Al-faqirah Ilallah

Asas-asas Islam 1
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

FASAL PERTAMA

AGAMA ISLAM


MENGAPA AGAMA INI DINAMAI ISLAM

Ada pun bermacam-macam agama yang ada di muka bumi ini memperoleh namanya masing-masing ada kalanya dibangsakan kepada nama seorang lelaki yang khas, atau kepada ummat yang tertentu yang menumbuhkan dan menyuburkan agama yang berkenaan. Agama Masehi misalnya mengambil namanya daripada A1-Masih a.s. Agama Budha di ambil daripada nama pembawanya, Gautama Budha. Dan agama Zarathustra dimasyhurkan demikian kerana pendirinya dan pembawa panji-panjinya bernama Zarathustra. Demikian juga agama Yahudi muncul di atas pangkuan suatu kabilah yang dikenal dengan nama kabilah Yahuda, maka agama itupun dinamai Yahudi. Demikian seterusnya.

Berlainan dengan agama Islam. Ia tidak dibangsakan kepada seorang lelaki yang khas dan tidak kepada ummat yang tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat yang khas yang dikandung oleh makna perkataan Islam itu sendiri. Nyatanya, nama ini tidak menunjukkan pembawa dan pengasasnya yaitu seorang lelaki di antara manusia. Ia bukan khas bagi ummat yang tertentu melainkan seluruh bangsa-bangsa. Ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam. Siapa saja yang bersifat dengan sifat ini, baik manusia zaman lampau atau manusia masa kini, ia adalah Muslim: juga orang yang berhias dengannya pada masa depan adalah seorang Muslim.

MAKNA PERKATAAN ISLAM

Apabila anda memeriksa kitab-kitab kamus, anda akan mengetahui bahawa makna perkataan Islam ialah tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan. Dinamai agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah.

HAKIKAT ISLAM

Adalah dimaklumi bahawa tiap sesuatu yang ada di alam ini tertakluk kepada kaedah tertentu dan undang-undang yang khas. Matahari, bulan dan bintang-bintang menjalani peredarannya mengikut suatu kaedah yang tetap. Ia tidak menyimpang dan kaedah itu dan tidak terkeluar meskipun sesimpul rambut. Bumi beredar di sekeliling kutubnya, tidak bergerak lebih daripada kadar yang ditentukan baginya. Pergerakan dan perjalanan gerakannya tidak berlain dan tidak bertukar. Air, udara, cahaya dan panas, semuanya berlaku mengikut peraturan yang khas. Benda-benda beku, tumbuh tumbuhan dan binatang-binatang, semuanya mengikut cara yang tetap, tidak mengembang dan tidak menyusut, tidak hidup dan tidak mati melainkan dengan kehendak pengaturNya. Bahkan manusia sendiri, apabila anda perhatikan ke adaannya, nyatalah kepada anda bahawa ia tunduk kepada ketentuan tabii sepenuhnya. Ia tidak bernafas dan tidak merasakan hajatnya akan air, makanan, cahaya dan panas melainkan mengikut undang-undang tabii yang berkenaan dengan hayatnya. Dan kerana adanya undang-undang inilah, dengan sendirinya hati manusia terpandu dalam gerak-gerinya, dalam peredaran darahnya, dalam keluar masuk nafasnya. Kepadanya tertakluk seluruh anggota tubuhnya, seperti otak, perut, paru-paru, urat-sarap, urat-urat daging, dua tangan, dua kaki, lidah, dua mata, hidung dan telinga. Segala pekerjaan yang dilakukan oleh anggota-anggota ini tidak akan berlaku melainkan mengikut apa yang ditentukan oleh tabii. Mereka tidak akan berbuat apa-apa melainkan sejauh jalan yang telah ditetapkan baginya.

Adapun undang-undang semesta, yang kepadanya Seluruh alam maujud ini menyerah, dan tiada kuasa baginya menghindarinya, mulai danipada planet yang terbesar di langit, sampai kepada butir pasir yang paling kecil di bumi, adalah ciptaan maha pemiik, maha agung dan maha berkuasa. Apabila setiap yang ada dilangit, di bumi, dan di antara keduanya tertakluk kepada undang-undang ini maka alam seluruhnya tunduk kepada pemilik yang maha berkuasa itu, yakni yang menciptanya; ia mengikut akan segala perintah Nya. Dan sudut ini, nyata bahawa Islam itu adalah agama sejagat semesta, kerana Islam bermakna takluk dan mengikut segala perintah Maha Pemerintah dan menjauhi laranganNya tanpa bantahan sebagai yang anda ketahui terdahulu. Mata hari, bulan dan bumi adalah benda-benda Muslim (yang menundukkan din pent). Udara, air,cahaya, kegelapan dan panas adalah benda-benda Muslim. Pohon, batu dan haiwan adalah benda-benda Muslim. Bahkan juga manusia yang tidak mengenal Tuhannya dan yang mengingkari ujudNya dan yang mengingkari tanda-tanda kebesananNya, atau orang yang bertuhankan selain Allah, atau yang menyengutukan Tuhan dengan yang lainNya, adalah seorang Muslim dan segi fitrah yang telah difitrahkan kepadanya. Yang demikian itu, kerana ia tidak dilahirkan, tidak hidup dan tidak mati melainkan sesuai dengan apa yang telah digariskan Allah Taala di dalam undang-undang yang mengatur kelahirannya, yang mengatur hidup dan matinya. Demikian juga, setiap anggota tubuhnya tidak menganut sesuatu agama melainkan agama Islam: kerana ia tidak terjadi, tidak menjadi besar dan tidak bergerak melainkan mengikuti undang undang Tuhan itu sendiri. Bahkan pada hakikatnya, lidahnya yang dipergunakannya untuk menzahirkan pandangan pandangan syirik (menyengutukan Tuhan pent.) dan kufur secara bodoh dan jahat, tidak menganut agama dalam dirinya melainkan agama Islam. Demikian juga kepalanya yang memaksanya tunduk di hadapan yang lain daripada Allah tidak menganut sesuatu agama melainkan agama Islam, mengikut fitrahnya yang telah difitrahkan ke atasnya. Demikian juga hatinya yang mengaliri dirinya dengan cinta kepada selain Allah dan penghormatannya kepada kejahilan dan kejahatan, seluruhanya ini adalah Muslim dan sisi fitrahnya dan semulajadinya. Maka semuanya itu telah Islam (tunduk pent.) kepada Allah dan mengikut undang-undangNya.

