Make your own free website on Tripod.com

Al-faqirah Ilallah

Perkara-perkara Yang Sunat Dilakukan Ketika Puasa
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

 Sunat mengakhirkan sahur (makan malam) ketika puasa, menyegerakan berbuka dengan sebiji kurma atau air sebelum sembahyang Maghrib, bersikap pemurah di waktu bulan Ramadhan, membaca Al-Quran, melakukan i'tikaf dalam sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadhan.
 
 Orang yang sedang melakukan i'tikaf itu janganlah keluar dari masjid kecuali keran ada keperluan yang penting. Tidak mengapa menggunakan haruman di dalam masjid, berakad nikah, makan, minum, mencuci tangan di dalam bekas, sebab kesemuanya mungkin diperlukan olehnya.
 
 Ketahuilah bahawa puasa itu ada tiga peringkat iaitu:
a. Puasa Orang Umum
b. Puasa Orang Khusus
c. Puasa Orang Khusus Khusus
 
 Puasa yang umum ialah menahan perut dan kemaluan dari syahwat, makan, minum, bersetubuh dan lain-lain sebagaimana yang telah dijelaskan.
 
 Puasa yang khusus ialah dengan cara sebagaiamana di atas, ditambah dengan menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan lain-lain anggota badan dari segala perbuatan dosa.
 
 Adapun puasa yang khusus khusus ialah yang selain di atas. Dengan puasa hati yakni ditahan dari perkara yang remeh, keduniaan dan pendeknya menahan dari segala sesuatu selain Allah Azza wa Jalla secara keseluruhannya.