Make your own free website on Tripod.com

Al-faqirah Ilallah

Surat daripada Muhammad al-Ma'mun al-Hudhaibi
Home
Skima Tarbiyyah Peringkat Satu
Skima Tarbiyyah Peringkat Dua
Skima Tarbiyyah Peringkat Tiga
Ayat Hafazan
Bahan-bahan Usrah
Catatan Usrah Mingguan
Artikel Pilihan
Subhaanallah

Ummat yang telah mengalahkan Tartar semalam boleh mengalahkannya juga
hari ini.

Surat daripada Muhammad al-Ma'mun al-Hudhaibi - Murshid Am Ikhwan
Muslimin

Bala tentera Amerika yang besar jumlahnya telah berhimpun di rantau
ini. Dalam masa yang sama, amaran, ancaman dan ugutan dilakukan oleh
Presiden Amerika, Setiausaha Pertahanannya dan para pegawai
pelaksananya. Mereka semua mengugut bangsa Arab dengan segala
kecelakaan dan kemalangan yang bakal menimpa.



Segala senjata pemusnah besar-besaran Amerika digunakan untuk memaksa
bangsa Arab dan ummat Islam agar menyerah dan memberikan kesetiaan‚¶
agar bersedia untuk mengubah sistem dan keluar daripada ketetapan dan
pegangan⦠agar meloloskan diri daripada identiti yang sebenar,
berlepas diri daripada akidah Islam, menyerahkan seluruh bumi
Palestin kepada regim Zionis dan membuka pintu seluas-luasnya bagi
Zionis merampas bumi di sekitar Palestin.

Keadaannya samalah dengan apa yang telah berlaku di Afghanistan.
Bangsa Arab dan ummat Islam sepatutnya mengambil pengajaran daripada
apa yang telah berlaku. Mereka juga telah melihat sendiri dan
mengikuti apa yang telah berlaku. Kemusnahan, penumpahan darah,
pemusnahan kampung dan bandar, serta pemusnahan ladang dan kaum
keluarga.

Persediaan untuk menyerang Iraq samalah dengan serangan yang telah
dilancarkan terhadap Afghanistan, bersama-sama dengan kenyataan untuk
membuat pembahagian dan penyusunan semula rantau ini agar dapat
menjaga kepentingan Amerika, termasuklah kepentingan regim Zionis di
Israel. Serangan ini juga bertujuan agar semua orang menundukkan
kepala menunjukkan kepatuhan dan kesanggupan untuk menerima segala
kehinaan.

Segala perkara ini dan apa yang ingin dilakukan oleh Presiden
Amerika, George Bush, mengingatkan kita kepada apa yang telah berlaku
kepada datuk nenek kita dahulu. Terutamanya ketika kedengaran suara-
suara hari ini di sana sini yang ada di antaranya yang mengatakan
bahawa serangan dan permusuhan Amerika tidak mungkin boleh dihadapi
atau ditolak lagi... atau yang mengatakan kita tidak boleh
menyelamatkan diri daripada taufan Amerika yang pasti akan melanda
dan kita tidak mempunyai usaha untuk menangguhkannya atau hanya
sekadar untuk mengurangkan kesan akibat buruknya... terutamanya dalam
suasana dan persekitaran yang dikuasai oleh perpecahan, percanggahan
pendapat dan pendirian serta terburainya ikatan persaudaraan,
lemahnya ikatan dan faktor kepercayaan. Sebagaimana terdapat di
kalangan kita orang yang berpendapat dan melihat bahaya ancaman
adalah datang daripada jirannya yang sebangsa dengannya sendiri. Dia
tidak merasa selamat ketika berada di kalangan kaumnya sendiri,
kerana mereka tidak mampu untuk memberikan keamanan dan kestabilan.
Segala pengalaman pahit masih lagi terbayang dalam pemikiran.

