila dengan mendekatinya dapat mendatangkan faedah yang besar.

Apabila anda perhatikan, anda ketahui bahawa di dunia ini dijumpai dua macam manusia. Satu golongan terdiri dan orang-orang yang mempergunakan sebahagian kuasa mereka dengan sengaja dengan cara yang dapat membinasakan se luruh kuasa yang ada pada mereka, atau mendatangkan mudarat ke atas manusia lain, atau mereka tidak menggunakan alat-alat dan kuasa yang tersimpan dalam diri mereka.

Golongan kedua, ialah orang-orang yang melakukan semua itu tanpa niat dari diri mereka.

Orang-orang golongan pertama termasuk golongan orang jahat. Mereka memerlukan undang-undang yang keras yang mampu menahan tangan mereka. Golongan kedua adalah orang-orang jahil yagn tidak melakukan sesuatu. Mereka berhajat kepada ilmu yang menunjuki mereka cara yang benar untuk mempergunakan kuasa mereka.

Syariah Islamiyyah telah datang untuk memenuhi keperluan dan memastikan tercapainya maksud ini. Ia tiada menghendaki anda menyimpang kuasa anda atau menyekat kegemarananda atau meniadakan emosi pribadi anda.

Ia tidak berkata kepada anda Tinggalkan dunia dan habiskan masa hidupmu di bukit-bukjt, di hutan-hutan di gua-gua dan di ceruk-ceruk batu; berlaku keraslah ke atas diri anda dan pecahkan temboknya; hinakan diri anda dengan penderitaan dan kekasaran; dan haramkan bagi diri anda perhiasan hidup dunia, kelazatannya dan nikmat-nikmatnya!

Sekali-kali tidak demikian! Ia adalah Syariah yang diciptakan oleh Allah yang telah menjadikan dunia ini untuk manusia. Allah Taala tidak membekalkan dalam diri manusia kuasa yang tidak dimanfaati atau yang tidak diperlukan. Juga, Ia tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, baik di langit mahupun di bumi. Bahkan Ia berkehandak mengekalkan perjalanan alam jagat ini terus-menerus mengikut peraturan yang terkendali, yang dalam segala-galanya manusia boleh mengambil manfaat daripadanya, mempergunakan sebab sebab dan perantara-perantaranya yang berbagai ragamnya, tetapi hendaklah mengikut cara yang tidak memberi mudarat ke atas dirinya, dan tidak pula ke atas orang lain. Untuk inilah Allah telah menciptakan kaedah-kaedah Syariah dan ketentuan-ketentuannya. Demikianlah syariah ini telah mengharamkan ke atas manusia setiap perkara yang mem bawa kepada kemudaratan, dan menghalalkan segala yang mendatangkan manfaat ke atasnya dan tidak memberi mudarat ke atas orang lain.

Adapun asas tempat berdiri bangunan syariah Islamiyyah ialah, bahawa manusia berhak melakukan sesuatu bagi memenuhi kegemaran dan hajat dirinya, dan berusaha untuk mencapai kemanfaatan bagi peribadinya mengikut cara yang dikehendakinya. Tetapi, serentak dengan itu ia mempunyai kewajipan, bahawa ia tidak boleh menimati hak ini melainkan tanpa menyinggung hak orang lain kerana kebodohan atau nafsu jahatnya. Bahkan sewajarnya ia menolong mereka, bantu membantu dengan mereka, mengikut kadar kesanggupannya.

Adapun mengenai perkara-perkara yang mempunyai segi manfaat dan segi mudarat, syariah berkata Hendaklah manusia menanggung kemudaratan yang kecil untuk manfaat yang besar, dan meninggalkan manfaat yang ringan untuk mengelakkan mudarat yang berat.

Tidaklah mungkin semua orang pada setiap masa mengenal segala perkara atau perbuatan yang padanya ada manfaat atau mudarat. Untuk itu Allah - yang maha alim, maha mengetahui, tiada tersembunyi kepadaNya sesuatu rahsia alam jagat ini - telah melahirkan peraturan yang betul, yang sempurna, untuk mengatur kehidupan manusia. Pada kurun-kurun purbakala, kecerdasan manusia belum dapat mencapai banyak kemaslahatan dalam peraturan-peraturan ini. Tetapi ketinggian ilmu pada masa kini, telah menyingkapkan selubungnya. Meskipun demikian, manusia itu tetap tidak mengetahui banyak maslahat yang terkandung di dalamnya, sehingga masa kini. Tetapi, ia sentiasa makin membuka dan makin nyata kepada mata manusia sejalan dengan kemeningkatan dan kesuburan ilmu pengetahuan.

Mereka yang memungkiri kesempitan ilmu dan kelemahan akal mereka, sampai pada akhirnya pun mereka tiada juga mendapat kenyataan memilih salah satu kaedah syariah selepas mereka tidak tahu ke mana hendak meng hadapkan muka, sesudah tercebur di dalam kegelapan kejahilan dan kesesatan yang pekat hingga beberapa abad.

Adapun mereka yang berpegang kepada Rasulullah Sallalahu alaihi Wasallam mengambil petunjuk dan pedomannya, dan mengambil cahaya dan sinarnya, mempercayai akibat-akibat dan kemudaratan kejahilan. Mereka sentiasa berpegang kepada undang-undang yang diciptakan di atas kaedah-kaedah ilmü yang benar dan murni, sama ada mereka mengetahui maslahat-maslahat dan manfaat-manfaat yang

HAK-HAK DAN BAHAGIANNYA YANG EMPAT

Di dalam hukum Syariah Islamiyyah, bagi setiap peribadi manusia ada empat macam hak:

1. Hak-hak Allah;

2. Hak-hak peribadi;

3. Hak-hak hamba; dan

4. Hak-hak yang di bawah kekuasaannya di dunia ini berupa sesuatu yang dapat dipergunakan dan dimanfaati nya

Adalah menjadi kewajipan bagi setiap muslim yang benar-benar mengenal empat macam hak ini menunaikannya dengan penuh keikhlasan, amanah dan kebenaran. Syariah Islamiyyah telahpun membina tiap-tiap macam ini mengikut ketentuan, telahpun meletakkan dan menerangkan jalan jalan dan rancangan yang akan menolong manusia bersama di suatu masa untuk menunaikannya, tanpa menyempitkan sesuatu hak, mengikut kadar batas-batas kemungkinan.

