Al-faqirah Ilallah

Asas-asas Islam 4
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

FASAL KEEMPAT

IMAN SECARA TERURAI



Patutlah bagimu wahai penuntut, sebelum anda lebih maju lagi, supaya anda meruju sedikit dan mengkaji sekali lagi maklumat yang telah anda peroleh pada fasal-fasal yang lalu:

(1) Tiada syak bahawa Islam itu ialah taat akan Allah Taala, mematuhi titah-perintahNya. Tetapi tiada jalan untuk mengenal Zat Allah serta sifat-sifatNya, tiada jalan yang diridhaiNya bagi hambaNya untuk melalui hidup ini, dan tiada cara yang benar untuk mengetahui pahala dan dosa di akhirat, melainkan melalui Nabi yang diutus dan sisi Allah Taala. Dengan demikian maka tarif agama Islam yang benar ialah bahawa kita beriman akan pengajaran Nabi dan kita mengabdikan din kepada Allah mengikut cara yang sesuai dengan petunjukNya. Barangsiapa yang menolak petunjuk Nabi dan tidak menjadikannya wasilah untuk mengenal Allah dan mengenal undang-undangNya maka ia bukan Muslim, meskipun ia mengaku taat akan Allah dan patuh kepada undang-undangNya.

(2) Para Nabi datang kepada berbagai ummat di muka bumi ini di masa yang lepas. Setiap Nabi diturunkan kepada sesuatu ummat mengikut ketentuannya. Kadang-kadang kepada suatu ummat itu diutus beberapa orang Nabi, yang satu datang selepas yang lain. Islam adalah nama agama yang dibawa oleh para Nabi itu kepada ummat yang manapun juga. Islam itu meskipun pada hakikatnya hanya satu pada sepanjang masa dan pada semua ummat, tetapi ada berbagai perbedaan dalam syariah-syariah yang diturunkan kepada berbagai ummat itu, perbedaan dalam hukum dan cara ibadat. Maka suatu ummat itu tidak akan mengikut ummat yang lainnya, meskipun wajib baginya beriman kepada seluruh Nabi Allah.

(3) Tatkala Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam diutus ke muka bumi mi, dengan kedatangannya Allah telah menyempurnakan pengajaran Islam, yang diturunkan Nya kepada seluruh manusia, supaya jadilah mereka dengan sendininya mempunyai syariah yang satu. Kerasulannya s.a.w. bukan khas untuk sesuatu ummat sahaja, atau untuk sesuatu zaman yang tertentu sahaja, tetapi ia adalah untuk seluruh manusia sepanjang masa. Dengan risalahnya ini menjadi mansukhlah berbagai syariah Islam yang telah lahir sebelumnya yang dibawa oleh para Nabi yang berbeza yang diutus kepada berbagai ummat.

Kepada manusia tidak akan datang seorang Nabi lain dan tidak juga syariah yang lain sesudah Nabi Muhammad s.a.w., sampai kepada han kiamat. Dengan demikian, tiadalah Islam itu melainkan mengikut Nabi Muhammad s.a.w. yang tiada lagi seorang lelaki datang selepasnya yang wajib diimani, dan manusia yang tidak beriman kepadanya adalah kafir.

Sekarang, marilah kita terangkan perkara-perkara apakah yang diperintahkan kepada kita oleh Nabi s.a.w. untuk kita imani:

IMAN AKAN ALLAH

Yang pertama, dan yang paling mustahak daripada perintah Nabi s.a.w. ialah tiada Tuhan melainkan Allah. Kalimah ini merupakan fundasi bangunan islam. Ia membedakan seorang Muslim daripada seorang kafir, musyrik dan mulhid. Ialah yang menunjukkan perbedaan di antara manusia yang percaya kepadaNya dan manusia yang menolakNya. Mereka yang beriman kepadanya ialah golongan yang mendapat kejayaan, kebahagiaan, kelepasan dan ketinggian di dunia dan di akhirat.

Perbezaan besar antara dua orang lelaki mi bukanlah kerana semata-mata yang seorang mengucapkan kata-kata yang tersusun daripada huruf lam, alif, dan ha dan huruf-huruf lainnya dengan lidahnya. Jika anda menderita penyakit malaria mithalnya, anda tidak akan sembuh dengan hanya menyebut kuinin.. .kuinin, walaupun anda ulangi beribu-ribu kali tetapi tidak anda makan. Demikian jugalah, tiada akan memberi manfaat kepada anda kalimah tiada Tuhan melainkan Allah apabila anda ucapkan dia tanpa meresapkan maknanya, atau anda mengetahui apa yang anda ikrarkan, atau anda memahami tanggungjawab yang besar bagi diri anda dengan mengucapkan ikrar itu.

Yang benar ialah, bahawa perbedaan hakiki tidak akan berlaku melainkan apabila makna kalimah ini meresap ke dalam lubuk hati anda, anda sungguh yakin kebenarannya, itikad anda tentang kebenarannya tidak kurang kuatnya daripada itikad anda bahawa api membakar, atau racun adalah suatu benda yang membinasakan. Artinya, itikad anda itu hendaklah seperti anda mengenal pembinasaan api boleh menjadi penghalang bagi anda mencelupkan tangan ke dalamnya. Demikianlah, pengenalan anda kepada tiada Tuhan melainkan Allah boleh menghalang di antara anda dengan syirik besar atau kecil, di antara anda dengan kufur atau penentangan agama, baik daiam aqidah mahupun dalam amal.

MAKNA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH

Anda patutlah mengetahui apa yang dipanggil Tuhan (= al-ilaah. pent.). Mengikut ilmu bahasa ia bermakna yang berhak diibadati; ertinya, orang yang kerana kebesaran dan kemuliaan keadaannya, dan ketinggian darjatnya, patut di ibadati oleh manusia, dan mereka menundukkan kepala kepadanya, dalam pengabdian.

Juga makna tuhan itu meliputi orang yang padanya berkumpul kekuatan yang menggagahi yang akal manusia sukar memahaminya. Juga kata itu melingkupi orang yang tidak berhajat kepada sesuatu, sedangkan semua orang berhajat kepadanya, semua orang terpaksa meminta tolong kepadanya dalam seluruh kehidupannya.

Juga termasuk dalam makna tuhan ialah orang yang terlindung kepada manusia, ertinya kekuatannya tidak dapat dilihat.

Kata-kata Khoda dalam bahasa Parsi, Devata dalam bahasa Hindi, dan God dalam bahasa Inggeris, Semuanya kata sama ( sinonim. pent.) bagi kata Tuhan ini. Demikianlah dijumpai juga dalam berbagai bahasa dunia yang lain kata-kata yang sama maksudnya dengan kata ini.

Adapun kata Allah adalah nama bagi Yang Benar Yang Maha Tinggi. Maka makna Tiada Tuhan melainkan Allah, ialah tiada satupun di alam sejagat ini yang layak diibadati manusia, yang patut disujudi dengan taat dan pengabdian melainkan Allah Taala. Bagi alam jagat in tiada pemilik, tiada pengatur, melainkan Ia sendiriNya. Tiap sesuatu berhajat kepadaNya, dan terpaksa memmta pertolonganNya. Ia tiada dapat dicapai oleh pancaindera. Akal manusia lemah daripada memahami ZatNya.

HAKIKAT TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH

Itulah makna Tiada Tuhan melainkan Allah mengikut ilmu bahasa. Marilah pula kita terangkan hakikat kalimah ini

Sesungguhnya, apa yang sampai kepada kita mengenai hal-ehwal manusia sejak zaman dahulu dalam perjalanan sejarahnya, dan apa yang disaksikan di alam ini tentang kesan-kesan bangsa-bangsa manusia, dan zaman lama dan zaman baru, semuanya menunjukkan kepada kita bahawa manusia dalam setiap masa telah mengambil tuhan untuk dirinya lalu diibadatinya.

Demikian juga apa yang dijumpai pada hari ini diberbagai pelusuk bumi, pada berbagai ummat dan bangsa, primitifnya dan yang modennya, mereka mengitikadkan tuhan untuk dirinya lalu diibadatinya.

Ini menunjukkan bahawa kepercayaan akan ujud Tuhan telah tertancap dalam diri manusia. Dan bahawa dalam dirinya ada suatu pendorong yang memaksanya untuk mempercayai satu Tuhan di antara tuhan-tuhan, lalu diibadatinya.

Apakah sebab semua mi? Anda mungkin mengetahu dengan melontarkan pandangan ke dalam diri anda sendiri dan ke dalam hal-ehwal seluruh manusia.

Ssesungguhnya, manusia itu tidak diciptakan melainkan dengan sifat-sifat kehambaan. Mengikut semulajadinya ia adalah makhluk miskin, berhajat dan lemah. Ada banyak perkara yang diperlukannya untuk mengekalkan hidupnya yang tidak ada dalam pegangan tanganya, yang terkadang-kadang sekali diperolehnya tetapi tiada didapatinya lagi pada kali yang lain. Banyak perkara yang hendak dicapai dan dimanfaat. Sekali ia berjaya memperolehnya tetapi pada kali yang lain ia gagal. Ini disebabkan oleh kerana pencapaian kehendaknya berada di luar kudratnya.

Berapa banyak pula perkara yang mendatangkan mudarat kepadanya, yang menggagalkan cita-citanya, yang menyempitkan usahanya, dan yang menimpakan musibah kepadanya, kekacauan dan penyakit, dan dia sendini mahu menghindarkannya; memang ia terhindar satu kali, tetapi tidak pada kali yang lain.

Ini semua menunjukkan bahawa berlaku atau tidaknya sesuatu kejadian, atau terhindarnya sesuatu dan dirinya, bukanlah ketentuan manusia itu sendini.

Berapa banyak pula benda yang menggentarkan manusia kerana besar dan hebatnya: Ia melihat gunung-ganang, sungai-sungai, binatang berbahaya dan menakutkan. Ia menyaksikan tiupan angin, aliran air, goncangan bumi, gemuruh petir yang menggementarkannya, kepekatan awan yang menyekap, pancaran kilat dan hujan lebat. Alangkah besar, alangkah kuat, alangkah hebatnya benda-benda ini di dalam pandangan manusia? Dan alangkah lemah dirinya, hinanya dan lembiknya?

Demikianlah yang terbayang padanya tatkala ia melihat benda.benda ini dan memperhatikan keadaannya. 

Dengan menyaksikan berbagai pemandangan yang berlainan, dengan memperhatikan kelemahan dan kelembikannya, timbul perasaan dalam hatinya bahawa ia adalah seorang hamba yang lemah yang berhajat kepada orang lain. Dengan kemunculan perasaan ini dalam hatinya, muncul pulalah gambaran tuhan yang mempunyai dua tangan yang menguasai benda-benda besar ini, dan tumbuh pulalah perasaan tentang kebesaran kedua tangan itu dan keagungan, keadaannya sehingga ia menundukkan kepala kepada keduanya dengan pengabdian dan kepatuhan. Tumbuh pulalah perasaan adanya kekuatan yang memberi manfaat pada kedua tangan itu, sehingga ditadahkannya tangannya kepadanya, mengharap kurnianya. Tumbuhlah dalam dirinya perasaan tentang kekuatan ke dua tangan itu yang boleh memberi mudrat, sehingga ia takut kepada keduanya dan berlindung daripada kemarahan keduanya.

