Make your own free website on Tripod.com

Al-faqirah Ilallah

Bulan Rejab 2
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

BULAN REJAB

Oleh: Ust Jamaluddin Bin Hj Johari 

Kalau diperhatikan kepada masyarakat kita Malaysia dalam bulan Rejab , ramai dikalangan kita mempunyai kepercayaan terhadap fadhilat bulan Rejab serta mereka melakukan amal ibadat tertentu dalam bulan Rejab berdasarkan hadith-hadith yang lemah lagi munkar ( palsu) . 

Kata Qadhi Al-Fadhil bin Ayadh rahimahullah - :"sesungguhnya sesuatu amalan itu sekiranya dilakukan dengan rasa ikhlas tetapi tidak betul dan tepat maka ia tidak akan diterima dan sekiranya amalan itu dilakukan dengan betul dan tepat tetapi tidak dengan niat ikhlas maka ia tidak diterima juga, sehinggalah amalan itu dilakukan dengan rasa ikhlas dan betul serta bertepatan barulah ia diterima oleh Allah. Katanya lagi : yang dikatakan ikhlas ialah semata-mata kerana Allah swt dan yg dimaksudkan dengan betul atau betetapan itu ialah mengikut sunnah Nabi".

{sila lihat kita Jami' Ulum dan Hikam Ibnu Rejab : ms 72 } 

Syarat diterima sesuatu amalan itu oleh Allah ada dua syarat:-

  1. Niat ikhlas kepada Allah . Dalilnya firman Allah maksudnya : "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar" ( surah Al-Baiyinah :5)
  2. Mengikut Sunnah Nabi. Dalilnya sabda Nabi maksudnya: "Barangsiapa yang beramal dengan satu amalan yang bukan dari pertunjuk kami maka ia tertolak" atau hadith :"barangsiapa yang mengreka-reka satu amalan dalam agama dimana amalan itu bukan dari agama maka ia tertolak ( tidak diterima)" [ hadith dari Aisyah r.aha riwayat Al-Bukhari dan Muslim , Kitab Syarah Sunnah oleh Al-Baghawi : jz 1/ ms 211 ]
 

Definisi Rejab Dan Sebab Dinamakannya. 

Dari segi bahasa : Rejab makna menghormati dan memuliakan.

Dinamakan bulan Rejab kerana orang-orang jahiliyah dahulu menghormati dan memuliakan bulan ini dengan mengharamkan peperang dalam bulan ini.

(Kamus Al-Muhid , ms 113 dan Lisan Al-Arabi , jz 1 / ms 411-412 

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam dan ia merupakan salah satu dari 4 bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat di dalam Firmah Allah swt di dalam Surah Al-Taubah ayat 9 maksudnya : "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati" . Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut.

Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad saw. 

Diantara perkara-perkara yang menjadi kepercayaan dan amalan yang dilakukan dalam bulan Rejab iaitu:- 

1. Sambutan perayaan sempena Isra' dan Mi'raj pada 27 rejab dengan amalan-amalan tertentu. Kata Imam Bin Baaz rahimahullah : "pada malam 27 rejab yang dikatakan berlaku peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi saw , tidak ada satu pun hadith sahih yang menentukan bila berlakunya Isra' dan Mi'raj Nabi . Hadith-hadith yang meriwayatkan tentang malam belakunya Isra' dan Mi'raj kesemuanya tidak sahih dari Nabi di sisi ahli hadith. Ada hikmah Allah swt yang tertentu disebalik tidak menyatakan kepada manusia bila hari belaku peristiwa itu .Jika sekalipun peristiwa Isra' dan Mi'raj belaku pada tarikh yang dikatakan itu , tidak boleh bagi umat Islam menentukan dan melakukan sesuatu amal ibadat pada 27 rejab dan tidak harus melakukan sambutan perayaan pada hari itu kerana Nabi saw dan para sahabatnya tidak pernah melakukannya dan juga mereka tidak pernah menentukan sesuatu amal ibadat pun pada hari itu. Kalaulah ia satu perkara yang disyariatkan oleh agama sudah tentu Nabi saw telah menerangkannya kepada sahabatnya dengan perkataan atau perbuatan .Kalau benar-benar ada sambutan perayaan dan amal ibadat tertentu dibuat oleh Nabi sudah tentu telah tersebar dengan meluas dan para sahabat telah menyatakannya kepada kita. ( Risalah At-Tahzir min Bid'ah Risalah peringatan daripada Bid'ah : ms 7 )