HAK-HAK ALLAH

Hak Allah yang pertama ialah beriman kepadaNya, tidak menyengutukanNya, dan tidak mengambil selainNya menjadi Tuhan. Hak ini ditunaikan dengan percaya akan kalimah Tiada Tuhan melainkan Allah, seperti telahpun kita terangkan sebelum ini. terkandung di dalamnya jika diturut, ataupun tidak mengetahuinya.

Hak Allah yang kedua ialáh mengakui sepenuhnya akan kebenaran dan petunjuk yang datang daripadaNya. Hak ini ditunaikan dengan percaya akan Muhammad itu Utusan Allah seperti yang telah kita nyatakan terdahulu.

Hak Allah yang ke tiga ialah ditaati. Hak ini di tunaikan dengan mengikut undang-undang yang diterangkan oleh Kitab Allah Al-Majid yang dihuraikan dan disyarahkan oleh Sunnah RasuluLlah SallaLlahu alaihi-Wasallam sebagai mana telahpun kita tunjukkan terdahulu.

Hak Allah yang ke empat ialah dipertuan. Untuk menunaikan hak ini, wajib ke atas manusia menunaikan segala yang diwajibkanNya yang terdiri dari berbagai fardhu dan kewajipan seperti yang telah kami huraikan pada fasal kelima. Oleh kerana hak ini lebih utama dan yang lainnya, maka untuk menunaikannya wajiblah seseorang mengorban kan semua hak lain hingga kepada suatu had yang tertentu. Umpamanya, pada waktü seseorang menunaikan fardhu sembahyang atau puasa, ia mengorbankan banyak hak peribadinya; pagi-pagi lagi ía telah bangun, mengambil wudhu dengan air yang sejuk, ditinggalkannya banyak pekerjaan penting dan kesibukannya, tidak hanya sekali dalam sehari semalam, untuk menunaikan fardhu sembahyang. Ditinggalkannya makan dan minumnya, ditahannya dirinya selama sebulan cukup, untuk menunaikan fardhu puasa. Dimenangkannya cinta akan Allah daripada cinta akan harta untuk menunaikan fardhu zakat. Ia menahankan kesukaran dan penderitaan perjalanan, menafkankan banyak harta ketika mengerjakan haji. Ia mengorbankan jiwa dan hartanya untuk berjihad.

Demikian juga, ía mengorbankan hak-hak manusia yang ada padanya untuk menunaikan hak-hak Allah, dengan had yang sedikit atau banyak. Dalam sembahyang mithalnya, seorang abdi dengan membuta berkhidmat kepada tuannya; ia menyembah tuannya yang maha besar, ditunaikannya segala haknya. Pada haji, seseorang membekukan aktiviti kehidupannya dan perniagaannya, ditinggalkannya keluarga dan anak-anaknya, ía berjalan menuju BaituLlahi l-Haram; yang semuanya itu tanpa disangsikan lagi telah menyentuh banyak hak. Dalam jihad, ia tidak membunuh manusia dan tidak dibunuh melainkan mengharapkan wajah Allah Taala sendiriNya. Demikian juga, untuk menunaikan hak-hak Allah manusia mengorbankan banyak benda yang dikendalikan dan dikuasainya, seperti pengorbanan terhadap hewan hewan dan pembelanjaan harta benda.

Tetapi, sesungguhnya Allah Ta ala telah meletakkan batas-batas hak-hakNya; sehingga untuk menunaikan sesuatu hak Allah tidak akan dikorbankan. hak-hak yang lain, melainkan terhad kepada suatu batas yang tidak dapat diganjak lagi. Ambillah sembahyang mithalnya; Allah Taala tidak menghendaki anda bersusah-payah untuk menunaikannya, bahkan ia menghendaki keringan Apabila anda tidak memperoleh air atau anda jatuh sakit, anda boleh bertayammum dengan debu-debu yang baik. Dan jika anda dalam perlawatan (musafir) anda dapat meringkaskan (= qashar pent.) sembahyang. Jika anda sakit, anda boleh sembah yang duduk atau berbaring. Bahawa ayat Al-Quran yang anda baca dalam sembahyang tidaklah banyak, sehingga anda tidak perlu menggunakan waktu membaca melainkan beberapa minit sahaja. Berkata syariah: Apabila anda mem punyai kelapangan dan waktu yang senggang bolehlah anda membaca Al..Quran dalam sembahyang mengikut suka hati anda, seperti Surah Al-Baqarah, Ali-Imran, Al-Nisa, atau Surah-surah panjang lainnya; tetapi tiada boleh anda panjang kan sembahyang anda pada waktu-waktu sibuk. Kemudian, Allah Taala meskipun sangat suka jika manusia berbuat kebaikan dan mendekatkan diri kepadaNya dengan menger jakan sembahyang-sembahyang sunnat selepas sembahyang wajib, tetapi sekali-kali ia tiada menghendaki anda mengharamkan tidur malam dan istirehat siang untuk diri anda, atau anda putuskan urusan dunia seluruhnya untuk mengerjakan sembahyang, dan anda tidak mengambil berat akan hak-hak hamba Allah yang ada pada anda.

Demikian juga, Allah telah memberi banyak kemudahan dalam puasa. Tiada diwajibkan hambaNya berpuasa melainkan selama sebulan dalam setahun. Itupun dapat diganti dengan hari-hari lain apabila anda sakit atau dalam musafir. Tiada boleh ditambahkan satu minitpun kepada waktu yang telah ditentukan untuk berpuasa itu. Bagi orang yang berpuasa hendaklah makan dan minum sehingga nyata baginya benang putih daripada benang hitam - ertinya dinihari - pada waktu fajar. Kemudian, apabila ia menyempurnakan puasanya hingga terbenam matahani, hendaklah ía berbuka dengan segera. Kemudian, meskipun Allah Taala menyukai hamba Nya yang banyak berpuasa sunnat sesudah puasa bulan Ramadhan yang diwajibkan, tetapi sekali-kali Ia tiada menyukai orang yang sentiasa berpuasa, orang yang menyiksa badannya dan meninggalkan pekerjaan duniawi.