Dalam kejahilan peringkat bawah, manusia menyangka bahawa benda-benda yang diihatnya mempunyaj kekuatan besar, atau yang dirasanya boleh memberi manfaat atau mendatangkan mudrat kepada dirinya dengan berbagai cara, adalah tuhan-tuhan mengikut ukuran zatnya. Oleh kerana itu anda lihat manusia menyembah binatang buas, sungai, gunung-ganang. Ia sujud kepadanya. Ia mengabdi kepada bumi, api, hujan, angin, bulan, matahari, bintang-bintang; demikian seterusnya.

Tetapi, manakala terangkat sedikit kejahilan itu, dan memancar sedikit sinar ilmu dan cahaya, iapun mengetahui bahawa benda-benda ini semuanya adalah makhluk yang lemah dan lembik, sama dengan dirinya juga; dan bahawa kematian akan mencapai binatang besar dan perkasa sebagai mana ia mencapai haiwan kecil dan hina; dan bahawa sungai sungai yang besar, airnya sentiasa mengalir dan berlari, terkadang naik dan terkadang surut; dan bahawa manusia boleh memecah gunung-ganang dan menarahnya; dan bahawa bumi tidak dapat dengan sendirinya menumbuhkan dan menyuburkan sesuatu dan perutnya dan untuk itu ia memerlukan air, dan ia akan menjadi kering kersang apabila tidak mendapat air yang cukup; dan bahawa air tidak datang dengan sendirinya dan langit, melainkan udaralah yang menyebabkannya terjadi dengan menolak awan dan mengumpulkannya; dan bahawa udara tidak dengan sendirinya berkuasa bertiup dan memberi manfaat atau tidak kepada manusia. Semua itu berkehendakkan kepada sebab-sebab yang lain. Demikian juga manusia menyaksikan matahari, bulan dan bintang-bintang di langit beredar mengikut undang undang yang tetap yang sentiasa tidak terkeluar dan tiada berganjak daripadanya meskipun sebesar rambut.

Dan sini timbul dalam fikirannya bahawa semua benda yang nyata ini di dalam menjalani tugasnya berpegang kepada suatu kekuatan yang tersembunyi di dalam alam jagat, kekuatan yang menguasai dan mengaturnya, kekuatan yang menguasai segalanya. Dan sini muncul di dalam fikiran manusia kepercayaan akan adanya beberapa tuhan yang tersembunyi. Disangkanya, bagi cahaya, udara, air, sakit, sihat, keindahan dan kekejian ada tuhan tersendiri. Terbayang dalam otaknya gambaran khayali. Ditundukkannya dirinya, dan ia bersujud kepadanya.

Manakala bertambah pada manusia cahaya ini, cahaya ilmu dan pengenalan, dijumpainya di dalam susunan alam jagat ada undang-undang yang badi yang terpelihara, dan ketentuan yang kuat lagi kemas. Ia menyaksikan bagaimana udara bertiup, hujan turun, planit-planit beredar di langit, musim berubah, pokok dan tumbuhan berbuah, mengikut kaedah yang tetap. Ia menyaksikan, bagaimana berbagai kekuatan yang berlainan berpadu bekerjasama bertolong tolongan di antara mereka untuk melaksanakan peraturan ini. Ia menyaksikan bagaimana kemas dan rapinya undang-undang ini. Bahawa masa yang ditentukan bagi sesuatu pekerjaan di alam jagat mengumpulkan sebab-sebab dan saling membantu di antara mereka tanpa berselisih dan terkemudian.

Demikianlah, dengan menyaksikan alam jagat dan peraturannya yang tetap lagi rapi, terpaksalah orang musyrik mengakui adanya satu Tuhan bagi alam jagat ini. Ialah Tuhan yang paling besar yang mengatur dan mengetuai mereka semua. Kerana andaikata tuhan-tuhan itu berpecah-belah, masing-masing berdiri sendiri dengan urusannya, nescaya terungkailah peraturan alam jagat mi: Kebinasaan dan kekacauan akan melingkupinya. Maka dinamakannya Tuhan yang maha besar itu dengān Allah, atau Barmisyur, atau Khodaya Khodayakan. Tetapi ia masih menyengutukannya dalam pengabdiannya dengan tuhan-tuhan yang kecil itu. Ia menyangka bahawa ketuhanan itu seperti kerajaan duniawi. Jika seorang raja di dunia mempunyai banyak menteri tempat raja itu menyerahkan urusannya, bermesyuarat dengan mereka dalam menjalankan pekerjaannya, dan menggantungkan kepada mereka kebanyakan urusannya, demikian jugalah mengikut anggapan mereka, bahawa Tuhan yang maha besar itu minta tolong kepada tuhan-tuhan kecil dalam menjalankan pentadbiran alam jagat ini. Manusia tidak mungkin sampai kepadanya atau mendekatinya selama tidak mendapat keridhaan daripada tuhan-tuhan kecil. Kerana itulah manusia mesti mengibadati mereka, menundukkan din kepada mereka, takut akan kemurkaan mereka. Manusia menjadikan tuhan-tuhan itu wasilah untuk sampai kepada Tuhan yang maha besar. Ditadahkannya dua tangannya ke pada tuhan-tuhan itu untuk memperoleh perkenan dan pertolongan. Maka beramallah ia mencari keridhaan mereka dengan berbagai nazar dan bermacam korban.

Tatkala makin tinggi ilmu manusia dan bertambah pandangannya, dikuranginyalah jumlah tuhan itu sedikit demi sedikit. Mereka fikirkan tentang tuhan-tuhan yang ada pada orang-orang jahil. Diperhatikannya satu persatu. Maka tahulah ia bahawa mereka itu bukan Tuhan. Bahkan semua mereka ini adalah hamba-hamba seperti hamba-hamba yang lainnya juga meskipun kekuatan mereka tidak tambah berkurang dan tipudaya mereka tidak tambah lemah. Maka ditinggalkannyalah tuhan-tuhan ini, ditahannya dirinya daripada mengabdi kepada mereka satu demi satu. Pada akhirnya tiada yang tinggal lagi melainkan Tuhan yang esa, meskipun dalam fikirannya masih tinggal banyak perkara jahil mengenai Tuhan yang esa mi.

Sebahagian manusia menyangka bahawa Allah itu tubuh seperti badan kita. Ia duduk di satu sudut memperhatikan manusia mengabdi dan sujud kepadaNya.

Sebahagian mereka menyangka bahawa bagi Allah itu ada isteri dan anak-anak. Ia berketurunan sebagaimana manusia berketurunan.

Sebahagian mereka menyangka bahawa Allah itu turun ke muka bumi dalam rupa manusia.

Sebahagian mereka berkata: Allah membiarkan urusan alam jagat ini selepas diciptakanNya dan dijadikanNya bergerak sendiri. Ia sekarang berehat di satu tempat.

Sebahagian mereka berkata: Tidak dapat tiada pada sisi Allah itu ada syafaat daripada orang-orang yang mensyafaatkan yang terdiri dan pada wali-wali dan roh-roh suci, lalu menjadikan mereka ini wasilah ( perantara. pent.).

Sebahagian mereka membayangkan di dalam otaknya gambar Allah dan menganggap sebagai suatu kemestian meletakkan gambar itu dihadapannya ketika beribadat.

Demikianlah, tinggal dalam otak manusia berbagai sangkaan karut, meskipun ia mengitikadkan keesaan Tuhan. Dan inilah yang menyebabkan manusia terperangkap di dalam lumpur syirik dan kekafiran. Semua itu adalah natijah kejahilan manusia itu sendiri.

Darjat yang paling akhir dan tertinggi adalah Tiada Tuhan melainkan Allah. Itu adalah ilmu yang diturunkan oleh Yang Benar Yang Maha Tinggi, dibawa oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasulNya, kepada hamba-hambaNya pada setiap tempat dan masa. Pertama kali diturunkan kepada Adam, kemudian kepada Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, dan para Nabi alaihimussalatu Wassalam lainnya. Kemudjan diturunkanNya pula kepada kesudahan segala Nabi, Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam.

Itu adalah ilmu yang murni tiada bercampur dengan kejahilan. Dan tiadalah manusia itu ditimpa oleh perkara perkara yang telah kami sebutkan berkenaan dengan berbagai bentuk kufur, syirik dan pengabdian berhala melainkan kerana penentangannya terhadap pengajaran para Nabi dan perpegangannya kepada pancaindera dan fikirannya sendiri.

Marilah kita terangkan kepada anda apa yang dikandung oleh bahagian singkat mi berkenaan dengan hakikat yang ada dan makna-makna yang tinggi:

(1) Pertama-tama dan yang paling penting ialah gambaran ketuhanan. Bahawa alam jagat yang besar ini, yang akal manusia lemah untuk mengikutinya, lemah daripada mengetahui permulaan dan kesudahannya, alam yang telah dicipta dan yang di dalamnya sentiasa terjadi ciptaan yang tidak dapat dihitung, yang pada setiap hari terjadi banyak benda dan ciptaan baru yang mengalahkan akal manusia, tidak mungkin dicipta melainkan oleh Tuhan yang hidup, yang tidak mati dan tiada terbatas, Tuhan yang menjadi tumpuan sedangkan ia tidak berhajat kepada yang lain, yang berkuasa atas segala-galanya bijaksana tidak pernah tersalah, mengetahui tiada tersembunyi kepadaNya sesuatu, yang berjaya tidak pernah gagal dalam pekerjaanNya, menguasai kekuatan yang tiada terhad, daripadaNya semua yang ada di alam jagat mi memerlukan sumbar kehidupan dan rezki, suci dan segala kecemaran dan kekurangan, dan tiada peluang bagi sesiapapun untuk mencampuri urusanNya.

(2) Semua sifat ketuhanan tidak dapat tiada berkumpul pada Zat yang esa sendiriNya. Tiada mungkin dua zat berbagi padanya, kerana tiadalah mungkin yang menang ke atas semua dan yang mengatur semua melainkan Zat yang esa sendiniNya. Demikian jugalah, mustahil sifat-sifat mi tersebar di antara tuhan-tuhan yang berlainan; kerana apabila yang ini memerintah, yang itu mengetahui, dan yang Lainnya membeni rezki tanpa kerjasama di antara mereka nescaya dunia ini tak dapat tiada akan menjadi binasa dan hancur.

