Al-faqirah Ilallah

Asas-asas Islam 2
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

FASAL KEDUA

::IMAN DAN TAAT::


HAJAT MANUSIA KEPADA ILMU DAN YAKIN UNTUK TAAT.

Telah anda ketahui bahawa Islam itu ialah taat akan Allah Taala dan menundukkan diri kepada hukum dan titah perintahNya. Sekarang kita hendak menerangkan kepada anda bahawa manusia itu tidak mampu mentaati Allah, mengikuti undang-undangNya dan melalui jalanNya melainkan apabila ia mengetahui beberapa perkara dan pengetahunannya itu sampai kepada peringkat yakin.

Sesungguhnya, untuk tujuan ini, yang pertama-tama wajib ke atas manusia hendaklah ia yakin dalam hatinya akan adanya Allah Taala. Kerana jika ia tiada menyakini wujudNya bagaimanakah ia boleh mentaatiNya dan mengikut undang-undangNya?

Demikian juga, wajiblah ia mengenal sifat-sifat Allah kerana jika ia tidak mengenal bahawa Allah itu Esa, tiada sekutu bagiNya pada ketuhananNya, bagaimanakah ia boleh menolak daripada menundukkan kepalanya dan menghulurkan tangannya di hadapan yang bukan Allah? Demikian juga, jika ia tidak yakin bahawa Allah itu mendengar, mengetahui dan melihat segala-galanya, bagaimanakah ia boleh menahan dirinya daripada memaksiatiNya dan lari danpada perintahNya Dan semua itu teranglah bahawa tidak mungkin manusia berhias dengan sifat-sifat yang lazim yang wajib dihiasi dirinya dengan sifat-sifat itu, dalam fikirannya, dalam amalnya dan dalam budipekertinya, untuk melalui jalan Allah yang lurus, selama ia tidak mengenal sifat-sifat Allah Taala, dan sifat-sifat itu tidak dilingkupi oleh ilmunya yang benar dan sempurna. Dan tidak cukup ia menguasai ilmu semata-mata, tetapi sewajarnya ilmu itu tertanam di dalam lubuk hatinya, supaya hatinya menjadi terpelihara daripada sangkaan-sangkaan yang salah, dan hidupnya terpelihara daripada perbuatan yang menyalahi ilmunya sendiri.

Kemudian, wajiblah kepada manusia mengenal jalan yang benar untuk menjalani hidup di dunia ini jalan yang bersesuaian dengan keridhaan Allah Taala. Ia memilih sesuatu yang disukai oleh Allah Taala. Ia menjauhi sesuatu yang dibenci oleh Allah Taala. Untuk maksud ini - manusia tidak dapat tiada mestilah mengenal undang-undang Allah. Hendaklah ia yakin bahawa undang-undang itu berasal dan pada Allah Taala, dan bahawa ia tidak akan mencapai keridhaan Allah sehingga ia mengikut undang-undang ini dalam hidupnya dengan cara yang sempurna. Kerana jika ia tidak mengenal undang-undang ini daripada asalnya bagaimanakah ia mengikutinya dalam hidupnya? Dan jika ilmunya mengenai undang-undang ini tidak mencapai darjat yakin, atau jika ia masih mengira bahawa di dunia ini mungkin ada undang-undang lain yang kebenaran dan kekemasannya serupa dengan undang-undang Tuhan, bagaimanakah ia boleh mengikutnya dengan sungguh-sungguh?.

Kemudian, hendaklah manusia itu mempunyai penge tahuan mengenai kesan-kesan perbuatannya jika ia memilih memaksiati Allah daripada mentaatiNya, dan jika ia tidak melalui jalanNya yang lurus; atau apabila ia mengekalkan taat kepadaNya dan mengikut undang-undangNya selama hayatnya. Untuk maksud ini tak dapat tiada ia hendaklah menyakini akan hidup akhirat dan bahawa ia akan berdiri di hadapan Tuhan Yang Maha Tinggi pada Hari Qiamat. Hendaklah ia meyakini pembalasan Tuhan atas segala amal nya, jika baik dibalas baik, dan jika jahat dibalas jahat.

Bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai hidup akhirat, dalam pandangannya serupa saja taat dengan maksiat tiada beza antara keduanya; hamper-hampir ia tidak sangup membezakan di antara kesan-kesan nya yang berlainan. Ia menyangka bahawa yang taat kepada Allah dan yang memaksiatiNya serupa sahaja tempat kembalinya selepas mati. Bagaimanakah boleh diharapkan dan tokoh seperti ini akan menahan dirinya danipada bergelumang dengan dosa selama ia tidak takut dirinya ditimpa oleh mudarat kejahatan itu sepanjang hayatnya didunia, atau akan menyabarkan nafsunya untuk mematuhi Allah dan menahan diri dan segala kekerasan dan tuntutan nafsunya itu? Tiada mungkin mengekalkan taat akan Allah dan mengikut undang UndangNya oleh seorang tokoh yang meskipun mengetahui tentang kehidupan akhirat dan tentang berdirinya di hadapan Allah pada hari qiamat tetapi ilmunya tidak sampai kepada peringkat yakin. Sesungguhnya manusia itu hampir-hampir sentiasa dalam keadaan sangsi dan ragu-ragu, sedangkan yang memungkinkannya untuk mengekalkan sesuatu perkara dan menentapkan dirinya dalam ketaatan ialah apabila ia mempunyai keyakinan yang penuh bahawa perkara itu akan memberi manfaat bagi dirinya. Demikian jugalah, ia tidak akan sanggup menjauhkan dirinya daripada sesuatu perkara melainkan ia mempunyai keyakinan bahawa perkara itu akan mendatangkan mudarat bagi dirinya.

Dan semua ini nyatalah bahawa jika anda hendak melalui salah satu jalan, tidak dapat tiada anda mestilah mengenal natijah dan kesudahan jalan itu di mana ia akan memberhentikan anda. Sayugianyalah pengenalan itu sampai kepada peringkat yakin dan dipercayai.

MAKNA IMAN

Apa yang kami sebut tadi dengan istilah ilmu, pengenalan dan yakin itulah dia iman itulah dia makna perkataan iman itu sendiri. Setiap orang yang mengenal keMaha Esaan Allah, sifat-sifatNya yang hakiki, undang-undangNya dan pembalasanNya kepada hamba-hambaNya pada Hari Qiamat berkenaan dengan perbuatan mereka, kemudian diyakininya semua itu, dan keyakinannya itu tumbuh dan keputusan dirinya sendiri, itulah dia orang yang mumin Sebahagian daripada natijah iman itu hendaklah manusia itu muslim, ertinya taat kepada Allah dan mengikuti undang undangNya.

Boleh jadi dan keterangan ini anda mengenal sendiri bahawa manusia itu tidak mungkin menjadi seorang muslim melainkan apabila ia mumin. Maka hubungan Iman dengan Islam adalah seperti hubungan benih dengan pohon. Bahawa sebatang pokok tidak akan tumbuh melainkan dengan adanya benih. Meskipun boleh terjadi benih yang diletakkan di tanah tidak menumbuhkan pokok. Atau ia tumbuh juga tetapi mempunyal cacat, yang bolehjadi disebabkan oleh tanahnya gersang atau oleh sesuatu kekurangan pada udara. Demikian jugalah tidak mungkin seorang manusia itu menjadi muslim apabila dalam hatinya tiada iman. Meskipun mungkin ada iman dalam hatinya tetapi islamnya tidak sempuma, yang disebabkan oleh kelemahan tekadnya, atau kerana sesuatu kekurangan di dalam pelajaran dan pendidikannya, atau kerana akibat keadaannya.

