Make your own free website on Tripod.com

Al-faqirah Ilallah

Sya'ban
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

BULAN SYA'BAN

Oleh : Ust Jamaluddin Bin Hj Johari

 

Selepas bulan Rejab , bulan Sya'ban dan selepas Syaban datang bulan Ramadhan.                

Kesemuanya bulan di sisi Allah ada 12 bulan . Empat daripadanya bulan Haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab sebagaimana disepakati Ulama. Dalilnya firman Allah swt  maksudnya : " Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) "       (Al-Taubah ayat 36 )

 

Bukan  bulan Rejab sahaja bulan Allah sebagaimana yang  diriwayatkan dalam hadis yang tidak sahih dari Nabi saw yang sering kita dengari iaitu hadis yang dikatakan dari Anas bin Malik ra    " Bulan Rejab bulan Allah , bulan Sya'ban bulanku , bulan Ramadhan bulan umatku" . Hadis ini  kata mijoriti para Ulama adalah hadis palsu ( maudhu') serta dusta  . Antara para Ulama yang mengatakan hadis ini palsu ialah Syeikh Dr Yusuf Qardhawi  dalam kitabnya "Fatawa Semasa"  ( jz 1 / ms 264 ) , Ibnu Qaiyim Al-Juaziyah dalam kitabnya berjudul "Himpunan Hadis-Hadis Palsu "( jz 3 / ms 123-125 ) , Hafiz Ibnu Hajar Asqalani dalam kitabnya berjudul "Penjelasan Terhadap Perkara Yang Menghirankan Mengenai Hadis-Hadis Tentang Rejab" dan  As-Syaukani dalam kitabnya " Faedah-Faedah Himpunan Hadis-Hadis Palsu" ( ms 439 ).

 

Kelebihan Bulan Sya'ban:

 

Pada bulan Sya'ban  Nabi saw banyak berpuasa di dalamnya sebagaimana yang diriwayatkan oleh para Sahabat ra antara hadisnya:-

  1. Maksud hadis :" ketika mana ( pada bulan Sya'ban)  Nabi saw berpuasa sehingga kami ( para sahabat) berkata : sekiranya dia berpuasa seolah-olah tidak mahu berbuka dan jika dia berbuka seolah-olah tidak hendak berpuasa  lagi " ( diriwayat oleh Al-Bukahri , Muslim dan Abu Daud ,Al-Muntaqa min kitab At-Targhib Wat Tarhib : jz 1 / ms 318 , hadis bernombor 532 )
  2. Hadis dari Usamah Bin Zaid ra bahawa dia bertanya Nabi saw : " Wahai Rasulullah , aku tak pernah melihat engkau (banyak) berpuasa dalam mana-mana bulan sepertimana engkau (banyak) berpuasa dalam bulan Sya'ban? Jawab Nabi saw : " itulah bulan di mana ramai manusia  yang lalai dalam bulan (Sya'ban) yang berada dipeantaran bulan Rejab dan Ramadhan. Pada bulan (Sya'ban) inilah  diangkat naik segala amalan manusia  ke Tuhan sekelian Alam , sedangkan aku sangat suka jika segala amalanku diangkat naik berkeadaan aku berpuasa"  ( riwayat An-Nasaei , Al-Muntaqa min kitab At-Targhib Wat Tarhib : jz 1 / ms 318 , hadis nombor 531 )
  3. Hadis dari Aisyah raha, bahawa Nabi saw berpuasa pada bulan Sya'ban keseluruhannya , aku ( Aisyah ) bertanya kepada Nabi : wahai Rasulullah , adakah bulan Sya'ban antara bulan-bulan yang paling engkau suka berpuasa ? jawab Nabi saw : sesungguhnya Allah dalam  setahun  pada bulan Sya'ban akan  mencatit kematian setiap jiwa , maka aku suka jika ajalku datang berkadaan aku berpuasa"  (riwayat Abu Ya'la, kitab Mukhtasar At-Targhib Wat Tarhib : ms 96 , hadis nombor 309 )

 