 
  1. Puasa Khas pada 27 Rejab Sempena Isra' dan Mi'raj. Kata Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi : "antara puasa bulan haram ialah puasa pada 27 rejab yang direka-reka oleh setengah orang mengikut hawa nafsu mereka semata-mata , yang tidak disyariatkannya oleh Allah dan tidak dilakukan oleh Nabi kita saw serta para Khulafa Rasyidin dan juga tidak ada para ulama yang menyuruh melakukannya . Dikalangan kita beranggapan bahawa pada 27 rejab itu berlaku satu peristiwa besar terhadap Nabi kita saw iaitu Isra' dan Mi'raj, oleh itu kita harus bersyukur atas nikmat besar ini yang dikurnia oleh Allah kepada Nabi kita dengan cara kita berpuasa pada hari itu. Tidak ada dalil yang mensyariatkan berpuasa pada hari itu. Kata Ibnu Qaiyim dalam kitabnya Zaadil Mi'aad didalam menerangkan tentang malam Isra' dan Mi'raj yang diambil dari kata Syeikh Islam Ibnu Tiamiyah : tidak diketahui seorang pun dari kalangan muslimin yang menentukan kelebihan malam Isra' dan Mi'raj daripada malam yang lain. Jika ada kelebihan malam itu sudah tentu para sahabat telah menerangkannya oleh kerana tidak diketahui bilakah malam belaku Isra' Mi'raj dan tidak ada dalil yang jelas menerangkan Isra' Mi'raj belaku pada bulan Rejab terutama malam 27 . Oleh itu tidak harus kaum muslim menentukan apa pun jenis ibadat pada malam 27 rejab atau malam selainnya. (Islam Online.net , Fatwa Dr Yusuf Qardhawi bertarikh 22 /09 / 2003 )
 
  1. Solat Raghaaib ( solat-solat sunat) . a) Sifat solat raghaib : Hadith yang meceritakan sifat solat sunat dalam bulan Rejab adalah hadith dusta terhadap Nabi saw . Antara hadithnya yang dikatakan dari Anas bin Malik ra berkata , bersabda Nabi saw: " Bulan Rejab bulan Allah , bulan Sya'ban bulanku , bulan Ramadhan bulan umatku" ..sehingga sabdanya "tidak sesorang pun yang berpuasa pada hari Khamis yang pertama dalam bulan Rejab , kemudian ia bersolat pada malam jumaat antara waktu isyak 12 rakaat .. kecuali Allah akan mengamponi kesemua dosanya sekalipun dosanya seperti buih dilaut dan sebanyak daun-daun pohon kayu serta diberi syafa'at pada hari kiamat sebanyak 700 dari ahli bait.sehingga akhir hadith . Kata Ibnu Al-Jauzi rahimahullah : "hadith-hadith ini adalah hadith maudhu' ( palsu) terhadap Nabi saw. Kerana dalam riwayat hadith ini terdapat orang yang bernama Ibnu Juhaim dimana para ahli hadith menyifatkannya sebagai pendusta . Aku telah mendengar dari syeikhku Abdul Wahab Hafiz menyatakan :"perawi-perawi hadith itu tidak diketahui siapa mereka dan aku telah berusaha mencari dalam semua kitab perawi hadith tidak seorang pun nama-nama mereka yang aku temui" [ sila lihat kitab hadith-hadith palsu ( Maudhu'at) oleh Ibnu Al-Juazi : jz 2 / ms 123-125 ]

    Begitu juga kata Imam As-Syaukani rahimahullah : " hadith-hadith itu adalah hadith maudhu ( palsu) dan para perawinya majhul ( tidak dikenali) ,inilah solat-solat sunat yang menjadi mahsyur dikalangan umat Islam , kesemua ahli para hafiz hadith bersepakat mengatakan bahawa hadith itu palsu . ( Kitab Al- Fawaeid Al-Majmuah dalam hadis-hadis palsu :ms 48)  

    b) Hukumnya, kata Iman An-Nawawi : "Sesungguhnya solat-solat raghaib itu adalah bid'ah munkarah daripada bid'ah yang sesat" ( Kitab Sahih Muslim Syarah Imam An-Nawawi : jz 8 / ms 20 )  

    Kata Syeikh Islam Ibnu Tiamiyah : " Solat raghaib dalam bulan Rejab tidak ada asalnya dari agama malah ia dari perkara bid'ah yang direka-reka dengan sepakat para ulama , tidak disunahkan oleh Nabi saw dan tidak ada seorang pun dari kalangan Khulafa Rasyidin yang melakukannya dan tidak juga para ulama seperti Imam Malik , Syafei, Ahmad, Abu Hanifah , Thauri, Auza'ei, Laith dan selain dari mereka . Hadith-hadith yang diriwayat tentangnya kesemuanya palsu lagi dusta. ( Majmuk Fatawa Syeikh Islam Ibnu Tiamiyah : jz 23 / ms 123) 

    Begitu juga kata Hafiz Ibnu Rejab :"Solat raghaib ini adalah bid'ah di sisi jumhur ulama. Solat ini tidak disebut oleh para ulama dahulu kerana ia direka dan awal timbulnya selepas zaman mereka sesudah 400 tahun". ( Kitab Lataeif Al-Ma'arif Ibnu Rejab : ms 228 ) 