Apa yang ingin dilakukan oleh Presiden Amerika itu terhadap rantau
kita, situasi dan keadaan kita, realiti tragedi yang kita alami,
perpecahan yang menimpa barisan kita, kelemahan dan kedhaifan yang
menguasai beberapa orang daripada kita, kebimbangan dan tipudaya yang
dialami oleh sekumpulan bangsa Arab dan ummat Islam yang berpendapat
sumber kegelisahannya adalah kejahatan dan permusuhan yang diatur
oleh kumpulan bangsa Arab dan ummat Islam lain terhadapnya, tanda-
tanda kekecewaan dan putus asa yang kelihatan menutupi beberapa wajah
dalam banyak peristwa⦠semuanya itu mengingatkan kita kepada
suasana dan situasi yang pernah dialami oleh ummat kita dahulu. Iaitu
ketika Holako bersama dengan bala tenteranya yang besar melanggar dan
menyerang bumi ummat Islam, membunuh dan menghalau ribuan daripada
mereka. Holako juga menyebabkan ketakutan dan kebingungan di seluruh
bumi ummat Islam ketika itu.

Pada hari itu, beberapa orang pemerintah dan pemimpin telah membuka
pintu dan sempadan bagi dimasuki oleh tentera Tartar yang zalim itu.
Para pemimpin dan pemerintah itu merasakan bahawa mereka tidak mampu
untuk menghalang serangan tentera Tartar yang menggila bagaikan
taufan. Mereka berpendapat, Holako dan tentera Tartar adalah bahaya
dan ancaman yang tidak boleh ditolak serta kemusnahan yang tidak
boleh diselamatkan lagi. Mereka juga berpendapat mereka tidak
mempunyai pilihan yang lain kecuali berdamai dengannya, atau bersikap
hipokrit atau menyerah diri sahaja dan tunduk kepadanya dengan
harapan agar Holako masih memberikan peluang kepada mereka untuk
meneruskan kehidupan, atau paling kurangpun ia menjadi sebab untuk
mendapat kasihan belasnya, atau untuk memperoleh keampunannya. Seolah-
olah mereka tidak percaya bahawa Holako dan bala tenteranya tidak
sekali-kali akan kasihan terhadap bangsa Arab dan ummat Islam, yang
hanya akan merampas hak mereka untuk hidup, yang hanya akan menguasai
negara mereka dan mengecapi sumber kekayaan mereka dan seterusnya
bergembira di atas mayat-mayat dan runtuhan rumah-rumah mereka.

Ketika itu, tiada seorangpun yang percaya dengan penuh yakin terhadap
kudrat Ilahi untuk menghalang taufan bala tentera Tartar kecuali
orang-orang yang benar-benar beriman dan percaya serta yakin terhadap
pertolongan Allah yang telah memberikan janji yang benar. Firman
Allah SWT (Ali Imran: 173) yang bermaksud:

"Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita)
kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan
tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun
kepadanya."Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu
berkata: "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik
pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)."

Mereka juga sedia untuk mengorbankan harta dan jiwa raga. Mereka
percaya kepada kemampuan, kekuatan dan kuasa ummat mereka jika
barisannya dapat disatukan dan para pemimpin dapat berada di dalam
satu barisan dengan rakyat mereka, mempunyai keazaman yang satu bagi
menuju matlamat yang satu iaitu menolak kehinaan dan berusaha
memperoleh keredhaan tuhan serta bersungguh-sungguh untuk mendapat
kemenangan dan balasan yang besar.

Realiti tragedi yang berlaku hari ini mengingatkan kita kepada
realiti tragedi yang telah menimpa ummat ini dahulu.

Holako dan bala tenteranya yang ganas telah menyerang bahagian timur
dunia Islam. Mereka menyerang Baghdad dan mengharungi sungai darah
bangsa Arab dan ummat Islam. Mereka mengkhianati khalifah dan para
menterinya. Mereka membunuh banyak jiwa dan menyeberangi Sungai
Tigris di atas timbunan kitab-kitab yang pernah digunakan untuk
mengimarahkan perpustakaan-perpustakaan di Baghdad. Kemudian mereka
melanda pula bumi Syam. Tiada kawasan yang dilalui, melainkan mereka
akan memusnah dan meruntuhkannya. Tiada kaum yang mereka temui,
melainkan mereka akan membunuhnya. Kemudian dalam perjalanan ke
Mesir, mereka menuju ke Palestin, sebuah tempat yang mempunyai
peranan tersendiri dalam sejarah.