Demikian juga, tiada mungkin sifat-sifat ini beralih dan satu tangan ke tarigan lain. Ertinya, pada satu kali yang itu menjadi Tuhan, dan pada kali yang lain yang ini pula. Bagai manakah Tuhan yang tiada berkuasa mengekalkan hidupnya dapat memberi kehidupan kepada orang lain? Dan orang yang tiada sanggup memelihara sifat ketuhanannya boleh mengatur dan mengendalikan alam jagat? Yang betul ialah, bahawa manusia mengikut kadar pencapaiannya akan cahaya ilmu, bertambah keyakinannya bahawa sifat-sifāt ketuhanan tidak boleh dikenakan melainkan ke atas Zat yang esa sendirinya.

(3) Apabila anda tanamkan dalam otak ada gambaran ketuhanan yang lengkap lagi benar ini, kemudian anda tilik alam jagat, nescaya anda ketahui bahawa setiap yang anda lihat atau anda capai dengan salah satu alat pancainderia atau anda ketahui dengan ilmu anda, tidaklah bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan ini. Semua benda yang wujud di alam jagat ini berhajat kepada yang lain, kalah dalam urusannya. Ia hidup dan mati. Ia menjadi baik, dan Ia menjadi binasa. Ia tidak kekal dalam keadaan yang sama yang berdiri sendiri. Ia tiada berkuasa melakukan sesuatu perbuatan dan pihak dirinya dan mengikut kemahuannya. Tiada peluang baginya untuk keluar daripada undang-undang yang dikuatkuasakan ke atasnya dan kuasa yang lebih tinggi. Ia menyaksikan dengan lisan halnya bahawa benda-benda itu bukanlah Tuhan: Tiada dijumpainya padanya sesuatu yang mendekati ketuhanan. Dan tiada masuk ke dalam ketuhanan, baik sedikit mahupun banyak. Inilah makna tiada Tuhan.

(4) Apabila semua ini ternafi daripada ketuhanan, yang kecil atau yang besar di alam jagat ini, maka tidak dapat tiada mesti diakui adanya suatu Zat yang mengatasi segala galanya. Dan tiada yang menanggung sifat-sifat ketuhanan melainkan hanya Zat itu sahaja. Dan inilah makna Tiada Tuhan melainkan Allah. ini adalah ilmu yang amat besar dan pengenalan yang sempuma. Manakala pembahasan ditambah, nescaya anda ketahui bahawa ini adalah permulaan ilmu, dan ini jugalah kesudahannya. Apabila anda mempelajari salah satu ilmu yang membahas hakikat alam jagat ini, seperti ilmu tabii, ilmu kimia, ilmu alam, ilmu bumi, ilmu hayat, ilmu haiwan dan ilmu kemanusiaan dan anda selami hakikatnya, nescaya bertambah iman anda dan pembenaran anda bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan terbukalah bagi anda bahawa setiap langkah yang dilangkahkan di dalam gelanggang mencari hakikat ilmu bahawa tiada makna bagi sesuatu di alam mi jika hakikat yang murni dan penting mi diingkari.

KESAN AQIDAH TAUHID BAG! KEHIDUPAN MANUSIA

Sekarang, marilah kami terangkan bagaimana pengakuan tauhid rnemberi kesan kepada kehidupan manusia, dan mengapa kegagalan dan kerugian tertimpa ke atas orang yang tidak beriman dengan kalimah mi.

(1) Orang yang beriman dengan kalimah mi tidak mungkin mempunyai pandangan yang sempit. Sesungguhnya, ia telah beriman kepada yang mencipta langit dan bumi, yang memiliki belahan bumi sebelah barat dan sebelah timur. Ialah Tuhan sekalian alam. yang memberi rezeki kepada mereka dan yang mengasuh rnereka. Baginya tiada suatu keganjilan pun di alam ini setelah ia beriman, kerana segala yang ada padanya adalah milik dan rakyat bagi yang memilikinya. Tiada suatu apa pun di alam ini yang dapat berdiri di hadapan mukanya, menghalangi perasaan kasihnya, pengorbanannya dan perkhidmatannya. Bahkan ia menjadi orang yang mempunyai pandangan luas, tidak ada seusuatu yang menyempitkan miik Allah Taala. Yang demikian itu adalah suatu perkara yang tidak mungkin dicapai oleh seseorang yang mengatakan Tuhan berbilang, atau orang yang mengitikadkan Allah mempunyai sifat-sifat manusia yang mempunyai kekurangan dan yang terhad, atau orang yang tidak mengenal Allah sama sekali.

(2) Sesungguhnya percaya akan kalimah mi boleh membina kemurnian dan kemuliaan jiwa di dalam diri manusia, yang tidak akan berlaku ke atas orang yang lainnya. Ia mengetahui Allah itu esa. Allah adalah pemilik hakiki setiap kekuatan yang ada dalam alam ini. Tiada yang memberi mudrat dan tiada yang memberi manfaat melainkan Dia.

Tiada yang menghidupkan dan tiada yang mematikan melainkan Dia. Tiada yang menjadi tuan kepada hukum, kekuasaan dan pimpinan melainkan Ia sendiriNya. Maka ilmu yang yakin ini akan membuatnya terkaya daripada sesuatu selain Allah. Akan hilanglah dan hatinya perasaan takut melainkan kepadaNya. Tiada ditundukkannya kepalanya di hadapan sesuatu mahkluk, dan tiada dihinakannya dirinya di muka makhluk itu. Tiada ditadahkannya tangannya kepadanya. Ia tiada gentar akan kebesaran dan keagungan makhluk itu.

Sifat-sifat seperti ini tidak mungkin dipunyai oleh manusia yang tiada mengimani kalimah ini. Dan adalah perbuatan yang didorong oleh syirik, kufur dan penentangan Tuhan jika seseorang itu menundukkan kepalanya kepada makhluk dan memandangnya sebagai orang yang berkuasa mendatangkan manfaat kepadanya dan menghindarkan mu drat daripadanya. Ia gentar menghadapinya. Ia menggantungkah cita-cita kepadanya.

(3) Pada waktu yang sama, ertinya bersamaan dengan kemurnian dan kemuliaan jiwanya, mengimani kalimah ini akan menimbulkan tawadhu dalam diri manusia. Orang yang mengatakan tiada Tuhan melainkan Allah, tiada mungkin menjadi orang yang angkuh dan takabbur. Ia sentiasa murka kepada syaitan tipuan dan akan dilawannya dengan kekuatan dan keupayaannya. Ia mengetahui dan menyakini bahawa Allahlah yang telah menghebah kepadanya semua yang ada padanya. Dan Allah berkuasa menghilangkannya jika dikehendakiNya.

Adapun manusia yang mulhid yang tidak beriman akan ujian Allah, adalah orang yang angkuh, takabbur dan mencongakkan hidung apabila ia menerima kurnia dengan segera, kerana ia mengira bahawa nimat itu natijah daripada ke sungguhan dan dayaupayanya.

Demikian juga tingkahlaku seorang musyrik tatkala menerima nimat duniawi. Ia menyangka bahawa tuhan tuhanyalah yang mengurniakan kepadanya nimat itu, yang tidak diberikan kepada orang lain.

(4) Sesungguhnya orang yang mengimani kalimah ini, mengetahui dengan yakin bahawa tiada baginya jalan menuju kejayaan dan kemenangan melainkan membersihkan diri dan beramal salih. Ia percaya kepada Tuhan yang kaya, tempat bergantung, yang adil, yang tidak akan dapat dicapai melalui perantara, dan tiada seorangpun yang dapat menyer tai atau mempengaruhiNya dalam ketuhananNya.

Adapun orang musyrik dan orang kafir, mereka menjalani masa hayatnya di dalam angan-angan yang dusta. Sebahagian mereka berkata: Bahawa anak Allah telah menjadi penebus dosa kita pada sisi ayahnya.

Sebahagian mereka berkata: Kami putera Allah dan kekasihNya. Ia tidak akan menyiksa kami atas dosa kami.

Sebahagian mereka berkata: Kita akan ditolong pada sisi Allah oleh orang-orang besar dan orang-orang taqwa kita.

Sebahagian mereka mempersembahkan nazar dan korban kepada tuhan-tuhannya dan menyangka bahawa ia telah mendapat keringanan untuk beramal mengikut sesuka hatinya.

Maka itiaqad-itiqad yang salah serta sesat dan yang serupa ini sentiasa menceburkan manusia ke dalam dosa dan maksiat, sedangkan mereka menghendaki dengan menuntutnya pembersihan diri dan perbaikan amal.

Adapun mereka yang mulhid yang mengitiqadkan dari semula bahawa di atas mereka tidak ada pencipta yang meminta pertanggungjawapan atas perbuatan mereka dan yang memberi balasan ke atasnya, jahat dibalas jahat dan baik dibalas baik, mereka sangka diri mereka di dunia ini merdeka tiada terikat kepada undang-undang yang datang dan atas, dan bahawa nafsusyahwat itu adalah tuhan mereka dan mereka menjadi budaknya.

(5) Mereka yang mengucapkan kalimah ini tidak akan mengalami putus asa dan patah hati dalam setiap suasana. Ia beriman kepada Zat yang bagiNya perbendaharaan langit dan bumi, Zat yang tidak dapat dihitung nimat dan kurnia nya dan tiada dapat diukur kekuatanNya.

Iman seperti ini mengurniakan ke dalam hatinya rasa tenang luar biasa, dan memenuhinya dengan rasa tenteram dan penuh cita-cita. Jikalau ia dihina di dalam dunia dan diusir dan setiap pintunya, sempit baginya jalan kehidupan, terputus daripadanya punca penghasilan, maka pandangan Allah tiada pernah lupa daripadanya dan tidak membiarkan nya terserah kepada dirinya sahaja. Sentiasalah ia berusaha dengan sungguh-sungguh, terus menerus menyerahkan din kepada Allah dan memohon pertolongan daripadaNya dalam setiap keadaannya.

Ketenangan hati dan ketenteraman ruhani, takkan dapat dicapai melainkan melalui aqidah tauhid. Adapun orang kafir, musyrik dan mulhid, mereka mempunyai hati yang lemah.. Mereka berpegang kepada kekuatan yang terhad. Putus asa akan segera menyerang mereka. Patah hati akan menyertai mereka dalam keadaan sukar. Kadang-kadang penderitaan menyebabkan bunuh din.

(6) Mengimani kalimah ini dengan kekuatan yang besar mendidik manusia untuk mempunyai keazaman, maju ke depan, sabar, tetap pendirian dan tawakkal dalam mengusaha kan perbuatan-perbuatan besar di dunia ini untuk memperoleh keridhaan Allah. Ia mempunyai keyakinan yang sempurna bahawa di belakangnya berdiri kekuatan pemilik langit dan bumi, yang menolong dan membimbing tangannya pada setiap perjalanan yang ditempohnya.