Demikian juga, Islam tidak menetapkan pengeluaran harta zakat melainkan mengikut kadar yang sederhana. Ia tidak mewajibkannya melainkan ke atas orang yang memiliki harta yang cukup nishabnya. Adapun orang yang hendak berbuat baik selepas itu dengan bersedekah pada jalan Allah lebih daripada zakat yang wajib, sesungguhnya Allah, meski pun ridha terhadap yang dernikian dan menyukai perbuatan itu serta memuji kemurahan hatinya, tetapi Ia tidak menghendaki orang itu mengorbankan hak-hak diri dan keluarganya dengan membelanjakan semua hartanya pada jalan Allah lalu duduk termangu-mangu dan menyesal di tengah-tengah manusia, Bahkan dalam perkara ini ia juga wajib berjimat dan bersikap pertengahan.

Kemudian, lihatlah pekerjaan haji. Telah dimaklumi, bahawa dalam perkara ini Allah Taala tidak mewajibkan melainkan ke atas orang-orang yang mempunyai milik lebih daripada keperluannya, orang yang berkesanggupan pergi mengerjakannya dan orang yang mampu menanggung kesukaran dan beratnya perjalanan. Bahkan Allah telah menambah kemudahan ke atas manusia dalam mengerjakan haji ini; tidak diwajibkanNya manusia melakukannya melainkan hanya sekali untuk seumur hidupnya. Apabila di jalan ada peperangan dan bahaya, atau dikhawatiri kebinasaan diri, hendaklah diundurkannya hajinya sampai hilang bahaya itu. Demikian juga, Ia menetapkan keridhaan ibu-bapa jika seseorang hendak mengerjakan haji; supaya ibu-bapa itu tidak menderita pada waktu si anak meninggalkannya disebabkan oleh kelemahan dan ketuaan usia. Maka dan mi teranglah bahwa Allah Taala telah memeliharakan banyak hak orang lain dalam menunaikan hak-hakNya yang mulia.

Pengorbanan yang paling besar terhadap hak-hak manusia yang ditunaikan oleh manusia terdapat di dalam jihad. Dalam jihad, manusia mengorbankan diri dan hartanya, diri orang lain dan harta mereka, untuk mengharapkan keridhaan Allah. Tetapi, sebahagian kaedah Islam dan dasarnya yang asasi, sebagaimana telah kami terangkan terdahulu, hendaklah orang menghadapi kemudratan yang ringan untuk menghindarkan kemudratan yang berat. Apabila anda memikirkan dasar ini dan anda mengetahuinya, nescaya anda dapati bahawa membunuh beberapa ratus atau bebenapa ribu manusia adalah lebih ringan mudaratnya dibanding dengan penyebaran kalimah batil di muka bumi dengan mengenepikan kufur, syirik, dan jihad; dan menjadi umumlah di muka bumi ini kesesatan, penghalalan yang haram dan kekacauan. Untuk menghindarkan kemudaratan yang berat ini, Allah telah memerintahkan hambaNya yang mumin untuk tahan dalam menempuh jalanNya dan dalam mengharapkan wajah Nya ke atas segala bencana yang menimpa diri dan harta. mereka yang berupa kemudaratan yang lebih ringan. Meski pun demikian, disuruhNya mereka agar tidak membunuh manusia melainkan orang yang tak dapat tiada mesti di bunuh, dan jangan melampau hingga kepada orang lemah, perempuan, anak-anak, orang luka dan orang sakit. Dan hendaklah mereka jangan memerangi manusia, melainkan orang-orang yang memerangi mereka untuk memeliharan perbuatan batalnya. Dan hendaklah mereka jangan menjadi pembinasa di negeri musuh tanpa hajat dan sebab. Dan hendaklah mereka berlaku adil terhadap seteru ketika mereka menaklukkan dan menang ke atas lawan. Dan hendaklah mereka menunaikan segala janji yang dijanjikan terhadap pihak lawan. Tidak ada jalan bagi mereka untuk melanjutkan peperangan apabila pihak lawan telah menahan tangannya dan berhenti memusuhi dan menentang kebenaran, berhenti daripada menolong yang batal. Ini semua menunjukkan bahawa Allah tidak membenar kan pengorbanan hak-hak manusia dalam penunaian hakNya melainkan mengikut kadar yang mesti sahaja.

HAK-HAK DIRI

Sekarang, anda menjelajahi bahagian ke dua daripada hak-hak manusia iaitu hak-hak dirinya.

Bolehjadi anda merasa hairan apabila kukatakan bahawa manusia itu menzalimi dirinya sendiri lebih banyak daripada menzalimi orang lain, kerana semua manusia merasa dan memperhitungkan bahawa dirinya lebih dikasihinya dan yang lain. Tiada pernah kulihat seorang pun yang mengaku bahawa ia musuh dirinya sendiri. Apabila anda memberikan sedikit perhatian ke atas perkara mi nescaya hakikatnya nyata bagi anda.

Salah satu kelemahan yang lebih nyata yang ada dalam hasrat semula jadi manusia, ia apabila nafsusyahwatnya mengalahkan dirinya, ia tunduk kepadanya, ia tiada perduli ke atas bencana yang menimpanya disebabkan mengikuti nafsunya itu, sama ada ia sedar atau tidak.

Anda lihat seorang lelaki tertarik kepada arak atau alkohol. Ia menjadi buta menempuh jalan mabuk. Kerana minuman ia tahan menghadapi mudrat yang berbahaya bagi kesihatannya, dirinya, hartanya, dan kekayaannya.

Engkau lihat pula seorang lalaki yang telah kesedapan dengan kelazatan makanan. Ia makan apa yang diperolehinya, memberi manfaat atau tidak. Ia mempersiapkan dirinya menempuh kebinasaan bagi memuaskan nafsu makannya.

Anda lihat pula lelaki yang ketiga yang telah menjadi sahaya kepada nafsusyahwatnya. Ia melakukan perbuatan perbuatan yang menjuruskannya ke arah kebinasaan.

Anda lihat pula lelaki yang keempat yang bercita-cita hendak memenangkan dirinya. Dengan bersungguh-sungguh ia membersihkan dan meningkatkan jiwanya. Ia menentang dirinya sendiri. Ditentangnya semua kelazatan dan syahwat yang datang mempengaruhinya. Ia enggan menunaikan segala keperluannya. Dijauhinya perkahwinan. Ditahannya makan minum. Ditinggalkannya dan dibencinya pakaian. Sehingga hampir-hampir ia tiada ridha tinggal di dunia ini, yang mengikut pandangannya penuh dengan orang-orang berdosa. Ia lari ke hutan dan gua-gua. Ia menyangka, dunia dicipta bukan untuknya.