    4. Puasa Bulan Rejab keseluruhannya atau sebahagiannya dengan berkeyakinan ada ganjaran-ganjaran pahala tertentu ( fadhilatnya). Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar Asqalani : "tidak ada hadith sahih yang menceritakan tentang kelebihan bulan Rejab dan tidak juga tentang puasa Rejab atau pun puasa yang tertentu dan juga tentang solat qiamulail yang khas dalamnya". ( Kitab Tabyin Al-A'jab dalam bab menceritkan tentang fadhilat Rejab , Ibnu Hajar : ms 23 )

    Kata Ibnu Qaiyim :" hadith-hadith yang menceritakan tentang puasa rejab dan solat sebahagian malam pada bulan rejab adalah kesemuanya hadith palsu yang diada-adakan" ( Kitab Al-Manar Al-Munif dalam Hadith Sahih dan Dhaeif , Ibnu Al-Qaiyim : ms 97 )

    Diceritakan bahawa Saidina Umar Ibnu Khatab ra telah memukul tangan-tangan orang yang berpuasa rejab sehingga mereka meninggalkannya serta berkata: bahawasanya bulan rejab ini adalah bulan yang dihormati dan dimuliakan oleh orang-orang jahiliyah. ( diceritakan oleh Ibnu Dahiyah dalam kitabnya yang berjudul : Adaa' Ma Wajaba Min Bayan Wadh'ei Al-Wadhaa'ein Fil Rejab, ms 113 . Disahkan cerita ini oleh Syeikh Albaani dalam kitab Irwa' Al-Ghalil : jz 4 / ms 113-114 )  

    Kata Imam At-Taratusyei : "jika sesorang itu ingin berpuasa dalam bulan Rejab dibolehkan asalkan bukan puasanya itu kerana bulan Rejab serta jangan berangapan ia adalah wajib atau sunat". ( Kitab Hawadith dan Bid'ah , At-Taratusyei :ms 110-111 ) 

  1. Umrah Dalam Bulan Rejab Dengan Berkeyakinan Menuniakan Umrah Dalamnya Ada Fadhilat Tertentu. Tidak ada hadith yang menceritakan bahawa Nabi saw melakukan umrah dalam bulan Rejab atau mengkhususkan umrah dalam rejab sahaja tanpa bulan yang lain. Tidak ada beza pahala umrah pada bulan rejab dari bulan yang lain sebagaiman yang disangka oleh setengah orang. Nabi saw me;lakukan umrah sepanjang hayat sebanyak 4 kali sahaja iaitu : 1- Umrah Hudaibiyah pada tahun ke 6 hijrah. 2- Umrah Qadha pada tahun selepasnya ( tahun ke7 hijrah). 3- Umrah dari Ja'ranah ketika keluar dalam peperangan Hunain. 4- Umrah bersama dengan haji ketika Nabi menunaikan haji. ( kitab Zaadul Mi'aad , Ibnu Qaiyim : jz 2 / ms 90-91 )
        Syeikh Muhammad bin Ibrahim Alisyeikh rahimahullah  menyatakan bahawa para ulama

    melarang daripada menentukan hanya pada bulan Rejab sahaja banyak melakukan umrah.

    ( Kitab Fatawa Syeikh Muhammad Bin Ibrahim Alisyeikh : jz 6/ ms 131 )

    Berkata Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz At-Tuwajiri : "pendapat yang kuat disisiku wallahu alam- ialah mengkhususkan umrah hanya pada bulan Rejab tidak ada asal usulnya dari agama kerana tidak ada dalil syara' ( Al-Quran dan Sunnah) yang mengkhususkan umrah dalam bulan Rejab , disampin itu terbukti dari sirah Nabawi bahawa beliau tidak pernah melakukan umrah pada bulan Rejab sama sekali. ( Kitab Bid'ah Hauliyah Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz At-Tuwajiri :ms 238 ) 

    Kalau benar ada fadhilat yang tertentu bagi umrah dalam bulan Rejab sudah tentu para ulama telah menyebutnya kerana mereka lebih mengambil berat terutama dalam hal-hal ibadat sebagaimana fadhilat umrah dalam bulan Ramadhan dan seumpamanya . 

    Sebagaimana yang diceritakan dari Ibnu Umar ra , ketika mana dia ditanya orang :" wahai ayah Abdul Rahman, adakah pernah Nabi saw berumrah pada bulan Rejab" , jawabnya : ya , bila Aisyah r.aha mendengar jawab Ibnu Umar itu , ia menafikan yang Nabi pernah berumrah dalam bulan Rejab. Ibnu Umar bila mendengar penafian Aisyah itu , ia terdiam tidak berkata apa-apa samada tidak atau ya . Kalau betul ada fadhilat umrah dalam bulam Rejab sudah tentu Aisyah telah menyebutnya. ( sila lihat kitab Adab dalam bulan Rejab oleh Mala Ali Qari : ms 49-51 )