Jika anda memaklumi ini ketahuilah bahawa dengan memperhatikan dua pokok ini: Iman dan Islam, manusia itu dapat digolongkan ke dalam empat peringkat:

(1) Mereka yang beriman kepada Allah, yang imannya mendorongnya untuk menjadi orang yang mentaati Allah, mengikuti hukum-hukumNya dengan sempurna. Mereka menjauhi setiap pekerjaan yang ditegah Allah, seperti manusia menjauhi menggenggam batu panas neraka dalam tangannya. Mereka bersegera mengerjakan amal yang diredhai Allah, sebagaimana manusia bersegera untuk mencari harta. Mereka itulah orang yang mumin sebenarnya.

(2) Méreka yang beriman kepada Allah, tetapi imannya tidak menjadikan mereka taat kepadaNya dan tidak mendorong mereka mengikuti hukum-hukumNya dengan sempuma. Mereka ini, meskipun imannya tidak sampai kepada peringkat sempurna, tetapi mereka adalah muslim dalam setiap keadaannya. Mereka akan disiksa sebanyak maksiat yang mereka lakukan. Mereka ditempatkan di tempat orang berdosa, dan tidak di tempat pemberontak yang murtad, kerana mereka mengakui kerajaan Tuhan dan mengaku tunduk kepada undang-undangNya.

(3) Mereka yang tidak beriman kepada Allah, tetapi mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang menyerupai perbuatan muslimin. Mereka ini pada hakikatnya adalah pemberontak. Adapun perbuatan mereka yang kelihatan shalih pada zahirnya itu, bukanlah taat kepada Allah, dan bukan kerana mengikut undang-undangNya. Perbuatan Sepertj itu tidak masuk perkiraan. Mereka ini seakan-akan seorang tokoh yang tidak mengitiraf kerajaan seorang raja dan tidak tunduk kepada undang-undangnya. Apabila terbit daripadanya perbuatan yang tidak menyalahi undang-undang raja itu, tidaklah bererti bahawa ianya berpuashati dengan raja itu dan mematuhi undang-undangnya, melainkan ia adalah seorang yang melawan perintahnya, yang keluar dan pada undang-undangnya.

(4) Mereka yang tidak beriman kepada Allah, juga mengerjakan perbuatan jahat yang berlawanan dengan hukum dan undang-undangNya. Mereka ini adalah sejahat jahat manusia, pemberontak yang menimbulkan kebinasaan.

Nyata danipada pembahagian ini bahawa iman itulah yang menyampaikan manusia kepada kejayaannya dan kebahagiaannya di dunia dan di akhirat. Islam tidak akan lahir - sempurna atau cacat - melainkan dan benih iman. Apabila tidak ada iman, maka kufur akan tumbuh. Kufur adalah lawan Islam, ertinya: keluar danipada perintah Allah dengan peringkat yang berlainan.

JALAN UNTUK SAMPAI KEPADA ILMU DAN YAKIN

Anda telah mengetahui bahawa iman itu tidak dapat tiada akan menimbulkan taat. Boleh jadi anda bertanya:

Apakah cara untuk mencapai ilmu yang benar dan keyakinan yang kemas akan sifat-sifat Allah, undang-undang yang diredhaiNya dan kehidupan akhirat?.

