Make your own free website on Tripod.com

Al-faqirah Ilallah

Asas-asas Islam 6
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

FASAL KEENAM

::AGAMA DAN SYARIAH::


Apa yang kami terangkan kepada anda hingga sekarang ini pada fasal-fasal yang lepas adalah berkenaan dengan agama. Sekarang kami hendak menerangkan sesuatu yang berkenaan dengan syariah Muhammad s.a.w. Tetapi sebelum anda mengenal apa syariah, wajar anda mengetahui perbezaan aritara agama dan syariah.

PERBEDAAN ANTARA AGAMA DAN SYARIAH

Telah kami terangkan bahawa semua Nabi yang diutus oleh Allah Taala tiada mengajarkan kepada manusia melainkan agama Islam. Yaitu, bahawa anda beriman akan Zat Allah Taala, sifat-sifatNya dan akan Hari Akhirat mengikut cara yang ditunjukkan oleh para Nabi itu; dan bahawa anda beriman akan Kitab-Kitab Allah dan benarkan Kitab-Kitab itu; dan bahawa anda tiada mengikuti melainkan jalan yang lurus sebagaimana diterangkan oleh Kitab-Kitab ini; dan bahawa anda ikut Rasul-Rasul Allah yang benar, tidak mengikut tokoh lain; dan bahawa anda esakan Allah, tidak menyengutukanNya dengan sesuatu, dalam mengibadatiNya.

Setelah anda mengenal agama, datang pula yang lain, yang disebut syariah, yaitu cara-cara beribadat, asas asas kehidupan yang bermasyarakat, undang-undang yang mengatur perhubungan di antara hamba-hamba berkenaan dengan muamalat dan perdata (sivil-pent.), dan sempadan sempadan di antara yang halal dan yang haram.

Sejak permulaan, Allah Taala menurunkan syariah syariah yang berlainan kepada Nabi-NabiNya, dengan tujuan memeliharakan hal-keadaan bangsa-bangsa yang berlainan pada zaman-zaman yang berbeza, untuk mendidik setiap ummat ini agar sentiasa berada dalam batas dalam bidang akhlaq, kemajuan dan ketinggian, dan menempa mereka semua untuk mengikuti undang-undang yang melingkupi yang datang dan Tuhan.

Manakala semuanya itu telah selesai di tangan berbagai Nabi yang terdahulu, maka pada kesudahannya datanglah ketua dan penutup Nabi-Nabi, Muhammad s.a.w., membawa undang-undang yang lengkap yang dapat dilaksanakan untuk seluruh dunia hingga kepada Han Kiamat.

Dewasa ini, agama itu bqkan lain danipada agama yang telah diajarkan dan ditunjukkan oleh para Nabi yang terdahulu. Walau bagaimana pun, ajaran Muhammad telah memansukhkan syaniah-syariah mereka dan pada tempatnya diletakkan sebuah syariah yang sempurna, yang padanya tidak berbeza-beza lagi cara beribadat, asas-asas kehidupan, undang-undang yang berlaku di antara para hamba yang berkenaan dengan muamalat dan batas di antara yang halal dengan haram, dan yang berlaku bagi manusia seluruhnya hingga Hari Kiamat.

PERANTARA UNTUK MENGENAL HUKUM SYARIAH

Pada kita ada dua perantara untuk mengetahui asas asas syariah Nabi Muhammad s.a.w. dan hukum-hukumnya: Al-Quran dan Al-Sunnah.

Adapun Al-Quran, anda telah mengenalnya sebagal perkataan Allah. Seluruhnya, lafaz demi lafaz datang dan Allah Taala.