Jika anda telah memahami ini marilah kita lihat pula dan sudut lain. Bagi manusia, dalam hidupnya ada dua pihak yang berlainan:

Pertama: Ia tunduk kepada undang-undang fitrah, mengikutinya begitu sahaja. Yang lain, kepadanya didatangkan akal, kekuatan berfaham ketelitian dan pandangan, maka ia menjadi Islam pada satu pihak dan ingkar pada yang lain. Ia menyukai satu jalan dan membenci cara.yang lainnya. Diletakkannya dalam dirinya pengawal bagi sudut-sudut ke hidupan yang bermacam-macam itu. Atau ia menerima peraturan-peraturan kehidupan yang diletakkan oleh orang lain. Ia tidak terbelenggu di dunia ini. Bahkan ia mempunyai kemerdekaan berfikir dan memilih dalam pandangan dan perbuatan.

Ini adalah dua golongan yang berlainan yang dijumpai dalam hidup manusia. Setiap orang mengikut apa yang ada padanya. Golongan yang pertama adalah Muslim yang telah tercipta atas Islam dan telah terfitrah untuk melaziminya. Ia menyertai makhluk lain di alam ini. Ini telah pun anda ketahui terdahulu.

Golongan yang lain, Islam atau tidaknya adalah dengan piihan. Dan pilihan ini menyebabkan manusia tergolongan dalam dua golongan:

Manusia yang mengenal penciptanya, beriman kepada Nya sebagai Tuhan, pemilik dan tuan bagi dirinya. Ia mengikuti undang-undang syaraNya di dalam kehidupan pilihannya (ikhtiyariyyah), sebagaimana ia menurut kepada undang undang tabiiNya dalam kehidupan paksaannya (al-jabariah). Inilah orang Muslim yang sempurna, yang telah menyempurnakan Islamnya, kerana kehidupannya sekarang telah menjadi Islam itu sendiri. Ia telah menundukkan diri secara gemar dan taat kepada yang dipatuhinya dan yang ia terikat kepada undang-undangNya tanpa perasaan sebelumnya. Dan jadilah ia sekarang secara qasad dan sengaja taat kepada Tuhannya, yang sebelum itu dipatuhinya tanpa qasad dan kemahuan. Dan jadilah ilmunya itu benar, kerana ia mengenal Allah penciptanya dan Tuhannya yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan ilmu dan belajar. Dan jadilah akalnya matang dan pandangannya kemas, kerana dia mengamalkan fikirannya, kemudian ia menetapkan hokum bahawa ia tidak akan mengabdikan dirinya melainkan kepada Allah yang telah memberinya kemuliaan dengan kebijakan berfaham dan berfikir di dalam perbagai perkara. Dan jadilah lidahnya benar, memperkatakan yang hak, kerana ia sekarang tidak berikrar melainkan kepada Tuhan yang esa, ialah Allah yang maha tinggi yang telah mengurniakan kepadanya kekuatan berucap dan berkata. Tiadalah yang tinggal lagi sekarang di dalam kehidupannya melainkan kebenaran, kerana ia terikat kepada undang-undang Allah, kerana ia telah memilihnya di dalam urusannya. Dan menjadi panjanglah tonggak perkenalan dan keramahtamahan antara dirinya dengan semua makhluk di alam ini, kerana ia tidak mengabdi melainkan kepada Allah yang maha bijaksana dan maha mengetahui. Tuhan yang kepadaNya seluruh makhluk ini memperhambakan diri, tunduk kepada penintah-Nya dan terikat kepada undang-undang Nya Sekarang, jadilah ia khalifah Allah, yaitu naib-Nya di muka bumi ini. Setiap benda didunia ini adalah untuknya. Dan dirinya adalah untuk Allah Taala sendiri-Nya.

HAKIKAT KUFUR

Berhadapan dengan golongan ini ada manusia lain. Ia dilahirkan Muslim, hidup muslim sepanjang hayatnya, yang kelslamannya tidak diketahui atau disadarinya, tetapi ia tidak menggunakan kekuatan ilmu dan akalnya untuk mengetahui siapa yang menciptakannya, siapa yang membukakan pendengaran dan penglihatannya. Ia mengingkari wujud Tuhan. Ia merasa bongkak untuk memperhambakan din kepada Tuhan. Ia enggan mengikatkan dirinya kepada undang-undang syara dalam menggunakan haknya untuk berbelanja dan memiih pekerjaan dalam hidupnya. Atau djsekekutukannya Tuhan dengan yang lain. Ia enggan beriman kepada ayat-ayat yang menunjukkan kemahaesaan Tuhan. Inilah dia orang kafir.