Sesungguhnya terdahulu telah kami terangkan kepada anda, bahawa kesan-kesan rahmat Allah dan tanda-tanda kerapian pertukanganNya tersibar di setiap pelusuk alani mi. Tanda-tanda itu memberi kesaksian dengan lisan bahawa tiada yang menciptakan alam ini melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Dialah yang menjalankannya dan mentadbirkan hal-ehwalnya. Demikian juga menjadi nyata dengan terangnya kepada setiap orang yang melihat kesan-kesan ini akan sifat Allah semuanya. Sifat manakah di antara sifat kebijaksanaan, ilmu, seni, pengampun, pemurah, kasihsayang, ketuhanan, keperkasaan, kejayaan, dan lain-lain sifat Allah Taala, yang tidak terang danipada perbuatanNya dan ke indahan pertukanganNya di alam ini? Tetapi akal manusia dan kemampuannya kadang-kadang telah tersalah ketika menyaksikan kesan-kesan ini dan ketika meneliti hakikatnya. Kesan-kesan ini menjadi samar di depan mata manusia, sehingga meskipun ia menunjukkan ke Maha Esaan Allah Taala dalam semua sifatNya, masih ada manusia yang berkata: Tuhan itu dua! Yang lain berkata pula: Bagi alam ini ada tiga Tuhan! Sebahagian manusia mengambil tuhan tersendiri bagi dirinya, lalu berkata Bagi hujan ada tuhan, dan bagi api ada tuhan! Mereka menganggap bagi setiap kekuatan alam ini ada tuhan yang khas. Dan di atas semua tuhan ini ada tuhan yang maha besar. Mereka berpegang kepadanya dan mengikut perintahnya. Demikianlah akal manusia telah terpesong dalam mencari Zat Allah Taala dan mengenal sifat-sifatNya, terpesong di dalam kegelapan buta, yang tak dapat diuraikan di sini.

Demikianlah, manusia itu datang dengan segala sangkaan yang salah dan fikiran yang dusta mengenai kehidupan akhirat. Sebahagian mereka berkata Yang ada hanyalah kehidupan dunia sahaja; kita tidak akan dibangkitkan lagi. Sebahagian mereka berkata: Manusia itu berulang-ulang hidup dan mati, sekali sesudah sekali, di dunia ini; dan ia tiada menerima balasan amalnya melainkan di atas dunia ini juga.

Adapun hukum yang wajib dipegang oleh manusia bagi menjalani hidupnya mengikut keredhaan Allah Taala, tidak akan dapat dicapainya dengan akalnya tidak sanggup mengenal dengan sendirinya akan Zat Allah Taala dan sifat-sifatNya.

Bagaimanapun cairnya akal manusia yang telah mencapai peringkat tinggi dalam kemampuan ilmiah, ia tidak akan mampu melihat perkara-perkara ini dengan fikiran atau yang menyerupai fikiran melainkan selepas latihan bertahun tahun dan pengamatan yang panjang. Bahkan selepas ini pun, tidak mungkin timbul dan dirinya kepercayaan dan ia tidak mengaku bahawa ia telah mengenal yang hak dan mendapat ilmu yang sempurna. Tiada disangsikan lagi, bahawa jalan yang dikenal untuk melatih akal dan ilmu manusia tanpa petunjuk dan atas ialah dengan menghabiskan kesungguhannya dan mencari hak dan kebenaran untuk dirinya dengan dirinya sendiri. Maka kejayaan akan diberikan kepada orang yang ditolong oleh usaha dan kemampuannya. Kerugian akan menjadi bahagian orang yang digagalkan oleh kesungguhan dan kemampuannya. Tetapi Allah Azza wa Jalla hendak memberi kurnia kepada hambaNya. Dia tidak mahu membebani mereka dengan latihan sekeras itu. Maka diutusNya lelaki-lelaki di antara manusia sendini. DikurniakanNya kepada lelaki itu ilmu yang betul mengenai sifat-sifatNya. DiajarNya mereka jalan yang dapat dilalui oleh manusia dalam hidupnya di dunia sesuai dengan keredhaan Tuhannya. Demikian juga, diberiNya mereka ilmu yang benar mengenai hidup akhirat. DisuruhNya mereka menyampaikan ilmunya itu kepada seluruh manusia. Mereka itulah Rasul-rasul Allah dan Nabi-nabiNya. Jalan yang menyampaikan mereka kepada ilmu daripada Allah adalah wahyu. Dan kitab yang memuat ilmu ini dinamakan Kitab Allah atau Kalam Allah. Maka sekarang, tiada latihan lagi bagi akal manusia dan kemampuannya, melainkan dan sudut imannya kepada Rasul atau keingkarannya setelah memperhatikan kehidupan Rasul yang baik dan petunjuknya yang agung.