Adapun Al-Sunnah, ia adalah riwayat-riwayat yang datang dari RasuluLlah s.a.w. Sesungguhnya, kehidupan Rasul s.a.w. dan awal hingga akhirnya adalah keterangan bagi Al-Quran. Muhammad s.a.w. itu, sejak dibangkitkan kepada manusia dengan datangnya wahyu, selama 23 tahun berturut-turut, sibuk mengajar manusia dan mencerdaskan mereka melalui jalan yang diridhai pada sisi Allah dalam menjalani hidup mereka. Dalam masa yang tidak singkat ini, sentiasalah para sahabatnya lelaki dan perempuan, keluarga dan kerabatNya, dan isteri-isterinya yang suci, memperhatikan. kata-katanya dengan sehabis-habis perhatian. Mereka ikuti amalan-amalannya. Mereka meminta fatwa kepadanya dälam setiap perkara yang terentang dalam kehidupan mereka mengenai keadaan dan muamalat yang berbeza-beza. Kadang-kadang disuiuhnya mereka melakukan sesuatu. Pada kali yang lain dilarangnya mereka melakukan sesuatu. Mereka yang menyaksikan, memelihara perintah, larangan dan hukum-hukumnya, lalu menyampaikannya kepada yang tidak menyaksikan. Demikian juga, apabila Nabi s.a.w. mengerjakan suatu amalan khas, orang yang menyaksikan perbuatan itu mengingatnya, lalu menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir di situ. Demikian juga, apabila seorang sahabat Nabi s.a.w. melakukan sesuatu perbuatan, adakalanya Nabi s.a.w. diam melihat perbuatan ini dan adakalanya dilarangnya. Dalam perkara seperti inipun manusia mengingatnya juga.

Adapun mereka yang hidup di belakang sahabat Nabi dan pengikut-pengikut mereka yang berbuat baik, mengingat tiap sesuatu yang mereka dengar yang disampaikan oleh para sahabat kepada mereka berupa berita yang berasal dan RasuluLlah s.a.w. Kemudian, semua berita itu mereka catitkan di dalam kitab-kitab dengan menyebutkan nama nama sahabat yang meriwayatkannya dan RasuluLlah s.a.w. Dengan cara seperti ini manusia mengetahui sekumpulan besar berita mengenai RasuluLlah s.a.w. Yang paling masyhur dan kitab-kitab seperti ini dan yang paling banyak dipegangi orang ialah kitab-kitab yang disusun oleh Imam Al-Bukhani, Imam Muslim, Imam Malik, Imam At-Turmuzi, Imam Abu Daud, Imam Ibnu Majah, dan Imam An-Nasai.

FIQH

Sekelompak Imam-Imam besar Kaum Muslimin telah menghidangkan hukum-hukum Al-Quran dan Al-Sunnah. Dan dua sumbar ini mereka telah menyusun undang-undang Islam secara terunai yang bertebanan di dalam berbagai kitab. Ini mereka lakukan untuk memberi kemudahan kepada kaum Muslimin umumnya. Undang-undang ini diambil dan hukum hukum Al-Quran dan Al-Sunnah. Inilah yang dikenal dengan fiqh.

Tiada mungkmn bagi setiap pribadi anggota ummat ini untuk meperolehi hukum-hukum dan Al-Qunan oleh dirinya sendiri selama ia tidak menguasai ilmu mengenal Al-Sunnah sebanyak yang diperlukan untuk mengetahui hukum-hukum syariah, maka tiadalah mungkin bagi seluruh kaum muslimin di dunia ini melepaskan diri daripada terhutang budi kepada Imam-Imam besar yang telah menolong mengungkai kesukaran mereka dan menyusunkan buku-buku fiqh untuk mereka, dengan melalui penyelidikan yang berkepanjangan dan kesungguhan yang terus menerus. Tiada disangsikan lagi bahawa kemudahan yang didapati oleh kaum muslimin amnya dewasa ini untuk mengikut syariah Islamiyyah dan mengenal hukum-hukumnya adalah hasil jerih-payah para Imam yang mulia itu.

Pada mulanya, banyak ulama yang telah menyusun kitab-kitab fiqh mengikut cara masing-masing. Tetapi pada akhirnya, yang tinggal hanyalah empat mazhab fiqh sahaja. Yang empat itulah yang diikut oleh kebanyakan Kaum Muslimin di muka bumi dewasa mi.

1. Fiqh Hanafi : Disusun oleh Imam Abu Hanifah r.a. dengan bantuan dan musyawaran sahabat-sahabatnya seperti Abu Yusuf, Muhammad, Zafar, besar.

dan lain-lain ulama

2. Fiqh Maliki : Disusun oleh Imam Malik ibn Anas r.a.

3. Fiqh Syafii : Disusun oleh ibn Idris Asy-Syafii r.a. Imam Muhammad

4. Fiqh Hanbali : Di susun oleh Imam Ahmad ibn Hanbal r.a.

Sesungguhnya telah sempurnalah penyusunan mazhab fiqh yang empat ini dalam kurun-kurun permulaan sesudah Rasulullah s.a.w. wafat.

