Make your own free website on Tripod.com

Al-faqirah Ilallah

Catatan 1
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

Assalamualaikum warahmatullah. Semoga sahabat2 fillah berada dalam keadaan sihat walafiat.

 Sekadar sedikit renungan pagi ni. Baru sahaja membaca berita harian. Cuma baca sedikit tentang perang. Sedar tak sedar, hampir dua minggu saudara2 kita di Iraq berjuang untuk mempertahankan diri dan negara masing2 di sana. Mungkin yg mampu kita kirimkan di sini, dalam suasana aman di sini, hanyalah doa. Atau mungkin jika kita mampu untuk menyumbang harta atau sebagainya. Yang paling penting kita turut memikirkan tentang derita yang sedang di alami oleh sahabat2 di sana. Paling tidak menyumbangkan titipan doa untuk mereka di sana. 

 Firman Allah subhaanahu wataala:

 Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah:186)

 Dan Sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:

 Doa adalah senjata bagi seorang Mukmin, tiang (pilar) agama, dan cahaya langit dan bumi. (HR Abu Ya'la)

 Sempat juga saya membaca tentang artis di berita harian tadi. Cuma sedikit yang hendak dikongsikan. Betapa pentingnya kita mendalami agama Islam yang mulia ini. Supaya tidak bercakap hanya menurut aqal dan mengikut sedap mulut. Kalau lihat pada kenyataan artis hari ini memang banyak yg bercanggah dari yg sepatutnya. Tentang yg saya baca tadi, ada disebutkan, tentang dirinya yg masih tahu batasan agama. Bila disuruh memakai pakaian yg seksi untuk sesi fotografi, dia menolak. Kalau seksi sikit tak apa katanya. "Saya bekerja menyanyi, dan hanya suara saya yang boleh dikongsikan. sedangkan dari hujung rambut hinga hujung kaki adalah milik saya. Saya masih tahu batasan agama" Emm..di mana agaknya kebenaran kata-katanya ini. Dan bukan seorang dua yang berkata begini. Mungkin kita sama2 blh perhatikan perkembangan artis hari ni.

 Dan sahabat2, peranan yang dimainkan oleh hiburan dan artis sangat besar kalau kita sedar. Ini juga adalah suapan para kafir; yahudi dan nasrani, dan juga para munafiq yg tidak mahu Islam ada di dalam diri orang Islam, lebih2 lagi kita yg muda ini. 

 Firman Allah subhaanahu wa ta'aala:

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka." (Surah al-Baqarah ayat 120).

  Inilah antara cabaran kita hari ini. Sangat halus, dan selalu membuatkan kita leka. Kalau kita lihat sahabat2 remaja yang lainnya pasti kita akan sedih. Apa agaknya yang dapat kita buat untuk menyedarkan mereka. Lebih2 lagi kalau kita pun hampir sama dengan mereka yang lalai. Artis menjadi sanjungan; sedangkan kalau kita lihat remaja di iraq sana, di palestin sana, di afghanistan sana, sedang memikul senjata. Kanak2 di sana sedang melempar batu kepada kereta kebal penceroboh negara mereka.

 "Ya Allah, bantulah saudara kami di Iraq, di Palestin, di Afghanistan dan di seluruh tempat dan zaman."

 Insha-ALlah kita yg sudah ada sedikit kesedaran kurniaanNya ini, cubalah untuk tidak sama2 lalai dengan hiburan yg disuapkan oleh golongan kafir; yahudi dan nasrani, serta golongan munafiq, yg sengaja mahu supaya ruh jihad yang ada dalam diri remaja muslim ini luntur sedikit demi sedikit. Remaja mukmin aset yg sangat penting untuk agamanya. Lihat sahaja semasa zaman Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Bagaimana kisah sahabat Nabi yang masih di awal usia, begitu bersemangat berjuang bersama Nabi. Kalau kita lihat sejarah peperangan Hunain, sahabat yang masih muda belia, keluar dengan begitu bersemangat; ada yang membawa senjata, dan ada yang keluar begitu sahaja, tanpa senjata.

 Hadis Al-Bara' r.a:
Seorang lelaki berkata kepada Al-Bara': Wahai Abu Umarah! Adakah kamu melarikan diri ketika berlakunya peperangan Hunain? Al-Bara' menjawab: Tidak! Rasulullah s.a.w sama sekali tidak berpaling atau berundur. Namun pada saat itu muncul beberapa orang sahabatnya yang muda-muda dan begitu bersemangat. Di antara mereka ada yang membawa senjata yang banyak dan ada pula yang tidak membawa senjata sama sekali. Secara mendadak mereka terus memanah ke arah orang-orang Hawazin dan Bani Nadhir. Panahan mereka telah menepati sasaran. Maka begitulah mereka melindungi Rasulullah s.a.w yang berada di atas baghalnya (kudanya) yang berwarna putih. Sementara itu Abu Sufian bin Al-Harith bin Abdul Muttalib dengan setia membawa baginda. Selepas itu baginda memohon pertolongan dari Allah seraya mengucap: أَنَا النَّبِيُّ لَا كَذِبْ أَنَا ابْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبْ Yang bermaksud: Akulah Nabi yang tidak pernah berdusta, Aku adalah putera Abdul Muttalib. Kemudian baginda menyusun barisan tenteranya." (Sahih Muslim)

 Mungkin kita tak sehebat sahabat2 Nabi ni. Dan sememangnya mereka adalah yang terbaik. Tetapi kita juga berhak dan sepatutnya berusaha untuk melalui jalan2 yang telah mereka lalui untuk bersama2 agama yang mulia ini. Insha-Allah.

 Allah tak memerlukan kita, tapi kita yang memerlukan Allah. Kalau kita berjuang pun, adalah untuk diri kita. Allah tak akan rugi sedikit pun kalau kita menarik diri untuk bersama agamanya. Tetapi yg paling rugi adalah kita sendiri. Malah Allah berjanji dalam firmannya:

  "Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya."  (Al-Maidah:54).

 Untuk akhirnya, semoga ruh perjuangan meresap dalam diri kita, insha-ALlah. Kalau tak mampu menyumbang banyak, kita sumbangkan sikit untuk agama ini. Mungkin dengan amalan yang sedikit itulah nanti yang dapat membantu kita bertemunya kelak.

 Wassalamualaikum warahmatullah.