Make your own free website on Tripod.com

Al-faqirah Ilallah

Catatan 4
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

Assalamualaikum warahmatullah. Sahabat2 yg dikasihi fillah. Sedikat tazkirah untuk dikongsikan. Semoga dapat memberi manfaat bersama, Insha-Allah:

Firman Allah subhaanahu wa ta'aala:

 "Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) suatu faedah yang mudah di dapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafiq itu) akan mengikutimu; tetapi tempat yang hendak yang dituju itu jauh dan dirasakan sukar bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu." (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). (At-Taubah: ayat 42)

 Berdasarkan ayat ini, Allah telah menyebutkan tentang dua tabiat perjuangan iaitu Sukar dan Jauh.

Di dalam surah Al-Anfal, ayat 30 pula Allah menerangkan:

 "Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang musyrik (Makkah) menjalankan terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu, Mereka menjalankan tipu daya dan dan ALlah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya."

 Dan berdasarkan pada ayat ini pula, terdapat 3 tabiat perjuangan sepanjang jalan iaitu Penjara, Bunuh dan Buang Daerah.

Rujukan: Pra syarat kemenangan kita.

Wallahua'lam.

haqirfillah