Barang siapa yang bersedia mengenal kebenaran dan mengikutinya, ia membenarkan yang baik, dan beriman kepada apa-apa yang disampaikan kepadanya, maka menanglah ia dalam latihannya.

Adapun orang yang mendustakan kebaikan dan meninggalkan orang yang mengajarkannya, maka ia telah menyempitkan dirinya danipada kebolehan mengenal dan menerima yang hak dan kebenaran. Dengan demikian dijadikannya dirinya gagal dalam latihannya. Dipalingkannya dirinya daripada ilmu yang benar tentang Allah, undang-undangNya dan kehidupan Akhirat.

IMAN KEPADA YANG GHAIB

Sesungguhnya jika anda tidak mengenal sesuatu, tentu anda bertanya kepada orang yang mengetahuinya. Kemudian anda mengamalkan perkataannya dan anda menurunkan fikirannya. Apabila anda sakit misalnya, anda tidak mengubati diri anda sendiri, melainkan anda pergi kepada doktor. Apabila doktor ini handal dalam bidangnya, ia memegang ijazah tinggi kedoktoran, dan anda lihat banyak orang yang disembuhkannya, anda nescaya percaya bahawa ia mempunyai kemampuan untuk menyembuhkan penyakit anda itu. Kerana kepercayaan ini anda tidak akan mencari ubat melainkan apa yang ditunjukkan oleh doktor ini. Anda akan menjauhi segala perbuatan yang dilarangnya.

Demikian juga, apabila anda percaya kepada seorang peguamcara tentulah anda patuhi dia dalam perkara undang-undang. Apabila anda percaya kepada seorang guru maka anda akan benarkan setiap yang diterangkannya kepada anda. Demikian juga ketika anda mahu menuju ke suatu tempat Yang anda tidak mengetahui arah tempat tujuan itu, anda Percaya kepada orang yang mernberitahunya kepada anda dan anda benarkan perkataannya, anda lalui jalan yang ditunjukkannya.

Demikianlah keadaan dalam setiap hal-ehwal dunia. Yang demikian itulah iman kepada yang ghaib.

Iman kepada yang ghaib itu, maknanya ialah, anda rujukkan mengenal sesuatu yang tidak anda ketahui kepada seseorang yang mengetahuinya. Kemudian anda benarkan perkataannya.

Anda tidak mengenal Zat Allah dan tidak juga sifat sifatNya. Dan anda pun tidak mengetahui bahawa malaikat Nya menggerakkan hal-ehwal alam ini dengan perintahNya dan melingkupi manusia dai setiap pihaknya. Dan anda pun tidak mengenal jalan yang betul bagi menjalani hidup ini yang sesuai dengan keredhaan Allah. Anda tidak mempunyai pengetahuan tentang kehidupan akhirat dan apa yang terjadi pada hamba-hamba Allah di negeri itu. Maka semua perkara ini dan yang seumpamanya hanya dapat anda ketahui dan pada lelaki yang sentiasa anda percayai kebenarannya, kesuciannya, dan taqwanya dalam setiap sudut kehidupannya. Anda agungkan ia kerana amalnya yang bersih dan perkataannya yang bijak sana. Maka anda terima bahawa ia tiada berkata melainkan yang hak. Dan bahawa semua perkataannya patut anda akui dan percayai.

Inilah keimanan anda kepada yang ghaib. Jika anda hendak taat akan Allah Taala dan beramal dengan yang disukai dan diredhaiNya, tidak mungkin anda mendapat ilmu yang benar mengenai perkara-perkara ini melainkan tidak dapat tiada mestilah melalui Rasul. Dan tidak mungkin anda mendapat petunjuk kepada jalan Islam yang lurus dan melalui jalan itu tanpa ilmu yang benar ini.