Dalam setenggah riwayat seperti hadis Aisyah mengatakan bahawa Nabi saw tidak pernah berpuasa bulan Sya'ban sepenuhnya sama sekali. Yang dimaksudkan bahawa Nabi saw tidak terus menerus berpuasa sepanjang bulan Sya'ban sepenuhnya sama sekali kecauli bulan Ramadhan. ( kitab Fikh Puasa Syeikh  Dr Yusuf Qardhawi : ms 124 -125 )

 

Puasa mendekati hamba dengan Allah swt dan menjadikan hamba itu lebih layak diterima segala doa dan amalannya . Oleh itu , Nabi saw sangat memberi perhatian dengan banyak berpuasa  pada bulan Sya'ban dimana ramai dikalangan manusia yang lalai dalam bulan ini diantara  Rejab bulan haram (yang dihormati) dan Ramadhan bulan yang dimuliakan dan bulan Qur'an.  Dari sinilah  datangnya hikmah kelebihan bulan Sya'ban yang disyariatkan berpuasa di dalamnya dan juga bagi sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan yang dahulu kerana sakit atau bermusafir atau kerana haid bagi wanita maka hendaklah pada bulan Sya'ban ini dia segera membayar ( qadha ) hari-hari yang ditinggalkan pada Ramadhan yang lalu  sebelum masuk  bulan Ramadhan yang akan datang. Kerana kita manusia tidak tahu bilakah ajal kita akan datang , tidak ada siapa pun dapat menjamin kesihataan dan umurnya , oleh itu sebelum datang waktu sakit dan nyawanya dicabut maka janganlah dia lalai dari segala hutang-hutangnya dengan Allah swt hendaklah dia segera membayarnya. Itulah apa yang hendak dimaksudkan didalam hadis Nabi saw di atas tadi.

 

Hikmah dari berpuasa bulan Sya'ban ini juga adalah persediaan dan latihan diri kita sebelum berpuasa pada Ramadhan yang akan datang. Seumpama seorang  ahli sukan yang akan  berlatih dahulu sebelum  masuk ke padang.

 

Nusfu Sya'ban ( pertenggahan bulan Sya'ban):

 

1- Mengenai Kelebihan Hari Nusfu Sya'ban:

 

Mengenai kelebihan hari nusfu Sya'ban  ( 15 Sya'ban) , kata Syeikh Dr Yusuf Qardhawi :           "berkaitan dengan  kelebihan malam nusfu Sya'ban kebanyakan hadis-hadis yang meceritakan kelebihan tentang nusfu Sya'ban ini telah ditolak oleh sebahagian ulama kesemua hadis-hadis itu . Para ulama seperti Imam Ibnu Qaiyim Al-Juazi dan Imam Arabi mengatakan bahawa hadis-hadis itu tidak sahih dari Nabi .

 

Di sana ada sebahagian hadis-hadis yang dihasankan oleh ulama seperti hadis dari Mu'az bin Jabal iaitu : "Allah akan menlihat-lihat kepada keseluruhan ciptaanNya pada malam nusfu Sya'ban lalu Ia mengampun dosa kesemua makhlukNya kecuali dosa syirik dan dosa  orang bergaduh / bertelingkah"  ( riwayat At-Tabrani dalam kitab Al-Kabir dan Ibnu Hiban dalam Shahihnya , lihat Al-Muntaqa  min kitab At-Targhib wat Tarhib : jz 1 / ms 318 -319 , hadis no: 533 )

 

Hadis ini menyatakan dua jenis dosa yang tidak diamponi oleh Allah iaitu:-

  1. Dosa syirik . Firman  Allah swt maksudnya : " Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh"  ( An-Nisaa' ayat 116 )
  2. Dosa orang yang bergaduh / bertelingkah tanpa bertegur satu sama lain.  Hadis Nabi saw dari Abu Hurairah ra maksudnya : " dibuka pintu-pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis , lalu diamponi dosa setiap hamba yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu pun , kecuali ( tidak diamponi dosa) seorang yang mempunyai pergaduhan dengan saudaranya , lalu dikatakan ( Allah kata kepada para Malaikat ) : lihatlah kamu sekelian kepada dua orang yang bergaduh itu sehingga keduanya berbaik kembali"  (  riwayat Muslim ) .                  Hadis  dari Abu Ayub Al-Ansari ra , sabda Nabi : " tidak halal bagi sesorang muslim meninggalkan (tidak bertegur satu sama lain) saudaranya  lebih dari tiga hari , bila bertemu keduanya masing-masing berpaling muka ( tidak mahu bertegur ), sebaik-baik orang dari kedua mereka adalah orang yang mula memberi salam" ( riwayat Muslim  )