Dengan demikian maka erti kufur ialah tutup, dinding dan terlindung. Kata orang (ia menutupi baju besinya dengan bajunya): yang bermakna:

apabila ditutupinya dan baju dipakainya di atas bajubesi. Maka lelaki seperti itu disebut sebagai kafir kerana ia menutupi fitrahnya dan melingkupinya dengan tudung ke jahilan dan kejahatan.

Sesungguhnya anda telahpun mengetahui bahawa orang itu tidak dilahirkan melainkan dalam fitrah Islam. Dan setiap anggota tubuhnya tidak bekerja melainkan sesuai dengan fitrah Islam. Dan dunia sekelilingnya tiada beredar mengikut edarannya melainkan menurut Sunnah Islam. Tetapi semua ini terlingkup oleh hijab kejahilan dan kejahatan yang menutupi, sehingga terluputlah dan pandangannya fitrah dunia dan fitrah dirinya. Anda menyaksikannya tiada menggunakan kekuatan fikiran dan ilmunya melainkan mengenai perkara perkara yang berlawanan dengan fitrahnya. Ia tiada melihat sesuatu melainkan yang bertentangan dengannya. Dan ia tidak mengusahakan sesuatu melainkan apa yang membatalkannya.

Anda boleh membayangkan sendiri sekarang apa yang diputarbalikkan oleh orang kafir tentang kesesatan yang jauh dan kesalahan yang nyata.

KEMUDRATAN KUFUR DAN KESAN-KESAN JAHATNYA

Kufur itu adalah jahil bahkan jahil yang hakiki itu adalah kufur. Ertinya: Kejahilan manakah yang lebih besar dan lebih hina daripada kejahilan orang yang tidak mengenal Tuhannya? Ia menyaksikan penciptaan alam yang besar ini, berkenalan dalam pekerjaannya, siang malam tetapi ia tidak mengenal siapa yang menciptakannya dan yang memerintah kepadanya untuk bergerak terus menerus.

Siapakah yang telah menumpuk batubara, hidrogen, oksigan, sodium dan kalsium, dan benda-benda lainnya yang tidak mempunyai hidup dan akal? Dan siapakah yang mengeluarkan daripada alam ini benda besar dan mustahak seperti manusia? Atau, tidakkah ia merasa ajaib ketika menyaksikan beragam-ragam benda di setiap pelusok alam ini? Semua itu dengan sendirinya menunjukkan hajat kepada pertukangan dan pengindahan rupabentuknya, yang mempunyai kemahiran satu-satunya yang tiada saingannya dalam ke juruteraan, keahlian, ilmu kimia dan ilmu-ilmu lainnya. Meskipun demikian akalnya tidak menunjukinya kepada pengenalan akan Yang Maha Mulia, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui yang telah menukangi dan menyusunnya.

Fikirlah sedikit: Adakah mungkin terbuka pintu ilmu yang benar pada diri orang seperti ini orang yang telah sesat dan sejak pangkal pengetahuannya lagi? Orang seperti ini, meskipun telah sampai kepadanya pemikiran dan penelitian, dan telah menambah pembahasan dan penyelidikan, tidak akan mendapat petunjuk kepada jalan yang lurus dan benar yang menyampaikannya kepada ilmu yang benar di dalam sesuatu bidang kehidupan, kerana ia menghadapi kegelapan ke sejak permulaan. Demikian seterusnya, ia tidak menghadapi yang lain melainkan kegelapan kejahatan sampai kepada akhirnya.

Kufur itu adalah suatu kezaliman! Bahkan kezaliman yang paling besar dan paling jahat adalah kufur. Yang demikian itu, kerana makna kezaliman ialah anda letakkan sesuatu pada bukan tempatnya yang layak, dan anda gunakan dia secara paksa untuk sesuatu yang tidak wajar mengikut fitrahnya. Andapun telah mengetahui bahawa segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi terikat kepada perintah Allah, difitrahkan dengan fitrah Islam (penundukan diri pent.). Sehingga pun manusia dan tubuh badannya dan segala anggota tubuh yang melingkupinya tidaklah dilahirkan melainkan atas fitrah ini. Ya, tiada syak lagi, bahawa sesungguhnya Allah pada satu pihak telah memberi haq kepada manusia untuk menggunakan anggota-anggota tubuhnya. Tetapi mengikut kehendak fitrahnya manusia tidak boleh menggunakannya melainkan sekadar yang diredhai oleh penciptanya.