Bahawa perbezaan pendapat yang dijumpai di antara mereka adalah perbezaan yang fitriah. Tiap-tiap perkara apabila diuraikan oleh beberapa orang dan mereka berusaha mengenal hakikatnya, tak-dapat-tiada niscaya berlakulah perbedaan pendapat di antara mereka mengenai perkara itu meskipun sedikit. Tetapi tatkala mereka ini semua adalah

Imam-Imam yang baik, yang benar dan yang wara, yang mengikut kebenaran dan tiad mahu menukar kebenaran itu, maka kaum Muslimin semuanya mengitikadkan ke benaran mazhab-mazhab Para Imam ini, dan mempercayainya sebagai yang hak.

Tetapi, nyata, tidak mungkin bagi seseorang itu dalam sesuatu perkara melainkan mengikut satu mazhab sahaja daripada mazhab-mazhab yang empat itu. Yang dipegang oleh ulama Kaum Muslimin ialah, bahawa sewajarnyalah bagi kaum muslimin mengikut salah satu mazhab itu.

Akan tetapi, ada juga sekelompok ulama yang mengatakan tiada perlu mengikut mazhab fiqh. Bahkan, wajib bagi setiap orang yang mempunyai ilmu, mengambil hukum hukum langsung dan Al-Qur dan Al-Sunnah. Adapun mereka yang tiada mempunyai ilmu hendaklah mengikut pendapat yang dipercayainya benar yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh di antara ulama Muslimin. Mereka berpegang kepada ilmunya, kebenaran dan taqwanya. Mereka yang berpendapat seperti itu dikenal sebagai Ahli Hadith. Mereka ini juga sebenarnya serupa dengan kelompok yang empat yang telah disebut.

TASAWWUF

Adapun fiqh adalah berhubungan dengan amal manusia yang zahir sahaja. Ia tidak memandang kepada sesuatu melainkan adakah anda telah melakukan apa yang diperintahkan mengikut cara yang dikehendaki atau tidak? Apabila anda telah melakukannya, ia tidak memperhatikan keadaan dan perilaku hati anda.

Adapun sesuatu yatig berkait dengan hati dan membahas perilakunya, itulah dia tasawwuf.

Fiqh tidak memandang kepada sembahyang anda mithalnya, melainkan dan segi apakah anda menyempurnakan wudhu mengikut cara yang betul atau tidak? Apakah anda mengerjakan Salat dengan menghadapkan wajah ke arah Al-Masjidi I-Haram atau tidak? Adakah anda telah menunaikan semua rukum sembahyang atau tidak? Apakah anda dalam sembahyang telah membaca semua yang wajib dibaca atau tidak? Apabila anda telah mengerjakan semua itu, sahlah sembahyang anda mengikut hukum fiqh.

Adapun yang dipentingkan oleh tasawwuf ialah sesuatu yang ada dalam hati anda ketika anda menunaikan sembahyang : Adakah dalam hati anda taat kepada Tuhan atau tidak? Apakah dalam sembahyang itu anda bersihkan hati dan kepentingan dunia dan suasananya atau tidak? Apakah anda mendirikan sembahyang itu kerana taqwa akan Allah dan meyakini bahawa Dia mengetahui dan melihat, dan kerana perasaan mengharapkan wajahNya yang tinggi dan tunggal, atau tidak? Sampai jauh manakah sembahyang itu membersihkan jiwa seseorang? Sejauh manakah sembahyang itu telah membaikkan akhlaqnya? Sejauh manakah sembah yang itu telah menjadikannya mumin yang benar yang mengamalkan tuntutan imannya? Sejauh mana hasil yang diberi oleh sembahyang kepadanya dalam perkara-perkara ini - dan itu adalah sebahagian tujuan sembahyang dan matlamatnya yang sebenarnya - maka sejauh itulah pula sembahyangnya itu sempurna mengikut pandangan tasawwuf.

Demikianlah, dalam semua hukum syara, bagi fiqh tiada yag penting melainkan apakah seseorang itu telah menunaikan pekerjaannya menurut cara yang diperintah kannya atau tiada? Adapun tasawwuf, ia membahas keikhlasan, kemurnian niat, kebenaran patuh yang ada dalam kalbu seseorang ketika ia melakukan pekerjaan itu.