 

 

 

 

 

Bersih hati dari segala sifat hasad dengki serta kebencian kepada manusia adalah menjadi asas utama dalam Islam . Islam meletakan asas kehidupan manusia atas dua perkara : -

  1. Hendaklah mereka  sentiasa memperelokan hubungan mereka dengan Allah yang mencipta mereka.
  2. Hendaklah mereka sentiasa memperelokan hubungan mereka antara satu sama lain atas asas pesaudaraan dan kasih sayang.

 

Firman Allah swt maksudnya :

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya"

( Surah Ali Imran ayat 103)

 

Hadis  dari Anas bin Malik ra , sabda Nabi saw : " tidak beriman sesorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri " ( riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

 

2- Mengkhususkan Pada Hari Nusfu Sya'ban Dengan Amal Ibadat Tertentu:

 

Kata Syeikh Dr Yusuf Qardhawi :" mengkhususkan pada sebelah malam nusfu Sya'ban dengan solat sunat tertentu , sebelah siang dengan puasa khas , tidak ada hadis sahih untuk melakukan demikian itu. Tidak harus menjadikan hadis-hadis yang lemah dan palsu untuk dijadikan dalil untuk beribadat kepada Allah. Kerana ( kaedah usulfikh) asal ibadat dalam Islam adalah haram kecuali ada hadis yang sahih lagi nyata membolehkan melakukannya , hatta tidak manusia melakukan sesuatu ibadat yang tidak disyariatkan oleh Allah. Setiap perkara baru direka dalam hal agama adalah bid'ah , tiap- tiap bid'ah adalah sesat."

Katanya lagi : " ketika waktu  kecil dahulu  aku melihat kebanyakan orang merayai malam nusfu Sya'ban dan mereka mengangap malam itu adalah salah satu perayaan dalam Islam , mereka membuat sembelihan binatang untuk kenduri  dan berkumpul di masjid-masjid atau surau-surau untuk membaca surah Yasin dan bersolat sunat dua rakaat dengan niat  dipanjangkan umur serta dua rakaat yang lain dengan niat tidak mengharapkan kepada manusia dan membaca doa-doa (isi kandungan) yang mempunyai percanggahan satu sama lain, kesemuanya ini tidak ada asal ( dalil ) dari agama" ( kitab Khutbah Dr Yusuf Qardhawi : jz 1/ ms 193-194 )

 

Kata Imam Nawawi rahimahullah dalam kitabnya Al-Majmuk :"solat yang dikenali dengan solat raghaib ( solat-solat sunat ) sebanyak 12 raka'at diantara waktu maghrib dan isyak pada awal malam jumaat dalam bulan Rejab dan solat sunat pada malam nufsu Sya'ban sebanyak 100 raka'at, kedua-dua solat ini adalah bid'ah yang ditolak sama sekali"  ( kitab Al-Majmuk Imam Nawawi : jz 4 / ms 61 )

 

Ketika ditanya Syeikh Atiyah Shaqr bekas ketua majlis fatwa Al-Azhar   tentang mengadakan perayaan , solat dan doa khas pada nufsu Sya'ban beliau menjawab : " bentuk perayaan malam nufsu Sya'ban  yang dilakukan secara beramai-ramai  pada hari ini tidak ada pada zaman Nabi saw dan para sahabat tetapi mula diada-adakan pada zaman Tabi'ein. Mijoriti para Ulama dari ahli Hijaz seperti Syeikh Ataa' dan Ibnu Abi Malikiah - menginkari ( menolak ) perayaan malam nufsu Sya'ban dengan mendirikan solat-solat sunat tertentu , begitu juga pendapat ahli Fuqaha Madinah dan para pengikut mazhab Malik , mereka mengatakan perbuatan itu adalah bid'ah. Mengenai doa-doa tertentu malam nusfu Sya'ban tidak ada satu pun hadis yang sahih dari Nabi"

