Make your own free website on Tripod.com

Al-faqirah Ilallah

Catatan 2
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

Assalamualaikum warahmatullah..

Sahabat-sahabat yang dikasihi fillah; semoga semua nya dalam kemanisan iman dan ketinggian amal, insha-Allah.

Sedikit tazkirah untuk pagi ini. Semoga dapat memberi manfaat bersama.

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Hadis Sayidina Othman bin Affan r.a:
Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu (Sahih Muslim).

Dan sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi wa Sallam lagi:

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian (Sahih Muslim)

Sangat besar fadhilat wudhu' yang kadang2 kita ambil ringan. Walaupun ia amat mudah dilakukan, tetapi kita selalu melepaskan peluang meraih pahala amalan ini. Terdapat lagi beberapa janji2 Allah yg telah Nabi kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam sampaikan melalui hadith2nya. Malahan baginda sendiri telah mempastikan dirinya  berwudhu' meskipun masih dalam keadaan berjunub.

Hadis Aisyah r.a:
Apabila Rasulullah s.a.w ingin tidur, sedangkan baginda masih dalam keadaan berjunub, baginda berwuduk sebagaimana yang dilakukan ketika ingin mendirikan sembahyang sebelum tidur (Sahih Muslim)

Ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa Rasulullah amat memberati amalan wudhu' ini. Kita sebagai ummat yang mengaku mahu mengikut jejak baginda yg dikasihi, seharusnya melihat perkara ini sebagai suatu yang besar. Insha-Allah semoga ianya merupakan salah satu sebab kita layak untuk mendapat syafaat baginda di akhirat kelak.

Sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi wa Sallam lagi:

"Apabila namaku diseru oleh malaikat, maka ummatku pun turut berada di belakangku dengan keadaan wajahnya putih bersih kerana bekas air wudhu' mereka."(Hadith Riwayat........?)

Kesan dan tanda ini hanya diperolehi oleh ummat Muhammad sahaja. Tidak ada pada ummat2 lain. Oleh itu, janganlah kita mengambil ringan dan cuba bersungguh2 melaksanakannya dengan cermat sepertimana yang dikehendaki oleh syara'.

Sebaik-baiknya ia dijadikan amalan, walaupun ketika berada di luar waktu solat. Kerana selama mana org mukmin itu dalam keadaan wudhu' yang sempurna, maka selama itu lah wajahnya akan berseri di sisi Allah.Insha-ALlah.

haqirfillah.