Presiden Bush hari ini samalah dengan Holako semalam. Dia mengutuskan
para utusan untuk memberikan ancaman dan ugutan kepada para
pemerintah ummat Islam dan negara mereka agar menyerah dan menerima
segala undang-undang dan peraturan untuk digunakan kepada diri dan
rakyat mereka. Ada di antara para pemimpin itu yang menerima dan
tunduk kepada ugutan tersebut, maka akibatnya amat pahit dan jelek.
Tetapi sebaliknya ada di antara mereka yang menolak dan bersiap sedia
dengan segala kelengkapan dengan menyusun semula rumah tangganya
sendiri dengan memerangi rasuah dan kezaliman, mengukuhkan persamaan,
mendahului rakyatnya dalam mengorbankan harta, kekayaan dan batu-batu
permatanya. Itu dilakukannya demi mengharapkan kemenangan. Dia juga
menyatukan barisan dan mengukuhkan hubungan dengan rakyat. Oleh itu,
dia selamat dan sejahtera dan merealisasikan kemenangan bagaikan
mukjizat dengan bantuan Allah.

Antara kandungan surat Holako yang diutuskan kepada pemerintah Mesir,
Sultan Qutz pada ketika itu ialah menuntutnya agar menyerah kerana
dia tidak mempunyai pilihan lain lagi. Holako menyifatkan pedang
tentera Tartar di dalam surat itu bagaikan petir dan lembing mereka
bagaikan pemusnah. Holako juga menyifatkan tentera Tartar sebagai
golongan yang tidak ada kasihan belas terhadap sesiapa yang mengadu
dan hati mereka tidak akan menjadi lembut kepada sesiapa yang
menangis.

Lalu Sultan Qutz yang beriman dan percaya kepada pertolongan tuhannya
dan yakin kepada kekuatan iman rakyatnya, mengumpulkan para pemimpin,
ulama dan cedikiawan. Ada di antara para pemimpin itu yang
berpendapat bahawa mereka mesti berlembut dengan para utusan Holako,
menunjukkan ketundukan dan mengambarkan persetujuan untuk membayar
ufti. Lalu Sultan Qutz berkata kepada mereka yang lemah itu:

"Sesungguhnya pedang yang dimiliki oleh seorang yang pengecut
daripada mengharungi peperangan adalah lebih layak untuk dipatahkan."

Kemudian beliau mengisytiharkan bahawa beliau menolak kehinaan,
bahkan berazam mahu menghapuskan kejahatan dan meneguhkan kemuliaan
serta kebanggaan dan membangkitkan semangat rakyat untuk melaksanakan
amanah mempertahankan tanah air. Di samping itu beliau juga bertujuan
membalas dendam terhadap ratusan ribu nyawa ummat Islam tidak berdosa
yang telah dirampas hak kehidupan mereka oleh Holako di bumi dan
negara mereka sendiri.

Sultan Qutz tidak mencuaikan kewajipannya. Beliau tidak gentar untuk
menghadapi seorang yang gemar menjilat darah mangsa-mangsanya. Beliau
juga tidak mundur berhadapan dengan ugutan. Beliau juga tidak
digerunkan oleh barisan dan kumpulan musuh yang besar. Dalam masa
yang sama, beliau tidak mengenepikan rakyatnya yang menjadi sumber
kekuasaannya, penentu keputusan dan sumber pengorbanan. Anak-anaknya
pula adalah terdiri daripada para tentera yang penuh percaya dan
beriman serta mampu menghalang musuh.