(Fatwa bekas ketua majlis fatwa Al-Azhar Syeikh Atiyah Shaqr bertarikh 13 /10 /2002 )

Kesimpulan , Nabi saw merayai  bulan Sya'ban  dengan memperbanyakan puasa di dalamnya . Adapun mengenai qiamulalai , Nabi saw sudah menjadi kebiasaannya  melakukannya pada setiap bulan tanpa menentukan satu bulan khas atau hari tertentu maka qiamulalai Nabi saw pada malam nusfu Sya'ban seperti qiamulalainya pada malam-malam yang lain. Bagi sesiapa yang sudah biasa melakukan qiamulalai  atau puasa-puasa sunat seperti puasa Isnin dan Khamis maka tidaklah salah baginya untuk berqiamulalai dan berpuasa jika kebetulan nusfu Sya'ban jatuh pada hari Isnin atau Khamis. Yang tidak bolehnya, menentukan berpuasa semata-mata hanya pada nufsu Sya'ban sahaja dan sebelah malamnya  berqiamulalai  dengan kerpercayaan ada fadhilat-fadhilat tertentu .

 

Peristiwa Yang Berlaku Dalam Bulan Sya'ban .

 

Pertukaran Qiblat :

Peristiwa pertukaran Qiblat daripada Baitul Maqdis  ke  Baitullah Al- Haram  di Mekkah berlaku pada tahun kedua dari Hijrah Nabawiyah dalam bulan Sya'ban.

 

Selama 17 bulan Nabi saw  bersolat mengadap kearah Baitul Maqdis. Baitul Maqdis adalah Qiblat para Ambiya' bersolat kearahnya. Pertukaran arah Qiblat daripada Baitul Maqdis ke Baitullah sentiasa menjadi hasrat hati Nabi saw semenjak  berada di Mekkah lagi beliau menharapkan pertukaran ini. Ketika berada di Masjid Haram sebelum Hijrah beliau cuba mengumpulkan dalam solatnya mengadap  kearah kedua-dua Qiblat dengan cara beliau bersolat di antara rukun Yamani dan Hajratul Aswad.

 

Firman Allah swt maksudnya :

"sesungguhnya kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan" ( Al-Baqarah :144)

 

Ayat ini bermaksud bahawa Allah swt sentiasa memerhatikan Nabi saw menadah tanggannya ke langit ,berdoa kepada Allah dengan harapan diturunkan wahyu yang memerintah tukar arah Qiblat daripada Baitul Maqdis ke Baitullah Al Haram di Mekkah.

 

Yahya Bin Muhammad Al Akhnas menceritakan kisah petukaran ini  :"Rasulullah saw menziarahi Ibu Bashar bin Al Barra' dalam keluarga Bani Salmah . Ibu Bashar telah menyediakan makanan untuk Nabi saw lalu  Nabi pun makan hidangan itu bersama dengan beberapa orang  sahabat. Sesudah makan masuk waktu zohor lalu Nabi pun bersolat bersama dengan para sahabat yang ada di situ di masjid Bani Salmah ( sekarang dikenali dengan nama Masjid Qiblatain sempena dengan  petukaran ini Qiblatain maknanya dua qiblat ) . Sesudah Nabi saw bersolat zohor dua raka'at , turunlah wahyu Allah( ayat 144 di atas ) yang memerintah supaya Nabi saw berpaling kearah Kaabah di Mekkah lalu Nabi dan para sahabat yang bersolat bersamanya pun terus memusingkan tumik mereka (  180 darjah pusingan)  kearah Masjid Haram di Mekkah , mengadap betul-betul  kearah Mizab di Kaabah ( sekarang ini menjadi tempat pancuran emas disalah satu dinding Kaabah di sebelah atas).

( kitab Kesan-Kesan Tarikh Madinah Al Munawarah Lama dan Baru : ms 138 ) 

 

Petukaran Qiblat ini adalah satu ujian kepada kaum muslim ketika itu dan juga menjadi tamparan hebat kepada kaum Yahudi Madinah.

 

 

Puasa Bulan Sya'ban.