Ketetapan sikapnya, keteguhan dan kekerasannya yang diperolehnya dan keyakinan ini, tidak kurang daripada ketetapan, keteguhan dan kekerasan gunung. Setiap musibah dunia dan setiap kekuatan yang tidak biasa hampir-hampir tiada dapat menyimpangkannya daripada tekad keazamannya. Dan pastilah, kesyirikan, kekufuran dan ilhad tidak akan mempunyai kekuatan dan ketetapan hati yang seperti ini.

(7) Kalimah ini menggalakkan manusia dan memenuhi kalbunya dengan keberanian.

Adapun yang membuat manusia menjadi pengecut dan yang merendahkan kezamannya, ada dua perkara: (i) kecintaannya kepada diri sendiri, kepada harta dan kepada keluarga; atau (ii) itiqadnya bahawa ada orang selain Allah yang boleh mematikan manusia, dan berkuasa menolakkan kematian dan dirinya dengan sesuatu cara.

Maka keimanan seseorang bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah akan menghilangkan dan hati manusia ke dua macam sebab ini dan membersihkannya sebersih-bersihnya daripada segala daki.

Ia menghilangkan yang pertama dengan menjadikannya yakin bahawa Allah adalah pemilik tunggal dininya dan hartanya. Ia bersedia berkorban pada jalan keridhaanNya dengan segala kesukaran dan kemudahan yang ada padanya.

Ia menghilangkan yang ke dua dengan melontarkan ke dalam lubuk hatinya bahawa tiada manusia dan haiwan yang sanggup menghilangkan hayatnya. Tidak juga bom dan tidak meriam. Tidak juga pedang, tidak batu dan tidak pula kayu. Yang berkuasa berbuat demikian hanyalah Allah sendiriNya. Ia telah menetapkan waktu tertentu bagi kematiannya, yang seluruh kekuatan dunia tidak berkuasa menyegerakannya. Oleh kerana itu tiada di dunia ini orang yang lebih berani dan lebih gagah daripada orang yang beriman kepada Allah Taala yang esa. Ia tiada merasa takut kepada serbuan tentera, tidak kepada pedang yang terhunus, dan tidak kepada hujan peluru dan bom. Apabila ia maju untuk berjihad pada jalan Allah ia akan maju dengan kekuatan yang sepuluh kali lebih besar daripada kekuatannya sendiri. Apakah kekuatan sernacam ini ada pada orang musyrikin, orang kafir dan orang rnulhid yang menganggap dininya paling mulia, dan yang mengitiqadkan kematian akan datang di depan musuh, dan kematian akan lari bersama musuh yang berpaling?

(8) Mengimani Tiada Tuhan rnelainkan Allah, mengangkat darjat manusia dan rnenanamkan ke dalam dirinya perasaan mulia, memadakan, dan perasaan terkaya. Ia membersihkan hatinya daripada kekotoran tamak-haluba, kecenderungan ke arah kejahatan, hasad dengki, kekejian, caci maki, dan sifat-sifat jahat serta berbagai perasaan rendah yang lain. Tiada pernah terdetik dalam hatinya kecenderungan untuk sampai kepada kejayaan dengan melalui jalan-jalan yang kotor yang tidak dikehendaki. Ia beritiqad bahawa tiada rezki rnelainkan di tangan Allah sendiri, dikurniakan Nya dan dikadarkanNya ke atas orang yang dikehendakiNya. Tiada kemuliaan, kekuatan, kemasyhuran, kekuasaan, pengaruh dan kemenangan melainkan di tangan Allah sendiri. DaripadaNya diberikanNya apa-apa yang dikehendakiNya kepada orang yang dikehendakiNya mengikut kehendak kebijaksanaanNya. Bagi manusia hanyalah melakukan usaha yang dibenarkan mengikut kadar kelapangannya. Kejayaan dan kegagalan ada pada perkenan Allah sendiri. Tiada yang dapat memberikan apa yang ditahanNya. Dan tiada yang dapat rnenghalangi apa yang diberikanNya. Adapun orang kafir, musyrik dan rnulhid, mereka percaya bahawa kejayaan dan kegagalan terletak pada ada atau tidaknya kekuatan duniawi yang membantunya. Mereka itu adalah hamba tamak dan keinginan. Kejayaan yang mereka capai tidak terlepas dan rasywah, kekejian dan mufakat jahat, dan jalan-jalan jahat yang lain. Mereka mernaki orang lain kerana dengki atas kejayaan orang itu. Dengan segala tipu helah mereka berusaha rnenjatuhkan orang yang mereka dengki atau lawan-lawan mereka. Mereka menyampaikan maksudnya dengan berbagai cara yang keji.

(9) Yang paling penting dan yang paling patut diingat dalarn perkara ini ialah bahawa mengimani Tiada Tuhan melainkan Allah menjadikan manusia terikat kepada undang-undang Allah dan memeliharakan undang-undang itu. Seorang Mumin kerana itiqadnya bahawa kalimah ini sesungguhnya meyakini bahawa Allah mengetahui segala galanya, dan Ia lebih dekat kepadanya danipada urat lehernya sendini. Dan bahawa apabila dilakukan suatu perbuatan di dalam kegelapan malam atau ketika bersendirian, Allah akan mengetahuinya. Dan bahawa apabila terdetik dalam hatinya sesuatu yang tidak baik maka sesungguhnya ilmu Allah melingkupi detik hati mi. Dan bahawa, andaikata mungkin baginya menyembunyikan perbuatannya danipada semua orang di dunia ini ia tidak akan sanggup menyembunyikannya daripada Allah Azza-wa-Jalla. Dan bahawa, jika pun ia sanggup melepaskan din daripada ganjaran mana-mana pihak, ia tidak akan sanggup mengelakkan din daripada ganjaran Allah Azza-wa-Jalla. Maka apabila iman itu telah tetap dalam din manusia, ia akan mengikut hukum Allah, berdiri pada sempadannya. Ia tidak akan melakukan apa yang diharamkan Allah. Ia akan bersegera berbuat kebaikan dan mengamalkan apa-apa yang diperintahkan Allah, walaupun di dalam malam yang gelap atau dalam keadaan bersendiri dan terasing. Bersertanya ada polis yang tidak akan meninggalkannya pada setiap masa. Sentiasa terbayang di ruang matanya mahkamah agung yang manusia tidak dapat membebaskan din daripada lingkungan perkiraannya. Oleh kerana itu, iman akan Tiada Tuhan melainkan Allah, telah menciptakan suatu syarat yang maha penting pula untuk menjadikan manusia itu seorang Muslim. Seorang Muslim, yang maknanya telah kami terangkan pada fasal pertama nisalah mi, ialah hamba yang taat yang terikat kepada Allah Taala. Dan tiada mungkin seorang manusia itu menjadi hamba yang taat yang terikat kepada Allah Taala melainkan apabila ia beriman dan hatinya bariman tiada Tuhan melainkan Allah.

Iman bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah adalah rukun yang penting yang bersifat asasi dalam pengajaran Nabi s.a.w. Ia adalah pusat dan asal Islam. Ia adalah sumber kekuatannya. Itiqad-itiqad Islam yang lain, hukum dan undang-undangnya, berdiri di atas asas ini. ia tiada memperoleh kekuatannya melainkan dari asas ini. Kekuatan Islam tiada akan tinggal sedikitpun apabila asas ini tanggal dari tempatnya.

IMAN AKAN MALAIKAT ALLAH

Perkara kedua yang disuruh Nabi s.a.w. untuk kita imani setelah Allah Azza-wa-Jalla, ialah adanya Malaikat. Faedah rukun iman ini yang paling besar ialah supaya anda bersihkan aqidah tauhid anda daripada syirik dan daki dakinya, daripada getaran -getarannya semuanya.

Andapun telah mengetahui sebelum ini bahawa orang musyrikin menyengutukan dengan Allah dua macam makhluk:

Yang pertama ialah makhluk yang mempunyai wujud jasmani yang dapat dicapai oleh penglihatan seperti matahari, bulan, bintang, api, air, tokoh-tokoh manusia yang besar, dan seterusnya.

Yang kedua, ialah makhluk yang baginya tiada wujud jasmani, makhluk yang tersembunyi dan pandangan, yang mentadbirkan penjalanan alam dan sebalik layar, yang sebahagiannya meniup udara dan angin, sebahagiannya mengendalikan awan dan menurunkan hujan, sebahagiannya memancarkan cahaya, demikian seterusnya.

Makhluk golongan pertama, iaitu yang terpampang di depan mata manusia, ternafilah ketuhanannya dengan semata mata lafaz Tiada Tuhan melainkan Allah. Adapun makhluk dan golongan kedua yang tersembunyi dan pandangan, yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera, itulah yang menghanyutkan orang musyrikin pada amnya. Mereka memandangnya sebagai Tuhan dan menjadi tumpuan pengabdian din mereka. Atau mereka menganggapnya zuriat Allah Ta,ala. Makhluk seperti ini mereka gambarkan dengan gambaran khayali. Mereka sujud kepadanya. Mereka merapatkan din kepadanya dengan nazar-nazar.

Untuk ini, Islam telah menenangkan aqidah yang lain yang berdiri sendini, agar dibersihkannya aqidah manusia dengan tauhid daripada cawangan syirik yang ke dua ini.

Sesungguhnya Rasul s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa makhluk nurani itu, yang oleh sebahagian manusia dianggap sebagai Tuhan mereka, atau mereka memandangnya sebagai zuriat Allah Taala, pada hakikatnya tidak lah mempunyai sifat ketuhanan. Mereka taat akan Allah Taala dan tiada mendurhakaiNya. Dengan mereka ini Allah mentadbirkan kerajaanNya. Mereka menjalankan perintahNya dengan sungguh-sungguh. Mereka tiada mempunyai kuasa dan diri mereka sedikitpun. Mereka pun tiada mampu dengan kekuatan mereka untuk memajukan sesuatu cadangan kepada Allah. Dan merekapun tiada sanggup menolong seseorang.

Adalah suatu kehinaan dan keaiban bagi manusia mengabdikan diri dan minta tolong kepadanya. Sesungguhnya Allah telah pun mensujudkan mereka di hadapan Adam a.s. pada hari penciptaannya. Dan Allah telah memberikan ilmu kepada Adam yang tiada diberikanNya kepada Malaikat. Allan telah menjadikan Adam, khalifahNya di bumi yang tiada diberikanNya kepada makhluk lain. Maka, keaiban manakah pada manusia yang lebih besar daripada kesujudan mereka kepada Malaikat yang telah pun sujud kepada manusia di zaman dahulu?

Pada satu pihak, Nabi s.a.w. telah menegah kita menyembah Malaikat dan menyengutukan mereka dengan Allah dalam ketuhananNya. Dan pihak lain pula, ia menerangkan kepada kita bahawasanya para Malaikat itu adalah hamba Allah yang mulia. Mereka suci daripada kesalahan dan dosa. Kepada mereka telah difitrahkan supaya tidak mendurhakai Allah, dan supaya mereka mengerjakan setiap yang disuruhkan kepada mereka dan pihak atas. Mereka diciptakan untuk mengabdi. Dan Allah Taala telah memberi kelebihan kepada seorang Malaikat yang mulia di antara mereka ialah Jibril a.s. yang membawa wahyu kepada Rasul-rasul dan Nabi nabiNya. Ialah yang menurunkan Al-Quran kepada Nabi kita Muhammad s.a.w.