Inilah sedikit contoh sikap melampau manusia di dalam dunia ini. Masih banyak lagi yang dapat dikemukakan gam baran mengenai sikap melampau yang sering-sering kita saksikan pada setiap masa.

Oleh kerana syariah Islamiyyah menghendaki kemenangan dan kebahagiaan manusia, ia memperingatkan manusia akan hakikat yang ujud, lalu berkata: Pada dirimu ada hak ke atasmu! Ia melarang manusia melakukan sesuatu yang membina-sakannya, seperti minum arak, mengisap ganja dan candu, dan lain-lain benda memabukkan. Ia melarang manusia makan bangkai, darah dan daging babi, serta binatang yang memberi mudrat, berbisa dan haiwan-haiwan kotor lainnya. Sesungguhnya, semua benda ini memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia, akhlaknya, kekuatan akal dan jiwanya.

Sebaliknya, ia menghalalkan sesuatu yang berfaedah, yang baik. Ia berkata kepada manusia: Jangan engkau haramkan dirimu daripada bersenang-senang, kerana bagi tubuhmu ada hak ke atasmu.

Ia melarang manusia berbogel. Disuruhnya menimati apa-apa yang telah diturunkan Allah untuknya di dunia ini, berupa perhiasan. Dan hendaklah ia menutup anggota-ang gota tubuhnya yang menimbulkan malu membukanya.

Ia menyuruh manusia bersungguh-sungguh mencari rezki, dan berkata kepadanya : Jangan kamu berselimut di rumahmu menyendiri; jangan kamu ulurkan tangan kepada manusia mengharapkan pemberian mereka; jangan kamu biarkan diri kelaparan; hendaklah anda gunakan kekuatan yang dikurniakan Tuhan; berusahalah dengan jalan yang telah ditentukan untuk mencapai alat dan sebab kesejahteraan dan pendidikan anda yang telah dijadikan Allah di bumi dan di langit.

Ia tidak mengizinkan manusia mengunci nafsu syahwatnya secara habis-habisan. Bahkan disuruhnya manusia kawin untuk menunaikan syahwat dirinya.

Ia melarang manusia menghinakan diri dan mengharamkan menimati kehidupan. Ia berkata kepadanya : Jika anda hendak mencapai ketinggian rohani, menghampirkan diri kepada Allah dan berhak mencari kelepasan di akhirat, anda tiada perlu meninggalkan dunia dan tiada sesuatu yang mendorong anda untuk berbuat demikian; mengingat Allah Taala di dunia ini, serta menimati kelazatan dan manfaat Nya, adalah jalan yang paling besar dan tepat untuk membawa kepada kemenangan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.

Ia mengharamkan manusia membunuh. Ia berkata kepadanya: Bahawa jiwa yang dihadirkan ini tak lain dan pada milik Allah, yang telah dipercayakanNya sebagai amanah ke atas anda, supaya anda gunakan dia sampai kepada suatu masa yang ditentukan; ia tidak didatangkan untuk anda halau dan hukum dia dengan tangan anda.

HAK-HAK PARA HAMBA

Syaniah Islamiyyah telah menyuruh manusia menunaikan hak-hak dirinya dan tubuhnya pada satu pihak. Pada pihak lain, ia menyuruh manusia supaya menunaikan hak hak ini tanpa menyentuh hak-hak hamba Allah yang lain di dunia. Bahawa apabila ia memenuhi syahwat dan kegemarannya dengan menyinggung hak orang lain, sesungguhnya ia hanya memuaskan nafsunya di atas kemudratan orang lain. Oleh kerana itu syariah telah mengharamkan mengambil, merampas, mencuri, rasuwah, khianat, berkata kotor, curang dan makan riba. Manfaat yang diusahakan manusia mengikut cara-cara ini pada hakikatnya adalah dengan menimbulkan mudrat ke atas orang lain.

Demikian juga, syariah telah mengharamkan dusta, mengumpat mengata-ngatai, mengasut, dan mengada-negada, kerana semua pekerjaan ini juga mendatangkan mudrat kepada hamba Allah yang lain.

Juga ia mengharamkan kepada manusia pertaruhan, judi dan loteri. Dalam perkara mi seluruh manfaatnya tidak akan ujud melainkan di atas kemudratan beribu-ribu manusia lain.

Juga, ia mengharamkan manusia melakukan penipuan, kecurangan dan lain-lainnya yang berkenaan dengan harta benda orang lain yang memungkinkan memberi mudrat ke atas salah satu dua pihak selain orang yang melakukannya.

Juga, ia mengharamkan kepada manusia membunuh dan berbuat kebinasaan di muka bumi serta menimbulkan bencana. Tiada halal bagi seseorang membunuh orang lain atau menyiksanya untuk memperoleh hartanya, atau kerana dengki yang ada dalam dirinya.

Juga, diharamkan kepada manusia berzina dan perbuatan kaum Nabi Luth. Perbuatan-perbuatan ini merusakkan kesehatan dan akhlaq pada satu pihak, membawa kepada penyebaran maksiat, penyebaran perbuatan yang memalukan dan penyebaran pengikutan hawanafsu di dalam masyarakat, pada pihak lain; dan akhirnya ia boleh membawa manusia kepada penyakit kotor dan perusakan keturunan, perkembangan bencana, perusakan perhubungan kemanusiaan dan penggoncangan kaedah-kaedah kemajuan dan peradaban.

Ini adalah ikatan-ikatan yang diletakkan oleh syariah Islamiyyah ke atas kehidupan manusia supaya manusia itu tidak menghilangkan atau mengurangi hak-hak orang lain ketika ia memenuhi hak-hak diri dan tubuhnya sendiri.

Tetapi tiada memadai untuk meningkatkan kemakmuran manusia dan memberinya kebahagiaan dengan hanya tidak menimpakan kemudratan kepada manusia lainnya, bahkan tak dapat tiada untuk tujuan ini dengan serentak hendaklah ditegakkan pertalian dan perhubungan di antara manusia dengan cara yang menjadikan mereka semua bertolong-tolongan berbuat kebaikan, bantu-membantu untuk kemaslahatan masyarakat.