Soal Jawab :

Oleh: Ust Jamaluddin Bin Hj Johari

 

1. Adakah di sana hari-hari tertentu dalam bulan Sya'ban yang digalakkan berpuasa pada hari itu?

 

Jawab Syeikh Dr Yusuf Qardhawi : "bulan Sya'ban adalah antara bula-bulan yang  Nabi saw sangat memberi perhatian dengan banyak berpuasa pada bualn ini daripada bulan-bulan yang lain.

Sebagaimana diriwayatkan dari Aisyah raha bahawa Nabi saw tidak pernah berpuasa selama sebulan kecuali bulan Ramadhan sahaja. Ini bercanggahan dengan apa yang dilakukan oleh kebanyakan orang Islam terutama di setenggah negara-negara Arab yang berpuasa selama 3 bulan berterusan iaitu  pada bulan Rejab , Sya'ban , Ramadhan dan puasa 6 hari dalam bulan Syawal yang mereka gelar hari 'Baidh' ( hari telur ) . Mereka mula berpuasa dari awal bulan Rejab sehingga diakhiri pada hari ke tujuh dari bulan Syawal kecuali pada hari raya sahaja tidak mereka berpuasa . Berpuasa selama 3 bulan beterusan ini tidak ada dalil dari Nabi saw dan juga dari sahabat ra serta para tabiein ( Nabi , sahabat dan para tabiein tidak pernah melakukannya).

 

Nabi saw sudah menjadi kebiasanya berpuasa pada setiap bulan , sebagaimana yang diriwayatkan bahawa Aisyah raha berkata :" Nabi saw berpuasa sehingga kami akan berkata : baginda tidak akan berbuka , jika  baginda berbuka kami akan berkata pula : baginda tidak akan berpuasa lagi . Kadang-kadang baginda berpuasa hari Isnin dan Khamis , kadang-kadang beliau berpuasa 3 hari setiap bulan terutama hari-hari baidh qamariyah ( hari 13, 14 ,15 bulan Islam) dan kadang-kadang baginda berpuasa satu hari , berbuka satu sepertimana puasa Nabi Daud 'alaihissalam ,sabda Nabi :" puasa yang paling disukai oleh Allah ada puasa Nabi Daud iaitu puasa satu hari ,berbuka satu hari".

 

Pada bulan Sya'ban  yang paling  banyak Nabi saw berpuasa di dalamnya sebagai persiapan dan bersediaan untuk menyambut Ramadhan . Adapun menentukan hari-hari tertentu dalam bulan Sya'ban untuk berpuasa ( seperti hanya berpuasa hari nusfu Sya'ban sahaja) tidak  ada satu dalil pun dari Nabi.

 

Dalam perkara Agama tidak boleh menentukan hari-hari tertentu untuk berpuasa atau malam tertentu untuk bersembahyang malam tanpa ada dalil syara' ( Al-Quran dan Sunnah). Menentukan masa , tempat untuk beribadat serta bentuk dan caranya ,ini adalah hak dan urusan Allah semata-mata , bukan urusan dan hak manusia dan tidak siapa yang boleh menentukannya.

( Fatwa Syeikh Dr Yusuf Qardhawi bertarikh  8/ 10/2002 ) 

 

2. Adakah boleh berpuasa pada hari-hari selepas  pertenggahan bulan Sya'ban dan adakah hukumnya Makruh ( yang dibenci ) ?

 

Puasa selepas peretnggahan bulan Sya'ban (15 Sya'ban) adalah satu masaalah yang menjadi perselisihan pendapat para Ulama mengenainya .  Hadis yang menjadi perselisihan faham di kalangan Ulama ialah :" apabila datang pertenggahan bulan Sya'ban jangan kamu berpuasa" (  Hadis dari Abu Hurairah ra , dikeluarkannya oleh Ashabul Sunan  dan telah disahihkan oleh Ibnu Haban dan selainnya .Kitab Nailu Autar  : jz 4 / ms 349 )

 

Para Ulama berselisih faham mengenai makna larangan dalam hadis ini adakah ia haram atau makruh atau larangan kepada orang tertentu sahaja ? Para jumhur Ulama ( majoriti ) membolehkan berpuasa selepas pertenggahan Sya'ban. Mazhab Hambali mengatakan hukumnya makruh. Mazhab Syafei mengharamkannya. Pendapat yang lain mengatakan lebih baik meninggalkannya bagi orang yang tidak menjadi kebiasaannya berpuasa  seperti puasa Isnin dan Khamis .