Sebahagian Malaikat itu mendampingi manusia dalam setiap waktu dan ketika. Mereka menyaksikan apa yang dibuat oleh manusia, gerak-geri yang baik dan yang tidak baik. Mereka mendengar dan mendaftarkan perkataan manusia, yang baik dan yang tak baik. Pada mereka ada daftar yang memuat amal dan perkataan setiap orang. Daftar itu akan mereka tunjukkan kepada manusia itu pada waktu ia berdiri di hadapan Allah Taala dalam mahkamahNya. Kepadanya akan mereka tunjukkan apa-apa yang telah dilaku kannya dalam hidupnya di dunia, pekerjaan jahat atau baik, dengan sembunyi atau terang-terangan.

Adapun hakikat Malaikat dan bagaimana mereka dijadikan, kita tiada mendapat berita mengenainya. Hanyasanya kita disuruh mengimani ujudnya. Dan tiada jalan untuk mengetahui bagaimana kejadiannya. Termasuk kejahilan apa bila kita berkhayal tentang bagaimana kejadian Malaikat itu. Dan termasuk kekafiran jika kita mengingkari ujud mereka. Sesungguhnya tiada alasan bagi seseorang untuk mengingkaninya. Dan tiada makna mengingkari ujud Malaikat itu melainkan mendustakan Nabi s.a.w. yang benar dan yang dibenarkan, yang menyuruh kita mengimaninya.

IMAN AKAN KITAB-KITAB ALLAH

Perkara ketiga yang disuruh kita mempercayainya melalui Nabi s.a.w. ialah Kitab-Kitab Allah yang telah diturun kanNya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-RasulNya.

Sebagaimana Allah taala telah menurunkan A1-Quran kepada Nabi kita Muhammad s.a.w., maka Ia pun telah menurunkan Kitab-KitabNya di zaman dahulu kepada para Nabi yang telah mendahului Muhammad. Allah telah memberitahu kita nama-nama sebahagian Kitab-Kitab ini; seperti Lembaran-lembaran Ibrahim a.s.. Taurat yang di turunkan kepada Musa a.s., Zabur yang diturunkan kepada Daud a.s., dan Injil yang telah didatangkan kepada Isa a.s.

Adapun Kitab-Kitab lainnya yang diturunkan kepada semua Nabi, kita tiada mendapat khabar mengenai nama namanya. Dan kita tidak mengetahui dengan pasti apakah suatu kitab agama yang lain daripada yang tersebut itu datang daripada Allah atau tidak. Walau bagaimanapun kita hendaklah percaya bahawa semua Kitab yang datang dan sisi Allah taala adalah benar.

Sesungguhnya Kitab-Kitab yang namanya diberitahu kepada kita itu, Lembaran Ibrahim alaihissalam sekarang ini tidak ujud lagi di dunia. Adapun Taurat, Zabur dan Injil, meskipun dewasa ini masih ada pada orang Yahudi dan Nasrani, mereka telah banyak mengubahnya. Mereka tukarkan ayat-ayatnya dan tempat-tempatnya. Sebahagian ayat mereka hilangkan. Mereka masukkan ke dalamnya beberapa banyak pandangan yang berasal dan diri mereka sendiri. Orang Yahudi dan Nasrani sendiri dewasa ini mengakui bahawa Kitab-Kitab asli yang diturunkan kepada Musa, Daud dan Isa a.s. tidak ada lagi di sisi mereka. Yang ada pada tangan mereka ialah terjemahan-terjemahannya, yang sentiasa mengalami perubahan, pertukaran, bertambah dan berkurang. Demikian juga, jika kita membaca Kitab-kitab ini kita jumpai padanya banyak perkara yang tidak mungkin datang dan Allah. Teranglah bahawa kitab-kitab yang ada sekarang di dunia ini bukanlah Kitab-Kitab yang telah di turunkan Allah kepada Musa, Daud dan Isa a.s. itu. Padanya telah bercampurbaur kalam Allah dengan kalam manusia. Di tangan manusia sekarang ini tidak ada sesuatu cara untuk membedakan kalam Allah dengan perkataan manusia itu. Oleh kerana itu kita tiada disuruh beriman akan Kitab-Kitab yang terdahulu itu melainkan sekadar percaya bahwasanya Allah telah mengutus Rasul-RasulNya membawa hukumNya kepada setiap ummat yang terdahulu sebelum Al-Quran. Dan bahawa tiadalah hukum ini melainkan datang daripada Allah yang telah menurunkan Al-Quran kepada Muhammad s.a.w.

Dan bahawa Al-Quran itu datang untuk menghidupkan petunjuk yang telah menjangkau manusia pada zaman yang lampau, kemudian mereka menyingkirkannya atau mereka tukar atau mereka campurbaur dengan perkataan manusia.

Adapun Al-Quran adalah Kitab yang akhir yang turun dan sisi Allah Taala.

Adapun perbezaan antara Al-Quran dengan Kitab Kitab yang lampau itu ada beberapa perkara:

(1) Kitab-Kitab yang datang sebelum A1-Quran telah lesap naskhah aslinya. Yang tinggal ditangan manusia hanyalah terjemahannya, seperti telah anda ketahui sebelum ini. Adapun Al-Quran, ia sentiasa terpelihara dalam ayat-ayat dan huruf-hurufnya yang asal sebagaimana diturunkan dan sisi Allah Taala, tiada sedikitpun perubahan pada huruf atau harakatnya.

(2) Dalam Kitab-Kitab ini manusia telah mencampur baurkan perkataannya sendiri dengan kalam Allah. Dalam kitab yang satu dijumpai perkataan manusia, sejarah kebangsaan, riwayat hidup orang-orang besar dan Nabi-Nabi, tafsir, masalah-masalah syara mengikut pendapat para ahli hukum, sehingga tak mungkin lagi diketahui yang mana di antaranya kalam Allah dan mana yang bukan.

Adapun Al-Quran, kita jumpai padanya kalam Allah murni dan bersih, tiada bercampur dengan sesuatu per kataan lain. Apa-apa yang ditulis oleh orang Islam berkenaan dengan tafsir, hadith, fiqh, riwayat hidup RasuluLlah s.a.w., riwayat hidup para sahabat, atau sejarah Islam, mereka tidak campurkan denian Al-Quran. Semua itu dituliskan dan dipelihara dalam Kitab-kitab yang lain daripada Al-Quran.

(3) Semua kitab selain A1-Quran yang sekarang ini dijumpai pada berbagai bangsa di muka bumi ini, tidak satu pun yang dapat dipertanggungjawabkan dan segi sejarah. Memang ada yang turun kepada Nabi yang berkenaan, tetapi banyak pula kitab agama yang tidak dikenal asal-usulnya, kepada siapa ia turun, dan pada masa mana ia datang.

Adapun A1-Quran, sesungguhnya telah dipastikan oleh saksi-saksi sejarah yang kuat dan tetap, bahawa ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., yang tiada dapat disangsikan oleh sesiapapun. Bahkan lebih daripada itu, ketiadaan kesangsian itu berlaku pada setiap ayatnya, bila dan di mana ia diterima oleh Muhammad s.a.w.

(4) Mengenai bahasa yang digunakan oleh Kitab-Kitab yang terdahulu itu, sesungguhnya telah dimakan-minum oleh masa, dan jadilah ia kisah sejak masa yang lama. Dewasa ini tiada orang yang berucap dengan bahasa itu lagi di mana mana pe1usuk muka bumi ini, dan hanya sedikit orang yang mengerti bahasa itu. Andaikata Kitab-Kitab yang seperti ini masih ada lagi dengan rupanya yang asal pada masa kini, mustahillah manusia memahaminya dan mengikuti hukum hukumnya.

Adapun bahasa yang digunakan oleh AI-Quranu l Karim ialah bahasa yang hidup, yang diucapkan oleh berpuluh-puluh juta manusia dan difahami oleh beratus-ratus juta lagi pada masa ini. Ta dikaji dan dipelajari di seluruh pelusuk dunia. Dan adalah mudah bagi setiap orang yang mahu belajar untuk mempelajarinya. Dan adalah mungkin bagi mereka yang tidak mempunyai waktu belajar menjumpai orang yang boleh memahami makna-makna A1-Quran dan hukum-hukumnya.

(5) Seluruh kitab agama yang sekarang ini ada pada herbagai ummat di muka bumi ini isinya ditujukan kepada sesuatu ummat yang khas, tidak kepada semua ummat.

Demikianlah, jika seseorang memperhatikan hukum hukum yang terkandung dalam Kitab-Kitab itu, nescaya diketahuinya tanpa ragu-ragu bahawa kebanyakannya di untukkan bagi sesuatu masa yang khas. Ia didatangkan sesuai dengan keadaan, sesuai dengan tuntutan dan keperluan pada masa itu, sedangkan manusia masa kini tidak berhajat kepadanya dan tiada mungkin mengamalkannya.

Yang nyata ialah, bahawa Kitab-Kitab ini adalah khusus untuk sesuatu masa, tidak untuk semua zaman; khusus untuk sesuatu ummat, tidak untuk semua bangsa. Dan tiada satu Kitab pun di antaranya ditujukan untuk seluruh manusia.

Demikianlah, ummat-ummat yang kepadanya diturunkan Kitab-Kitab ini bukanlah ummat yang kekal, melainkan terhad pada sesuatu masa.

Tetapi, apabila anda perhatikan A1-Quran, nescaya anda ketahui bahawa ucapan-ucapan di dalamnya ditujukan kepada jenis manusia di setiap tempat. Tiada akan terdetak dihati seseorang yang membaca ayat-ayat A1-Quran, bahawa ianya diturunkan khas bagi sesuatu ummat, tidak untuk seluruh ummat. Yang demikian itu, adalah mungkin untuk mengamalkan tiap-tiap hukum yang terlukis di dalam Al Quran pada setiap tempat dan pada setiap zaman. Dan adalah disaksikan oleh saksi yang berkata bahawa Al-Quran itu diturunkan untuk seluruh alam dan untuk sepanjang zaman.

(6) Kitab-Kitab yang terdahulu itu meskipun masing masing mengandung perkara-perkara kebenaran dan kebaikan, mengajar manusia akan asas-asas akhlaq dan kebaikan, dan menunjuki manusia melalui jalan yang lurus dalam menjalani hidupnya sesuai dengan keridhaan Allah, tetapi tiada satu Kitabpun yang melingkupi seluruh kebaikan dan kelebihan sehingga tiada yang tertinggal walau sedikit.