Anda dapat menemui perbedaan antara fiqh dan tasawwuf dan perumpamaan yang dikemukakan ini Apabila seorang lelaki mendatangi anda, anda akan perhatikan dirinya dan dua segi. Pertamanya, adakah badannya sehat, anggotanya sempurna, atau apakah ia pincang atau buta? Apakah ia cantik atau hodoh? Apakah ia memakai pakaian yang indah atau baju yang sederhana?

Dan segi lain- anda mahu mengetahui akhlaqnya, kebiasaannya, kelebihannya dan tingkatannya dalam ilmu, akal dan kebaikan.

Segi yang pertama adalah segi fiqh. Dan segi yang kedua adalah segi tasawwuf.

Demikian juga, jika anda mahu mengambil seseorang menjadi kawan, anda akan memperhatikan peribadinya dan dua segi ini Anda mahu orang itu elok dipandang mata, dan sekali gus elok pula hatinya. Demikian jugalah, tiada indah pada mata Islam melainkan kehidupan mengikut hukum syariah dengan sempurna dan benar dan dua segi, segi zahir dan segi batin.

Adapun orang yang ketaatannya betul pada zahir, tetapi gagal melakukan taat secara hakiki dalam batinnya, adalah seumpama tubuh yang wajahnya indah tetapi telah ditinggalkan oleh jiwa. Dan mereka yang amalnya sempurna pada batin tetapi ketaatannya pada zahir tidak betul mengikut cara yang dikehendaki, adalah seperti seorang lelaki yang baik tetapi hodoh wajahnya, buta dua matanya dan pincang dua kakinya.

Dengan contoh ini mudah bagi anda mengetahui hubungan di antara fiqh dan tasawwuf. Tetapi, apa yang membuat hati menjadi luka dan mata menangis, ialah manakala ilmu dan akhlaq telah mereng dan runtuh pada zaman yang akhir ini. Dengan keruntuhan ini berlakulah kebinasaan dan kejahatan. Maka jadi kotor pulalah mata tasawwuf yang jernih itu.

Kaum Muslimin banyak belajar falsafah bukan Islam yang berasal dan bangsa-bangsa yang sesat. Mereka masukkan falsafah bukan Islam ke dalam Islam dengan nama tasawwuf. Mereka letakkan nama tasawwuf ke atas berbagai aqidah dan cara-cara asing yang tiada bersumbar pada Al-Kitab dan A1-Sunnah. Kemudian, orang-orang itu meningkat lagi dengan membebaskan dirinya daripada ikatan Islam. Berkata mereka, sesungguhnya tiada hubungan di antara tasawwuf dengan syariah, ini pada satu lembah dan itu di lembah lain; seorang sufi (palsu) tidak akan mengikatkan dirinya kepada undang undang dan hukum syariah.

Anda akan banyak mendengar sangkaan-sangkaan dan karut-marut seperti itu dan orang-orang sufi yang jahil. Semua itu tidak benar, melainkan mengada-ada dan dusta. Tiada halal bagi seorang sufi melepaskan diri dari ikatan sembahyang, haji dan zakat. Tiada betul jika seorang sufi menyalahi sesuatu hukum yang telah dinyatakan Allah dan Rasul Nya yang mulia s.a.w. berkenaan dengan ekonomi, kemasyarakatan, pergaulan, akhlaq, muamalat, hak dan kewajipan, serta sempadan antara yang halal dengan yang haram. Seorang yang tiada mengikut Rasul s.a.w. dengan cara yang betul dan tiada dengan sesuatu yang diajarkannya mengenai jalan yang betul, tiada berhak menamai dirinya sebagai sufi Islam. Tasawwuf yang seperti itu tak sedikitpun mempunyai sangkut-paut dengan Islam selama-lamanya.

Tasawwuf itu pada hakikatnya adalah suatu sebutan yang digunakan untuk sesuatu yang berkenaan dengan cinta akan Allah dan RasulNya yang benar, bahkan bergantung pada keduanya dan berfana mengikut jalan keduanya.

Bergantung dan berfana kepada Allah dan RasulNya menuntut seseorang Muslim untuk tidak menyimpang meski pun serambut pun daripada mengikut hukum-hukum Allah dan RasulNya s.a.w.

Tasawwuf Islamiyyah yang murni tiada melepaskani dirinya dan syariah. Sesunguhnya tasawwuf itu menegakkan hukum-hukum syariah dengan sehabis ikhlas, kesucian niat dan kebersihan hati.