Sultan Qutz bergantung kepada para ulama yang bagaikan bintang itu
untuk menggerak dan menanam hakikat iman serta menggerakkan sifat
memberi, berkorban dan berusaha. Para ulama itu diketuai oleh al-'Izz
bin Abdul Salam yang telah memberikan fatwa kepada sultan dan rakyat
bahawa jihad adalah wajib dan menolak kehinaan juga adalah wajib.
Sultan Qutz juga telah menubuhkan satu jabatan yang besar bagi
melakukan seruan ke arah jihad pada jalan Allah dan menghalang
serangan tentera yang zalim itu. Beliau mengumpulkan para ulama dan
khatib masjid untuk bergerak di seluruh negara Mesir. Mereka semua
digerakkan oleh caj keimanan dan jihad untuk menyemarakkan semangat
jihad di dalam hati rakyat jelata, hingga menjadikan seluruh bumi
Mesir sebagai sel berdenyut yang sentiasa bergerak dan bersedia untuk
mengharungi peperangan.

Sultan Qutz juga telah mengutuskan surat-surat kepada para pemerintah
di Syam agar menyatukan barisan dan mengumpulkan seluruh kekuatan
bagi menghadapi musuh bersama. Beliau juga menegaskan bahawa sekarang
bukan masanya untuk berusaha menjatuhkan mana-mana pemimpin atau
menentang pemerintahannya atau mengugutnya agar melucutkan dirinya
daripada singgahsana pemerintahan.

Sultan Qutz juga melakukan reformasi dalaman dengan melebar luaskan
keadilan dan mencabutkan segala akar umbi kerosakan serta kezaliman.
Beliau berkata kepada sesiapa yang cenderung untuk berdamai dengan
musuh atau haloba kepada harta:

"Pendirian paling keji adalah pendirian kamu. Demi Allah, pendirian
ini kamu ambil hanya kerana kamu takut dan kecut kepada pedang-pedang
tentera Tartar yang akan memotong kepala dan tengkuk kamu yang
digemukkan oleh harta yang kamu ambil daripada rakyat. Tidakkah kamu
tahu wahai pemimpin yang jahat bahawa apabila sesuatu kaum itu
diperangi di dalam negara mereka sendiri maka mereka akan mendapat
kehinaan?"

Sebelum melangkah ke medan perang, beliau berkata kepada para
pemimpin:

"Wahai pemimpin ummat Islam! Kenapakah kamu sanggup memakan harta
daripada baitul mal, sedangkan kamu bencikan jihad? Alangkah
serupanya kamu dengan golongan munafiqin pada zaman Rasulullah (SAW)!
Demi Allah, aku dan orang-orang yang bersamaku akan memerangi musuh
Allah. Sesiapa yang memilih untuk berjihad dari kalangan kamu, maka
ikutilah aku. Sesiapa yang tidak mahu, pulanglah ke rumah.
Pemergiannya tidak akan ditangisi dan dikesali, dan Allah maha tahu
apa yang ada di dalam dirinya."

Seruan beliau disambut dengan tangisan. Tentera Mesir bertakbir dalam
pertempuran, lalu bumi menggegarkan tapak-tapak kaki pihak musuh yang
zalim dan melampau batas, lalu mereka berjaya mengalahkan musuh dan
mendapat kemuliaan. Sultan Qutz rebah melakukan sujud yang panjang
kepada Allah. Kemudian beliau mengangkat kepala dengan air mata
bercucuran keluar. Beliau berucap kepada tenteranya:

"Wahai tenteraku! Awaslah kamu daripada perasaan takbur terhadap
kejayaan yang kamu peroleh. Tetapi bersyukurlah kepada Allah dan
tunduklah kepada kekuatan dan kebesaranNya. Siapa tahu, mungkin doa
yang diucapkan oleh saudara-saudara kamu di atas mimbar pada hari
yang mulia ini, iaitu hari Jumaat dan di bulan Ramadhan yang mulia
ini, ketika kamu menyerang musuh-musuh kamu, lebih tajam daripada
pedang dan panah yang kamu gunakan untuk menikam dan memanah musuh
kamu. Ketahuilah bahawa jihad kamu masih belum berakhir, tetapi kamu
baru saja memulakannya, sehinggalah kamu dapat menunaikan hak Islam
dengan menghalau musuh-musuhnya daripada seluruh tanah air kamu. "