Berikut ini kami terangkan kepada anda undang-undang yang ditetapkan oleh syariah Islamiyyah untuk mencapai tujuan ini:

(1) Hubungan kemanusiaan bermula dengan kehidupan keluarga. Sebelum yang lain, anda hendaklah memperhatikan kehidupan keluarga ini. Apa yang kita maksud dengan keluarga di sini ialah suatu kumpulan manusia yang terdiri dan suami-isteri dan anak-anaknya. Apa yang ditetapkan oleh Islam berkenaan dengan asas keluarga, ialah bahawa suami berkewajipan mengurus keluarga, menyediakan keperluannya, mempertahankan peribadi-peribadinya.

Isteri berkewajipan mentadbirkan urusan rumahtangga dengan apa yang diusahakan oleh suami, menyediakan ke selesaan yang mungkin bagi suami dan anak-anaknya, dan mementingkan pendidikan anak-anak.

Anak-anak berkewajipan mentaati ibu-bapanya, menghormatinya, dan berbakti kepada ibu-bapa apabila mereka dewasa.

Untuk tujuan mengekalkan peraturan keluarga agar mendatangkan kebaikan, kebijaksanaan dan kerukunan, Islam telah memilih dua pentadbiran. Pertama, ia meletakkan suami dan bapa menjadi pemerintah keluarga dan mengawasi keadaannya. Sebagaimana peraturan dan permerintahan sesuatu negeri tidak mungkin berjalan dengan baik tanpa pemerintah yang menjalankan urusannya, atau peraturan sesuatu sekolah tidak akan berjalan dengan baik tanpa guru-besar, demikian juga mustahil peraturan keluarga berjalan dengan baik tanpa ada orang yang menjadi pemerintah yang mengawasi urusannya. Tanpa pengatur, tak-dapat-tiada menjadi umumlah kekacauan dan kegoncangan di dalam keluarga, kerana setiap peribadi yang menjadi anggotanya akan bebas dengan pendapatnya masing masing, tidak bertanggungjawab terhadap sesuatu yang di perbuatnya, dan akan terhapuslah ketenangan, ketenteraman dan kejernihan dan keluarga itu. Untuk menghindarkan keburukan-keburukan ini tak-dapat-tiada hendaklah ada bagi sesuatu keluarga itu seorang pemerintah yang menguasai urusannya. Dan hanyalah lelaki yang mungkin memegang tanggungjawab terhadap pendidikan dan menjaga anggota rumahtangganya.

Pentadbiran kedua; setelah Islam meletakkan perkara perkara urusan dan yang berkenaan muamalat dengan luar rumah di atas pundak lelaki, ia menyuruh wanita untuk tidak meninggalkan rumahnya tanpa keperluan yang terentang di hadapannya. Oleh kerana itu, ia tidak dibebani tanggungjawab yang bertali dengan urusan-urusan luar rumahtangga, supaya ia dapat melaksanakan kewajipannya dengan sungguh-sungguh di dalam rumahtangga dengan segala ketenangan dan ketenteraman. dan agar tidak tergendala peraturan rumahtangga dan pendidikan anak-anak dengan keluarnya dan rumah.

Tetapi, ini tidak bermakna bahawa perempuan tidak dibenarkan keluar rumah selama-lamanya. Bahkan ia diizinkan keluar apabila ada keperluan. Syariah hanya menghendaki bahawa rumahtanggalah yang menjadi lingkungan kewajipannya, dan kekuatan serta kecerdikannya tidak digunakannya melainkan untuk memperbaiki keadaan rumahtangga.

Dengan kerabat yang timbul kerana pertalian darah dan kerana hubungan perkahwinan, makin luaslah lingkungan keluarga. Di antara mereka yang mempunyai hubungan satu dengan yang lain dalam lingkungan ini syariah telah menetapkan kaedah-kaedah jelas yang beraneka rupa di atas hukum yang nyata, supaya mereka berbuat baik di antara sesamanya d supaya mereka jadi saling bergantung dan bertolong-tolongan.

Di antara kaedah-kaedah itu adalah sebagai berikut:

(i) Syariah mengharamkan kepada sebahagian mereka yang bergaul antara sesamanya untuk kahwin-mengahini antara lelaki dan perempuan, seperti antara ibu dengan anak lelakinya., bapa dengan anak perempuannya, suami ibu dengan anak-tirinya perempuan, ibu dengan anak tirinya lelaki, lelaki dengan saudaranya perempuan yang serahim dan yang sesusuan, lelaki dengan anak perempuan saudara nya, perempuan dengan anak lelaki saudaranya, lelaki dengan anak perempuan saudarinya, perempuan dengan anak lelaki saudarinya, seorang perempuan dengan menantunya, dan seorang lelaki dengan menantunya.

Sebahagian dan faedah yang banyak mengharamkan perkahwinan yang demikian ialah bahawa lelaki dan perem puan yang seperti itu mempunyai hubungan yang kekal dalam keadaan suci lagi murni mereka bergaul di antara mereka dengan penuh kasih, ikatan dan keikhlasan, tanpa satu paksaan dan kesangsian.

(ii) Selain hubungan-hubungan ini Islam menghalalkan hubungan suami-isteri di antara anggota-anggota keluarga yang lain, supaya yang sudah dekat menjadi bertambah hampir lagi, kasih-sayang akan bertambah kasih lagi. Mereka yang telah mengenal di antara sesamanya mengenai kebiasaan, tabiat dan kelakuan pihak lainnya, maka hubungan suami-isteri di antara mereka akan lebih berjaya dibanding dengan perkahwinan di antara mereka yang tidak saling mengenal. Banyak berlaku berbagal persengketaan dan ke tidak-sesuaian dalam perkahwinan di antara orang-orang asing. Oleh kerana itu Islam lebih mengutamakan perkahwinan di antara mereka yang mempunyai kekufuan daripada orang orang lainnya.

(iii) Di dalam sesuatu keluarga ada yang kaya dan ada yang miskin, ada yang senang dan ada yang susah. Menghadapi ini Islam telah menetapkan bahawa hak hamba yang paling besar pada manusia ialah ke atas kerabatnya. Itulah yang disebut sebagai silaturrahimi dalam syariah.