Adapun orang yang kafir kepada Allah menggunakan anggota tubuhnya itu tanpa bersesuaian dengan fitrahnya. Anda lihat ia memenuhi hatinya dengan kegelapan, membesarkan yang lain daripada Allah, cinta dan gemar kepada yang lain daripada Allah, sedangkan fitrah yang difitrahkan dalam kalbunya menuntutnya supaya memenuhinya dengan cahaya membesarkan Allah, cinta dan gemar kepadaNya, Allah tempat bergantung, yang esa sendiriNya. Dan dengan demikian ia menggunakan sëluruh anggota tubuhnya dan segala yang ada di bawah kekuasaannya di alam ini untuk sesuatu yang bertentangan dengan keredhaan Allah Taala, manakala hukum tabii yang menguasai anggota tubuhnya dan segala yang dipunyainya itu menghendaki agar ia tidak mempergunakannya melainkan sesuai dengan apa yang ditentukan oleh undang-undang Tuhan yang maha tinggi. Demi Allah, anda jawablah kepadaku: Siapakah yang lebih zalim danipada orang yang menghendaki hidupnya untuk menzalimj segala yang ada di dunia ini sekalipun dirinya sendiri?

Bukan, kufur itu bukan hanya zalim. Tetapi lebih daripada itu, ia adalah juga suatu pemesongan, suatu penentangan, pengingkaran dan kekejian yang dilakukan terhadap peraturan Allah.

Atau, adakah anda lihat manusia itu menjadi pemilik bagi sesuatu yang ada di hadapannya? Siapakah yang men jadikan akal dan otaknya? Adakah dirinya sendiri atau Allah Azza wa Jalla? Dan siapakah yang menciptakan kalbu dan lisannya, dua mata dan dua telinganya, dua kaki dan dua tangannya, dan seluruh anggota tubuhnya? Adakah dirinya sendiri atau Allah Tabaraka Wa Taala? Dan siapakah yang mempermolek ciptaan benda-benda itu dan menjadikannya berguna bagi pemiliknya dan menetapkannya untuk dipergunakan dan mengambil faedah daripadanya? Dia sendirikah atau Allah s.w.t.?

Tidak dapat tiada jawapan anda ke atas pertanyaan pertanyaan ini ialah, bahawa seluruhnya ini adalah kepunyaan Allah sendiriNya. Ia yang menciptakannya dan Ia pula yang memolekkan rupanya. Dia pemiliknya dan Dialah yang telah memberi nimat kepada manusia dengan benda benda itu. Apabila inilah hakikat, dan memang demikianlăh yang benar tanpa disangsikan, maka siapakah orang yang paling banyak kezalimannya, yang paling derhaka dan yang paling menentang di antara orang-orang yang menggunakan akalnya untuk berfikir mengenai sesuatu yang berlawanan dengan keridhaan Allah Taala dan memenuhi kalbunya dengan fikiran yang boleh menimbulkan kemurkaanNya, dan dia memaksa lidahnya, dua matanya, dua tangannya dan dua kakinya untuk beramal dengan perbuatan yang menafikan hukum-hukum Allah dan titah perintahNya? Anda akan menghukum seorang hamba yang hidup dengan rezki dan pada tuannya tetapi tiada dipeliharakannya hak-hak tuannya itu sebagai manusia yang ingkar. Demilkian juga, anda akan menuduh seorang pegawai yang menggunakan kuasa pentadbir yang ada padanya berlawanan dengan maslahat kerajaan sebagai seorang yang menderhaka dan terkeluar daripada pemerintahan. Dan anda akan mengatakan bahawa seseorang itu ingkar apabila ia melengah-lengahkan hak tuannya untuk menenima sesuatu kebaikan.

Tetapi, apakah hakikat kekafiran, kederhakaan dan pelalaian hak-hak manusia lain seumpamanya? Dan manakah datang rezki manusia sehingga ia mesti berbuat baik dengan hartanya itu kepada manusia lain? Adakah tidak, Allah Taala sendiri yang memberinya kekuatan, kekuasaan dan pemerintahan? Mengapakah manusia itu mesti memberi nimat kepada manusia seperti dia dan berbuat baik kepadanya? Adakah tidak Allah Taala yang telah menetapkannya untuk semua itu? Sesungguhnya hak yang paling besar pada manusia dalam dunia ini ialah kewajipan ke atas ibu-bapanya.

Siapakah yang telah menanamkan rasa kasih mesra terhadap anak-anak di dalam hati ibu-bapanya? Atau, siapakah yang telah menjadikan seorang ibu penyayang kepada anak yang dikandungkannya secara bersusah payah dan dilahirkanya secara bersusah payah pula? Atau, siapakah yang telan menanamkan di dalam hati ayah untuk dengan suka-rela dan tenang memberi nafkah daripada usaha titik peluhnya kepada segumpal daging yang hina, dan kemudian berusaha dengan menghabiskan banyak waktu, harta dan kelemah lembutannya untuk mendidik dan mengajar anak itu?

Demi Allah, katakanlah kepadaku: Adakah lagi kekafiran yang lebih keji daripada kekafiran orang yang tidak beriman kepada Allah dan enggan mengakui kellahian dan keRabbian Nya dan membangkang ke atas titah perintahNya? Mungkinkah anda jumpai suatu kederhakaan yang lebih dahsyat daripada kederhakaannya; dan pengkhianatan yang lebih hebat daripada pengkhianatannya; dan keingkaran yang lebih tebal daripada keingkarannya?

