Make your own free website on Tripod.com

Kepentingan Baitul Muslim

 

Memiliki keluarga yang bahagia merupakan salah satu daripada keeperluan bagi seorang manusia. Institusi kekeluagaan dianggap sebagai suatu unsur penting membentuk kehidupan seseorang. Islam mengajarkan bahawa kebahagiaan manusia bukanlah hanya di duinia; tetapi matlamat yang lebih jauh ialah kebahagiaan di akhirat. Bagi orang bukan Islam mungkin mereka menganggap kehidupan di dunia ini adalah segala-galanya. Ada di kalangan mereka merasakan bahawa kekayaan dunia mesti dikejar untuk mendapat kebahagiaan. Amat rugilah bagi seorang muslim jika mereka juga berfikiran sedemikian; kerana Islam mengajarkan kebahagiaan di akhirat itulah yang lebih utama untuk dicapai.

 

Dalam rangka untuk mendapatkan keluarga yang bahagia ini Islam telah menggariskan beberapa perkara yang amat diberi perhatian. Pembinaan baitul muslim merupakan suatu proses yang berterusan dan berputar. Seorang anak yang lahir dari sebuah baitul muslim dengan izin Allah akan juga melahirkan anak pada masa akan datang. Proses ini akan terus berlaku sehingga datangnya hari qiyamat.

 

Kepentingan mendirikan baitul muslim

Kepentingan untuk mendirikan baitul muslim bolehlah ditunjukkan dengan rangkaian di bawah.

 

Individu Muslim -> Keluarga Muslim -> Masyarakat Muslim -> Negara Muslim ->Dunia Muslim

 

Rangkaian ini menunjukkan setiap satu nya memberi kepentingan kepada yang lain. Keluaga muslim terhasil dari individu muslim. Dan keluarga muslim pula akan membentuk masyarakat Muslim. Begitulah seterusnya. Matlamat akhir dalam hidup muslim ialah untuk membina dunia yang ditadbir dengan Islam.

 

Ciri-ciri sebuah keluarga muslim:

Setelah mengetahui tentang apa itu keluarga muslim, mari kita lihat pula beberapa cirri yang harus ada dalam sesebuah keluarga muslim itu.

1)       Menanamkan Aqidah tauhid yang mantap di dalam diri setiap ahli keluarga

Setiap ahli keluarga perlu ditanamkan dengan rasa takut kepada Allah. Individu yang bertaqwa boleh dihasilkan daripada sebuah keluarga yang menanamkannya.

2)       Menghidupkan suasana keluarga dengan suasana Islam

Ini boleh dilaksanakan dengan menghidupkan amalan membaca solat jamaah, talim, tazkirah, usrah, makan bersama dan sebagainya.

3)       Menanamkan dalam diri setiap ahli keluarga supaya berbangga dengan cara hidup Islam, dan pada masa yang sama tidak mengagungkan cara hidup kaum kafir

Contohnya mengamalkan membaca cerita2 nabi sebelum anak-anak tidur, bukan membaca kisah-kisah dongeng yang tidak memberi manfaat. Selain itu, ahli keluarga juga perlu ditanamkan dengan perasaan izzah dengan pakaian Islam, dan benci utk memakai pakaian-pakaian kafir. Antaranya dengan menerangkan hikmah2 Allah memerintahkan supaya muslim mengenakan pakaian muslim.

4)       Menanamkan semangat cintakan menuntut ilmu di kalangan ahli keluarga.

Sesungguhnya org yang takutkan Allah ialah golongan yang berilmu. Ilmu yang baik adalah ilmu yang boleh membawa penuntutnya kepada mengenal Allah. Tidak kiralah sama ada ilmu itu, ilmu kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainyasemua itu adalah ilmu yang baik jika dapat membawa seseorang itu kepada mengenal Allah.

5)       Setiap ahli dalam keluarga menjalinkan hubungan yang baik; saling ingat mengingati antara satu sama lain.

Sesi muzakarah, muhasabah, mesyuarat dan sebagainya amat penting. Ini akan melahirkan rasa kebersamaan di antara ahli keluarga.

6)       Menjalinkan hubungan baik dengan jiran-jiran.

Sentiasa menjadi contoh tauladan dalam masyarakat. Iaitu menjadikan keluarga sebagai sebuah keluarga mithali, supaya masyarakat sekeliling dapat mengambil sesuatu yang baik dari keluarga kita.

 

Banyak lagi cirri-ciri yang perlu dimiliki oleh sesebuah keluarga muslim. Kita semua tidak terlepas dari tanggungjawab menuntu ilmu mengenainya. Kalau tidak dapat kesemua ilmu itu tidak mengapa; yang pentingnya usaha untuk mendapatkannya sebanyak mungkin sebagai persediaan untuk mendapatkan keluarga muslim ini.

 

Peringkat-peringkat untuk membina keluarga Muslim secara ringkasnya boleh diterangkan dalam  3 bahagian ini:

1)       Tanggungjawab sebelum berumahtangga

Pendidikikan baitul muslim ini bermula dari awal lagi. Tindakan setiap pasangan akan mempengaruhi sepanjang hidup mereka. Jika dicalari dengan tindakan-tindakan yang menyalahi syara; sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi keluarga yang akan dibentuk..