Sebutan silaturrahimi itu dikuatkan dan berulangkali disebut dalam A1-Quran dan A1-Sunnah. Memutuskan silaturrahim termasuk dosa besar. Apabila seseorang ditimpa kesusahan, wajib bagi mereka yang mempunyai kelapangan dalam harta benda untuk menolong kerabatnya yang kesusahan itu dan mengulurkan tangan bantuan kepadanya. Seperti juga hak kerabat dalam menenma sedekah lebih utama daripada hak orang lain.

(iv) Islam telah menetapkan undang-undang pusaka. Apabila seorang lalaki meninggal dunia dan ada meninggalkan harta, tiada patut harta ini dibiarkan tertumpuk dan terpusat di satu tempat. Bahkan, tak-dapat-tiada setiap anggota kerabat memperoleh bahagiannya masing-masing. Anak lelaki, anak perempuan, isteri, suami, bapa, ibu, saudara lelaki dan saudara perempuan, adalah orang-orang yang paling akrab mempunyai hak ke atas perkerabatan sebelum dijelaskannya hak-hak orang lain. Andaikata mereka ini tiada, maka bahagian harta itu akan diserahkan kepada orang-orang yang mempunyai kedudukan sesudah mereka dalam buhungan perkerabatan.

Dengan cara ini menjadi tersebarlah kekayaan seseorang ditangan banyak anggota kerabat. Semua mereka ini boleh menimati harta itu sesudah kematian pemiliknya.

Undang-undang Islam ini tiada bandingannya dalam undang-undang dunia, baik dahulu mahupun sekarang. Pada masa sekarang ini sebahagian ummat telahpun menoleh kepada langkah-langkah Islam berkenaan dengan undang undang ini. Tetapi, sungguh-sungguh sayang, sebahagian kaum Muslimin sendiri telah menentangnya kerana kehajilan dan ketololan mereka. Di banyak tempat telah timbul penyakit pengharaman anak-anak perempuan mendapat pusaka. ini adalah suatu kezaliman besar, menyalahi hukum Al Quran yang tegas dan nyata.

(2) Setelah hubungan keluarga, manusia berbuhungan dengan kawan-kawannya, jiran-jirannya, penduduk kampungnya, penduduk negerinya, dan mereka yang bersama-sama dengannya menghadapi berbagai keadaan bermacam ragam. Islam telah menyuruhnya untuk bermuamalat dengan semua mereka, dengan cara yang betul, adil dan dengan pekerti yang baik. Janganlah kamu sakiti seorang pun di antara mereka. Jauhilah perkataan jahat dan ucapan kotor kepada mereka. Bertolong-tolonganlah di antara kamu. Kunjungi mereka yang sakit. Hantarkan jenazah mereka ke kubur. Bantulah mereka yang ditimpa musibah. Tolong orang fakir, orang-orang yang berhajat, dan orang-orang lemah di antara kamu dengan menunjukkan kecenderungan melindungi mereka. Beri makan orang lapar. Dan beri pakaian kepada mereka yang telanjang. Tolonglah orang yang ketiadaan sampai ia mendapat usaha untuk dirinya.

Manakala Allah memberi kamu kurniaNya, janganlah kamu belanjakan dan boroskan kekayaan itu dalam kemegahan dan berhuru-hara. Syariah telah mengharamkan ke atas kamu makan dan minum dalam bejana mas dan perak, memakai pakaian sutera, dan menghabiskan harta di tempat tempat kemegahan dan kemewahan. Semua itu diatur adalah kerana harta kekayaan yang mungkin dinimati oleh ratusan dan ribuan hamba Allah tidak patut untuk dinimati dan dihabiskan oleh seorang peribadi sahaja mengikut kemahuannya dan mengikut dorongan syahwatnya. Adalah suatu kezaliman apabila harta yang mungkin boleh dipergunakan untuk mempertahankan kehidupan ribuan hamba Allah, tinggal tergantung pada tengkuk anda berupa perhiasan atau benda mewah dalam bentuk bejana, atau hiasan yang anda hamparkan di biik anda, atau cahaya buatan yang anda gantungkan di udara.

Dengan demikian tidaklah bermakna bahawa Islam menghendaki penanggalan semua kekay anda. Bahkan, semua hasil usaha atau kekayaan yang anda warisi dan ibubapa adalah untuk anda, termasuk hak anda yang sah. Anda berhak menimati kekayaan anda itu. Andapun di benarkan untuk merasai kesan-kesan nimat Allah pada pakaian, makanan, tempat tinggal dan kenderaan anda. Tetapi maksud yang hendak dicapai dan pengajaran Islam itu ialah supaya anda menjalani hidup ini dengan cara baik dan jimat, tidak memperbanyak kemewahan. Dan pada tiap kurnia yang diturunkan Allah ke atas anda hendaklah anda peliharakan hak-hak kerabat, sahabat-sahabat, jiran tetangga, anak-anak watan, anak-anak ibu anda dan anak cucu Adam seluruhnya.

(3) Sekarang, anda akan keluar dan daerah yang sempit ini, memandang daerah yang luas yang melingkupi seluruh kaum muslimin di serata dunia ini.

Dalam lingkungan ini, Islam telah meletakkan beberapa undang-undang dan peraturan yang menjadikan seluruh kaum muslimin bantu-membantu dan bertolong-tolongan di antara mereka dalam melakukan kebaikan, keelokan dan taqwa; dan untuk mencegah kejahatan serta perbuatan mungkar dan menegakkan kepalanya di bumi, dalam batas batas kemungkinan.

Berikut ini kita kemukakan sebahagian dan undang undang itu:

(i) Islam telah memerintahkan untuk memeliharakan akhlaq kemasyarakatan, supaya jangan bergaul bebas antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Dan hendak ada bagi wanita keadaan yang khas, lain dan keadaan lelaki. Wanita hendaklah mempergunakan sebahagian besar kegiatannya untuk menyelenggarakan kewajipan kekehidupan keluarga. Apabila ada keperluan keluar hendaklah mereka keluar tanpa perhiasan. Hendaklah mereka keluar dengan pakaian longgar. Hendaklah mereka menutup tubuh, muka dan dua tangan juga, selama tiada didorong untuk membukanya oleh keperlan yang sungguh-sungguh. Mereka boleh membuka wajah dan tangan hanya untuk menunaikan keperluan ini sahaja. Inilah yang disebut hijab ( tabir. pent.) dalam syariah.