Dan yang membezakan Al-Quran daripada seluruh Kitab-Kitab itu ialah bahawa A1-Quran telah mengumpulkan dalam kandungannya semua yang termuat dalam Kitab Kitab yang terdahulu yang terdiri dan sifat-sifat kelebihan. Al-Quran telah menerangkan segala kebaikan dan kebajikan yang tidak diterangkan dalam Kitab-Kitab yang terdahulu itu.

(7) Oleh kerana manusia telah memalingkan kitab kitab agama yang terdahulu itu, maka masuklah ke dalamnya banyak perkara yang tidak sesuai dengan akal dan hakikat, menegakkan kezaliman dan kekacauan, membinasakan akidah dan ilmu manusia. Bahkan sebahagian kitab-kitab ini mengajarkan perkara-perkara yang keji dan mungkar serta keburukan-keburukan akhlaq.

Tetapi Al-Quran bersih sebersih-bersihnya daripada perkara semacam itu. Tiada padanya sesuatu yang menyalahi akal atau mungkin disalahkan dengan dalil-dalil atau percubaan. Tiada kezaliman atau perseteruan dalam perkara perkara yang diterangkannya atau di dalam hukum-hukumnya. Tiada padanya sesuatu yang menyesatkan manusia. Padanya tiada benda-benda kejahatan dan mungkar dan tiada kesan-kesannya, serta tiada sedikitpun kaitan dengan sifat sifat jahat. Dan awal hingga akhir penuh dengan hikmah yang tinggi, nasihat yang baik, pengajaran kepada manusia agar berbuat keadilan, menunjuki mereka melalui jalan yang lurus, menunjuki mereka kepada hukum dan undang-undang yang baik. Ini adaiah perkara-perkara mulia, yang untuknya semua penduduk bumi ini disuruh beriman kepada Al-Quran, mengikuti hanya Kitab itu bukan Kitab-Kitab lainnya. Sejauh-jauh pengajaran dan petunjuk yang ada atau yang mungkin manusia berhajat kepadanya dalam menjalani hidupnya mengikut cara yang diridhai Allah telah diterang kan oleh Al-Quran tanpa kurang dan lebih. Maka manusia tiadalah berhajat lagi kepada suatu kitab yang lain sesudah kedatangan Al-Quran.

Apabila anda telah megenal perbezaan antara Al Quran dan Kitab-Kitab lainnya, maka mudahlah anda mengerti apa yang selayaknya menjadi perbezaan di antara iman akan A1-Quran dan iman akan Kitab-Kitab yang lain.

Maka tiadalah iman akan Kitab-Kitab yang terdahulu itu melainkan setakat pembenaran sahaja. Ertinya, kita percaya bahawa Kitab-Kitab ini berasal daripāda Allah, merupakan Kitab yang benar, dan tiadalah Kitab-Kitab itu datang melainkan mempunyai tujuan yang sama dengan apa yang hendak disempurnakan oleh Al-Quran.

Al-Quran itu adalah kalam Allah yang murni. Ia adalah benar. Setiap lafaz yang ada di dalamnya terpelihara. Setiap kata di dalamnya adalah benar. Mengikut perintah-perintah nya adalah wajib. Dan setiap yang menyalahi dan menentang hukum-hukumnya patutlah ditolak.

IMAN AKAN RASUL-RASUL ALLAH

Selepas mengimani Kitab-Kitab Allah, kita disuruh untuk mengimani Rasul-Rasulnya.

Dalam fasal yang lepas telah pun kami terangkan kepada anda bahawa seluruh ummat di muka bumi ini telah didatangi oleh Rasul-Rasul Allah yang menyeru manusia kepada Islam, yang pada penutupnya mereka telah diseru oleh Muhammad s.a.w. Seolah-olah, tiadalah semua Rasul Allah dan Nabi NabiNya itu melainkan daripada silsilah yang satu itu juga. Maka barang siapa yang mendustakan seorang di antara mereka ia telah mendustakan seluruhnya. Dan barang siapa yang membenarkan salah seorang di antaranya, adalah menjadi kehormatan kepadanya membenarkan seluruh mereka itu.

Jika di sisi anda ada sepuluh orang lelaki yang menyatakan suatu perkara yang sama, apabila anda membenarkan salah seorang di antara mereka, sesungguhnya anda telah membenarkan seluruh mereka ini. Dan apabila anda mendustakan salah seorang di antaranya, sesungguhnya anda telah mendustakan seluruhnya; kerana mereka semuanya mengatakan apa yang dikatakan oleh yang seorang itu.

Sesiapa yang membezakan di antara Rasul-Rasul Allah, mempercayai sebahagian para Rasul tetapi tidak mempercayai yang lainnya, maka ia adalah kafir sungguh-sungguh.

Rasul kita s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa bilangan Nabi yang diutus kepada berbagai ummat adalah sebanyak 124,000 orang. Kalau anda memikirkan umur dunia ini, serta ummat-ummat dan bangsa-bangsa yang mendiaminya, anda akan melihat bahawa bilangan Rasul Allah sebanyak itu bukanlah banyak. Adapun Rasul-Rasul yang telah dikisahkan Al-Quran kepada kita, wajiblah kita mempercayai mereka secara tegas. Adapun mereka yang tidak dikisahkan kepada kita, kita disuruh mengimani mereka, kerana semua orang yang diutus oleh Allah Taala kepada hambaNya untuk mengajarnya dan menyerunya mengikuti jalan pertengahan, semua rnereka itu adalah orang-orang benar belaka. Kita hendaklah beriman akan Rasul-Rasul Allah yang datang ke Negeri India dan Cina, Iran dan Mesir, Afrika dan Eropah, dan semua pelusuk serta ceruk rantau muka bumi ini. Tetapi kita tidak sanggup mengatakan apakah seseorang tokoh itu Rasul Allah atau bukan, kerana kita tidak diberitahu mengenai itu. Lagipula kita tidak dibenarkan dalam keadaan bagaimanapun juga mencaci atau menyebut dengan nada buruk seorang tokoh yang diikut dan berbagai agama yang berlainan di muka bumi in Kita tidak menge tahui apakah mereka itu termasuk di antara Rasul Allah yang sungguh, kemudian dibelakangnya manusia mengubah agamanya, sebagaimana pengikut-pengikut Nabi Musa dan Isa a.s. telah mengubah agama benar kedua Nabi ini sepeninggalnya. Andaikata kita mempunyai pendapat yang kita lahirkan mengenai agama-agama mereka dan rupa agama agama itu dalam keadaan sekarang, maka hendaklah kita berdiam diri tentang tokoh-tokoh yang mengasaskan agama agama ini, supaya tidak terbit dari diri kita sesuatu yang menyalahi adab kesopanan berkenaan dengan keadaan seseorang Rasul Allah.

Dan tiadalah perbedaan di antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Nabi-Nabi lain. Semua mereka benar diutus dan sisi Allah, memberi petunjuk kepada jalanNya yang lurus. Disuruhnya kita agar beriman kepada setiap orang di antara Rasul-Rasul ini.

Jikapun ada perbezaan di antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Nabi-Nabi yang lain mengikut perbandingan ini maka ia adalah dalam tiga perkara:

(1) Nabi-Nabi yang lain itu diutus kepada sesuatu ummat yang khas dan untuk masa yang terhad. Adapun Muhammad s.a.w. diutus kepada seluruh alam, sehingga kepada Hari Kiamat, sebagaimana anda ketahui pada fasal yang lepas.

(2) Pengajaran Rasul-Rasul yang terdahulu itu telah ter pesong seluruhnya atau tiada lagi terpelihara dalam bentuk nya yang asal walaupun ianya masih ada di dunia.

Juga, tiada diketahui riwayat-hidup dan hal-ehwal mereka. Maka terbenamlah hakikat keadaan mereka di dalam riwayat-riwayat dan kisah-kisah yang diciptakan oleh manusia mengenai kehidupan para Rasul itu. Tiadalah mungkin seseorang dapat mengikuti riwayat-hidupnya meski ia mahu dan berusaha berbuat begitu.

Adapun Muhammad s.a.w., pengajarannya riwayat hidupnya, perkataannya, perbuatannya, akhlaqnya, kebiasaannya, dan kelebihan-kelebihann semuanya dituliskan dalam buku-buku yang boleh dicapai oleh tangan manusia. Nyata bahawa yang hidup tunggal di antara semua Rasul Allah dan Nabi-NabiNya adalah Muhammad s.a.w. Ialah satu-satunya tokoh Nabi yang mungkin diikut oleh manusia dan mendapat petunjuk daripada petunjuk-petunjuknya.

(3) Sesungguhnya pengajaran Islam yang didatangkan oleh para Nabi yang terdahulu belum merupakan pengajaran yang sempurna. Dan tiada yang diajarkan oleh seseorang Nabi di antara para Nabi itu melainkan lebih baik daripada pengajaran Nabi-Nabi yang terdahulu, lebih baik daripada hukum hukum mereka, undang-undang dan cara-cara petunjuk mereka. Ada yang dibuang daripadanya dan ada yang di tambahkan kepadanya.

Demikianlah karyawan ketinggian, kesempurnaan dan perbaikan itu membaktikan amalnya sebelum Muhammad s.a.w. Kerana itulah Allah Taala tidak lagi memeliharakan pengajaran Rasul-Rasul itu selepas zaman mereka berlalu. Manusia tidak berhajat lagi kepada pengajaran lama yang kurang sempurna setelah datang kepada mereka pengajaran baru yang sempurna.

Akhirnya, didatangkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. pengajaran Islam yang sempurna, yang unggul semua pihaknya. Demikianlah, syariah segala Nabi menjadi mansukh dengan kedatangan risalah Muhammad s.a.w., kerana menuruti sesuatu yang mempunyai kekurangan pada waktu benda yang sempurna telah ujud adalah menyalahi tuntutan akal.

Barangsiapa yang mengikut Muhammad s.a.w. sesungguhnya ia telah mengikut para Nabi seluruhnya. Yang demikian itu, bahawa seluruh ajaran kebaikan yang terkandung di dalam pengajaran para Nabi yang terdahulu pada saat mi dijumpai dalam ajaran Muhammad s.a.w. Dan barangsiapa yang menentangnya dan mengikuti Nabi lainnya, maka ia telah mengharamkan banyak kebaikan yang ditambahkan pada masa sesudahnya, yang tidak ada dalam sesuatu pengajaran masa lampau.

Oleh kerana itu bagi seluruh manusia tak dapat tiada mestilah beriman kepada Muhammad s.a.w. dan mengikuti ajarannya.

Bagi seorang muslim hendaklah beriman kepada Muham mad s.a.w. itu mengenai tiga perkara:

(1) Bahawa Muhammad itu adalah Rasul yang benar dan sisi Allah Taala.

(2) Bahawa petunjuk yang dibawanya adalah sempurna, tiada kekurangan atau kesalahan.