"‚¶dan pada ketika itu, orang-orang yang beriman bergembira, dengan
kemenangan yang diberikan Allah. Dia memberikan kemenangan kepada
sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi
Maha Mengasihani." (al-Rum: 4-5)

Alangkah Serupanya Hari Ini Dengan Semalam

Apa yang berlaku hari ini⦠telah berlaku semalam⦠Tentera Amerika
datang berbondong-bondong dan melakukan kerosakan serta pembunuhan.
Mereka juga melakukan kepungan untuk meneruskan pemusnahan dan
pembunuhan. Contoh yang telah berlaku di Afghanistan lebih daripada
amat mendukacitakan. Sebagaimana ia hampir akan berlaku hari ini di
Iraq, iaitu satu realiti yang amat memedih dan mencukacitakan. Niat
Amerika mahu melakukan perkara yang sama terhadap negara selain Iraq
sudah amat jelas kelihatan. Perpecahan dan langkah mundur yang
disertai dengan laungan perdamaian telah kita dengar dengan
memberikan amaran tentang kekuatan musuh dan kemustahilan untuk
menghalang kezaliman mereka, meskipun musuh telah mengisytiharkan
bahawa tidak ada sesiapa yang akan terselamat daripada penangannya
nanti. Musuh juga menegaskan bahawa sasaran seterusnya ialah tanah
air, negara, sumber kekayaan, para pemimpin dan rakyat negara lain di
samping mereka mensasarkan akidah dan identiti ummat Islam. Musuh
juga mengatakan mereka akan menyusun semula rumah tangga kita sendiri
dalam bentuk yang akan menjamin ketundukan dan kehinaan seluruh
bangsa Arab dan ummat Islam. Musuh juga mengisytiharkan bahawa mereka
berusaha untuk meluas dan melebarkan kuasa regim Zionis di atas mayat
dan runtuhan bangsa Arab dan ummat Islam. Ini dilakukan meskipun
ummat Islam memiliki kekuatan, kekuasaan dan keimanan yang mendalam
bahawa mereka mampu untuk menolak kezaliman, serta boleh menegaskan
kebebasan, kedaulatan, kemegahan dan kemuliaan mereka. Dengan syarat
para pemerintah mereka berlaku adil dalam pentadbiran, merubah hala
tuju dan kecenderungan, membaiki sendiri rumahtangga mereka, menyusun
semula berdasarkan istiqamah kepada syariat Allah dan sunnah
RasulNya, mengukuh dan mengaktifkan keterlibatan peranan rakyat yang
akan membawa kepada kemajuan ketika segala hak rakyat dikembalikan
kepada mereka.

Rakyat hari ini merasakan bahawa mereka lemah dan tidak mampu untuk
menghadapi serangan luar dan lemah untuk membantah ugutan dan amaran
Amerika. Mereka juga merasa bahawa jalan sudah tertutup dan
menghalang mereka daripada bangkit melaksanakan peranan mereka yang
betul. Tiada sebab yang melahirkan perasaan lemah dan kecewa ini
melainkan ketika mereka berada jauh daripada manhaj Allah serta hanya
mencari penyelesaian daripada mereka yang merampas bumi ummat Islam
dan sentiasa melebarkan kekuasaannya. Musuh itu pula hanya mahu
merealisasikan jaminan kepentingannya dan kepentingan Zionis meskipun
akan mengorbankan kewujudan dan tanah air kita.

Sesungguhnya beriltizam dengan manhaj Allah adalah jalan yang benar
dan satu-satunya cara untuk menyusun semula rumahtangga kita kerana
hanya dengan cara tersebut keadilan dapat ditegakkan, kezaliman dapat
dihapuskan, kebebasan dapat disebarluaskan, rasuah dapat diperangi,
ketelusan dapat diperkukuhkan, harta dan kekayaan negara dapat
dipelihara, peranan institusi-institusi dapat dipertingkatkan dan
pendapat orang lain dapat dihormati. Ia bermakna rakyat berpindah
daripada daerah yang terpencil dan terkepung kepada daerah aktiviti
dan kebersamaan⦠daripada kekangan, penyeksaan dan pemusnahan
kemanusiaannya kepada kemuliaan, kedaulatan undang-undang dan
pengukuhan persaudaraan.