Sudah jadi adat, pasangan yang ingin berkahwin menjalinkan hubungan atau apa yang disebut sebagai couple di masa sekarang. Sedangkan adat ini selalunya menyalahi adab. Pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan menyebabkan banyak berlakunya penzinaan yang membinasakan nasab keturunan. Islam menganggap keturunan adalah suatu kemuliaan yang sangat perlu diambil berat. Duduk berdua-duaan antara pasangan kekasih; jika tidak berzina pun, ianya adalah dilarang Allah. Dalam Al-Quran telah dinyatakan, jgn menghampiri zina. Oleh itu, setiap perkara yang boleh menjerumuskan kepada penzinaan wajib dielakkan.

Setiap individu yang hendak mendirikan rumah tangga hendaklah mengambil berat soal ini, kerana ia membabitkan soal keturunan sepanjang zaman. Anak-anak yang akan di lahirkan dalam sesebuah keluarga terkadang akan mengulangi sejarah yang pernah dilalui oleh ibu bapa mereka. Sebagai bakal ibu bapa, sudah tentu kita semua tidak mahu melihat anak-anak kita nanti keluar bebas bersama-sama orang yang bukan mahram mereka.

Tetapi ini lah yang menjadi salah satu dari masalah masyarakat pada waktu ini. Masyarakat mengiktiraf adat walaupun kadang-kadang ianya menyalahi adab-adab Islam yang seharusnya lebih perlu diutamakan.

2)       Tanggungjawab selepas berumah tangga

Selepas mendirikan rumah tangga, kedua pasangan suami isteri hendaklah sentiasa berbincang, bermesyuarat bagaimana untuk membentuk keluarga yang soleh pada masa akan datang. Perkara ini perlu bermula sejak malam pertama perkahwinan lagi. Pasangan perlu merancang bagaimana langkah-langkah yang boleh mereka ambil pada masa akan datang; tidak hanya menunggu bila mereka sudah memiliki anak, sebab pada waktu itu, mungkin sudah agak terlambat. Atau dengan kata lainnya, mereka kerugian masa kerana tidak merancang sedari awal lagi.

Terdapat banyak adab-adab dalam rumah tangga yang perlu diberikan perhatian. Islam sebagai way of life mengajarkan dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Ini merupakan salah satu daripada banyak kelebihan kita hidup sebagai seorang Islam. Islam menggariskan, suami dan isteri kedua-duanya berperanan menghasilkan keluarga muslim ini. Gabungan yang baik antara suami isteri akan melahirkan anak-anak yang baik, walaupun kita juga harus menerima hakikat Allah mendatangkan ujiannya dalam bentuk keluarga yang menjadi musuh.

Mengenai cirri-ciri suami dan isteri yang soleh dan solehah, terdapat banyak sumber yang boleh dirujuk untuk dipelajari. Di sini akan dibincangkan beberapa perkara yang perlu ada bagi pasangan suami isteri:

  1. Menanamkan mawaddah wa Rahmah (rasa kasih saying)  antara suami isteri

Perasaan kasih saying ini akan memberikan ketenangan kepada pasangan. Tidak akan sama antara kasih saying yang diredhai Allah dengan perasaan kasih saying yang tidak diredhai Allah. Hanya orang yang menyemaikan rasa cintanya kepada pasangannya yang halal akan dikurniakan Allah dengan perasaan ini

  1. Berlapang dada dengan kekurangan pasangan masing-masing

Allah menjadikan lelaki dan perempuan dengan sifat saling lengkap-melengkapi. Kekurangan suami akan ditampung oleh isteri dan begitu juga sebaliknya. Dan perlu juga diterima hakikat bahawa manusia itu dilahirkan dengan kekurangan masing-masing. Bahkan orang yang akan kita kahwini juga lahir dari keluarga yang asing dari keluarga kita. Lahir di rumah yang lain dari rumah kita. Jadi perlu diterima cara pendidikan keluarga yang diterima juga adalah lain dari yang kita telah terima.

  1. Saling bertolong bantu dalam urusan rumah tangga

Sikap ini amat penting untuk melahirkan rasa mawaddah dan Rahmah. Pasangan akan terasa dihargai apabila dirinya dibantu oleh orang yang disayanginya.

  1. Mengamalkan qiyamuLlail bersama-sama dengan pasangan.

Suami merenjiskan air ke muka isteri untuk membangunkannya dari tidur pada waktu malam. Begitu juga, jika isteri terbangun ditengah malam, ia akan merenjiskan air di muka suaminya supaya sama-sama dapat bangun sebentar kerana Allah.

 

Terdapat banyak lagi yang perlu dipelajari. Setiap seorang daripada kita hendaklah menanamkan keazaman suatu hari nanti akan dapat menjadi seorang pasangan yang soleh dan solehah.

 

3)       Tanggungjawab mendidik anak-anak dan ahli keluarga

   Perkara berkaitan ini sudah banyak disebutkan dalam cirri-ciri keluarga muslim di atas. Kelaurga muslim yang telah dibina bertanggungjawab untuk melaksanakan cirri-ciri yang harus dimiliki itu. Ia menjadi tanggungjawab kepada suami isteri dan juga ahli lainnya.

 

Sesungguhnya keluarga yang bahagia itu adalah tempat untuk mengecas bateri perjuangan. Ahli keluarga yang mempunya kejelasan dari segi akidah, fikrah islam, dan sebagainya, akan banyak membantu dalam menguatkan individu muslim. Perjalanan kita masih jauh. Semoga kita semua berada dalam kerangka perjalanan yang jauh itu, iaitu dalam kerangka mewujudkan sebuah dunia yang ditadbir dengan kalimah Allah.

 

Segala yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk itu dari kelemahan diri penulis sendiri. Hakikat keduanya dengan izin dan inayah Allah jua. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat pada kita semua, insha-Allah.