Janganlah anda menyangka bahawa manusia boleh mendatangkan mudrat kepada Allah jika ia mengkafiriNya. Bagaimana boleh jadi seperti itu, Allah Taala mempunyai kerajaan yang besar yang tidak diketahui jauh dan dekatnya meskipun manusia telah mencuba bersungguh-sungguh secara terus menerus, dan untuk maksud itu mereka mempergunakan alat peneropong yang besar. Bumi ini sujud kepada Allah s.w.t. Demikian juga matahari, bintang Marikh dan planit-planit besar lainya, yang semuanya itu adalah benda benda tak berharga. Anda lihat benda-benda ini seperti bulatan-bulatan kecil yang hina di dalam kerajaanNya. Dan bagi Allah Azza wa Jalla perbendaharaan langit dan bumi tanpa saingan dan tanpa penentang. Ialah tempat bergantung yang maha pemurah dan maha mulia yang kepadaNya semua berhajat, sedangkan ia tidak berhajat kepada sesiapapun.

Bagaimanakah manusia ini? Ia adalah makhluk yang lemah dan hina, yang tidak dapat mendatangkan sesuatu mudrat kepada Allah meski ia kafir kepadaNya. Sesungguhnya, jika ia beriman, itu adalah untuk kepentingannya; dan jika ia kafir, kesannya akan tertimpa kepadanya.

Di antara natijah kufur dan kemaksiatan yang tidak boleh tidak, ialah rakaman kemenyesalan dan kegagalan bagi manusia. Ia tidak akan mendapat petunjuk kepada jalan ilmu yang lurus selama-lamanya, kerana ilmu yang tidak mengenal Tuhannya tidak mungkin mengenal yang lainnya dengan benar. Dengan demikian tidak dapat tiada ia akan menjalankan akalnya melalui jalan-jalan yang tidak rata dalam setiap keadaan hidupnya. Sesungguhnya akal yang tidak menunjuki untuk mengenal penciptanya, bagaimana pula ia boleh mengenal yang lainnya secara sihat? Demikianlah, tak dapat tiada ia akan menjadi orang yang tak tentu hala. Ia menempuh kegagalan demi kegagalan dalam setiap pekerjaannya. Akan menjadi biasalah akhlaqnya, kemajuannya, pergaulannya, kehidupannya, pemerintahannya dan politiknya. Jadilah ia manusia perusak di muka bumi ini menumpahkan darah, mempermain-mainkan hak manusia. Mereka akan berona dengan warna-warni kezaliman dan kekasaran. Demikianlah, ia mendorongkan dirinya ke dalam kehidupan dengan fikiran jahat dan perbuatan munkar. 

Ini dalam hidup dunia. Adapun dalam kehidupan akhirat, di hadapan wajahnya terpampang segala penyelewengan! yang kecil atau yang besar yang semuanya akan disaksikannya. Di hadapan mahkamah Allah yang adil, kesnya akan dipertanggungwabkan kepadanya oleh akal dan hatinya, oleh dua mata dan dua telinganya, oleh dua tangan dan dua kakinya, dan oleh seluruh anggota tubuhnya:

Ya Tuhan! Bahawa orang yang zalim ini telah lari daripada Engkau dalam hidup dunia enggan mengingati Engkau, dan dipaksanya kami berbuat masiat kepada Engkau.

Di dalam mahkamah yang adil ini tidak ada tawar menawar, tiada pujuk-rayu dan tiada syafaat. Bumi, yang di atasnya ia berjalan dan di atas permukaannya ia tinggal, murka kepadanya kerana memasiati Allah Taala. Demikian juga harta yang diperolehnya dengan jalan yang haram dan dibelanjakannya kepada jalan yang haram pula, dan benda benda yang dipergunakannya dengan cara penggunaan orang jahat yang mendatangkan perseteruan dan berbuat zalim, dan alat-alat serta kekuatan yang digunakannya dalam melakukan kezaliman dan perseteruan dengan cara paksa ke atas benda-benda itu, semuanya murka kepadanya. Dan Allah s.w.t. hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah telah mencatitkan bagi mereka yang melampaui batas ini dan menimpakan ke atasnya azab yang hina lagi keji, balasan bagi kezaliman dan kemaksiatannya.

FAEDAH - FAEDAH ISLAM

Di atas tadi adalah kemudratan kufur dan kesan-kesan.. nya. Sekarang marilah kita perhatikan faedah-faedah apakah yang diberi oleh Islam apabila kita mematuhinya dan kita rela mengikutnya.

Dan keterangan yang lampau anda telah pun mengetahui bahawa alam ini penuh tanda dan alamat yang tersebar pada setiap sudut yang menunjukkan kellahian dan keTuhanan Allah. Makmal alam yang besar ini, yang kita lihat beredar terus menerus, tunduk kepada peraturan semesta dan undang undang yang tetap. Dengan lisan-halnya, ia menjadi saksi bahawa pencipta dan pentadbir urusannya adalah pengatur agung, mempunyai kuasa dan kekuatan yang besar. Tiada sesuatu, baik yang di bumi mahupun yang di langit, yang terkeluar daripada pengaruhNya. Telah anda ketahui juga bahawa manusia mengikut fitrahnya mestilah mentaatiNya seperti seluruh alam semesta in Anda menyaksikan bahawa benda-benda alam ini mengikuti peraturan Tuhan siang dan malam tanpa disedaririya. Adalah suatu perkara yang mustahil bagi manusja untuk tetap tinggal hidup jika ia menyalahj undang-undang tabii.