(3) Bahawa beliau adalah Nabi yang akhir yang datang kepada manusia dan sisi Allah Taala kepada seluruh ummat, hingga kepada Han Kiamat. Di belakangnya tiada seorangpun lagi lelaki yang datang, yang mempercayainya termasuk syarat Islam, dan orang yang tiada beriman kepadanya ter masuk golongan kafir.

PERCAYA AKAN HARI AKHIR

Perkara kelima yang disuruh kita mempercayainya ialah Han Akhir. Apa yang wajib kita percayai berkenaan dengan.

Hari itu ialah:

(1) Allah akan meleburkan alam dan segala makhluk yang ada di dalamnya pada suatu hari yang dikenal sebagai Han Kiamat.

(2) Kemudian, Allah subhanahu wa taala menghidupkan mereka semula, dan mengumpulkan mereka di hadapanNya. Ini adalah perhimpunan dan kebangkitan.

(3) Kemudian, Allah menghadapkan mereka di hadapan mahkamahNya untuk di nilai semua pekerjaan mereka, yang baik atau yang jahat, selama mereka hidup didunia, tidak kurang dan tidak lebih.

(4) Mereka yang diampuniNya dimasukkan ke dalam Jannah dan mereka yang dihukum dimasukkan ke dalam api.

KEPERLUAN MEMPERCAYAI HARI AKHIR

Ini adalah akidah mengenai akhirat, dikemukakan oleh Muhammad s.a.w. sebagaimana telah dikemukakan oleh semua Nabi dan Rasul kepada manusia. Mempercayainya, menjadi salah satu syarat daripada syarat-syarat Islam di sepanjang masa. Seluruh Nabi telah mengkafirkan mereka yang tidak atau ragu-ragu mempercayainya. Maka, tiadalah erti beriman akan Allah, Kitab-Kitab dan Rasul-RasulNya, tanpa mempercayai aqidah ini. Ini adalah perkara yang nyata, tiada sukar memahaminya.

Apabila anda dituntut melakukan sesuatu, pertanyaan pertama yang timbul dalam benak anda: Apakah faedah yang anda peroleh jika anda lakukan, dan bencana apakah menimpa anda jika anda tinggalkan? Mengapakah timbul soal ini dalam otak anda? Ini disebabkan bahawa manusia dan semulajadinya merasa bahawa tiada gunanya membuat sesuatu pekerjaan yang tiâda memberi apa-apa kepadanya. Kerana itu, anda tiada akan bergiat melakukan sesuatu per kara yang tiada harapan akan mendatangkan faedah bagi diri anda. Dan andapun tiada akan meninggalkan sesuatu pekerjaan yang anda yakin bahawa ianya tidak akan mendatangkan mudrat kepada anda.

Yang menimbulkan persoalan ialah keraguan dan kesangsian.

Bahawa setiap perkara yang anda sangsi akan mendatangkan faedah tiada mungkin anda gemar dan giat melakukannya. Demikian juga sesuatu yang anda ragukan mudratnya. Demikian juga sesuatu yang anda ragukan mudratnya, tiada mungkin anda berusaha munghindari dan menjauhinya. Perhatikanlah anak kerdil; mengapa mereka masukkan tangan mereka ke dalam api? Ini disebabkan kerana mereka tiada mengetahui dengan ilmu yang yakin bahawa api itu adalah suatu benda yang membakar. Dan mengapa mereka lari dan belajar dan menuntut ilmu? Ini disebabkan kerana faedah faedah ilmu yang diusahakan oleh orang-orang dewasa untuk dimasukkan ia dalam otak mereka tidak dapat ditenima oleh diri mereka dan tiada memenuhi hati mereka.

Demikian jugalah seseorang yang tiada mengimani akhirat. Ia melihat iman akan Allah dan mengikuti perintah Nya di dunia ini sebagai suatu perkara yang tiada mendatang kan faedah. Dalam pandangannya, tiada berguna taat kepada Allah dan tiada mudrat mendurhakaiNya. Bagaimanalah dapat diharapkan ia akan mendorong dan memaksa dirinya mentaati perintah Allah yang diturunkanNya kepada Rasul Rasu!Nya, dan di dalam Kitab-KitabNya? Walaupun ia beriman akan Allah, keimanannya itu tiada bererti, kerana ia tidak mentaati Allah dan tiada menjalani hidupnya sesuai dengan keridhaan Allah Taala.

Perkara ini tidak akan terhenti sampai di sini. Keingkaran manusia atau pengakuannya akan kehidupan akhirat akan memberi kesan yang mendalam pada kehidupannya. Sebagaimana telah kami terangkan terdahulu, telah menjadi fitrah ke atas manusia yang manusia itu tidak akan mengerjakan sesuatu pekerjaan atau meninggalkannya melainkan sesuai dengan faedah yang datang atau mudrat yang akan menimpa dirinya. Bagaimanakah seseorang yang mempunyai batas pemandangan yang tidak melampaui faedah atau mudrat yang langsung, akan berbuat amal salih yang tidak diharapkan akan mendatangkan faedah baginya di dunia ini, atau menjauhi perbuatan jahat yang tidak dikhawatiri akan mendatangkan mudrat di dunia ini?

Adapun orang yang mempunyai pandangan yang terus kepada natijah amal dan tidak terhenti kepada yang zahir sahaja, ia tidak melihat manfaat dan mudrat yang segera ini melainkan sebagai sesuatu yang nisbi. Dipilihnya yang hak daripada yang bathi, dipilihnya kebaikan danipada kejahatan, adalah memandang kepada faedah akhirat dan mudratnya yang abadi, meskipun kebaikan itu akan mendatangkan bencana berat dan kejahatan akan mendatangkan manfaat yang besar kepadanya di dunia ini.

Perhatikanlah perbedaan besar dan kelainan yang nyata di antara kedua macam manusia ini Mengikut pandangan manusia yang pertama, kebaikan itu ialah apa yang menda tangkan manfaat di kehidupan dunia yang fana ini seperti memperoleh kekayaan, atau tanah, atau kemuliaan dan kedudukan yang baik di tengah-tengah manusia, atau kelazatan, atau kegembiraan atau sesuatu yang dapat memuaskan nafsu-syahwatnya. Kejahatan pada sisinya, ialah sesuatu yang dibenci dalam kehidupan dunia ini seperti kekurangan harta, kekurangan diri, kekurangan buah-buahan, atau kehilangan kesihatan, atau kedudukan yang tidak baik di kalangan manusia, atau hukuman pemerintah, atau sesuatu yang menyebabkan dukacita atau kesedihan.

Sedangkan kebaikan mengikut pandangan manusia yang kedua ialah sesuatu yang diridhai oleh Allah Taala. Kejahatan ialah sesuatu yang dibenciNya. Ia berpendapat, kebaikan itu adalah baik dalam setiap keadaannya meskipun tidak memberi manfaat kepadanya dalam hidup dunia ini, bahkan jikapun mendatangkan kecelakaan. Ia yakin bahawa Allah akan mengurniainya manfaat abadi pada sisiNya diakhirat. Dan bahawa kejahatan itu adalah jahat dalam setiap keadaannya meskipun ia tidak merasainya atau tidak khawatir akan merasainya dan merasai bencananya dalam hidup dunia ini, bahkan jikapun ia akan memperoleh man faat daripadanya. Ia mengetahui dengan yakin bahawa apabila di dunia ini ia luput dan hukuman kerana perbuatan jahatnya, di akhirat ia takkan dapat lari dari siksaan.

Dengan adanya dua arah yang berlainanini, maka dalam hidupnya manusia memiih salah satu dua jalan yang berbeza. Manusia yang tidak mengimani akhirat tidak akan dapat melangkah walaupun selangkah di dalam jalan Islam. Apabila Islam berkata kepadanya: Keluarkanlah zakat hartamu untuk fakir dan miskin, yang dengannya engkau meng harapkan wajah Tuhanmu; ia berkata: Zakat itu akan mengunangkan hartaku; akan kuambil riba daripadanya ganti pengeluaran zakatnya; akan ku bawa ke mahkamah perkara pinjam meminjam; manakala mahkamah memperkenankan tuntutanku akan ku ambil rumah-rumah dan tanam-tanaman yang mereka miliki.

Apabila Islam berkata kepadanya: Berkata benarlah engkau; jauhi perkataan keji, meskipun kebenaran itu akan membawa bencana berat dan kedustaan akan mendatangkan manfaat yang besar; ia berkata: Aku tidak akan berkata benar jika mendatangkan mudrat kepadaku; tiada kujauhi perkataan keji jika memberi manfaat kepada ku; aku tiada takut kepada cacian-cacian yang bersebar di kalangan manusia. Ia melalui jalan yang sepi dan di situ dijumpainya sesuatu yang berharga, lalu Islam berkata kepadanya: Meskipun benda itu tiada pemiliknya di situ jangan engkau ambil. Tetapi ia berkata: Mengapa aku tinggalkan suatu benda yang ku peroleh tanpa usaha dan kesungguhan yang bererti? Dijalan ini tiada orang yang melihatku yang boleh menunjuk kan daku kepada polis, atau menjadi saksi di mahkamah atau yang memburuk-burukkan daku dikalangan manusia. Apakah yang menimpa daku apabila aku memanfaatkan benda ini dan kupergunakan untuk kemaslahatan ku?

Seorang lelaki menyimpankan hartanya dan mengamanahkannya kepada orang itu, kemudian lelaki itu mati. Islam berkata kepadanya: Jangan engkau khianati harta sahabatmu yang engkau pegang itu; kembalikanlah amanah itu kepada orangnya. Ia berkata: Mengapa demikian? Adakah seseorang yang boleh menjadi saksi bahawa si mati itu menitipkan hartanya kepadaku? Atau apakah ahli warisnya mengetahuinya? Jika aku boleh memakan harta itu de sangat mudahnya tanpa khawatir akan dihukum, dan tiada juga ocehan orang, apakah yang memaksaku memulangkan harta itu kepada yang berhak?

Singkat perkataan: Sesungguhnya Islam mengajarnya melalui jalan yang lurus dalam setiap langkah hidupnya, tetapi ia menentangnya. Tiada dipiihnya melainkan jalan yang sesuai dengan hawanafsunya. Nilai segala-galanya dalam Islam adalah mengikut natijah-natijah abadi di akhirat, sedangkan pandangannya tidak melampaui akan natijah natijah yang lahir dalam hidup dunia ini.

Dan sini tahulah anda mengapa manusia itu tidak mungkin menjadi Muslim tanpa percaya akan akhirat. Bah kan, adalah benar bahawa keingkaran seseorang akan ke hidupan akhirat akan menceburkannya dan darjat kemanusiaan ke dalam kerak darjat kebinatangan yang paling bawah. Ia takkan boleh tinggal menjadi seorang muslim.