 

 

Di sini dikemukakan pendapat-pendapat para Ulama seperti berikut :-

  1. Pendapat jumhur Ulama membolehkan puasa selepas peretenggahan Sya'ban berdasarkan hadis Umran bin Hushain bahawa Nabi saw bertanya :" wahai si pulan adakah engkau berpuasa surar   ( ada orang menghuraikan makna surar dengan erti peretenggahan) bulan ini? Jawabnya:   tidak wahai Rasulullah . Nabi berkata lagi kepadanya : jika engkau berbuka maka berpuasalah dua hari dari pertenggahan Sya'ban.
  2. Pendapat mazhab Hambali mengatakan  makruh berpuasa selepas pertenggahan Sya'ban berdasarkan hadis Abu Hurairah ra itu "apabila datang pertenggahan bulan Sya'ban jangan kamu berpuasa".
  3. Pendapat mazhab Syafei  yang mengharamkan berpuasa selepas pertenggahan Sya'ban berdasarkan hadis larangan berpuasa pertenggahan Sya'ban.

 

Kata Syihabuddin Ramli :"Adapun yang menjadi pengangan dibolehkan berpuasa bilamana masuk pertenggahan Sya'ban adalah jika ia menyambung puasanya sebelumnya itu ( maksudnya  ia berpuasa sebelum pertenggahan bulan Sya'ban kemudian ia sambung sehingga lepas itu ) jika ia baru hendak mula puasa dipertenggahan Sya'ban maka haram berpuasa"

 

Imam At-Tahawi mengumpul antara hadis yang melarang berpuasa pertenggahan Sya'ban dari Abu Hurairah dengan hadis larangan mendahului satu hari berpuasa sebelum Ramadhan . Katanya: hadis pertama difahami larangan itu bagi sesiapa yang berpuasa menyebabkan ia menjadi lemah. Hadis kedua pula difahami larangan itu bagi mengelak dikatakan ia berpuasa Ramadhan .

 

Kata Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmuk : "sekiranya ia hendak berpuasa sunat pada hari syak ( hari syak ialah hari yang dilarang oleh Nabi untuk berpuasa iaitu sehari sebelum masuk bulan Ramadhan)  , maka boleh ia berpuasa pada hari itu dengan syarat  bahawa sudah menjadi kebiasaannya ia melakukan puasa-puasa sunat seperti puasa Nabi Daud berpuasa sehari berbuka sehari atau puasa Isnin dan Khamis , kebetulan jatuh hari syak itu pada Isnin atau Khamis maka boleh ia berpuasa tetapi kalau  bukan kerana kebiasaannya berpuasa sunat, ia sahaja hendak berpuasa pada hari syak itu maka hukumnya haram"  

 

 As-Syaukani berpendapat :"majoriti Ulama membolehkan berpuasa sunat  pada hari-hari selepas pertenggahan bulan Sya'ban kerana mereka melemahkan hadis yang melarang berpuasa selepas pertenggahan Sya'ban sebagaimana kata Imam Ahmad dan Ibnu Muein bahawa hadis itu  ditolak"

 

Kesimpulan,  sebaik-baik pendapat yang boleh  dipengang sebagai panduan bagi kita sebagaimana pendapat Imam Al-Qartubi yang telah mengumpul antara hadis larangan  dan suruhan dengan merumuskannya katanya :"hadis larangan berpuasa  selepas pertenggahan Sya'ban adalah maksud larangan itu bagi orang yang tidak biasa berpuasa sunat . Maksud dalam hadis perintah  berpuasa adalah bagi orang yang sudah menjadi kebiasaannya berpuasa sunat . Itulah apa yang hendak dimaksudkan oleh hadis-hadis tadi.  Di dalam hadis larangan puasa sunat selepas pertenggahan Sya'ban  telah mengkecaulikan  orang yang sudah menjadi kebiasaannya berpuasa sunat dengan sabda Nabi saw : "kecuali orang yang sudah biasa berpuasa maka hendaklah ia teruskan puasanya" . Tidak boleh sama sekali berpuasa sunat bagi orang yang tidak biasa berpuasa sunat.