Berbeza dengan yang lainnya. Allah s.w.t. telah menghebahkan kepada manusia suatu perkara khas, yaitu kebebasan mempunyai kemahuan, dan telah mengurniainya kelebihan daripada makhluk alam yang lain, yaitu penguasaan ilmu pengetahuan, kekuatan berfikir dan kesanggupan membeza kan yang baik dan yang jahat. Manusia itu dengan ilmunya, akalnya dan kekuatan pembezaannya, tunduk kepada ujian dalam kebebasannya ini. Dengan mata penciptanya, ia sentiasa meljhat betapa dan untuk apa kemerdekaan itu dipergunakan Dalam ujian ini, manusia tidak dipaksa melaksanahan rancangan yang tertentu. Andaikata ia dipaksa nescaya batallah tujuan dilakukannya ujian itu.

lni adalah perkara yang nyata. Tiada kemusykilan dalam memahamkanya. Kerana, andaikata di atas kertas peperiksaan yang diletakkan di hadapan anda termaktub soalan yang anda terpaksa memberi jawapan yang telah ditentukan, apakah gunanya ujian ini dilakukan?

Sebenarnya, tidak akan nyata kemampuan anda dalam erti yang sesungguhnya melainkan apabila anda boleh memiih jawapan yang anda kehendaki dalam peluang yang seluas luasnya. Jika jawapan anda itu benar luluslah anda dalam ujian itu. Terbukalah di hadapan anda pintu kemuliaan dan kesempurnaan di masa depan. Tetapi jika jawapan anda salah, anda gagal dalam ujian itu. Maka tertutuplah pintu kemuliaan di hadapan anda.

Demikianlah Allah telah mengurniakan kepada manusia ini kemerdekaan dalam menempuh ujiannya dan memberinya piihan jalan mana yang dikehendakinya dalam menempuh hidupnya.

Jika seseorang tidak mengenal fitrah dirinya dan tidak pula fitrah alam ini tersalah dalam mengenal khaliqnya serta sifat-sifat khalik itu, memilih jalan masiat dan kedurhakaan, tidak dapat mengambil manfaat daripada kebebasan menentukan kehendak maka ia akan menghadapi kegagalan yang nyata dalam ujian ilmu dan akalnya, di dalam kekuatan pembezaan antara yang baik dan yang buruk dan perasaannya tentang kewajipan, ia akan menyaksikan dirinya sebagai seorang yang duduk di bawah kerak yang paling bawah dalam setiap segi hidupnya, dan patutlah jika segala pekerjaannya menjadi mereng sebagaimana anda telah pun mengetahuinya.

Seorang lain telah melulusi ujian ini : Ia menggunakan fikirannya, mengambil faedah yang betul daripada ilmu dan akal yang dikumiakan kepadanya, maka ia mengenal penciptanya dan beriman kepadaNya meskipun ia tidak dipaksa untuk berbuat demikian. Dengan cara demikian ia tidak tersalah dalam membezakan yang baik dengan yang buruk. Ia memilih yang baik dengan kebebasan fikirannya, meskipun di hadapannya tiada sesuatu yang menghalanginya daripada cenderung ke arah kejahatan jika ia mahu. Ia menjadi bijak kerana fitrahnya. Ia mengenal Tuhannya. Ia melakukan taat-setia meskipun ia boleh memilih di antara patuh dan derhaka.

Apakah yang telah meluluskannya dalam ujian ini dan yang menyampaikannya kepada tujuan? Semua itu disebabkan kerana ía mempergunakan akalnya dengan baik. Ia mengambil faedah daripada dua mata, dua telinga dan otak nya. Kalbunya yang hitam itu memerintahnya untuk tidak melakukan perkataan dan perbuatan melainkan yang benar sahaja. Demikianlah datang kepadanya keterangan yang benar kerana ia mengena yang benar, kerana pengenalannya akan Tuhannya, dan kerana ia mengikuti yang benar dan langsung memegangnya

Keajaiban apakah yang terjadi pada orang yang telah mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat itu, orang yang telah dilingkupi oleh sifat-sifat mulia seperti ini?.

Dalam gelanggang ilmu dan amal tiada pilihannya melainkan jalan yang benar dan lurus. Kerana orang yang mengenal Tuhannya dan sifat sesungguhnya Ia telah mengenal permulaan ilmu dan kesudahannya. Orang yang seperti ini tidak mungkin melangkah melalui jalan yang sesat dalam hayatnya kerana langkah pertama yang dilangkahkannya adalah berdasarkan ilmu dan pandangan, dan baginya tiada tersembunyi akhir jalan yang ditujunya Anda saksikan ia meneliti keajaiban langit dan bumi. Ia berusaha mengenal rahsla alam dengan cara falsafah, tétapi ia tiada tersesat di dalam kegelapan syak dan ragu-ragu. Ia menggunakan ilmu pengetahuan sains untuk mengenal undang-undang tabii. Dan alam itu dikeluarkannya perbendaharaan yang tersembunyi. Terbuka baginya kekuatan yang disimpankan Allah di dalam dunia dan di dalam diri manusia. Ia melahirkan cara-cara mengambil manfaat daripada berbagai benda di langit dan di bumi. Tetapi taqwanya kepada Allah dan gentarnya akan berdiri di hadapan Tuhan pada hari Qiamat kelak mencegahnya daripada menggunakan ilmunya ke jalan yang salah pada setiap langkahnya. Dirinya sentiasa tidak terpesong dalam setiap marhalah perjalanan hidupnya, sehingga ia merasa menguasai semua ini, atau ia merasa menang ke atas tabii, sehingga bolehlah ia mempergunakan ilmunya untuk mengambil manfaat bagi dininya, dan untuk menguasai dunia, menaklukkan negeri-negeri, sehingga dengan ilmunya itu ia menanamkan ketakutan di dalam hati manusia dengan membinasakan pertanian, keturunan dan melakukan penumpahan darah.