Di pihak lain, Islam menyuruh lelaki menjauhi melihat perempuan yang bukan isterinya. Apabila pandangannya kepada perempuan lain itu terjadi tanpa disengaja, hendaklah ia memalingkan matanya dan wanita itu, dan jangan kembali memandangnya pada kali yang lain. Yang demikian itu merendahkan akhlaqnya. Dan jika mereka mencoba bergaul dengan wanita-wanita itu, akan lebih lagi merendahkan akhlaqnya.

Adalah kewajipan tiap-tiap lelaki dan tiap-tiap perempuan memelihara akhlaqnya. Jangan diberinya peluang dalam hatinya dan dalam getaran kalbunya walaupun sedikit kecenderungan untuk menunaikan nafsu-syahwatnya dengan cara di luar perkahwinan yang sah; lebih-lebih lagi jika ia mencoba melakukan perbuatan itu.

(ii) Untuk memeliharakan akhlaq kemasyarakatan, Islam telah melarang lelaki membuka bahagian tubuh di antara pusat dengan dua lututnya, dan bagi perempuan membuka seluruh anggota tubuhnya melainkan muka dan dua belah tangan; juga tidak untuk kerabat yang dekat. Inilah yang dinamai sitr (tutup-pent.) dalam syariah. Adalah wajib bagi semua lelaki dan perempuan memeliharakannya.

Dengan penetapan seperti ini, Islam menghendaki penumbuhan peraturan hidup pada manusia, supaya kejahatan dan perbuatan mungkar tidak tersebar di antara mereka, yang dapat menyeret pelakunya kepacla keruntuhan akhlaq.

(iu) Islam tidak menyukai perbuatan bersuka-suka dan bermain-main yang membinasakan akhlaq manusia, yang merangsang syahwat yang rendah, yang membuang-buang waktu, merusakkan kesehatan dan menghabiskan harta.

Sebenarnya, tiada disangsikan bahawa permainan aclalah suatu perkara yang mesti di dalam sempadan zatnya. Tak dapat-tiada seseorang itu mestilah melakukannya bersamaan dengan pekerjaan dan kesungguhannya untuk melahirkan roh kehidupan dan daya kerja pada manusia. Tetapi, sewajarnya lah ia menumbuhkan kerajman dan menyiram semangat, bukan permainan yang mendahagakan dan melembabkan jiwa.

Adapun perbuatan bersuka-suka dan permainan yang hina, yang padanya ribuan pribadi bersama-sama menyaksikan perkara-perkara yang membawa kepada perbuatan dosa dan tontonan yang meruntuhkan akhlaq, maka tiadalah ia melainkan perbuatan yang membinasakan akhlaq dan adat bangsa-bangsa meskipun merupakan tontonan yang indah yang pada zahirnya memberi kesenangan kepada manusia.

(iv) Untuk memelihara persatuan ummat Islam dan kebahagiaan masyarakatnya, Islam memerintahkan mereka dengan sungguh-sungguh menjauhi silang sengketa di antara mereka, dan menghindari dorongan-dorongan yang menimbulkan perpecahan dan perpisahan. Apabila mereka berselisih faham dalam sesuatu perkara hendaklah dirujukan kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul Nya s.a.w. dengan segala keikhlasan dan kemurnian niat. Tetapi, apabila mereka tidak dapat bersatu sedikit pun hendaklah mereka kembalikan perkara mereka kepada Allah. Janganlah mereka berpecah belah di antara mereka. Hendaklah mereka bertolong-tolongan dalam melaksanakan pekerjaan untuk mencapai kemenangan dan kebahgiaan masyarakat. Hendaklah mereka mematuhi orang yang memerintah di antara mereka, dan menjauhkan diri dan tokoh-tokoh kejahatan dan kekacauan. Jangan mereka melemahkan kekuatan mereka. Janganlah mereka menghancurkan ummat mereka sendiri dengan menimbulkan perang saudara di antara mereka.

(v) Sesungguhnya diizinkan bagi Kaum Muslimin menuntut sains dan sastera, dan mempelajari cara-Cara yang berguna dan orang bukan Muslim. Tetapi, mereka ditegah meniru ummat bukan Muslim itu dalam tatacara kehidupan mereka.

Sesungguhnya sesuatu ummat itu tidak akan meniru ummat lainnya melainkan jika ia mengitiraf kehinaan, kelemahan dan kesempitan dirinya sendiri; sebaliknya, mengakui kehandalan, ketinggian dan keagungan ummat lain. Ini adalah serendah-rendah perhambaan. Pengakuan seperti itu menuju kepada kehancuran dan kejatuhan. Hasilnya yang pasti ialah kepunahan peradaban ummat yang meniru dan menyontoh. Oleh kerana itu Nabi s.a.w. menegah Kaum Muslimin dengan sangat dan menyontoh ummat asing dan memilih peradaban mereka.

Orang yang mempunyai sedikit akal sajapun boleh memahamkan bahawa kekuatan setiap ummat tidak terletak pada rupanya, dan tidak pada bentuk hidupnya. Kekuatan itu berdiri di atas ilmu yang dimilikinya, keahlian mengatur dan kesungguhan amal. Barangsiapa yang menghendaki kekuatan, kesempurnaan dan ketinggian hendaklah ia mengambil sebab-sebab kekuatan dan ummat asing, mengambil ketinggian dan kesempurnaan yang telah dicapai oleh ummat asing itu, dan janganlah ia cenderung kepada apa yang menyebabkan kehinann ummat-ummat dan yang menyebabkan penggabungannya kepada ummat asing.