Kemenangan ummat ini dalam pertarungannya menentang serangan Amerika
adalah dijamin dengan izin Allah selagimana ummat ini berpegang teguh
dengan Islamnya. Ia adalah satu-satunya jalan iaitu dengan para
pemerintahnya mengukuhkan hubungan dengan rakyat untuk mendapat
kepercayaan mereka. Di samping itu, para pemimpin juga hendaklah
berusaha mencari jalan yang boleh menghilangkan segala perselisihan
yang berlaku di kalangan mereka sehingga hanya wujud perasaan tenang,
saling mempercayai dan hubungan yang erat.

Niat hendaklah ikhlas⦠hati hendaklah murni⦠hendaklah
kepentingan ummat sahaja menjadi agenda utama⦠hendaklah
kredibiliti dan keseriusan menjadi asas bagi segala tindakan dan
polisi yang diambil⦠hendaklah prihatin bahawa kita memulakan
langkah di atas landasan yang betul.

Hal ehwal politik hendaklah diperbaiki⦠yang memberikan peluang
seluas-luasnya kepada penglibatan rakyat dan kebebasan mereka untuk
memilih. Autokrasi dalam membuat keputusan hendaklah dihapuskan.
Zaman meminggir dan memencilkan rakyat hendaklah ditamatkan. Inilah
langkah pertama yang seharusnya diambil di seluruh negara kita ketika
kita menuju dengan penuh ikhlas menempuh pertempuran yang dipaksakan
kepada kita. Ini perlu dilakukan agar Iraq tidak terlepas daripada
kita, agar Palestin tidak diabaikan dan akhirnya pada esok hari,
seluruh negara ummat Islam terlepas daripada kita.

Seluruh pemimpin dituntut agar mengadakan pembaikan dalam hubungan
mereka dengan tuhan mereka, iaitu dengan memulakannya dengan diri
mereka sendiri. Mereka hendaklah melangkah dengan penuh keazaman,
kecekalan, kebenaran, keikhlasan dan ketelusan. Mereka hendaklah
menjiwai perasaan rakyat. Mereka hendaklah mempersiapkan agar jalan
terbuka untuk rakyat percaya kepada mereka dan seterusnya
berlangsunglah kemenangan dan keselamatan buat semua.

Semua bangsa Arab dan ummat Islam telah bangkit dan keluar ke jalan-
jalan melakukan demontsrasi yang besar di setiap negara. Jutaan ummat
telah berbondong-bondong keluar di semua ibu negara dengan melahirkan
kutukan dan bantahan mereka terhadap permusuhan Amerika dan keperluan
untuk menghadapinya. Di Mesir sahaja, demonstrasi besar-besaran telah
berlangsung di jalan-jalan bandar Kaherah bagi menegaskan bahawa
Mesir yang pernah menolak daripada menyerah kepada tentera Tartar
mampu untuk melaksanakan peranan bersejarahnya sekali lagi dalam
menghadapi serangan Amerika⦠dan bahawa bangsa Arab dan ummat Islam
yang pernah memperoleh kemenangan semalam mampu untuk mencapai
kemenangan sekali lagi dengan pertolongan tuhannya ketika mereka
mencernakan firman Allah SWT yang bermaksud (al-Baqarah: 216):

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang
peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu
benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu
suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah
jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak
mengetahuinya.ÔŅĹ Firman Allah lagi yang bermaksud (al-Anfal:
60): " "Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang
menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari
pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan
persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain
dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah
mengetahuinya." Firman Allah lagi yang bermaksud (al-Taubah:
41): "Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah),
sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan
keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan
berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk
membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui."


Muhammad al-Ma'mun al-Hudhaibi
Murshid Am Ikhwan Muslimin
Kaherah
26 Zulhijjah 1423
27 Februari 2003