KEBENARAN AQIDAH AKHIRAT

Anda telah mengetahui akidah akhirat, hajat manusia kepadanya, dan faedah yang dapati oleh manusia dan aqidah ini. Sekarang, kita hendak menerangkan dengan cara yang singkat, bahawa aqidah yang telah diterangkan oleh Rasul s.a.w. mengenai akhirat adalah benar, juga mengikut pendapat akal. Meskipun kepercayaan kita akan aqidah ini berpegang kepada RasuluLlah s.a.w. dan membenarkan apa yang diturunkan kepadanya tanpa membawa-bawa akal, tetapi apabila kita pergunakan fikiran kita sedikit sahaja nescaya kita ketahui bahawa aqidah akhirat ini sangat dekat dengan akal.

Di dunia sekarang ini ada tiga aqidah mengenai akhirat dan kehidupannya:

(1) Satu golongan mengatakan yang ada hanyalah kehidupan dunia sahaja, kita hidup dan kita mati, tiada kehidupan selepas mati. Ini adalah aqidah orang mulhid yang menyebut dirinya sebagai pakar sains.

(2) Golongan lain berkata, bahawa manusia itu berturut turut mati dan hidup, sekali lepas sekali, di dunia ini juga, supaya ia memperoleh balasan amalnya. Apabila amalnya pada kehidupan pertama adalah jahat, pada kehidupannya yang berikat ia akan menjadi binatang seperti kera, anjing atau kucing, atau dengan rupa pokok, atau menjadi seorang lelaki yang hina. Apabila amalnya baik, akan terarigkatlah kedudukannya dan menjadi tinggi darjatnya. ,Aqidah ini dikemukakan oleh sebahagian manusia yang fikiran keugamaannya tidak berkembang.

(3) Golongan ketiga beriman akan Hari akhir, berkumpul, hadir di hadapan Allah, dan mengimani pembalasânNya ke atas amal manusia. Ini adalah aqidah yang diajarkan oleh seluruh para Nabi alaihimussalatu Wassalam.

Marilah kita perhatikan sedikit ketiga aqidah ini:

Apa yang dikatakan oleh golongan pertama, dan aqidah yang mereka pegang, mereka tiada melihat adanya kehidupan manusia selepas mati, bahkan tanah akan memakannya dan bumi akan memfanakannya setelah matinya.

Apakah ini merupakan suatu hujjah? Jika anda tidak melihat seseorang itu hidup selepas matinya, yang paling mungkin anda sebut ialah bahawa anda tidak mengetahui apa yang berlaku selepas mati. Adapun dakwaan anda yang anda mengetahui tiada kehidupan selepas mati, sebenarnya tiada mempunyai dalil.

Seorang lelaki penduduk sebuah kampung tidak pernah menyaksikan kapal-terbang dengan matanya. Yang mungkin dikatakannya hanyalah bahawa ia tidak mengetahui benda apa kapal-terbang itu. Tetapi, jika ia berkata, ia mengetahui bahawa di dunia ini tiada satu benda yang bernama kapal terbang, orang banyak akan menyalahkannya, kerana ketiadaan melihat suatu benda bukan bererti benda itu tiada. Bahkan andainya seluruh penduduk bumi sepakat mengatakan tidak melihat benda yang tersebut, mereka tiada boleh mendakwa bahawa benda itu tidak ada atau tidak mungkin ada.

Adapun aqidah yang kedua, katalah: Bahawa seseorang itu telah menjadi manusia pada kehidupannya yang sekarang ini kerana ia telah melakukan perbuatan baik ketika ia menjadi haiwan dalam kehidupannya yang pertama; dan bahawa seekor haiwan itu telah menjadi haiwan pada kehidupannya yang sekarang ini kerana ia telah melakukan perbuatan jahat pada waktu ia menjadi manusia dulu dalam kehidupan nya yang pertama; dengan perkataan lain, bahawa manusia sekarang ini adalah manusia, dan haiwan sekarang ini adalah tumbuhan; semua itu adalah natijah perbuatannya yang baik atau yang jahat, dalam kehidupannya yang pertama. Demikianlah mati dan hidup berturut-turut berlaku padanya di dalam dunia ini.

Mengenai perkara ini timbul soal: Benda apakah yang ada di dunia ini pada permulaan kejadiannya? Jika anda jawab: Manusia! Tidak dapat tiada ia merupakan hewan atau tumbuhan sebelum itu. Jika tidak, amal baik manakah yang mengurniainya pertukaran menjadi manusia? Jika anda jawab: Haiwan atau tumbuhan! Tak dapat tiada ia berujud manusia sebelum itu. Jika tidak demikian, perbuataņ jahat apakah yang telah menceburkannya bertukar menjadi haiwan atau tumbuhan sebagai ganjaran ke atasnya?

Orang yang mengemukakan aqidah ini tidak mungkin menentukan permulaan makhluk di alam ini pada suatu masa tertentu. Kerana setiap masa yang ada, tidak dapat tiada didahului oleh suatu masa sebelumnya, sehingga masa yang akhir merupakan akibat perbuatan pada masa lampau. ini adalah menyalahi akal dan tiada bersesuaian dengannya.

Ambil sekarang aqidah yang ketiga. Pangkat aqidah ini ialah, bahawa Allah Taala telah menetapkan suatu hari di mana kiamat akan terjadi. Bumi akan bertukar menjadi bukan bumi dan langit. Ini adalah perkara yang tidak disangsikan oleh orang yang berakal. Ia membuat seseorang tambah berfikir mengenai kejadian alam ini. Ia menambah pengetahuan manusia bahawa tiada yang kekal dalam alam ini. Semua kekuatan dan semua alat yang ada padanya adalah terhad, tidak dapat tiada akan menjadi fana pada suatu hari. Oleh kerana itu, telah sekata seluruh ulama ilmu fisika bahawa matahari akan menjadi sejuk pada suatu masa kelak, akan hilang cahayanya, dan bahawa bintang-bintang dan planit-planit pada satu masa akan berlanggar antara mereka dan akan memusnahkan dunia ini.

Kemudian, aqidah ini mengemukakan pula, bahawa manusia akan menghadapi kehidupan yang lain. Apakah ini mustahil? Jika mustahil, bagaimanakah manusia boleh sampai kepada kehidupan dunia yang sekanang ini? Tiada syak lagi bahawasanya Allah yang menjadikan manusia di dunia ini, berkuasa menjadikannya pada kali yang lain selepas matinya.

Kemudian, dalam aqidah ini dikemukakan, bahawa manusia ini dicatitkan amal-amalnya, yang baik dan yang jahat, dan akan dibentangkan di hadapannya dalam kitab terbuka pada Han Kiamat.

Sekarang inipun boleh kita jumpai sesuatu yang membenankannya:

Pada masa lampau manusia menyangka bahawa suara yang keluar dan mulut kita menjadi lebur dan bersebar di dalam udara selepas berlaku pengalunan. Tetapi, pada masa akhir ini orang mengetahui bahawa bagi setiap suara itu ada kesan yang ditinggalkannya pada benda-benda yang ada disekelihingnya. Dan adalah mungkin mencatitkannya dan menghidupkannya selepas itu. Atas dasar inilah manusia telah menciptakan gramophon. Ini menunjukkan bahawa setiap gerak yang kita lahirkan di dunia ini akan terakam pada sesuatu yang mencatitkannya dengan sesuatu cara. Jika ini kita ketahui akan menjadi yakinlah kita bahawa seluruh perbuatan kita di dunia ini dicatitkan dan terdaftar yang menghidupkaanya semula dan menghadirkannya pada kali yang lain termasuk perkara mungkin.

Perkara keempat yang datang dalam aqidah inialah, Allah Taala sesungguhnya akan membalas amal hambanya pada hari Allah mengumpulkan mereka: yang baik dibalas baik dan yang jahat dibalas jahat. Siapakah yang dapat mengatakan ini perbuatan mustahil? Adakah padanya sesuatu yang menyalahi akal? Bahkan akal itu sendini menghendaki Allah mengumpulkan hamba-hambaNYa pada suatu hari dan mengadili mereka dengan cara yang hak. Yang demikian itu, kita melihat ada orang yang berbuat baik sedangkan ia tidak mendapat pahalanya di dunia, atau berbuat jahat sedangkan ia tidak mengalami siksaan di dunia. Bahkan, kita menyaksikan orang-orang salih kadang-kadang memperoleh mudrat, dan orang-orang jahat kadang-kadang hidup dalam kemewahan dan tenggelam di dalam kenikmatan. Dalam kejadian-kejadian seperti ini akal dengan sendirinya menuntut, hendaklah orang itu menerima balasaannya dengan sempurna dalam dua keadaan: atas amal baiknya atau ama! jahatnya.

Perkara yang penghabisan mengenai aqidah ini ialah adanya Jannah ( syurga pent.) dan api (= neraka pent.). Adanya benda-benda itu bukanlah perkara mustahil. Apabila Allah Taala berkuasa menciptakan matahari dan bulan, planit marrikh dan bumi, bagaimanakah ia lemah daripada mencipta Jannah dan api? Tatkala mengumpulkan manusia di mahkamahNya, seyogianya Allah Taala memberi tempat yang mulia, terhormat, senang dan gembira kepada orang yang dikurniaiNya pahala. Dan bagi mereka yang di azabNya disediakan tempat yang hina, tersiksa, dukacita dan pedih.

Fikirlah semua perkara ini. Anda ketahui tanpa ragu ragu bahawa aqidah ini adalah aqidah yang paling hampir kepada akal di antara semua aqidah yang anda jumpai dewasa ini di dunia ini yang berkenaan dengan kehidupan manusia selepas mati. Tiada padanya sesuatu yang menyalahi akal atau mustahil adanya.

Kemudian, apabila perkara ini telah disampaikan kepada kita melalui lidah Muhammad s.a.w. dan beliau dalam kebenarannya, dalam keamanahannya, dalam kesuciannya, seperti telahpun anda ketahui yang padanya kebaikan dan segala kebaikan bagi diri kita bahawa akal menghendaki kita mempercayainya dan tidak mahu kita menyaksikannya tanpa alasan dan keterangan.

KALIMAH YANG BAIK

Ini adalah aqidah yang lima, yang merupakan asas pembinaan Islam, yang sesungguhnya telah tersimpul di dalam satu kalimah Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu utusan Allah. Jika anda mengatakan Tiada Tuhan melainkan Allah, anda sebenarnya mengakui keabdian anda terhadap Tuhan yang esa, tidak terhadap tuhan-tuhan yang batal. Demikian juga, jika anda mengatakan Muhammad itu utusan Allah, anda telah membenarkan bahawa Muhammad s.a.w. itu adalah utusan daripada Allah kepada HambaNya. Ini memaksa anda membenarkan risalah Muhammad; bahawa anda mempercayai semua yang diterangkan oleh Muhammad s.a.w., méngenai ujud Allah, sifat-sifatNya, MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Nabi-NabiNya, dan mengenai Hari Akhir. Anda mestilah melalui jalan yang ditunjukkannya untuk mengabdi kepada Allah dan mengikut hukum-hukum dan titah-perintahNya.