Islam melarang Kaum Muslimin memperlakukan orang bukan muslim dengan cara perkauman ( asabiyyah.pent.) dan pandangan yang sempit. Ia melarang memaki tuhan mereka, menyerang orang-orang besarnya dan menghinakan agamanya. Juga, ia melarang kaum Muslimin untuk memulai perseteruan dengan orang-orang bukan Muslim. Selama kaum bukan Muslim itu menghendaki perdamaian dan kerukunan dengan Kaum Muslimin, dan mereka tidak melampaui hak hak mereka, maka wajiblah ke atas Ummat Muslimm meperlakukan mereka dengan kedamaian dan kerukunan. Sesungguhnya kemuliaan Islam kita telah mewajibkan kita untuk memperlakukan orang di luar kita dengan rasa kasih sayang yang setinggi mungkin, dengan peri-kemanusiaan dan akhlaq yang tinggi. Termasuk perkara yang ditegah oleh hukum Islam dan oleh fitrah seorang Muslim, memperlakukan orang-orang di luar kita dengan sikap perkauman, akhlaq yang keji, aniaya dan pandangan yang sempit. Sesungguhnya, tiada suatu perbuat.an yang ditunjukkan oleh seorang Muslim kepada manusia melainkan menjadi contoh yang akan diteladani berkenaan dengan akhlaq yang baik, kemuliaan, kelapangan dada, dan berbuat baik. Dan hendaklah dipenuhinya kalbunya dengan dasar-dasar suci yang dibentuk di atas ke benaran dan keadilan.

HAK-HAK SELURUH MAKHLUQ

Kini, kami hendak menerangkan kepada anda hak-hak golongan keempat. Allah telah memberi kurnia ke atas manusia lebih banyak daripada makhluk-makhlukNya yang lain. Diizinkan Nya manusia mengendalikan makhlukNya yang lain dan menundukkannya dengan kekuatannya, mem pergunakannya dan mengambil manafaat daripadanya, mengikut sesuka hatinya.

Itu adalah sebahagian daripada haknya yang sah, kerana ia adalah mahkluk Allah yang paling mulia di bumi. Tetapi sebaliknya, Allah membebani manusia dengan adanya hak hak makhluk-makhluk itu ke atasnya.

Sebahagian danipada hak-hak itu ialah bahawa manusia tidak dibenarkan menyiksa makhluk lain, memberi mudrat kepadanya atau menyakitinya tanpa keperluan yang sungguh sungguh. Apabila ia terpaksa memberi mudrat kepada makhluk lain itu hendaklah dilakukannya mengikut kadar semestinya sahaja. Dalam mempergunakan dan menimatinya hendaklah dipilihnya cara yang paling baik dan adil.

Syariah Islam penuh dengan hukum yang seperti ini.Ia tidak membenarkan manusia membunuh binatang melainkan untuk dimakan atau kerana dikhawatiri mendatangkan mudrat. Ia melarang keras membunuh haiwan tanpa keperluan, misalnya dengan tujuan bersenang-senang dan bermain-main. Ia telah menentukan cara menyembelih untuk membunuh binatang yang dimakan, cara yang sebaik-baiknya untuk mengambil daging daripadanya. Setiap cara yang bukan cara menyembelih, meskipun penderitaan binatang itu berkurang, dapat mengurangkan banyak faedah daging. Kalau lebih banyak terpelihara faedah daging, binatang itu pula akan lebih menderita. Dan Islam hendak menjauhi dua segi ini. Ia melarang keras membunuh binatang dengan kasar dan menyakiti.

Juga, Islam tidak memperkenankan membunuh binatang liar yang memberi mudrat dan haiwan kecil yang berbisa, melainkan kerana jiwa manusia lebih bernilai dan lebih berharga daripada kehidupan binatang liar haiwan kecil ini. Lagipula, tidak dibenarkan membunuhnya dengan cara menyiksa dan menyakiti.

Juga, Islam melarang keras melaparkan binatang yang belakanganya digunakan untuk kenderaan atau mengan barang-barang berat. Ia melarang membebaninya lebih dari kesanggupannya. Dan ia pun melarang memukul haiwan itu dengan keras.

Juga, Islam membenci pengurungan burung tanpa keperluan.

Tetapi, Islam membenarkan perlakukan terhadap pohon-pohon lebih daripada haiwan dengan menimpakan sedikit mudrat. Kita boleh memetik bunga dan buahnya. Walau bagaimanapun, kita tidak berhak membinasakan atau mencabutnya tanpa keperluan. Bahkan larangan membinasakan itu bukan hanya untuk tumbuh-tumbuhan yang mempunyai kehidupan, tetapi juga ke atas sesuatu yang tidak hidup; sesungguhnya, ia melarang menumpahkan air dan memusnahkannya tanpa keperluan.

SYARIAH ALAM YANG KEKAL

Semua yang kami terangkan terdahulu kepada anda adalah keringkasan yang singkat mengenai hukum dan undang-undang syariah yang murni yang telah dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. kepada seluruh alam untuk sepanjang masa. Dalam syariah ini antara manusia dengan manusia tidak dibezakan melainkan berdasarkan aqidah dan amal. Sesungguhnya, semua syaniah dan agama yang membezakan antara manusia berdasarkan keturunan, tanahair dan warna kulit tidak mungkin menjadi syariah sejagat. Adalah sungguh mustahil mengikut tabii bahawa seseorang dan keturunan ini boleh menjadi orang dan keturunan itu; sebagaimana tidak mungkin bagi penghuni bumi ini semuanya menetap dan menghadkan diri mereka pada sesuatu tanah watan yang khas; seperti juga tidak mungkin hitam orang Habsyi atau kuning orang Cina atau putih orang Eropa ber bah dan semulajadinya. Mengikut nyatanya, agama-agama seperti ini tidak akan tümbuh dan tidak akan hidup melainkan di kalangan ummat yang khas sahaja.

Berlainan dengan semua ini, Islam datang dengan membawa syariah sejagat, yang memungkinkan setiap orang yang mempercayai aqidah tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Utusan Allah masuk ke dalam lingkungan Ummat Muslim dan di dalamnya boleh menimati hak.hak yang dinimati oleh seluruh kaum Muslimin. Di dalam syariah ini, seseorang tiada ditentukan oleh keturunan, bahasa, tanahair dan warna kulit.

Kemudian, syariah ini adalah yang kekal. Undang-undangnya tiada disusun berdasarkan adat sesuatu ummat yang khas atau lingkungan sesuatu zaman yang terhad. Bahkan ia disusun di atas fitrah kemanusiaan. Oleh kerana fitrah ini tetap ada pada setiap masa atau suasana, demikian juga adalah wajar jika undang-undang yang disusun di atasnya kekal adanya pada setiap masa atau suasana.

Dan akhir seruan kita, bahawa segala puji bagi Allah seluruh alam.