Kebinasaan seperti itu tidak akan berlaku melainkan oleh perbuatan saintis yang kafir. Adapun saintis Muslim, setiap kali bertambah ilmu sainsnya dan kemahiran dalam ilmu itu dan pengenalan akan rahsia langit dan bumi, akan bertambahlah imannya kepada Allah, bertambah keyakinannya akan kemahaesaanNya, bertambah syukurnya ke atas nimatNya, dan akan bertambah kukuh itikadnya bahawa Tuhannya tidak akan memberinya pengetahuan mengenai hukum tabii melainkan supaya jadilah ia pelayan kepada hamba-hambaNya, dan mengusahakan sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepadanya dan kepada ummat manusia seluruhnya. Yang demikian itulah kesyukuran yang sebenarnya kepada Allah Taala atas segala nimat yang dikurniakan Nya.

Demikian juga, tiada berbeza antara seorang Muslim dengan seorang kafir dalam mencari hakikat dan kesungguhan dalam bidang sejarah, ekonomi, politik, undang-undang dan lain-lain ilmu sains dan sastera. Walau bagaimana pun ada perbezaan dalam pandangan di antara dua golongan manusia ini. Seorang Muslim mempelajari setiap ilmu dengan pandangan yang benar dan tujuan yang baik. Dengan ilmunya itu ia mencari natijah yang sihat.

Dalam ilmu sejarah ia mengambil pelajaran dan pengalaman manusia zaman lampau dan mencari sebab-sebab hakiki bagi ketinggian bangsa-bangsa dan kejatuhannya. Ia bersungguh-sungguh untuk mengenal sesuatu yang memberi manfaat yang betul di dalam kemajuan dan peradabannya. Ia mengambil faedah daripada perbuatan tokoh-tokoh sejarah yang salih dalam perbuatan dan perkataan mereka. Ia menjauhi apa saja yang boleh membinasakan bangsa-bangsa dan menbuang segala sebab yang menimbulkan bencana dan kelemahan.

Di dalam ekonomi, ia memilih cara-cara pengusahaan mencari kekayaan dan pembelanjaannya yang memberi manfaat kepada manusia, tidak terhad kepada sesuatu golongan sahaja, melainkan melingkupi seluruh penduduk muka bumi.

Di dalam bidang politik, cita-citanya tertuju kepada pelingkupan bumi ini dengan asas-asas keselamatan, kesejahteraan, keadilan, kebaikan, kemuliaan dan marwah. Ia tidak akan berusaha memperbudak manusia dan menghinakannya. Ia tidak berusaha memeras mereka, peribadi oleh peribadi, atau kelompok oleh kelompok. Baginya kewibawaan alat-alat kerajaan dan pemerintahan adalah perkakas penenteram, kurnia Allah yang dipergunakan untuk membahagiakan hambaNya dan untuk kejayaan mereka seluruhnya.

Di dalam bidang undang-undang, pandangannya tertuju kepada penetapan hak dan kewajipan seluruh manusia dengan matlamat menegakkan keadilan, kejujuran dan seorangpun tidak akan dizalimi dengan sesuatu cara.

Benar, jujur, memelihara diri dan kecemaran, takut akan Allah dan mengikut yang hak, semua itu adalah kumpulan pekerti seorang Muslim. Ia tidak akan hidup di dunia ini melainkan dengan pengetahuan bahawa Allah Taala adalah Tuhan seluruh alam dan pemiik setiap yang ada padanya; dan bahawa apa yang ada padanya dan yang ada pada manusia datang daripada Allah; dan bahawa manusia tidak memiliki dirinya dan kekuatan tubuhnya; dan bahawa tiap sesuatu yang ada padanya adalah amanah daripada Allah yang tidak halal baginya menggunakannya melainkan mengikut yang ditentukan oleh keridhaan Allah Taala; dan bahawasanya Allah memperhatikan pelaksanaan amanah ini dan akan membuat perhitungan seteliti-telitinya pada hari yang tiada disangsikan lagi.

Rujuklah diri anda sendiri, dan berfikirlah sedikit berkenaan dengan pekerti lelaki seperti ini:

Dibersihkannya kalbunya daripada sangkaan yang salah, dibersihkannya fikirannya daripada angan-angan yang jahat. Diperjamkannya matanya daripada melihat kekejian. Ditulikannya telinganya danipada mendengar yang buruk-buruk. Dipeliharanya lidahnya daripada memperkatakan sesuatu yang berlawanan dengan kebenaran. Ia memilih mati kelaparan daripada diisinya perutnya dengan rezki yang haram. Ditahannya tangannya daripada berbuat zalim dan memperkosa hak orang lain. Ia tidak melangkahkan kakinya di jalan yang jahat. Ia tidak mahu menundukkan kepalanya di depan kebatilan meskipun ia disalibkan atau tubuhnya dikerat-kerat. Segala cita-cita dan hajatnya tidak dibawanya ke alam nyata dengan melalui jalan kejahatan, kezaliman dan permusuhan. Yang paling dimuliakannya ialah yang hak, berkata benar dan berlaku jujur. Ia tidak kedekut terhadap dirinya dan hartanya pada jalan yang hak. Dalam padanga nya, yang paling dimurkainya ialah kezaliman, dusta dan khianat. Ia tidak rela menggunakan sifat-silat ini dan ia tidak mahu memilih jalan ini disebabkan takut mudarat menimpa dirinya atau mengharapkan manfaat bagi dirinya.

Orang seperti ini, ialah juga yang akan berjaya mencapai kemenangan dunia.

Benar! Tidak ada orang di dunia ini yang mempunyai kemuliaan, kehormatan, kelebihan dan ketinggian lebih banyak daripadanya, kerana kepalanya tidak tertunduk, tangannya tidak terulur di depan seseorang selain Allah. Manalah ada alasan bagi kehinaan dan kerendahan untuk mencapainya.

Tiada seorangpun di dunia ini yang mempunyai kekuatan, keberanian dan ketangkasan lebih daripada orang seperti ini kerana tiada yang ditakutinya selain Allah. Ketangkasaannya tiada tertakluk kepada yang lainNya. Kekuatan manakah yang mampu menyelewengkannya daripada jalan lurus? Dan harta manakah yang sanggup membeli kekayaan imannya?

Tiada seorangpun di dunia ini yang lebih kaya dan lebih berharta daripadanya, kerana ia bukan pengejar dunia, dan ia bukan pula pengawal dindingnya yang fana dan bukan pengikut hawa-nafsu. Ia merasa cukup dengan apa yang diusahakannya mengikut jalan yang benar. Ia tiada menoleh kepada kekayaan yang diharamkan. Ia meninggalkannya kerana menganggapnya hina dan ringan walaupun dihidangkan kepadanya berlonggok-longgok. Ini adalah kekayaan sifat memadakan dan ketenangan. Tiada mungkin di dunia ini ada kekayaan yang lebih tinggi nilainya daripada itu.

Tiada di dunia seseorang yang dikasihi manusia lebih daripada dirinya, lebih mulia pada pandangan mereka, kerana ia menunaikan hak-hak yang sempurna kepada setiap orang, tiada dikuranginya sedikitpun. Ia berbuat baik kepada mereka, dan tiada berbuat jahat kepada seorangpun. Ia memperjuangkan kebahagiaan mereka. Ia tiada mengharap balas dan terima kasih dan mereka. Semua itu dilakukannya kerana ia mendekatkan diri kepada hati manusia. Ia menarik setiap orang untuk mengasihinya, menghormatinya dan memuliakannya.

Tiada seorangpun di dunia ini yang berkumpul dalam dirinya kepercayaan dan perpegangan manusia lebih besar daripadanya, kerana ia tidak mengkhianati kepercayaan mereka, dan sentiasa menghadapi mereka dengan berkata benar dan berbuat baik. Ia menunaikan segala yang dijanjikannya kepada mereka dalam setiap keadaannya. Ia tidak pernah meminta ganti ke atas kebenaran dan kejujuran yang diberinya kepada manusia. Dalam dirinya ada keyakinan bahawa Allah memperhatikannya, sehinggapun ke atas perkara-perkara yang tidak dilihat oleh sesiapapun di dunia ini. Jangan anda tanya lagi setakat mana cinta kasih manusia kepadanya, dan setakat mana pula mereka menjadikannya tempat bertanya bagi semua masalah mereka.

Apabila anda mengetahui semua riwayat hidup Muslim ini, dan akhlaqnya di dunia ini nescaya anda dengan sendirinya menjadi yakin bahawa adalah mustahil seorang Muslim itu hidup terhina di dunia; nescaya anda meyakinkan diri anda sendiri bahawa mustahil seorang Muslim itu hidup hina-dina di dunia gagal dalam menjalankan urusannya. Bahkan tidak boleh tidak ia hidup dalam lingkungan yang mulia, tegak kepalanya, kerana sifat-sifat yang telah dihiaskan oleh Islam kepada dirinya tidak mungkin dapat dikalahkan oleh sesuatu kekuatan paksaan di dunia ini selama lamanya.

Ini, adalah pengalaman seorang hamba Muslim dalam hidup dunianya. Adapun diakhirat Allah melingkupinya dengan keredhaanNya. Dimasukkannya ke dalam taman syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Untuknya disediakan segala pemuas nafsunya. Semua itu adalah balasan atas perbuatannya menunaikan amanah, dan kejayaannya dalam ujian yang ditempohnya di dunia.

Itulah dia kemenangan nyata yang abadi, yang dinimati oleh hamba Muslim di dunia dan di akhirat.

Inilah dia Islam. Ugama manusia yang telah difitrahkan kepadanya. Ia tidak tertentu untuk sesuatu ummat sahaja. Ia tidak tertentu untuk sesuatu rantau sahaja. Dan ia tidak tertentu untuk sesuatu masa sahaja. Semua orang yang mengenal Allah menganut agama itu, mematuhi undang undangnya, melalui jalannya yang lurus, pada setiap masa, setiap bangsa dan setiap rantau. Apakah ia menamai agamanya itu Islam, atau menyebutnya dengan nama yang lain sesuai dengan lidah kaumnya.